Aku dan Afamosa Melaka (part 1)

Aku dah lama tak bercuti. Biasanya kalau cuti pun, takda lain. Asyik bawak wife pegi shopping je. Kali ini aku cakap, takda shopping2. Aku nak rehatkan fikiran dan langsung tak nak fikir pasal kerja, pasal hutang, pasal dunia, pasal shopping..Sebab itu aku pilih Afamosa. Ada waterpark, ada perarakan karnival, ada zoo, ada theme park. Kalau baca dalam internet, semuanya kelihatan sungguh menyeronokkan. Realitinya?

Pagi Sabtu tu aku bangun paling awal. Aku dan wife sama2 memasak untuk bawa bekal ke sana. Ada ayam kicap, ada kobis goreng kailan dan udang goreng kunyit. Wife ada buat sandwich, sambal cencalok; buah tembikai dan jambu batu pun ada. Barang2 yang nak dibawa, aku listkan awal2. Checklist 2-3 kali aku semak. Malangnya handphone aku boleh tertinggal jugak akhirnya. 3 hari tanpa handphone, rasa aman betul dunia.

Pukul 7 pagi, aku memulakan perjalanan dengan doa semoga segalanya dipermudahkan. Sepanjang highway, banyak kereta Singapura yang aku jumpa. Mereka nak habiskan cuti hujung tahun agaknya. Aku sampai di R&R Pagoh kira2 jam 8.30 pagi. Bersarapan lebih kurang lepas tu meneruskan perjalanan. Pukul 10.15, kami selamat tiba di Waterpark. Orang dah mula ramai dan untuk beratur membeli tiket, aku kena tunggu 10 minit. Satu famili aku kena charged RM185.00 termasuk kupon makanan untuk 5 orang. Alang2 dah sampai, bayar ajelah. Sementara tunggu aku beli tiket, wife sempat beli swimming trunk baru. Tutup aurat beb..

Bila dah masuk, anak2 dah tak sabar2 nak masuk air. Semua barang2 termasuk kasut, selipar, dompet, beg tangan dan baju2 semua aku sumbat dalam loker. Kupon makanan sekali masuk. Bila nak makan kena bukak loker. Nak tutup loker semula, kena beli token baru. Dah rugi 4 ringgit. Alahai..Mula2 kami 5 beranak sewa boya/pelampung dan lepas tu terus terjun dalam air. Naik atas boya, sambil dihanyutkan air di lazy river sungguh menyenangkan. Anak2 tolong tolak pulak tu. Aku tak payah buat apa2. Paling best tempat yang ada ombak buatan. Setiap 5 minit, siren akan dibunyikan menandakan ombak sudah datang. Siap dengan muzik sekali. Yang bestnya, setiap kali ada orang masuk kolam pakai baju, jaga/guard akan tiup wisel. Menurut undang2 kolam, lelaki tidak dibenarkan pakai baju dikawasan itu. Perempuan nak pakai apapun tak kisah. Aku tak fahamlah undang2 ni. Apa salahnya lelaki pakai baju. Bukannya membahayakan orang pun..

Lepas tu, anak2 sibuk mencuba slide sekitar taman. Yang rendah2 mereka beranilah. Yang tinggi2, aku pulak yang tak berani. Yang untuk famili, ditutup untuk pembaikkan. Bila dah penat main air, perut terasa laparlah pulak. Lepas tu kena beratur 10 minit lagi untuk collect makanan. Makin bertambah laparnya. Bila dah dapat makanan kena cari tempat nak makan pulak. Semua tempat duduk ada orang. Tempat yang takda orang yang duduk, beg2 penuh atas meja. Itu kedekut punya orang tak nak bayar RM4 untuk sewa loker. Akhirnya aku duduk bawah pokok aje. Tepi padang tempat Biro Tatanegara Selangor buat Famili Day. Kami semua ambik menu nasik ayam. Pilihan lain ialah Nasi Ayam kari dan Mee Hotplate. Kalau ikut menu, satu set lunch harganya RM12.00. Berbaloilah sebab ayamnya besar2. 

Bila perut dah kenyang, aku masuk dalam air balik. Melepak tempat kawasan berombak semula sambil melihat gelagat orang2 sekeliling. Yang berkeluarga, yang couple, yang bawa anak2 kecik, yang gemuk, yang kurus, yang bertatoo satu badan, yang putih, yang gelap, Maizurah Hamzah pun ada. Nasib tak baik sebab kamera tak bawak. Kamera aku tak waterproof. Tak berani nak bawak masuk kolam. Kalau tidak, boleh bergambar dengan artis.

Pukul 3.50pm, aku sampai di lobi hotel. Masa tu masih lengang tapi bilik tak siap lagi. Pukul 4.30 baru dapat bilik. Masa tu lobi dah penuh sesak. Ada rombongan dari Arab dan Singapura dah datang. Aku dapat bilik di tingkat 4. Dapat 2 katil besar lagi. Padanlah dengan harganya RM328 semalam. Sampai bilik, aku terus bukak makanan yang aku bawa. Sekejap aje semua licin. Lepas tu, tidurlah apalagi..

Selepas Maghrib, aku jalan kaki aje ke Cowboy Town. Kira2 200m dari bilik hotel. Orang boleh tahan ramainya. Untuk satu famili, harga tiketnya RM175.00. Sampai di dalam dah terasa suasana koboinya. Semua pekerjanya mesti pakai topi koboi. Kalau nak beli, satu RM59.90. Kat dalam tu, banyak restoran dan tempat makan. Halal ke tidak aku tak pastilah. Ada juga theme park untuk perabih duit dan stall jual souvenir. Aku beli key chain untuk sedara, topi untuk diri sendiri dan souvenir haiwan untuk anak2. Terbang jugak seratus lebih. 

Yang ditunggu2 ialah perarakan karnival. Dimulai dengan ratu Egypt (pondan kot) dan diikuti dengan aksi2 koboi, perarakan haiwan, aksi2 red indian makan api, ratu2 pondan dan kereta2 berhias. Aku cuba ambik gambar tapi banyak yang tak jadi. Lighting tak bagus walaupun pakai flash. Pada aku takda istimewanya sebab kebanyakkan persembahannya adalah sesuatu yang diulang2 untuk 30 minit. Aku tengok kereta2 berhiasnya dah usang dan berhabuk. Dressing pun main sembarang aje. Sebab tu kawasan tu gelap semacam aje. Biar tak ramai yang perasan. Tapi part ending yang best; pertunjukkan bunga api. Itu yang kekal dalam memori aku sampai sekarang.

Pukul 11 aku balik bilik. Semua kelaparan. Nasib baik aku ada bawak Maggi dan telur. Boleh jadi hidangan supper. Sebelum tidur, sempat lagi tengok tv sampai pukul 1. Bercutilah katakan. Mana boleh tidur awal. Tak cun lah brother.



Ulasan

  1. bro,gambar last tu ambik pakai ape?fish eye?

    BalasPadam
  2. belum ada budget utk beli fisheye. Standard kit lens je..
    Selamat menyambut tahun baru 2009.
    Semoga semakin bertambah rezekinya dan hidup sentiasa diberkati Allah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima