Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Aku dan Kenangan Duduk Asrama Penuh

Esok budak2 badge aku iaitu exSMSJ 1988 akan berhimpun dan ber'reunion' di Averly Resort Melaka. Khabarnya ramai yang pergi. Aku awal2 lagi dah confirm tak pergi atas banyak sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Aku masuk SMSJ selepas tingkatan 3 iaitu bila aku dapat jadi best student SRP Sek Men Sultan Alauddin. Aku dapat agregate 7, satu2nya student yang dapat agregate bawah 10 disekolah aku. Lepas dapat keputusan SRP, ramai kawan2 aku ambik teknik atau vokasional di JB. Aku ada ambik borang tapi tak hantar. Satu, tak minat. Dua, aku pernah kena sound dengan warden sekolah tu masa aku datang ambik borang. Orang miskin, takda kasut masa tu. Jadi aku pergi pakai selipar jepun aje. Itupun nak kena sound. Lepas tu sampai rumah, borang campak dalam tong sampah. Hilang terus minat aku.
Beberapa bulan pertama di tingkatan 4, sorang2 kawan sekelas aku dapat pindah ke teknik dan vokasional pilihan masing2. Aku memang dah give up dah. Nampak gayanya sampai SPM aku akan kekal di SSA. Tiba2…

Aku dan Ulangtahun Perkahwinan ke 12

Lusa ulangtahun perkahwinanku yang ke 12. Masih teringat betapa meriahnya majlis dirumah emak mertuaku kira2 12 tahun yang lalu. Maklumlah anak perempuan bongsu. Masa tu aku baru 6 bulan kerja sebagai houseman di Hospital Muar. Aku dapat cuti 3 hari aje. Jumaat, sabtu dan ahad. Hari isnin dah kerja. Kena on call lak tu. Aku memang tak buat persiapan langsung. Takda pergi mandi bunga ke, pergi spa ke, pergi berguru ke. Tahu2 dah duduk atas bantal lembut dan tok imam goyang tangan aku untuk akad nikah. Tergagap2 aku menjawab. Terpaksa ulang sekali lagi kata tok imam.

Esoknya masa majlis persandingan, aku macam masih terawang2. Betul ke aku dah jadi suami orang ni? Tapi pejam celik, pejam celik dah 12 tahun berlalu. Aku malas nak ingat yang dah lepas. Biar orang kata majlis aku tak macam artis2 sekarang kahwin. Biarlah. yang penting ianya diberkati dan kekal abadi. Sepanjang 12 tahun ini aku dah rasa segalanya. Yang pahit, yang manis, yang tawar. Bermula dengan motosikal cabuk Suzuki RG …

Aku dan Isteriku Seorang Cikgu

Isteriku seorang cikgu. Cikgu sekolah kebangsaan je. Dia lulusan Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban. Walaupun waktu belajarnya asyik kena kacau je dengan aku tapi dia lulus dengan cemerlang. Siap boleh kalahkan roomate dia yang kononnya lebih pandai. Lepas dapat sijil perguruan, dia mula mengajar Matematik dan Sains di Sek Keb Ayer Manis. Masa tu aku dalam final year. Dia mengajar sekolah kampung jadinya tekanan tak banyak sangat. Kalau musim buah, hari2 ada aje murid yang menghantar rambutan dan durian ke rumah sewanya.
Selepas 2 tahun, dia dapat tukar ke Sek Keb Kulai Satu. Antara sekolah pilihan emak bapak sekitar Kulai kerana prestasinya yang cemerlang. Masa tu aku baru aje kahwin dengan dia. Setiap petang aku jemput dia naik motorsikal Suzuki RG aku sebelum bertukar ke Iswara bila anak sulung aku dilahirkan. Masa tu dia dah mula rasa tekanan mengajar. Gurubesar yang silih berganti, hal2 politik dalaman, murid2 yang tak lut diajar, menyebabkan dia minta dipindahkan. Dia dapat…

Aku dan Cuti Sekolah Dah Tiba

Seronoknya bila cuti sekolah. Bangun pagi wife dan anak2 masih ada dikeliling. Sarapan pagi pun dah tersedia. Balik kerja tengahari dan petang, wife dan anak2 dah sedia menunggu dirumah. Nasib baik anak sulung aku sedang sembuh dari bersunat. Kalau tidak sure anak2 aku sibuk mengajak berjalan kesana sini. Tengoklah minggu depan. Mesti ada yang mengajak ke Tebrau City nak tengok Madagascar 2. Khabarnya Cicakman 2 pun nak ditayang bulan depan. Alahai.
Musim cuti sekolah ni dua benda yang naik. Satu bil api. Tv 24 jam, videogame pun hampir 24 jam. Dua, bil barang2 dapur seperti beras dan tepung juga naik. Anak2 aku setiap 4 jam dah lapar. Pagi sarapan nak berat2. Takda nasi goreng atau mee goreng tak rasa kenyang. Pukul 10, dah lapar balik. Pukul 1 makan tengahari. Pukul 4 minum petang. Pukul 7 makan malam. sebelum tidur pun nak makan lagi..Yang aku heran tu, berat masing2 maintain je. Mana pergi makanan yang dimakan , aku pun musykil lah. Tapi budak2 ni kadar metabolismenya tinggi. Apa…

Aku dan Single Parent 2

Anda masih ingat cerita gadis india yang termengandung tempohari? Minggu lepas dia datang lagi ke klinik aku dengan ditemani ibunya. Sahabat aku iaitu majikan kepada ibu berkenanan telah tolong settlekan kes ini. Sehingga hari ini bapak dia belum tahu masalah anak dia. Mereka bercadang untuk menghantar gadis ini ke Klang dirumah saudaranya minggu depan. Beliau akan bersalin disana dan anak itu akan diserahkan kepada keluarga angkat disana. Sehingga ini, gadis itu masih tak beritahu siapa lelaki bertanggungjawab. Menurut ibunya, anaknya ini jarang keluar rumah. Kira2 7-8 bulan yang lepas, dia dibawa oleh sedaranya ke Singapura untuk temuduga. Mungkin beliau telah diberi pil khayal sebelum kejadian. Walahualam.
Sekarang masalah baru timbul. Gadis ini datang dengan sakit ulu hati, kaki semakin membengkak dan mudah penat. Tekanan darah beliau naik 180/110 dan Urine Albumin 4+. Itu tanda2 PIH atau Pending Eclampsia dalam bahasa germannya. Maksudnya beliau dalam bahaya. Beliau boleh jatuh …

Aku dan Klinik Panel

Separuh daripada patient aku adalah daripada panel. Panel bermaksud mereka tak payah bayar cash untuk mendapat rawatan diklinik aku. Hujung bulan, kerani aku hantar statement melalui ibupejabat dan selang 2-3 bulan, aku baru mendapat bayaran. Panel ada untung dan ruginya. Bukan senang nak dilantik jadi klinik panel. Tapi bila klinik dah terkenal macam rangkaian klinik aku ini, tak susah nak dapat masuk senarai.
Untung ada panel ialah pesakit tak pernah putus. Siang malam pagi petang, awal bulan, hujung bulan, dah gaji, belum gaji; pesakit tetap ada. Kadang2 tension jugak sebab pagi2 sampai klinik, klinik dah penuh dah. Malam pun camtu jugak. Tak boleh nak rehat langsung. Dua, bila pesakit dah kenal kita, dia akan bawak anak2 dan sedara-mara datang ke klinik kita. Walaupun kadang2 anak tak panel, mereka tetap bawak jumpa aku. Tiga, bila pesakit tak putus bermakna pendapatan tak putus jugak. Cukup bulan ada aje income yang masuk.
Rugi jadi panel pun banyak jugak. Satu, income nampak at…

