Aku dan Sembahyang Jumaat


Sembahyang jumaat adalah wajib keatas setiap orang lelaki muslim. Dari zaman sekolah rendah sampai sekarang, aku dah merata2 pergi sembahyang jumaat. Masa kecik2 duduk kampung dulu, aku kena kayuh basikal 3 batu untuk pergi sembahyang jumaat. Bapak aku masa zaman muda jarang sembahyang jumaat. Penat kerja kebun katanya. Selepas aku pindah ke felda, aku jalan kaki aje ke masjid. Kadang2 balik kaki ayam sebab selipar jepun selalu hilang kena kebas.


Masa sekolah asrama di Kluang, pukul 12 bas dah datang. Padahal sembahyang pukul satu lebih. Sampai masjid, semua duduk menyandar kat dinding. Yang tidur berdengkur pun ada. Lepas sembahyang, sebelum imam beri salam yang kedua, ramai dah berlari2 kejar bas. Takut tak dapat duduk. Kalau waktu outing/keluar bandar, semua berlari2 jugak. Lari kejar tiket wayang. Aku pernah jalan kaki balik asrama sejauh 6km sebab tertinggal bas. Menyumpah seranah sepanjang jalan sebab masa tu kononnya ada bas kedua ambik kita.


Masa duduk di UM, aku selalu sembahyang di masjid Institut Bahasa. Kat situ khutbahnya best. Cerita pasal politik selalunya. Kutuk2 kerajaan biasalah. Masjid lain pukul 1.50 dah doa, masjid tu pukul 2.15 kadang2 baru sembahyang. Imam tu seronok sangat baca teks buat sendiri gaknya. Bila pindah ke asrama Ibnu Sina, aku sembahyang kat masjid UH. Biasanya kena duduk luar sebab aku selalu datang lambat.


Balik ke Johor, macam2 masjid aku pergi. Yang aku tak suka ialah budak2 sekolah datang sembahyang. Dahlah tak tahu adab, masjid dah jadi macam pasar. Yang kecik2 berlari2 sana sini waktu orang dengar khutbah. Memanglah bagus biasakan anak2 ke mesjid, tapi kalau sampai mengganggu jemaah lain apa faedahnya. Masjid kat taman aku memanglah dah dibesarkan. Lebih separuh warga2 Bangladesh. Datang sembahyang bau semacam aje.


Lagi satu, tabiat orang2 kita pergi sembahyang yang aku tak suka ialah part parking kereta. Mana2 tempat diparkingnya. Tengah2 jalan pun boleh. Kalau naik motor, kalau boleh betul2 depan pintu masjid mereka nak parking. Biar tak penat berjalan gamaknya. Kebelakangan ini, ramai orang bubuh iklan atau pamplet kat cermin kereta masa sembahyang jumaat. Kadang2 direct selling, skim piramid dan MLM yang tak tentu lagi halal haramnya pun diedarkan dalam kawasan masjid. Dahsyat betullah..


Anak aku sejak dah sunat ni, aku kerah ke masjid. Tapi alhamdulilah, dia boleh duduk diam2. Aku bagi duit suruh masuk tabung masjid disimpannya dalam poket. Lepas tu sibuk mengajak ke Seven Eleven beli slurpee..Pada aku masjid paling indah dan nyaman waktu Jumaat ialah masjid Shah Alam. Kipasnya pelik. Di Kedah, imam baca khutbah atas tangga aje. Takda mimbar. Yang aku tak pernah pergi ialah Masjid Jamek Kuala Lumpur. Walaupun hampir 8 tahun duduk KL aku tak pernah berjumaat disana. Ada satu sahabat non-muslim kutuk aku sebab aku tak pernah ke sana. Malu betul aku..

Ulasan

  1. doc selalu solat jumaat katne? tak pernah jumpa ponn, ehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima