Aku dan ubatan DDA

DDA bermakna ubat2 list A yang dikira berbahaya atau istilah saintifiknya ubat2 psikotropik. Antara contohnya ialah ubat2 tidur seperti Dormicum, Valium, Xanax dan ubat kurus seperti Duromine. Ubat2 ini dikira berbahaya kerana kalau makan sembarangan kita boleh jadi ketagih. Maka pihak kerajaan hanya membenarkan ubat2 ini dijual atas preskripsi doktor dan bukannya dibeli difarmasi. Undang2 juga mewajibkan ubat2 ini disimpan dalam almari yang berkunci dan setiap ubat yang dijual harus direkodkan dalam buku rekod khas. Ubat juga mestilah diserah kepada pesakit oleh doktor dan bukannya melalui kaunter.

Selama 6 tahun aku bukak klinik, aku memang saban hari tunggu pegawai2 dari Unit Farmasi datang buat spot check kat klinik. Pagi Isnin minggu lepas, dua pegawai lelaki muda(baru grad gamaknya) dari unit itu datang ke klinik. Masa tu patient tengah ramai lak tu. Mereka tak sabar2 nak masuk. Mula2 sekali dia nak tengok APC aku. Lepas tu peti DDA aku, buku rekod DDA aku dan buku preskripsi aku. Semua salah katanya. Aku senyum aje. Aku jawab,' selama 6 tahun saya memang tunggu tuan2 datang.'

Banyak kesilapan aku. Mula2 aku patut pasang padlock untuk almari tempat aku simpan ubat2 tu. Lepas tu aku kena buat buku DDA yang baru. Lebih detail dan yang penting, aku kena tulis sendiri dan simpan buku tu. Tak boleh harapkan staf klinik katanya. Ubat2 yang masuk dan keluar kena tally dan sentiasa up-to-date. Sebelum ini semua aku rekod dalam komputer aku. Yang dalam buku, staf aku yang buat. Dia kata kalau aku nak guna komputer aku kena mintak kebenaran bertulis dari pengarah dulu..Itu macam ka?

Sebelum balik dia cakap, dalam tempoh 2 minggu dia akan hantar surat peringatan dan aku kena jawab. Takda kompoun apa2 katanya.

Sebut pasal ubat2 DDA ni, kalau nak untung banyak kan, doktor macam aku memang boleh jual benda2 ni. Ubat2 khayal seperti Dormicum memang mat2 gian suka punya. Jual 10 ringgit sebiji pun mereka sanggup beli. Ubat ini kalau dicairkan lepas tu inject fuh! tak sampai seminit mesti high punya. Memang untung besar tapi salah disisi undang2. Dan sekali orang dah mark klinik kau jual benda2 camni, kejap aje klinik kau akan jadi tumpuan. Selain mat2 gian, enforcer pun sama. Aku memang tak buat itu semua. Duit banyak pun bukannya berkat. Kalau 100 biji aku beli, boleh tahan 3-4 bulan. Ada beberapa klinik yang aku kenal, sekali beli 1000 biji. Jual macam jual ais krim aje..Sapa nak beri. Tak payah jumpa doktor.

Dulu aku pernah jual ubat Methadone. Ubat untuk buang gian. Ubat ni bukan nak bagi baik sebenarnya. Ia hanya pengganti heroin atau morfin. Dia hanya untuk harm reduction. Dia hanya untuk hilangkan tanda2 ketagihan. Ada baik dan ada buruknya. Aku susah nak cakaplah. Baiknya ialah bila dah ambik ubat ini, dah takda tanda2 gian. Jadi, mereka boleh hidup seperti biasa. Ubat ini pulak kena makan hari2. Macam orang berpenyakit darah tinggi dan kencing manis. Ketagih dadah juga dilabel sebagai penyakit kronik jugak. Mereka boleh berhenti atau bertahan tanpa ubat ini tapi selepas beberapa lama. Asalnya ubat ini sangat mahal. Setiap hari mat2 gian kena belanja 30-60 ringgit untuk ubat ini bergantung kepada dosnya. Makin kuat giannya, makin besarlah dosnya.

Bila harga ubat dah mahal, macam2 perkara boleh berlaku. Kalau dah gian, habis semua benda nak dijualnya. Mencuri juga satu alternatif. Tu yang malas nak jual benda jadah ni. Duit2 tu mungkin dia dapat dengan mencuri kasut di masjid, mencuri tong gas didapur rumah jiran, merentap rantai emas nenek atau menjual besi tutup lubang najis ditepi jalan. Itukan duit haram. Ubat ini biasanya datang dalam bentuk sirap dan kita bancuh sendiri sebelum beri kat patient. Ikut aturan, ubat ini kena diminum dihadapan doktor diklinik. Jadi mereka kenalah datang klinik tiap2 hari. Kalau satu dua hari bolehlah. Tapi kalau setiap hari, setiap bulan, sepanjang tahun macamana nak pergi kerja? Tambang ke klinik lagi?

