Aku dan MC tipu

Dalam ruangan BISIK BISIK Awang Selamat semalam, dia dapat fakta menyatakan 3 suku daripada pekerja2 Malaysia pernah mengambil cuti sakit atau MC dan 27% mengaku menipu untuk mendapatkan MC. Ha ha ha..Itulah realitinya. Kalau nak cerita pengalaman aku selama 11 tahun berhadapan dengan kaki2 MC ni memang boleh buat buku.

MC adalah atas budi bicara doktor. Tiada sesiapa boleh memaksa atau menghalang doktor menulis surat MC ni. Itulah untungnya jadi doktor. Kalau fikir untung, boleh bukak bisnes jual MC sahaja. Pada aku, bila ianya atas budi bicara, banyak kali aku yang jadi serba-salah. Nak beri ke tak nak beri? Akhirnya, aku yang pening kepala.

Dulu masa aku mula bukak klinik, aku selalu bertekak dengan kaki2 MC ni. Rajin jugak aku bersyarah dan berdebat pasal MC. Lama2 aku fed-up. Yang baling ubat, yang hempas pintu, yang ugut, yang mengaku lawyer call aku pun ada bila sedara tak dapat MC. Selalunya pagi isnin ramailah yang sakit menunggu aku. Tunggu sejam pun takpa. Alasan biasa; yang lelakinya cirit-birit dan yang perempuan senggugut. Pada hal semalam jalan2 makan angin, dating, pergi memancing, merempit, macamlah aku tak tahu.

11 tahun berpengalaman cuba ditipu pesakit, maka aku dah mahir dengan taktik2 mereka. Bila mereka kata sakit macam2, aku pun tanya macam2. Orang yang cuba menipu, sekejap kata sakit 2 hari sekejap 3 hari. Mula2 sakit kepala, tiba2 sakit perut pulak. Mula2 kata cirit birit 10 kali, lepas tu kata muntah pulak. Bila muka dah merah, denyut jantung makin laju, itu nak bohonglah tu. Biasanya sambil aku tanya aku pegang urat nadi kat pergelangan tangan. Kalau makin laju tu sahlah pembohongnya. Kalau datang klinik, mekap tebal2, siap dengan minyak wangi lepas tu mengadu sakit kepala logik ke? Takkanlah sakit kepala boleh bersolek sakan tapi tak boleh pergi kerja? Rupa2nya boyfriend dah tunggu kat luar. Mohon cuti kilang tak beri, tu yang menyinggah ke klinik dulu tu.

Yang aku bengang kadang2 supervisor kilang yang suruh orang bawahnya pergi ambik MC. Mereka malas nak isi borang cuti macam2, lepas tu kena ada replacement, lepas tu kena advanced 2 minggu sebelum boleh cuti. Senangnya mintak jasa baik doktor. Itu macam ke? Lagi satu gurubesar sekolah. Kalau ada cikgu2 yang tak dapat ke sekolah atas sebab2 seperti anak sakit, ada kematian, kereta rosak, disuruhnya cikgu2 ke klinik ambik MC. Alasannya sama, malas nak isi borang dan tak nak jejaskan perkhidmatan. Kan MC untuk orang sakit? Kenapalah disalahgunakan? Itu semua pasal pampasan golden handshake lah tu..

Kadang2 ada jugak patient yang berani berterus-terang. Direct to the point. "Saya tak sakit doktor tapi nak MC je. Ada hal sikit." Masa itu jugalah aku terus jadi detektif. Selagi aku tak puashati dengan alasan2nya aku takkan pertimbangkan. Alasan2 yang biasa adalah anak sakit, pengasuh balik kampung, motor pancit, cuti tahun dah habis, sedara datang dari kampung, nak uruskan hal rumahlah, hal keretalah, hal hutang dengan alonglah,etc. Dan yang paling aku tak berkenan ialah bila dia jual nama orang lain kata dia rekomen jumpa aku kalau nak MC. Ingat aku ni pejabat welfare ke apa?

Aku sendiri tak pernah ambik MC. Dulu masa student, adalah sekali dua. Itupun demam punya pasal atau sakit migraine. Sepanjang kerja kerajaan, aku tak pernah ambik MC. Cuti tahun pun tak pernahnya habis. Asyik kerja aje memanjang.

Aku pun hairan jugak. Kenapalah orang suka sangat ambik MC ni? Kadang2 setiap awal bulan datang ambik MC. Malas ke, tak minat kerja ke, ada kerja lain ke? Kan kerja tu satu ibadah, satu tanggungjawab. Bila kita tak datang, kawan yang kena cover kerja kita. Bila kawan buat kerja2 kita tak ikhlas, berkat ke gaji kita nanti?

Kat sekolah wife aku ada satu cikgu perempuan. Pernah datang klinik aku kerana tekanan jiwa. Setiap isnin mesti tak datang. Kadang2 sampai berhari2 tak datang. Mengajar Bahasa Inggeris lak tu. Budak2 yang kat kelas ditinggal terus. Sejak dia mengandung ni, lagi teruk perangainya. Cikgu2 lain dah naik meluat dah. GPK dan Gurubesar buat tak tahu sahaja.

Ada makhluk pernah buat MC sendiri guna alamat klinik aku. Yang aku marah, dia jual sekeping 5 ringgit. No sirinya 111111, 222222, 33333. Lepas tu jual kat patient panel. Aku siap buat repot polis tapi polis kata kalau takda apa2 kerugian, tiada tindakan susulan. Melainkan aku tangkap sendiri sapa yang buat dan aku boleh saman dia. Padahal aku dah tangkap 2 budak yang beli MC tu, siap ada alamat dan no telefon lagi. Tapi apa polis buat? Buat bodoh ajelah. Cuba kalau aku ketua cawangan UMNO ataupun ketua samseng bandar Kulai, sure ada yang tidur bogel dalam lokap.

Apa2pun klinik aku tak jual MC. Ada yang sanggup beri 50 ringgit sehari, tapi aku bukan kira sangat duit tu. Tanggungjawab, prinsip dan amanah itu yang penting.





Ulasan

  1. Yea..sy pun geram org mcm ni...
    Buruk la nama doktor.....

    BalasPadam
  2. Sepanjang mengndung 3 anak sy mmg xpernah mc saja2.. anak ke-2 mc hjung2 pregnant 38w/39w sbb bengkak kaki... xpena ada masalah bila ke klinik utk mc..
    tp utk pregnant anak ke -3 ni , agak susah sikit mgkin mmg sy jumpa dgn doc yg workaholic..
    sy back pain, xleh nk dduk lama, nk drive lama (prjalanan ke ofis mkn masa hmpir 2 jam + jem), sakit2 bdn n xboleh nk bgn.. solutionnya ke klinik utk ambil cuti sakit sbb mmg xboleh nk bekerja... tp still xdpt mc alasannya tu sakit biasa org mengndung 😅
    Buntu... nk masuk keje mmg dh lewat sgt.. smpai tmpt keje pn tto xboleh nk buat kerja...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima