Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Aku dan Hujung Minggu

Semalam minggu terakhir di bulan Ramadan. Pukul 10 pagi aku dah sampai kat Plaza Angsana Johor Bahru. Walaupun dah beberapa kali pergi shopping, selagi tak jumpa Hari Raya selagi itulah ada je barang yang nak dibeli. Pukul 10 pagi pun, tempat parking dah 3 suku penuh. Rupa2nya ramai lagi yang lebih awal daripada aku.
Di Plaza Angsana, semuanya ada. Itu yang wife aku asyik nak kesana je. Sebagai husband yang budiman aku ikutkan ajelah. Pukul 3 baru keluar. Masa tu memang penuh sesak dah. Di Uda Ocean, orang beratur nak bayar lebih 20 orang setiap kaunter. Nasib baik aku tak beli apa2. Di gerai jual kuih, macam2 kuih ada. Segalanya berwarna-warni. Rasa tak tahu lagi sebab tak boleh nak rasa. Satu telap dah 25 ringgit. Tahun lepas lebih 10 jenis aku beli. Masuk ke Raya Haji kuih2 tu masih ada lagi. Zaman sekarang orang datang beraya mana nak makan kuih. Masa open house, semua nak makan yang berat2. Mee, nasi dan lauk2 yang berat2. Kuih2 orang dah tak kisah sangat. Zaman sekarang pun nak…

Aku dan Sejarah Keretaku

Minggu lepas aku tukar tayar kereta Estima aku yang dah botak. Apatahlagi, musim raya kian menjelang. Jadi kenalah beringat2 sebelum apa2 hal terjadi. Sebenarnya dah lama aku survey harga tayar tu. Banyak kedai aku dah pergi. Untuk size 205/65 rim 15 sekitar 210 sebiji. itu harga siap pasang sekali. Banyak brand yang ditawar kat aku, Bridgestone, Silverstone, Yokohama, Continental dan Michelin. Harga berbeza2 sekitar 10-20 ringgit sebijik. Banyak kedai suruh aku tukar rim besar sikit. Nampak sporty sikit. Rim memang murah. 1500 dah dapat yang cantik. Tapi bila rim besar, tayar kena nipis. Tayar nipis harga mahal. Aku pernah pasang rim 17 kat Perdana V6 aku. sebijik tayar je dah 480. Cantik memang cantik tapi tak ekonomik. Wife pun dah warning jangan ngada2 nak tukar rim. Nanti tukar kereta sekali katanya.

Akhirnya aku ambik jenama Continental. Harga bagus, bunga pun nampak macam F1 punya wet tyre. Yang aku bengang ialah additional costnya. tambah 40 ringgit untuk tukar punat angin da…

Aku dan Minggu Ini

Lama tak mencatat dalam blog aku ini. Sibuk giler. Di bulan puasa pesakit2ku semakin ramai nampaknya. Kerja dah macam kerja di klinik kerajaan. Pesakit tak pernah putus. Hari minggu tempohari, aku mula mengecat ruang tamu rumah aku. Tukar ke warna merah bata, warna pilihan wife aku. Yang penatnya ialah naik turun tangga. Esoknya kena merawat 90 pesakit satu hari. Langsung demam aku dibuatnya. Dalam demam pun aku gagahkan jugak merawat pesakit. Doktor mana boleh sakit, ubat banyak. Itu sindiran pesakit kalau aku kata aku tak sihat. Semalam aku terlewat bangun. Pukul 10 pagi baru bangun. Terkejut beruk aku bila rasa panas matahari pagi semalam.
Semalam aku dapat satu iklan. Anak jiran aku buat promosi jual mercun dan bunga api untuk raya. Aku tanya mana dapat? Dia kata seludup dari Thailand. Yang menyeludup kerja orang kerajaan jugak. Kenapalah kerajaan tak halalkan aje jualan bunga api dan mercun. Nama aje haram tapi setiap tahun orang masih jugak boleh bermain mercun. kalau kerajaan…

Aku dan Sembang Politik

Hari ini 16 September. Hari Malaysia ditubuhkan. Aku masih menunggu2 ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Nampaknya cita2 Anwar Ibrahim tidak kesampaian. Walaupun orang2 BN dan UMNO memperkecil2kan cita2 dan angan2 Mat Jenin Anwar Ibrahim itu, mereka sebenarnya kecut perut jugak. Berbagai2 isu besar dihebah2kan dalam warta arus perdana untuk menakut2kan rakyat jelata. Paling berbahaya ialah isu perkauman yang jelas diputar-belitkan untuk menakut2kan orang2 melayu jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi perdana menteri.
Langkah ahli2 MP tergesa2 mengaturkan percutian sambil belajar ke Taiwan pada waktu Anwar sedang sibuk mencari regunya suatu tindakan kerajaan yang sangat tidak wajar. Penafian tentang kaitan dengan isu Anwar sedikit pun tidak dipercayai rakyat. Mana rasionalnya pergi bercuti ketika bulan puasa. Bila MP Pakatan Rakyat ikut sama ke Taiwan, program mereka kononnya dah habis.
Penggunaan ISA keatas RPK , Teresa Kok tentang isu memperlecehkan ugama islam sangat2 memualka…

Aku dan Minggu Ini

Semalam, wife aku ada appointment dengan tutornya di OUM Stulang. Ada hal nak discuss tentang assignment. Ia menjadi satu alasan 'kukuh' untuk aku tutup kedai semalam. Pukul 11 pagi, aku dah sampai JB. Mula2 aku ke Danga Mall, shopping complex lama Best World yang telah diupgrade oleh pengurusan Danga City. Yang bestnya ialah pembukaan Metrojaya kat sana. Rasanya belum sampai sebulan ianya beroperasi. Jadi, tak banyak kedai2 yang dah bukak. Sapa2 yang ada hajat nak berniaga, pergilah jumpa pihak pengurusan.
Masa aku sampai, keadaan masih lengang lagi. Ada live singing dan ada DJ sekali. Itu tak penting. Yang penting barang apa yang ada dijual disana. Wife aku dah excited sebab banyak butik disana. Anak2 juga excited sebab ada kedai videogames. Di Metrojaya, barang2nya boleh tahan. Terbang gak 300 lebih beli pinggan mangkuk. Ada satu masalah, bangunannya agak memanjang. Metrojaya nun jauh di selatan. Parking A di utara. Jadi kalau jalan, agak jauh sikit. Apatahlagi, bila bawak…

Aku dan Perjalanan Karierku

Selepas SPM 1988, aku dah nekad dalam hati aku tak nak pakai baju seragam lagi. Maknanya aku takkan sambung belajar Tingkatan Enam atau ambik A level. Aku juga takkan buat matrik kat sekolah2 asrama. Tapi parent aku tak galak aku ke oversea. Jadi apa pilihan yang aku ada? Selepas keputusan SPM diumum, aku dapatlah pangkat Satu. 
Pilihan yang aku ada ialah buat Matrik Asasi Sains di Universiti Malaya. Macam guru kelas 5M1 SMSJ pernah cakap, kat Asasi kita dah jadi budak U. Duduk dalam kampus dan tak payah pakai pakaian seragam. So, itulah pilihan pertama aku. Pilihan yang lain2 biasalah buat matriks kat UKM dan USM. Tapi kalau aku dapat yang itu aku kena masuk balik kat sekolah asrama. Kena pakai baju seragam dan ikut undang2 budak sekolah. Kawan2 aku cakap aku mana layak masuk UM. English aku pun teruk. Dan lagi, perkauman kat UM kuat katanya. Tapi, rezeki budak kampung macam aku sapa yang tahu. Mungkin atas dasar perkauman ke, DEB ke, aku terpilih masuk UM. Sehari sebelum hari penda…

