Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2006

Aku dan Ogos 2006

9 August 2006
Apa agaknya nak jadi dengan dunia sekarang? Dalam sibuk dengan kenaikan harga2 barang, perang di Lubnan, jerubu, jenayah yang semakin meningkat, kita masih sibuk dengan dunia glamour dan seronok2 para artis kita. Apa faedahnya TV3 menayang secara langsung persandingan CT dengan Datuk K, apa pula faedahnya RTM1 dan Astro menayangkan temubual ekslusif MAWI dan bekas tunangnya itu? Kalau sekadar untuk hiburan dan menjadi bahan2 gossip dan bualan di pejabat2, kedai2 kopi, hentikanlah. Itulah resam hidup kita. Suka kepada hiburan dan perkara2 yang melalaikan. Tengok suratkhabar Harian Metro dan KOSMO. Laris sebab selalu mensensasikan berita kahwin cerai artis2 kita.

Rasanya, ibubapa sekarang lebih suka anaknya pandai menyanyi dan menari berbanding pandai menghafal sifir dan teori2 matematik. Ibubapa sekarang seronok sangat melihat anak2 mereka memekik melolong, terkinja2 di atas pentas hiburan dengan memasuki program2 realiti tv untuk berjaya sebagai seorang arti…