Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2006

Aku dan Oktober 2006

31 October 2006 Semalam aku mula bekerja semula selepas seminggu bercuti sakan. Ramai betul yang menunggu aku bukak kedai. Macam2 hal. Yang nak berkhatan, yang nak scan baby, nak beli ubat kurus, ubat buang gian..satu makcik dari Taib Andak dah sakit sejak raya tempohari. 3 kali datang klinik nak jumpa aku.Kesian betul aku.

Seperti dijangka, tahun ini raya sungguh warna warni. Semua tempat yang rancang nak pergi, aku dapat pergi termasuk menziarah kubur nenek aku. Kalau tahun2 lepas aku sembahyang raya atas kaki lima, tahun ini aku duduk saf ketiga belakang imam. Pukul 7.40 pagi dah sampai mesjid you! Naik kebas buntut aku bersila sambil bertakbir raya.. Lepas sembahyang, aku bermaaf2an dengan emak dan abah. Adik-beradik aku semua ada kecuali seorang yang kerja atas kapal tak dapat nak balik. Aku hantar SMS pun tak balas.

Ingat kes Tun M dan Pak Lah selesai selepas perjumpaan tempohari, rupa2nya lain pulak jadinya. Teruk betul Tun M kena belasah dengan tukang2 kipas dan pe…