Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Aku dan Hujung Minggu

Hujung minggu lepas aku asyik berjalan aje. Hari Sabtu aku pergi beraya kat sekitar Kulai. Petang sampai ke malam, aku pergi open house di lima rumah berlainan. Masuk rumah ke 5, perut aku dah tak boleh nak masuk apa2 lagi dah. Minum air aje. Berat badan pun naik satu kilo dalam 2 hari. Hari Ahadnya, aku pergi window shopping kat Plaza Angsana, KIP Mart Tampoi dan Jaya Jusco Tmn U. Takda beli apa2 cuma jalan2 makan angin aje. Aku sempat gak pergi berangan2 tengok kereta Honda Accord baru di showroom Yong Ming. Waiting list 5 bulan beb. Dengan harga sekitar 140K untuk enjin 2.0L memang berbaloi. Exterior dan interiornya sesuai dengan jiwaku. Nampak macam BMW sikit2. Tengok budget tahun depan.

Hari isnin kan cuti lagi sempena Deepavali. Malam tu aku tidur kat rumah mertua di Bandar Tenggara. Pagi tu sambung berjalan ke Plaza Kota Tinggi. Wife aku sibuk nak cari dan tambah koleksi warna tudung dia. Sementara dia jalan2 kat atas aku duduk je kat bawah. Baca majalah dan suratkhabar. Petan…

Aku dan Drug Talk

Aku sebagai doktor selalu diundang untuk menghadiri drug talk atau ceramah perubatan. Ceramah ini biasanya dianjurkan oleh syarikat2 jual ubat yang biasanya akan menjemput doktor2 berpangkat besar seperti professor2 atau ketua2 jabatan untuk memberi ceramah tentang produk2 baru atau ubat yang sedang dipromosikan. Biasanya ceramah diadakan di hotel2 dan biasanya disertakan dengan makan2 seperti buffet lunch, buffet dinner, high tea dan kadang2 8 course Chinese Dinner.
Masa aku kerja dengan kerajaan dulu, aku memang selalu pergi dengar ceramah2 camni. Makan free beb sapa yang tak nak. Lepas tu dapat jumpa kawan2 dari tempat lain. Tapi sejak kerja sendiri ni, aku langsung takda masa nak pergi. Selalunya ceramah dibuat pada hari2 kerja. Hujung minggu pun aku tak dapat nak pergi atas komitment keluarga. Nak bawak wife, bukannya dia faham pun.
Malam tadi aku attend satu drug talk di Hyatt Hotel JB. Aku tinggal klinik begitu sahaja sebab mogok dengan patient. Ramai sangat yang jumpa aku sem…

Aku dan Mawi

Semalam Mawi buat sidang akhbar. Confirm akan kahwin dengan Ekin 20 Disember akan datang. Siapa Mawi ni? Asalnya mamat ni orang Kulai. Orang Felda Taib Andak. Orang2 biasa seperti aku juga. Entah camna, rezeki dia dapat masuk Akademi Fantasia 3. Lepas tu, semua orang kenal dia. Taib Andak jadi famous. Kulai jadi famous sebab mamat sorang ni. Kalau nyanyi suara dia ada lain sikit. Tapi Aura dia lebih. Masa di AF personaliti dia lain dari yang lain. Abang ipar dan kakak ipar aku yang kat BT memang fanatik giler kat dia. Sanggup habis beratus2 ringgit untuk hantar SMS undi dia. Masa tu aku pun tumpang sekaki jugak. Yalah, beri sokongan moral kat anak jati Kulai. Setiap hujung minggu aku dan famili pergi tengok konsert AF dirumah abang ipar aku. Masa tu seronok betul. Saban minggu tak sabar nak tengok Mawi nyanyi.
Lepas Mawi muncul juara AF, kisah2 sensasi kehidupannya mula muncul. Biasalah, bila dah famous, tak semua orang suka kat kita. Macam2 cerita buruk, fitnah dan gossip mula keden…

Aku dan Demam

Aku memang jarang sakit. Almaklumlah doktor. Ubat banyak. Biasanya boleh anticipate. Rasa lain macam je telanlah PCM ke, Ponstan ke. Tapi dalam setahun biasanya sekali atau 2 kali aku pasti tewas jugak. Dulu sebelum jadi doktor, 3 bulan sekali aku mesti demam punya. Biasanya berserta batuk dan selsema terutama kalau kena air hujan. Masa tu aku jarang makan ubat. Biasanya aku tidur aje. Lepas 2 hari baiklah. Aku memang jarang pergi klinik apatahlagi ambik MC. Masa sekolah asrama kat SMSJ dulu, aku langsung tak pernah ke sick bay. Apatahlagi pergi hospital. Member2 yang malas nak masuk kelas, pagi2 lagi dah tunggu bas ke hospital. Aku sakit macamanapun buat biasa aje.
Masa aku kat UM, aku pernah kena kayap. demam lebih 39 darjah. 2 hari 2 malam aku tak bangun. Tidur marathon. Roomate aku siap tanya aku hidup lagi ke tidak. Masa tu tengah exam lak tu. Kena gagahkan kaki jalan kaki ke dewan kuliah. Masuk hari ke3, aku ke klinik HEP. Lepas nurse check suhu aku, cepat2 dia hantar aku jumpa…

Aku dan Open House

Di zaman yang serba sibuk ini, kesuntukan masa akibat beban kerja yang ditanggung, menyebabkan waktu untuk kunjung mengunjung sempena hari raya semakin terbatas. Walaupun raya sebulan, hanya hujung minggu yang tinggal untukku pergi menziarah sahabat2 dan kaum keluarga. Itupun kena ada appointment dulu. Kalau main redah aje, jawapnya dapat tengok pintu rumah ajelah. Maka, konsep rumah terbuka pun bermula..

Sejak aku bekerja, hampir saban tahun aku buat open house. Masa awal2 dulu, cuma jemput sedara-mara aje. Almaklumlah rumah kecik masa tu. Lepas tu tambah jemput kawan2 rapat. Lepas tu jemput kenalan2 bisnes dan akhirnya satu sekolah wife aku kena jemput. Ingat tahun lepas dah ramai dah, tapi tahun ini lebih ramai lagi. Rasanya hampir 90% jemputan hadir termasuk jiran2, staf ofis, sedara mara, sahabat2 lama, rakan2 sesekolah wife aku. Duit raya aku packed 70 bungkus pun tak cukup. Maksudnya dah macam jemputan kahwin jadinya.
Saban tahun, aku cadang nak panggil catering je. Order je me…

Aku dan Rumah Raya 2008

Dua bulan sebelum raya, aku buat massive renovation kat car porch dan laman rumah aku. Budget asal cuma 70K tetapi menjadi sekali ganda akibat kenaikkan mendadak harga barang binaan dan kos2 tambahan seperti wakaf, pergola, lighting, autogate, cat dan lanskap laman. Aku dan wife dah lama bercadang nak suruh En Ismail Chik dari Reka Laman Indah untuk merealisasikan impian kami. En Ismail ni kira famous jugaklah sebab selalu keluar dalam majalah Impiana dan Laman. Aku dah lama mengikuti hasil projek2 beliau dan rasanya sentuhan dia sesuai sangat dengan jiwa aku dan wife.

Dengan 2 kali panggilan telefon, dia akhirnya sampai kat rumah aku. Selepas mendengar serba-sedikit permintaan, cadangan dan bayangan projek dia pun balik. Tak sangka, selepas 3 hari dia datang balik siap dengan proposal dan lakaran. Memang impressive dan professional. Tang tu jugak bayar deposit 30%. 
Seperti dijadualkan, projek bermula pada 1 Jun dan dijangka tamat pada 31 Ogos. Pada peringkat awal, segala2nya nampa…

Aku dan Aidil Fitri 2008

Hari ini dah masuk Syawal yang ke 6. Selepas sibuk beraya dan tidur disana- sini, malam tadi aku dapat tidur di atas tilam dan bantal favorite aku. Petang 30hb iaitu 2 hari sebelum raya, aku bukak klinik macam biasa. Klinik agak lengang sebab semua orang dah balik kampung gamaknya. Sambil tunggu patient, sempat gak aku buat assignment wife aku. Masuk pukul 5 aku dah tension dah. hati ingat rumah je. So, pukul 6 aku dah tutup kedai. Malam cuti. Itulah bagusnya kerja sendiri. kalau rasa nak cuti, aku cuti tanpa teragak2. Tapi kena pastikan income dah capai targetlah. Kang hutang2 keliling pinggang, sapa nak bayar?
Duduk rumah macam2 kerja kena buat. Tak pernah habis mengemas. Aku mana ada maid. Jadi semua kena buat sendiri. Petang raya, aku balik kampung Bukit Besar. Sampai sana dah pukul 5 lebih. Emak dah hampir siap memasak lauk2 raya. Aku tolonglah apa yang patut. Lepas berbuka, aku ke Bandar Tenggara. Melawat emak mertua pulak. Pukul 11, balik semula ke Bukit Besar. Beramai2 tidur …