Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Aku dan Afamosa Melaka (part 1)

Aku dah lama tak bercuti. Biasanya kalau cuti pun, takda lain. Asyik bawak wife pegi shopping je. Kali ini aku cakap, takda shopping2. Aku nak rehatkan fikiran dan langsung tak nak fikir pasal kerja, pasal hutang, pasal dunia, pasal shopping..Sebab itu aku pilih Afamosa. Ada waterpark, ada perarakan karnival, ada zoo, ada theme park. Kalau baca dalam internet, semuanya kelihatan sungguh menyeronokkan. Realitinya?
Pagi Sabtu tu aku bangun paling awal. Aku dan wife sama2 memasak untuk bawa bekal ke sana. Ada ayam kicap, ada kobis goreng kailan dan udang goreng kunyit. Wife ada buat sandwich, sambal cencalok; buah tembikai dan jambu batu pun ada. Barang2 yang nak dibawa, aku listkan awal2. Checklist 2-3 kali aku semak. Malangnya handphone aku boleh tertinggal jugak akhirnya. 3 hari tanpa handphone, rasa aman betul dunia.
Pukul 7 pagi, aku memulakan perjalanan dengan doa semoga segalanya dipermudahkan. Sepanjang highway, banyak kereta Singapura yang aku jumpa. Mereka nak habiskan cuti hu…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Aku cuti 2 hari kelmarin. Jalan2 sambil hilangkan tension. Hari sabtu seharian aku berjalan. Pagi, shopping di Plaza Angsana. Tengahari, sambung shopping di Jaya Jusco Tebrau City. Petang, beli barang2 dapur di SMART. Malam baru sampai rumah. Terbang gak seribu lebih. Barang sekarang mahal2 betul. Ikan dah takda yang bawah 5 ringgit sekilo. Semua lebih 7 ringgit sekilo. Alahai.
Aku dah beli dry box dah. Brand AIPO buatan Taiwan. Yang kecik sekali cuma 20L tapi guna manual, bukannya digital. Harga memang 250.00 sama macam dalam internet. Yang besar sikit 38L ada 2 tingkat. Masuk satu body dan 5-6 lens takda masalah. Kat internet jual 455.00 tapi kedai yang kat tingkat bawah nak beri aku 360.00. Kedai biasa aku yang kat tingkat atas, cuma ada satu brand aje. SUNDRY buatan China. Itupun dia mintak 450.00. Cepat2 aku turun bawah sambar yang 360.00 tu. Sampai la ni aku belum sempat bukak kotaknya lagi. Takda masa.

Kami makan tengahari kat Restoran ZZ disebelah hospital. Tempat favorite ak…

Aku dan Lensa Baru

Bila kita dah ada kamera DSLR ni, macamanapun kita kena upgrade koleksi lensa2 kita. Takkanlah nak pakai kit lens aje. Lens ini ada berpuluh2 jenis bergantung kepada minat dan hobi masing2. Kalau suka gambar2 dekat kena ada lens makro, kalau suka gambar2 pemandangan, kena ada wide angle lens, kalau suka gambar2 haiwan atau sukan, kena ada telephoto. Pendek kata setakat 1-2 lens memang tak cukuplah. Ditambahlagi bila kita ada kawan2 yang sama2 menceburi minat ini. Memang kena racun selalu.
Kira-kira setahun yang lalu, aku mula berjinak2 dengan hobi baru ini. Cadangan asal nak guna body Nikon atau Olympus tapi Jemie suggestkan Canon sebab dia pun pakai Canon jugak. Dia kata pilihan lensanya banyak. Aku start dengan 400D dan kit lens 18-55mm f/3.5-5.6. Harga dekat 3K. Mula2 pakai, semua guna Auto aje. Lepas jumpa Jemie, aku mula belajar guna AV dan Tv. Aku banyak baca buku dan surf internet untuk pengetahuan penggunaan yang maksimum. Mula2 ambik gambar guna JPEG aje. Lepas tu belajar am…

Aku dan Sembahyang Jumaat

Sembahyang jumaat adalah wajib keatas setiap orang lelaki muslim. Dari zaman sekolah rendah sampai sekarang, aku dah merata2 pergi sembahyang jumaat. Masa kecik2 duduk kampung dulu, aku kena kayuh basikal 3 batu untuk pergi sembahyang jumaat. Bapak aku masa zaman muda jarang sembahyang jumaat. Penat kerja kebun katanya. Selepas aku pindah ke felda, aku jalan kaki aje ke masjid. Kadang2 balik kaki ayam sebab selipar jepun selalu hilang kena kebas.

Masa sekolah asrama di Kluang, pukul 12 bas dah datang. Padahal sembahyang pukul satu lebih. Sampai masjid, semua duduk menyandar kat dinding. Yang tidur berdengkur pun ada. Lepas sembahyang, sebelum imam beri salam yang kedua, ramai dah berlari2 kejar bas. Takut tak dapat duduk. Kalau waktu outing/keluar bandar, semua berlari2 jugak. Lari kejar tiket wayang. Aku pernah jalan kaki balik asrama sejauh 6km sebab tertinggal bas. Menyumpah seranah sepanjang jalan sebab masa tu kononnya ada bas kedua ambik kita.

Masa duduk di UM, aku selalu semb…

Aku dan Kaki Wayang

Aku memang suka tengok wayang. Dulu masa kecik2 duduk di kampung, bapak aku selalu jugak bawak aku tengok wayang kat panggung di Semerah. Biasanya cerita hindilah. Bapak aku jugak pernah bawak aku dan kakak aku ke Muar. Tengok cerita Prebet Lapok lakonan Badul. Walaupun dah berpuluh2 kali aku tengok cerita itu, scene mayat bangun tu aku tak pernah tengok. Itulah kali terakhir rasanya bapak aku bawak aku sebab lepas tu emak aku tak kasi biasakan anak2 tengok wayang.

Masa duduk kampung dulu, setiap bulan ada tayangan wayang pacak kat padang di Parit Tengah, Ayer Hitam, Muar. Biasanya pagi2 lagi ada lori lalu buat pengumuman. Itulah satu2nya hiburan orang2 kampung sebab bekalan elektrik masih belum ada. Apatahlagi radio dan tv. Jauh sekalilah. Arwah pak cik aku biasanya akan berniaga apam balik malam itu. Selepas maghrib, orang kampung beramai2 bawak tikar dan alas tempat duduk menuju ke padang. Aku tak ingat berapa bayarannya tapi murah sangatlah. Sebelum wayang, biasanya kena dengar c…

Aku Sebagai Junior MO Unit Kecemasan

Selepas aku habis kursus induksi di Bayu Beach Resort, bermulalah bahagian kedua riwayat aku sebagai junior doctor di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, hospital kedua tersibuk di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur. Semasa aku mendaftar/menyerah diri ke pejabat pengarah hospital, pengarah hospital ketika itu terus menghantar aku ke Unit Kecemasan. Tiada pilihan lain. Lagipun aku belum cukup pengalaman untuk bekerja diwad katanya. Aku mohon ditempatkan di unit Ortopedik tetapi tiada kekosongan. Langsung takda kompromi. Dia janji nak hantar aku ke Ortopedik lepas aku kerja di E.R. Itu janjinya.

Di unit kecemasan, boss aku seorang perempuan non-muslim. Khabarnya, tahu bercakap aje tapi skil merawat kes2 emergency langsung takda. Kerjanya duduk kat bilik dia aje. Lepas tu mengarah orang buat itu ini. Di unit kecemasan, aku kerja 3 shift. 8 pagi-2 petang; 2 petang-9 malam dan 9 malam-8 pagi. Lebih kurang macam nurse jugaklah. Kalau lepas kerja malam, dapat off day keesokkan harinya…

Aku dan Stesen Radio Kegemaranku

Aku tak suka suasana sunyi sepi. Jadi sepanjang waktu, aku mesti nak dengar radio. Kadang2 waktu tidur pun nak kena dengar radio jugak. Sejak zaman persekolahan lagi, aku memang tak lekang dengan radio. Waktu aku dapat pangkat satu masa SPM dulu, hadiah yang aku beli untuk diri sendiri ialah radio hi-fi baru. Masuk dapat masuk Medic pun, aku beli radio hi-fi baru. Pikul dengan Jemie naik motor daripada Puduraya. Kelakar betul..
Masa study kat UM dulu, radio Muzik adalah teman setiaku. Bila belajar tengah2 malam, lagu2 pilihan pendengar menjadi teman telinga selain Nescafe pekat. Masa tu iklan tak banyak, DJ pun taklah asyik nak membebel aje. Selepas tu, aku beralih ke Era fm sampailah sekarang. Kalau dengar radio, aku suka DJ yang tak banyak cakap, kurang iklan dan banyak lagu2 sedap. Masa Era tengah top, aku suka dengar celoteh Halim Othman dan paling syiok sekali kombinasi Khairil dan Keiran. Tiap2 pagi aku memang tak pernah miss masa tu. Yang bestnya topik pagi di Eralah. Macam2 t…

Aku dan majalah DCM

This booklet is given free when you brought the latest edition of DCM (December issue). It a guidebook for Canon owner like myself in choosing additional lens for my EOS. Canon offers more than 60 EF lenses to choose which is very difficult to select based on personal needs or interest. But the important thing is those that suited your budgetlah. One lens can cost thousands ringgit and be caution: Please ask your wife first before buying.

This December issue taught readers about taking good potrait photos and Black and White photos. For 9 ringgit each, its a best magazine for beginner like myself. If buying imported magazines, at least it cost me 25 ringgit. Better go for makan Tomyam.. My brother planned to buy DSLR, but he preferred NIKON. I don't know why. So which one is better, Canon or Nikon? This DCM magazine had compared those two plus the more expensive Sony. Memanglah Sony menang because harganya pun dah lebih mahal. Canon and Nikon consider seri. Terpulanglah minat dan c…

Aku dan MC tipu

Dalam ruangan BISIK BISIK Awang Selamat semalam, dia dapat fakta menyatakan 3 suku daripada pekerja2 Malaysia pernah mengambil cuti sakit atau MC dan 27% mengaku menipu untuk mendapatkan MC. Ha ha ha..Itulah realitinya. Kalau nak cerita pengalaman aku selama 11 tahun berhadapan dengan kaki2 MC ni memang boleh buat buku.
MC adalah atas budi bicara doktor. Tiada sesiapa boleh memaksa atau menghalang doktor menulis surat MC ni. Itulah untungnya jadi doktor. Kalau fikir untung, boleh bukak bisnes jual MC sahaja. Pada aku, bila ianya atas budi bicara, banyak kali aku yang jadi serba-salah. Nak beri ke tak nak beri? Akhirnya, aku yang pening kepala.
Dulu masa aku mula bukak klinik, aku selalu bertekak dengan kaki2 MC ni. Rajin jugak aku bersyarah dan berdebat pasal MC. Lama2 aku fed-up. Yang baling ubat, yang hempas pintu, yang ugut, yang mengaku lawyer call aku pun ada bila sedara tak dapat MC. Selalunya pagi isnin ramailah yang sakit menunggu aku. Tunggu sejam pun takpa. Alasan biasa; y…

Aku dan Hobi Mahalku

Aku ada 2 anak lelaki. Setiap kali berjalan atau pegi shopping, kedai mainanlah yang ditujui dahulu. Selagi tak dapat mainan selagi itulah mereka tak berhenti merengek. Tapi bila dah dapat, sibuk pulak mengajak balik. Gambar2 di atas merupakan sebahagian daripada permainan yang aku dapat selamatkan daripada dijahanamkan. Aku mula mengumpulnya sejak 5 tahun yang lepas.

Ianya bermula bila aku beraya dirumah sahabat aku yang mengumpul patung2 McDonald sebagai hiasan. Sejak dari itu aku mula mengumpul mainan2 free bila beli Chicky Meal dan Happy Meal. Kemudian aku beralih ke patung2 kecil atau figurines seperti Naruto, Ultraman, Batman, XMen, Power Rangers dan sebagainya. Aku pernah beralih ke mainan pasang siap seperti Zoids dan Gundam tapi bila harganya semakin mahal, aku berhenti. Mainan yang biasa aku beli berharga sekitar RM4.90-12.90 dan yang paling mahal ialah robot Transformers Bumblebee berharga RM89.90.

Mainan2 ini aku susun rapat2 dalam almari kat klinik. Budak2 kalau datang k…

Aku dan Peminjam Wang Ehsan

Aku paling benci kalau ada sedara-mara atau kawan2 yang suka pinjam wang. Pantang terdesak sikit, cari kawan2 untuk pinjam wang. Masa meminjam bukan main sedih lagi muka, bila dah dapat duit, hilang entah kemana. Bila jumpa asyik nak mengelak aje. Kalau terserempak pun, buat2 tak ingat je pasal hutang2 lama. Bila nak buat hutang baru, berjanji bukan main nak langsaikan yang lama sekaligus. Tapi, itu hanya janji sahaja.
Aku dah banyak kali terkena. Sekarang; walaupun sedih macamana ceritanya; walau betapa manisnya janji2 yang ditabur, aku takkan beri punya walau seringgit. Biasanya hubungan kekeluargaan dan bersahabatan akan berubah sekelip mata menjadi pemberi hutang dan pemiutang. Itu yang aku tak suka. Aku ada satu kawan lama, kenal masa sekolah menengah dulu. Dia pernah pinjam duit aku 50 ringgit selepas dia gaduh dengan emak bapak dia. Dia lari rumah sedara dia di Muar masa tu. Sampai sekarang, tak pernah nak settle. Dia ingat aku lupa gaknya. Dengan duit 50 ringgit itulah, persa…

Aku Sebagai Houseman

Selepas habis belajar selama 5 tahun dan lulus mendapat ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan jayanya, orang2 kampung dah boleh panggil aku doktor. Tapi dari segi kerjaya, istilah itu tidak diiktiraf di Malaysia selagi aku tidak melepas tempoh percubaan sebagai doktor pelatih atau houseman selama setahun seterusnya berkhidmat sebagai pegawai perubatan di mana2 hospital kerajaan selama 2 tahun. Selepas 3 tahun berkhidmat , barulah aku boleh bergelar doktor seterusnya disahkan mendapat lesen/sijil pendaftaran penuh. Selepas 3 tahun itu jugalah, barulah aku boleh memohon untuk menyambung pelajaran, berhijrah ke sektor swasta atau bekerja sendiri. Satu tahun hidup sebagai houseman merupakan satu tempoh pembelajaran yang tidak boleh dilupakan. Lebih banyak duka daripada suka apatahlagi dengan gaji yang tak setimpal. Warga Indon yang kerja di sektor pembinaan, rasanya lebih tenteram hidupnya berbanding aku.
Seminggu lepas aku dapat ijazah, aku dah dapat surat dari JPA.…

Aku dan Aidil Adha 2008

Aidiladha padaku hanya 4 perkara. Satu, hari cuti. Dua, sembahyang raya. Tiga, makan tanpa batasan dan empat, menyaksikan orang2 kenamaan berlumba2 mencari nama.

Saban tahun, VVIP termasuk PM dan TPM sendiri akan mengagih2kan kurban mereka disana-sini. Beratus2 lembu, kambing malahan unta dikurbankan untuk dibahagi2kan kepada rakyat jelata. Ibadat kurban telah dikomersilkan dan menjadi bahan perniagaan. Ada syarikat2 ditubuh semata2 untuk menyelaras ibadat kurban tersebut. Radio SINAR juga melakukan ibadat kurban di 5 kampung terpilih. Aku harap niat mereka betul dan ibadat mereka adalah kerana Allah dan bukannya untuk nama dan kepentingan peribadi. Pada aku tak payahlah sibuk2 beritahu TV3 'PM sumbang 100 ekor lembu di masjid Permatang Pauh untuk kurban tahun ini. Najib pula menyumbangkan 101 ekor unta di masjid2 sekitar Raub untuk kurban tahun ini'. Ini contohlah..

Tahun ini giliran beraya di rumah mertua. Sebenarnya mana2 aku tak kisah sebab rumah emak aku dan rumah emak m…

Aku dan Bahan Bacaan

Semalam aku ke Angsana lagi. Wife nak cari buku untuk study dia. Bila dah masuk kat Badan Bookstores, semua famili aku pun nak beli buku jugak. Ameel dan Erin mesti cari komik dan buku bola punya. Ainaa suka buku2 cerita manakala aku suka buku2 politik. Entah camna aku terpandang buku diatas. Haji Muda :Tip-tip menjadi Tetamu Allah oleh Ridzwan Bakar. Gaya bahasanya simple dan berbentuk travelog, bukannya sarat dengan doa2 atau teori2 yang berat2. Baca intro aje aku dah tergerak nak beli. Mungkin setahun dua ini tergerak nak pergi haji, sapa tahu..

Tengok, berapa banyak buku yang telah dibeli. Majalah On The Road aku punya, Wisel dan Kreko Erin punya, Gempak Ameel punya, Majalah Wanita wife punya. Itu belum termasuk buku2 cerita yang anak2 sorang satu beli. Cukup tahun, boleh bukak perpustakaan kat rumah. Biasanya majalah2 tu aku letak kat ruang menunggu diklinik aku lepas sebulan dirumah. Kira sedekahlah sebab tak lama lepas tu, semua majalah tu hilang dibawa balik patient-patient a…

Aku di Restoran TerraThai

Aku dan famili memang semuanya kuat2 makan belaka. Kalau tak masak kat rumah, kita makan kat luar. Kalau setakat Kulai dan JB, rasanya semua kedai tomyam kami dah cuba. Kalau nak beri markah untuk setiap kedai makan rasanya kami boleh jadi hakim. Sebabnya, set menu kami standard untuk setiap kedai. Yang wajib ialah Tomyam Campur, Padprik Ayam, Daging Merah, Sotong Masam Manis, Kailan Ikan Masin dan kadang2 Siakap Tiga Rasa.