Aku dan Penjenayah Zaman Sekarang

Semalam ada berita menyayat hati. Seorang wanita mati ditikam oleh perompak. Kalau baca ceritanya mengalahkan skrip filem Hollywood. Tapi ini betul2 terjadi, bukannya dalam filem. Ia bermula bila wanita itu memecat pembantu rumahnya kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumahnya sebelum itu. Beberapa hari sebelum kejadian ini berlaku maid dia ada hantar SMS menyatakan tak puashati dan ingin membalas dendam.
Ketika mereka bangun pagi untuk bersahur, mereka nampak 2 lelaki telah berjaya pecah masuk rumah mereka. Suami dan 2 anak perempuannya sempat lari tetapi wanita malang itu terperangkap dalam bilik. Semasa polis tiba ditempat kejadian, wanita itu telah dijadikan tebusan. Perompak meminta kawan mereka yang tertangkap lebih awal dibebaskan dan juga sebuah kereta untuk lari. Mungkin kerana bengang sebab polis lambat buat keputusan, wanita itu telah dicederakan. Akibatnya, polis merempuh masuk dan bunuh itu perompak2 keparat. Wanita itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hosp…

Aku dan Anwar Ibrahim

Aku mengaku aku ahli Umno. Masa jiran aku menubuhkan Umno kat taman aku tinggal, secara paksarela, aku kena jadi AJKnya. Tapi setiap kali mesyuarat agong, aku memang tak pernah hadir. Aku tak minat dengan politik. Apatahlagi politik ahli2 Umno. Yang aku nampak, ahli2 Umno hanya mementingkan poket sendiri. Macamana nak dapat kontrak, macamana nak jual kontrak dan macamana nak kaya tanpa banyak usaha.
Aku memang kagum dengan ketokohan Anwar Ibrahim. Semasa dia dan Tun Mahathir memerintah negara, segala2nya nampak perfect. Entah mana silapnya, Tiba2 Tun memecat Anwar. Selepas itu pelbagai tuduhan mengaibkan Tun hentam kat Anwar. Anwar kaki perempuan, main belakang, agen Amerika, songlap banyak wang dan macam2. Aku jadi keliru. Siapa yang benar?
Masa rancak Anwar melancarkan reformasi 1998, masa tu aku masih kerja kat kerajaan lagi. Setiap hari ada aje pita video, pita suara, salinan2 info dari internet, gambar2 yang menggambarkan bahawa Anwar itu bersalah dan Mahathir itu benar. Kakita…

Aku dan Peperiksaan UPSR 2008

Hari ini budak2 darjah 6 mula ambik periksa UPSR. Anak sedara aku ada seorang ambik UPSR tahun ini. Giliran anak aku tahun depan. Aku kesian dengan budak2 sekarang. Baru UPSR, tapi ketensionannya macam nak ambik ijazah. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Hari esok nak exam, hari ini sempat lagi menjala ikan kat parit.

Zaman aku dulu mana ada UPSR. Yang ada cuma Peperiksaan Pernilaian Darjah Lima. Masa tu aku blur habis. Takdanya nak pergi kelas tambahan ke, tiution ke untuk score 5A. Cikgu kat sekolah pun tak pressure sangat macam sekarang. Aku bukan nak banggalah tapi sepanjang sekolah rendah Darjah Satu sampai Darjah 5 aku mesti no satu punya. Tapi Pernilaian Darjah Lima aku cuma dapat 2A3B je. Tak tahu mana silapnya. Naik darjah enam lagi teruk. Ingat main je. Periksa akhir tahun dapat no 5. Seingat aku sekolah aku cuma seorang aje dapat 5A. Namanya Junaidah. Dia dapat masuk asrama penuh masa naik tingkatan satu. Aku jumpa dia masa aku dapat masuk sekolah yang sama masa aku ting…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pada 27 Ogos yang lalu, aku mencatat sejarah baru dalam hidup aku. Masa kerja hospital kerajaan dulu, setakat menyambut kelahiran bayi sama ada normal atau bermasalah, aku dah biasa sangat dah. Kadang2 pukul 3 pagi pun misi bilik bersalin call untuk sambut bayi. Vacuum, Midforcep, Low forcep, MRP, etc memang tak jadi hal tapi itu dulu. seingat aku, last sekali aku menyambut bayi lahir rasanya 7 tahun dulu. Itupun anak aku sendiri.

Pada tarikh tersebut, aku sedang duduk2 sambil minum Nescafe di klinik. Tiba2 datang seorang lelaki berkaki ayam dan berpeluh2 ketakutan mintak tolong datang ke hotel bajet selang 2 pintu dari klinik aku. Aku ingatkan dia tokey hotel tu rupa2nya dia baru check in bilik dengan girlfriend dia. Dia cakap girlfriend dia pengsan kat bilik air. Tumpah darah.

Bila dia cakap ada dengar suara baby aku dah start panik dah. Cepat2 aku lari naik ke bilik. Sampai disana aku lihat seorang perempuan sekitar awal 20 an pucat lesi dah selamat melahirkan anak di bilik air.…

Aku dan Hobi Orang Lelaki

Sebagai seorang lelaki, aku memang minat kat alat2 elektronik. Kalau pergi shopping kat mana2 pun, aku dan anak2 lelakiku pergi arah lain; wife dan anak pompuan pergi arah lain. Macam pompuan sanggup memilih berjam2 untuk sehelai tudung, aku lelaki tak jemu2 membelek gajet2 canggih dikedai2 handphone, kedai2 elektronik dan kedai2 buku( tengok gambar dlm majalahlah ).

Antara gajet yang paling stim aku pernah beli ialah myGPS Garmin Nuvi. Aku mengaku memang mudah tersesat jalan. Memang mudah terlepas simpang atau anak panah. Apatahlagi jalan2 kat Msia ni papantanda tunjuk arah mana boleh pakai sangat. Lagipun stiker along untuk pinjaman mudah dah penuh meliputi papan2 tanda. Selain mudah tersesat jalan, aku jugak bodoh sombong. Memang segan nak mengaku tapi aku agak malu nak bertanya arah. Sebab itu bila aku ada GPS ni, jalan2 kat KL aku dah tak takut dah. ON kan GPS dan ikut aje arahan. Mesti sampai punya. Cuma kalau hari hujan, jalan jem teruk. GPS pun pening. Asyik recalculating jer…

Aku dan Alkisah Jiranku

Aku dan jiranku memang jarang bertegur sapa. Bukannya sombong tetapi dia jarang ada dirumah. Dia kerja di Singapura dan jarang balik. Anak dan isteri lebih selesa duduk dengan emak dan bapak dia bila dia takda.
Petang semalam sedang aku syok2 bergolek2 depan tv tiba2 loceng rumah aku berbunyi. Aku tengok jiran aku tengah kelam-kabut depan rumah aku. Dia kata emak mertua dia pengsan kat rumah dan mintak aku tolong tengokkan. Aku cakap aku takda simpan apa2 peralatan kat rumah. Dia nak jugak suruh aku tengokkan dan beri cadangan apa nak buat.
Masa aku sampai rumah emak dia, ramai ahli keluarga sedang mengerumuni emak dia. Emak dia seperti orang tak waras. bercakap sorang2 dengan bahasa yang tak difahami. Kalau orang melayu sure dah dipanggil bomoh2 handal sekitar kampung untuk menghalau polong yang dah masuk dalam badan. Bila aku tengok ubat2 yang dimakan memang sah samada Hypoglycaemia atau sebaliknya. Aku cakap gula dalam badan mungkin rendah sangat sebab tu dia jadi camni. Lepas tu …

Aku dan Ramadhan 2008

Bulan Ramadan datang lagi. Tahun ini, dua orang anakku turut berpuasa sama. Alhamdulilah, selepas seminggu berpuasa masih belum ada apa2 masalah. Mungkin sebab cuaca di Johor yang mendung dan hujan saban petang menyebabkan anak2ku tak terasa sangat lapar dan dahaga. Adik bungsu makan depan mata pun buat tak kisah aje. Aku tak janjikan apa2 kalau mereka berpuasa. Takda janji nak beri upah seringgit sehari atau baju raya mahal2. Cukuplah dengan ilmu agama yang mereka belajar di sekolah. Seperti kewajipan bersembahyang, mereka juga dah tahu bahawa puasa itu satu daripada rukun islam yang lima. Jadi tak payah umpan apa2. Itu dah jadi tanggungjawab seorang Muslim.

Sepanjang seminggu berpuasa, tak satu hari pun aku sempat berterawih di masjid. Saban malam aku kena kerja macam biasa. Entah kenapa, musim Ramadan kali ini ramai benar yang sakit. Aku anggap merawat pesakit itu satu ibadat. Walau tak berterawih seperti orang lain, aku beramal cara lain. Semoga Allah menerima ibadatku ini.

Semal…