Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2006

Aku dan November 2006

17 November 2006 Perhimpunan Umno berakhir hari ini. Entah apa yang dibincang aku pun tak kisah. Yang aku tahu, semua menyokong kepimpinan Pak Lah. Semua yang diatas pentas, berdiri teguh disebelah Pak Lah. Yang kat bawah pentas dan luar PWTC tak tahulah. Buatlah pilihanraya umum dan kita tengok jawapannya. Rasanya takda isu2 besar yang berani dikeluarkan. Soalan2 Tun M masih takda jawapan. Balik2 menakut2kan orang melayu supaya bersatu dibawah payung UMNO. Kalau tidak bangsa lain akan jadi lebih berani. Apa faedah cakap berapi2 sambil hunus keris. Kita bukan nak pergi perang pun. Zaman dah moden. Penjajahan bukan dalam bentuk perang senjata sahaja. Lebih baik bercerita pasal sikap orang melayu yang masih mengharap subsidi kerajaan, kontrak2 kerajaan. Mereka tak berminat untuk memajukan diri sendiri dengan melebihkan usaha. Mereka hanya berusaha untuk dapat jawatan dalam politik Lepas tu lobi sana, lobi sini untuk dapat kontrak itu ini. Bila dah kaya…