Aku dan Home Visit

Sebagai doktor persendirian, kerja aku all rounder. Semua jenis kerja aku kena buat. Kerja2 pakar semua aku boleh. Pakar kanak2, pakar bedah, pakar tulang, pakar sakit puan, semua orang cari aku kalau bermasalah. Tapi yang paling aku tak suka sekali ialah lawatan ke rumah. Biasanya pesakit2 tu dah hampir expired, tak boleh nak jalan, tak boleh nak cakap, dan famili biasanya dah tak tahu nak buat apa dah. Masa tulah mereka datang memujuk aku supaya datang tolong tengok2kan dan nasihatkan apa2 yang patut. Sebagai doktor, aku susah nak elak kerja2 ini kecuali kalau yang duduk jauh2. Masa kerja2 kat klinik kadang2 tak habis2, masa tulah ada aje yang suruh datang rumah.
Biasanya dalam sebulan, ada sekali dua aku kena buat house call atau home visit ni. Rasanya aku masih ingat senarai pesakit2 yang aku pernah rawat dirumah. Hampir 90% dah meninggal dunia. Biasanya stroke, lumpuh, kanser atau sakit tua. Kira2 dua tahun lepas, ada satu Uncle chinese datang berpapah ke klinik selepas operatio…

Aku dan Anakku Masuk Jawi

Anak bujang aku masuk jawi semalam. Mula2 cadang nak buat kat specialist under GA tapi dia tak nak. Segan dengan kawan2 katanya. Selamat duit aku. Boleh buat modal beli videogame Wii. Jadinya, dia bersunat kat klinik aku ajelah. Tapi bukan aku yang buatlah. MA Ismail dari hospital yang buat. Anak aku sorang ni memang tak tahan sakit. Masa patah tangan dulu, satu hospital dengan dia jerit. Bius 2 kali pun masih terjerit2. Lepas habis prosedur, terus tidur sampai pagi. Masa bersunat pun sama. Menjerit2 jugak. Aku dah biasa dengar, buat pekak ajelah. Alhamdulilah segalanya dah selamat. Dah jadi dewasa. Kena pergi masjid setiap Jumaat.
Tapi balik rumah sampai tengah malam asyik menangis aje. Gerak sikit sakit. Aku dah tak kuasa nak melayan. Emak dialah yang melayan sangat. Jalan berpimpin, makan bersuap. Geram aje aku tengok. Camni, aku nak sunat lagi sekalilah.. Nasib baik malam tadi dia tidur senyap aje. Pagi ini pun nampak dah OK. Dah boleh pegang PSP kira Oklah tu..
Masa aku bersunat…

Aku dan Keputusan UPSR 2008

2 hari lepas keputusan UPSR keluar. Seperti biasa semuanya meningkat. Orang2 politik mendabik dada kata bahwa penguasaan Bahasa Inggeris telah meningkat. Rata2 disana sini semuanya gembira kerana anak2 berjaya score 5A. Cikgu2 dan gurubesarnya tumpang gembira kerana peratusan sekolah meningkat. Ada harapan naik pangkat dan naik gaji.

Tapi hakikatnya? Keputusan meningkat sebab skema penandaan diturunkan. Sebab cikgu2 dapat soalan bocor. Sebelum masuk dewan peperiksaan, ramai2 menghafal ayat untuk buat karangan bahasa Inggeris. Sehari sebelum exam, guru2 tiution panggil anak2 murid untuk kelas extra. Jadi kalau setiap sekolah berlambak2 dapat 5A aku tak heran dah. Tengok keputusan mereka bila masuk sekolah menengah esok.