Kalau kat Kulai, makanan yang paling sedap setakat ini ialah di Azlan Seafood. Layanannya bagus, hiasannya menarik tapi agak berbau sedikit sebab ada longkang besar kat belakang kedai tu.

Dalam minggu ini aje, dah 3 kali aku dinner kat luar. Wife tengah busy study nak exam, jadi malas sikit nak masak. Lagipun cuti sekolah, asyik berjalan2 aje. Minggu lepas, kami dinner di Restoran Two City di Kluang. Tengah minggu makan lunch di Restoran Singgah Selalu di Plaza Kotaraya dan malam tadi kami ke tempat yang lebih eksklusif; Restoran Terra-Thai di Jln Abd Samad, JB. A…

Aku dan Handphone

Handphone Samsung SGH 500 adalah salah satu hp yang pernah aku beli. Ini juga mungkin yang termahal pernah aku beli iaitu sekitar RM1600. Aku beli Samsung SGH500 ini kira2 dua tahun lepas sebagai hadiah harijadi wife aku. Macam2 features ada termasuk 3G tapi wife aku tak pandai nak pakai. 6 bulan lepas, hp ini terjatuh dan rosak skrinnya. Baru bulan lepas aku sempat baikinya dan sekarang aku yang pakailah. Wife aku pakai SonyEricson aku. Aku suka pakai yang ini kerana ianya nipis dan skrinnya besar. Kalau rabun dekat, memang sesuai sangat. Tapi nak SMS leceh sikit sebab banyak sangat butang nak kena tekan.

Hp pertama aku ialah Motorola jenis lipat yang aku beli kira2 6 bulan selepas aku menjadi doktor. Masa tu aku di Muar sekitar tahun 1996. Nak beli hp bukan main susah lagi masa tu. Macam nak buat pinjaman bank. Kena photostat IC, bil air dan api, penyata gaji dan nama waris. Masa tu semua line kena register. Takda prepaid lagi. Lepas register kena tunggu 1 minggu sebelum line appro…

Aku dan Hari Ini Yang Bengang

Hari ini aku bengang sangat2. Patient nak balik kampung beraya pun singgah ke klinik sebab nak ambik MC dulu. Dulu masa raya puasa pun sama. Alasan tiket kereta api dah beli. Cuti tak lulus disaat2 akhir. Merayu2 sebab tiket untuk satu famili dah beli. Dia mintak 2 hari MC lak tu. Campur cuti raya 10 hari cuti free. Tapi atas dasar kesian, aku beri jugak. 'Bukan kerana kau tetapi kerana anak2 kau'. Tadi pagi2 lagi dah datang lagi. Mintak MC lagi. Petang ni nak drive balik kampung. Tang tu jugak aku naik angin. Pegi mampus!!
Lepas tu ada seorang lagi. Bini dia pernah kerja dengan aku dulu. Katanya tengah bengang sebab kawan dia guna nama dia untuk pinjam along. Konon sakit kepala dan nak balik rumah tidur. Mamat ni aku dah kenal lama dah. Ada problem tak settle aje; cari aku untuk MC.
Sekejap lagi ada satu lagi perempuan. Kerja jual kereta kat Perodua. Sebelum ni tiap2 bulan datang asyik sakit macam2. Hari ini senggugut pulak. Tak boleh pergi kerja katanya. Ada satu lagi perem…

Aku dan ubatan DDA

DDA bermakna ubat2 list A yang dikira berbahaya atau istilah saintifiknya ubat2 psikotropik. Antara contohnya ialah ubat2 tidur seperti Dormicum, Valium, Xanax dan ubat kurus seperti Duromine. Ubat2 ini dikira berbahaya kerana kalau makan sembarangan kita boleh jadi ketagih. Maka pihak kerajaan hanya membenarkan ubat2 ini dijual atas preskripsi doktor dan bukannya dibeli difarmasi. Undang2 juga mewajibkan ubat2 ini disimpan dalam almari yang berkunci dan setiap ubat yang dijual harus direkodkan dalam buku rekod khas. Ubat juga mestilah diserah kepada pesakit oleh doktor dan bukannya melalui kaunter.
Selama 6 tahun aku bukak klinik, aku memang saban hari tunggu pegawai2 dari Unit Farmasi datang buat spot check kat klinik. Pagi Isnin minggu lepas, dua pegawai lelaki muda(baru grad gamaknya) dari unit itu datang ke klinik. Masa tu patient tengah ramai lak tu. Mereka tak sabar2 nak masuk. Mula2 sekali dia nak tengok APC aku. Lepas tu peti DDA aku, buku rekod DDA aku dan buku preskripsi a…

Aku dan Gelaran Datuk

Akhirnya Sultan Selangor dapat menggembirakan sedikit kegusaran hatiku. Rupa2nya di Malaysia ada lagi umat yang boleh berfikir secara waras dan memberi idea2 bernas. Sebelum ini hari2 aku dijamu dengan cakap2 putar alam ahli2 politik Malaysia yang kebanyakannya langsung tak boleh pakai. Orang2 seperti Sultan Selangor dan Raja Muda Perak yang boleh berfikir secara rasional patut dilantik menjadi Perdana Menteri (kalaulah boleh, alangkah bagusnya) dan bukannya Pak Lah yang kuat tidur tu atau Anwar yang kaki temberang tu.. Hasrat Sultan Selangor untuk tidak mahu memberi gelaran datuk kepada ahli2 politik dan orang2 kerajaan sempena harijadinya tahun ini sangat2 dialu2kan. Sejak beliau memerintah Selangor, anugerah datuk hanya diberi kepada kurang 30 orang setiap tahun iaitu kurang 10 dari limit asal iaitu 40 orang. Johor lagi bagus. Setahun nak cari sorang pun susah..
Menganugerahkan gelaran datuk sewenang2nya kepada 70-100 orang saban tahun kepada ahli2 politik dan tokeh2 perniagaan bu…

Aku dan Telemarketer

Aku paling benci bila orang tak kenal call aku. Lepas tu sibuk jual barang. Ketika kita tengah sibuk, ketika itulah handphone berbunyi. ''Maaf Encik. Boleh bercakap dengan En Zul.'' Saya call dari bank.'' Saya nak jual insuran kemalangan.'' Saya nak ucap tahniah sebab no telefon encik telah terpilih untuk memenangi percutian seminggu.'' Boleh encik datang ke pejabat saya? ''Saya nak jual peluang kepada encik mengenai ternakan kambing dan lintah. '' Dah ramai orang yang untung encik. "Saya Hj Ibrahim dari persatuan bekas perajurit, nak kutip sumbangan encik". Sakit hati betul aku dengan orang2 camni..
Malam semalam kat program 360 di TV3 ada cerita tentang ramai orang yang tertipu dengan pelaburan2 putar alam sebegini. Melabur untuk menternak lintah, menternak kambing, pondok kiosk dan sebagainya. Ini kes berniaga jual air liur sahaja. Dengan bermodalkan telefon dan pujuk rayu serta kebolehan menipu, mereka call nombor …

Aku sebagai Medical Student

Minggu lepas, DG KKM iaitu Ismail Merican ada buat statement menyatakan bahawa setiap satu bulan, ada 5 orang doktor mendapat sakit mental. Lepas tu saban hari ada aje yang beri pendapat tentang kehidupan sebagai pelajar perubatan, doktor, houseman, pakar dan semestinya sebagai manusia yang dibebani dengan tekanan berpanjangan.

Masa aku belajar dulu, Prof Deva dari Unit Sakit Jiwa ada cakap setiap seratus orang, mesti ada seorang yang akan mengalami masalah mental. Bermakna kalau kelas aku ada 200 orang, 2 orang pasti akan jadi orang giler punya. Itu realitinya. Dalam kelas aku, lebih 2 orang yang tak dapat sambung belajar. Tension, stress, depression lepas tu jadi psikotik. Malam2 bercakap dengan bulan..

Aku masuk medik atas kerelaan sendiri. Emak dan abah cuma cakap, kau nak ambik apa2 bidang pun itu terpulang kat kau. Yang penting kau belajar betul2 dan keluar nanti ada kerja yang menunggu. Lepas aku dapat keputusan SPM, aku memang nekad nak masuk UM. Dah dapat masuk UM, aku study…