Langkau ke kandungan utama

Aku dan Home Visit

Sebagai doktor persendirian, kerja aku all rounder. Semua jenis kerja aku kena buat. Kerja2 pakar semua aku boleh. Pakar kanak2, pakar bedah, pakar tulang, pakar sakit puan, semua orang cari aku kalau bermasalah. Tapi yang paling aku tak suka sekali ialah lawatan ke rumah. Biasanya pesakit2 tu dah hampir expired, tak boleh nak jalan, tak boleh nak cakap, dan famili biasanya dah tak tahu nak buat apa dah. Masa tulah mereka datang memujuk aku supaya datang tolong tengok2kan dan nasihatkan apa2 yang patut. Sebagai doktor, aku susah nak elak kerja2 ini kecuali kalau yang duduk jauh2. Masa kerja2 kat klinik kadang2 tak habis2, masa tulah ada aje yang suruh datang rumah.

Biasanya dalam sebulan, ada sekali dua aku kena buat house call atau home visit ni. Rasanya aku masih ingat senarai pesakit2 yang aku pernah rawat dirumah. Hampir 90% dah meninggal dunia. Biasanya stroke, lumpuh, kanser atau sakit tua. Kira2 dua tahun lepas, ada satu Uncle chinese datang berpapah ke klinik selepas operation jantung. Doktor jantung suruh dia check paras gula dan dressing untuk luka dia setiap hari. Aku kesian melihat kepayahan dia datang ke klinik. Almaklumlah lepas operate jantung. Jadi setiap 2 hari aku ke rumah dia untuk buat dressing dan beri nasihat apa yang patut. Setiap kali aku ke sana, mesti dapat ole2 punya. Buah2an, air kotak dan setiap kali raya, hamper besar dia hantar kat klinik aku. Setahun lepas, isterinya datang jumpa aku. Uncle sudah kena kanser usus pulak. Masa aku datang melawat dia, aku hampir tak kenal dia sebab dah kurus sangat dah. Mengalir air mata dia bercerita tentang kesakitannya. Selang 2 bulan, dia meninggal dunia sebab kanser tu dah merebak dah.

Aku ada satu lagi uncle India. Aku kenal sejak dari aku kerja hospital dulu. Dia ada macam2 penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, semput, sakit prostat dan sebagainya. Dia selalu sangat masuk hospital sebab semput masa aku jaga wad dulu. Dia kata kalau dia nampak muka aku aje, dia dah rasa sihat dah. Aku pernah beberapa kali melawat dia kat rumah. Setiap kali jumpa, macam2 cerita dia bawa. Setiap kali hari Deepavali, dia mesti hantar kuih, buah dan biskut ke klinik aku. Aku naik segan dengan anak2 dia. Yalah, setiap hari Deepavali, dia mesti sibuk suruh anak dia hantar dia untuk jumpa aku. Uncle ni pun dah meninggal jugak.

Minggu lepas, ada satu Chinese perempuan berlari2 datang ke klinik. Rumah dia kat belakang klinik aje. Dia suruh tengokkan emak dia yang pengsan kat rumah. Sampai sana aku lihat emak dia dah terbujur kat depan pintu bilik air. Dah tak bernyawa. Dia kata bila nampak emak dia pengsan, dia ingat aku aje. Tak terfikir nak panggil ambulan ke, jiran2 ke atau sedara mara. Emak dia dah tua dah. Mungkin kena serangan jantung sebab takda kesan luka kat badan. Kalau ikut aku senang aje. Buat report polis dan kebumikan. Tapi orang jual tong lebih cekap dari aku. Dia kata nak bawa mayat ke hospital untuk claim insurance sebab kemalangan. Takda kesan luka camna nak kata kemalangan? Tapi itu hak dia. Aku cuma tolong bukannya nak duit bayaran apa2.

Walaupun bayaran home visit tak setimpal dengan kerja2 yang aku buat dan kerja2 yang aku tinggalkan di klinik, aku kira itu perkhidmatan aku kepada masyarakat sekitar. Aku tak pernah charged lebih 30 ringgit walau jauh atau lama mana aku pergi. Aku jadikan semua itu sebagai kerja2 kebajikan dan semoga mendapat balasan setimpal dari Allah. Aku tak pernah berkira apa warna kulit atau apa bangsa sekalipun. Semuanya aku layan sama rata.

Aku tak tahu macamana no Hphone aku boleh merebak sana sini. Tak tentu masa ada aje yang call mintak nasihat itu ini. Anak nak masuk asrama penuh pun cari aku. Sekarang, aku jarang jawab call dari nombor yang bukan dalam list aku. Aku juga tak jawab call masa hujung minggu atau masa waktu rehat aku. Kadang2 kita tengah lepak2 tenangkan fikiran, ada aje orang call tanya pasal anak2 demamlah, darah naik lah, muntah tak hentilah. Paling senang tak payah jawab. Lantak lah hidup ke mati ke. Kat dunia ni bukan aku sorang aje jadi doktor..


Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Honda Odyssey Siri 4

Semenjak Estimaku sakit, aku mula buat kajian mendalam mengenai Odyssey. Bukannya nak tukar daripada Estima ke Odyssey tetapi jika Estimaku makin tenat, aku terpaksa jugalah membuat pilihan. Jadi, pengalaman mencari dan membeli kereta recond 4 tahun yang lalu mengajarku bahawa aku perlu bersedia sebelum keluar dan berjumpa dengan salesman2 kereta yang kadang2 terlebih pandai. Sebelum aku terkena, baik aku bersedia untuk mengenakan mereka. Kalau aku rasa macam tak betul aje, aku boleh mengesan awal dan berpindah ke kedai lain.

Berikut adalah hasil kajian aku sepanjang seminggu ini:
Generasi pertama Odyssey menggunakan kod RA1-RA5 adalah keluaran antara tahun 1995 hingga 1999. RA1 dan RA3 untuk pemanduan 2WD manakala 2 dan 4 untuk pemanduan 4WD. RA5 adalah untuk enjin 3.0L manakala yg lain guna enjin 2.4L sahaja.Generasi kedua Odyssey menggunakan kod RA6-RA9 adalah untuk keluaran selepas 1999- 2003. Kod membezakan kapasiti enjin dan jenis pemanduan sama seperti kereta2 generasi pertama.…

Aku dan Suka-Duka 2018

Pejam celik 2018 sudah sampai dipenghujungnya.
Cepat betul masa berlalu.
Hari-hari keluar masuk klinik,
masuk pagi dan keluar dah pun malam.
Tanpa sedar seminggu dah berlalu.
Lepas tu sebulan berlalu.
Dan sekarang setahun sudah hampir berlalu.

2018 tetap tidak menghampakan.
Banyak peristiwa suka-duka aku lalui.
Paling menarik di tahun ini tentunya perubahan politik negara.
Selepas 60 tahun memerintah,
akhirnya UMNO dan BN berjaya dikalahkan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kuasa,
kuasa rakyat lebih kuat daripada kuasa parti pemerintah.
Baca cerita politik aku di sini.

Cerita politik memang tak pernah habis.
Setiap hari mesti ada benda baru yang nak diviralkan.
Daripada benda-benda besar hinggalah benda-benda remeh.
Daripada isu-isu 1MDB hinggalah isu kasut hitam untuk pelajar sekolah.
Dan yang paling terbaru,
isu rusuhan di kuil seterusnya isu ICERD.
Aku sekadar membaca sahaja isu-isu tersebut.
Aku malas nak mengulas.
Sebab bila aku mengulas ramai yang akan sentap.