Pesakit pertama aku ialah sahabat satu kelas aku masa sekolah menengah dulu. Masa sekolah menengah dulu, dia kaki bola. Striker untuk sekolah walaupun pendek aje orangnya. Dah lama aku tahu dia gian. Aku pernah rawat dia masa dia masuk hospital sebab kudis dikaki. Dia confirm kena HIV. Satu hari dia datang klinik aku mintak tolong buang gian dia. Aku kenalkan dia dengan Methadone. Alhamdulilah, ubat tu berkesan untuk dia. Lepas tu sorang2 mat gian aku cuba rawat. Tapi dalam 30 orang, hanya 5 yang kekal dan sihat. Selebihnya sekadar mencuba dan lepas tu hilang. Mungkin sebab ubat ini tak boleh stim dan harga mahal. Lagi satu ubat ni susah nak disalahgunakan. Mat gian merupakan umat yang paling kreatif didunia. Cakap2 mereka memang superb. Kelentong no satu. Entah camna metadone bentuk sirap pekat tu mereka boleh inject dalam badan. Tambah dengan Dormicum, stim giler beb! Ini semua aku belajar dari merekalah.

Bila sahabat aku meninggal dunia kerana AIDS 3 tahun sudah, aku mula tawar hati nak sambung jual ubat ini. Untuk dapat harga murah aku kena beli banyak2 ubat ini. Paling kurang 5 ribu setiap kali beli. Sekali aje aku beli, lepas tu aku habiskan stok dan terus berhenti. Buat pening kepala aje. Mat2 gian tu aku hantar ke klinik sahabat aku di Kelapa Sawit.

Menjaga mat2 gian ini merupakan satu industri sebenarnya. Pihak kerajaan telah berbelanja berjuta2 ringgit setahun menyelia pusat2 serenti seluruh negara. KOntrak2 membekal makanan, pakaian, gaji2 warden semuanya jatuh kepada kroni2 mereka. Walaupun banyak kajian menunjukkan kegagalan sistem ini, takda pun ura2 untuk menutup pusat2 serenti ini. Selagi bekalan dadah tidak putus, selagi itulah masalah2 gian ni akan berterusan. Dadah membawa kepada gejala2 sosial seperti jenayah dan penyebaran penyakit2 berbahaya terutama HIV. Memang pening kalau difikirkan masalah ini.

Nasib baik aku bukannya orang kerajaan..



Ulasan

  1. doc,supply domi kat sini boleh?eheheheh..suka baca blog hang...

    BalasPadam
  2. Tak sangka ada org baca blog aku.
    Ini untuk bacaan anak2 sebenarnya..

    BalasPadam
  3. kebetulan aku surf..terjumpa blog hang doc...

    BalasPadam
  4. terima kasihlah. Senang2 aku baca blog kau pulak..

    BalasPadam
  5. bacala blog saya gak..byk sy nak tau n saya mnta maaf..copy sejibik sal ubt nih..kt page sy...

    BalasPadam
  6. doc, ada lagi tak ubat gian tu? minta tolong. untuk kawan sata.

    BalasPadam
  7. Doctor nie kira antara insan yg xtergoda oleh wang ringgit dgn cara yg salah, kerana ramai juga doctor yg xde perasaan besalah dgn menjual pil -2 yg boleh mendatangkan hayal kepada penagih-2 nie, bln diorg xtau yg benda tu disalahgunakan oleh kebanyakan penagih yg datang beli.bayangkan org dlm ketegori cerdik pun sanggup lakukan perkara mcm nie demi rm,xheranlah bg mat gian klau sanggup meragut demi rm jugak untuk beli dadah. Sedangkan doctor tu xgian dadah tapi gian rm,tu yg lagi teruk kerosakanya lebih luas.tapi xdi highlightkan untuk jadi contoh bagaimana gian rm lebih merbahaya,bkn pada doctor saja,klau dia anggota polis! Lowyer! Hakim! Pemimpin! Bayangkanlah.!!moral of story jgn suka menunding jari pada mereka yg xdapat membela diri mereka sendiri,klau salah ramai lg yg melakukan salah.klau kesanya boleh merugikan anak2bangsa,kesalahan lain jgk xkurang hebat kesanya pada negara..buka mata besar2 atau lihat dari mata burung.

    BalasPadam
  8. Org sakit makan ubat hilang sakit gi keje balik keje sakit lg makan ubat bru sihat ...tgh mlm sakit cepat2 makan ubat nk kejar bas gi bulan dgn baby

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima