Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2006

Aku dan September 2006

07 September 2006 Sibuk sangat aku kebelakangan ini. First, register klinik untuk Fomema. Dua, permohonan panel TNB baru lulus. Semua lampiran yang dihantar nak kena sain pesuruhjaya sumpah. Tiga, pendaftaran klinik dengan KKM. Inipun leceh jugak. Kena bongkar peti besi cari sijil2, kena ke pesuruhjaya sumpah lagi sekali untuk confirm aku tak muflis dan ada kes jenayah. Hari ini semuanya settle. Cuma KKM reject plan klinik aku. Katanya tak cukup lengkap. Mereka nak jugak ukuran lebar pintu, kat mana aku letak sinki, lampu, air cond..

Minggu lepas aku servis kereta aku kat EON SERVIS. "Free" service untuk 10 000km. Itulah kali ketiga dan terakhir aku ke sana. Kata free, tapi melayang jugak 150 ringgit. Dahlah lambat, layanan pun macam nak tak nak je. Biasanya lepas servis, kereta berkilat sikit. Ini macam tu jugak. Mentang2 musim hujan, cuci pun lebih kurang je. Semalam aku terpaksa pergi sana semula. Ada cecair warna hijau keluar masa start enjin pagi2. Satu jam…