Aku bukan nak bangga diri. tapi masa aku dulu aku cuma dapat 2A aje. Masa tu takda soalan ramalan, takda kelas tambahan, takda pergi tiution. Tahun depan anak sulong aku akan ambik UPSR. Aku tak mengharap sangat. Yang penting kena faham konsep dan bukannya menghafal bu…

Aku benci MLM/Skim Piramid

2 minggu lepas aku baca majalah Mingguan Wanita. Aku terbaca tentang satu artikel mengenai kejayaan seorang nurse dari JB yang berjaya menjadi jutawan dalam tempoh 6 bulan bergiat aktif dalam direct selling/MLM atau pada aku skim piramid. Nurse ni aku kenal. Suami dia aku kenal jugak sebab sama2 bekerja di hospital dulu. Dia kerja attendant aje. Kira2 setahun yang lalu, suami dia pernah approach aku untuk jadi downline dia. Prinsip dia senang aje:
Aku labur 24 ribu untuk jadi down line dia. Kalau takda cash, aku boleh buat pinjaman Bank Rakyat. Lepas tu bulan2 aku boleh dapat 3 ribu. Tak payah buat apa2 katanya. Dengan 24 ribu tu, company akan beri barang2 seperti massager, water filter,etc yang nilainya lebih daripada 24 ribu. Aku tak payah jual barang2 tu sebab boleh pakai sendiri. Masa tu dia takda cakap pun kena cari downline. Aku memang anti direct selling ni. Satu, aku langsung tak minat dan tak pandai nak pujuk2 orang supaya beli barang dari aku. Dua, aku takda masa nak kesan…

Aku dan Single Parent

Apa itu single parent? Single parent bermaksud perempuan2 yang mengandung tanpa suami yang sah dan dalam bahasa mudah perempuan2 terlanjur. Dalam2 kes2 camni biasanya perempuan yang sering dipersalahkan. Ini kerana mereka yang termengandung, terbersalin..yang lelaki langsung tak jadi apa2. Untung betul jadi lelaki ya? Sepanjang 12 tahun aku jadi doktor ni, dah bermacam2 cerita dan jenis manusia yang aku jumpa. Kadang2 sedih jugak dengan nasib2 mereka dan anak2 yang dikandungnya.

Kes terbaru aku jumpa 2 hari lepas. Satu perempuan berumur 24 tahun datang dengan kedua ibubapanya kerana bengkak kaki dan perut semakin membesar. Ibubapa langsung tidak mengesyaki apa2 dan menyuruh aku buat scan untuk cari apa sebabnya. Tanpa scan pun aku dah agak dia mengandung. Aku suruh parents dia keluar dulu. Scan confirmed mengandung 7 bulan. 7 bulan? Dah tak boleh buat apa dah. Perempuan tu terperanjat, menangis dan merayu kat aku supaya jangan beritahu ibubapa dia yang kat luar tu. Selama 1/2 jam aku…

Aku dan FOMEMA

Apa itu FOMEMA? FOMEMA adalah syarikat kepunyaan kroni kerajaan yang menjadi orang tengah menguruskan kemasukkan pekerja2 asing ke Malaysia. Sebelum adanya FOMEMA, warga asing tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk datang ke Malaysia. Jadi selain membawa diri dan tenaga untuk bekerja, mereka juga membawa pelbagai penyakit2 berjangkit seperti Malaria, Batuk Kering, Syphilis dan lain2 yang mengancam kesihatan rakyat. Dengan adanya peraturan2 ketat dibawah seliaan FOMEMA, hanya orang2 yang sihat sahaja boleh datang dan bekerja di Malaysia. Selain itu, FOMEMA memberi peluang sama rata kepada para doktor dengan mengagihkan bilangan pekerja asing yang seimbang kepada setiap klinik. Purata setiap klinik mendapat antara 500-650 pekerja setahun.
Masa mula2 aku bukak klinik dulu, aku memang tak berminat untuk mendaftar dengan FOMEMA. Banyak berita2 negatif aku dengar seperti bayaran lambat, klinik jadi kotor, pesakit2 tempatan lari bila klinik penuh dengan warga asing dan yang aku p…