Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2007

Aku dan Januari 2007

Imej
19 January 2007 Hari ini nak cerita pasal ubat metadone. Ubat untuk buang gian. Dulu masa aku mula bukak klinik, aku memang tak berminat untuk simpan ubat bagi buang gian ni. Melecehkan. Satu hari kawan lama aku masa sekolah menengah dulu datang jumpa aku. Aku dah lama tahu kisah hidup dia. Dia kata dia dah HIV positif. Nampak frust gila sebab dia tahu hidup tak lama. Tu yang makin teruk giannya. Dia merayu sangat2 kat aku mintak tolong carikan ubat. Dah macam2 tempat dan macam2 ubat dia makan tapi masih teringat kat benda kejadah tu.

Dulu masa sama2 sekolah dulu dia memang hero. Anak bongsulah katakan. Orang lain pergi sekolah jalan kaki, dia pergi naik motosikal. Bapa dia belikan untuk dia. Orang lain pegi sekolah bawak buku teks, dia bawak buku tulis je. buku teks pinjam kat kelas sebelah. orang lain belajar, dia sibuk main bola. siap wakil daerah lagi. itu cerita dululah.

sebab kesian kat dia aku cuba dapatkan metadone untuk dia. ini ubat baru. kal…