Aku Sebagai Junior MO Unit Kecemasan

Selepas aku habis kursus induksi di Bayu Beach Resort, bermulalah bahagian kedua riwayat aku sebagai junior doctor di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, hospital kedua tersibuk di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur. Semasa aku mendaftar/menyerah diri ke pejabat pengarah hospital, pengarah hospital ketika itu terus menghantar aku ke Unit Kecemasan. Tiada pilihan lain. Lagipun aku belum cukup pengalaman untuk bekerja diwad katanya. Aku mohon ditempatkan di unit Ortopedik tetapi tiada kekosongan. Langsung takda kompromi. Dia janji nak hantar aku ke Ortopedik lepas aku kerja di E.R. Itu janjinya.

Di unit kecemasan, boss aku seorang perempuan non-muslim. Khabarnya, tahu bercakap aje tapi skil merawat kes2 emergency langsung takda. Kerjanya duduk kat bilik dia aje. Lepas tu mengarah orang buat itu ini. Di unit kecemasan, aku kerja 3 shift. 8 pagi-2 petang; 2 petang-9 malam dan 9 malam-8 pagi. Lebih kurang macam nurse jugaklah. Kalau lepas kerja malam, dapat off day keesokkan harinya. Setiap shift biasanya cuma ada dua doktor, kalau nasib baik ada 3 doktor, kalau tak baik, kerja sorang2. Tapi setiap shift, ada ramai Medical Assistant, Staff nurse dan attendant. Aku boleh ngam dengan semua orang kecuali lady boss. Setiap kali jumpa aku, ada aje yang aku buat tu tak kena dimata dia.

Kerja shift ini tak tentu masa. Kadang2 pagi ahad kena pergi kerja. Kadang2 malam minggu kena kerja. Paling best dapat kerja shift pagi. Biasanya tak banyak kes2 emergency. Kes2 sejuk kita hantar ke OPD. Pukul 2 dah boleh balik. Lepas tu biasalah, pergi shopping dengan wife , buat locum kat klinik abang ataupun tidur sepanjang hari. Kerja shift petang ok jugak sebab ada houseman datang buat attachment setiap hari. Aku handle kes2 emergency, kes2 sejuk bagi kat HO. Kalau kerja malam, lepas pukul 12 salah seorang boleh pergi tidur dulu. Pukul 4, tukar shift tidur. Itupun kalau tak sibuklah. Kalau sibuk, sepanjang malamlah berjaga2.

Kalau hari yang sibuk, dari masuk kerja sampai balik tak sempat langsung nak duduk atau makan. Ada aje kes2 emergency yang datang. Kalau dah satu bas kilang terbalik, 40 orang berderet2 tunggu dalam bilik rawatan. Masa itulah skil kena bagus, kerja kena cekap dan pantas. Biasanya merawat kes2 emergency adalah kerja2 berpasukan. Satu set line, satu prepare IVD, satu maintain airway, satu isi borang2 darah, satu call specialist on call dan sebagainya. Bila kes datang, semua dah tahu apa nak buat. Masalah timbul bila lady boss ada. Semua kena ikut protokol dan prosedur. Belum apa2 dah suruh panggil specialist atau MO kat wad. Padahal kita boleh settlekan tapi dia tak beri. Ikut prosedur katanya..

Masa di emergency, aku belajar macam2. Dulu masa student, selalu tengok program E.R kat tv2. Kali ini aku mengalaminya sendiri. Kepuasan datang bila kita dapat menyelamatkan nyawa dan kadang2 depressed dan emotional bila patient mati depan mata. Apatahlagi bila lihat ahli keluarga mereka yang mengharap sangat kita menyelamatkan orang2 yang tersayang. Kes paling pelik aku pernah jumpa ialah seorang lelaki melayu lingkungan 40-an mengadu sakit pada bontotnya. Bila kita x-ray, kita nampak tin aerosol sembur nyamuk diduburnya. Katanya dia terjatuh dan terduduk atas tin itu. Sakit perut kita ketawa. Biasanya malam2 minggu ramai mak nyah datang ke ER. Selalunya sebab bergaduh dengan client bila client tak nak bayar lepas dapat servis. Nama2 dalam IC memang jantan tulen seperti Khairudin, Samsul, Salim tapi perangai masing2 macam perempuan. Kulitnya putih,licin, lembut, gebu dan makeupnya sepikul dimuka. Sekali tengok memang macam perempuan betul. Tapi bila dengar suara, boleh muntah kat situ juga. Kalau kena MO yang jahat, siap suruh bukak baju kat situ jugak.

Yang boring, kena kerja hari cuti. Maksudnya Malaysia cuti tapi Singapore tak cuti. Ramailah mamat2 kerja Singapore datang pagi2 ke E.R cari MC. Masa tu M.C hospital kerajaan aje yang laku di Singapore. Hari2 cuti bermakna kes2 sejuk atau cold cases bertambah2. OPD dan klinik banyak yang tutup.

Masa kat ER, aku juga kena buat post mortem. Kalau ada mayat dijumpai dimana2 dan polis tak tahu mati sebab apa, doktor2 di ER yang kena buat post mortem. Masa itulah aku belajar taktik2 membedah mayat dan menulis nota2 kematian. Masa itu jugalah aku tahu bagaimana orang mati pun boleh jadi duit. Kalau ada kematian berlaku di ER, orang yang pertama sekali datang bukannya attendant bilik mayat atau polis. Yang paling pantas sampai ialah orang jual tong mayat atau undertaker. Ramai sungguh kaki dia kat hospital. Kadang2 kita tengah resusitasi dan belum confirmkan mati, tapi undertaker dah tunggu dah. Rasa nak tumbuk aje muka2 mereka bila sibuk aje bertanya dah ke belum?

Satu lagi, aku paling benci kalau ada star case datang masa aku kerja. Star case ialah kes2 rogol dan perkosa. Satu jam tak habis nak handle kes2 camni. Nak kena isi borang macam2, call specialist, call sister, call wad, pendekata, seharianlah masa terbuang untuk proses dokumentasi dan kumpul spesimen. Selang beberapa tahun, dapatlah surat biru suruh hadir jadi saksi ke mahkamah. Ini satu lagi bala. Nanti aku cerita dalam bab yang lain pulak.

Selepas 6 bulan, aku dipindahkan ke wad pulak. Ada senior MO dah guna cable besar untuk masuk ke E.R. Dan aku jadi mangsa sebagai doktor paling junior di E.R. Aku cuba merayu mintak tangguh seminggu dua pun, pengarah tak layan. Dulu janji nak hantar aku ke Orthopedik, tapi mana janjimu? Habis berterabur rancangan aku nak locum cari duit lebih. Sepanjang 6 bulan itu, aku sebenarnya naik motor ulangalik dari Kulai-JB sejauh 90km sehari. Nak naik kereta, jalan selalu jem dan sayangkan kereta baru. Naik motor lagi senang. Masalahnya kalau hujanlah. Basah kuyup bila sampai hospital. Lagi satu, motor selalu jugak pancit atau rosak. Aku pernah balik naik bas lepas tu jalan kaki sampai rumah sebab motor pancit. Memang susah betul hidup masa tu. Kerja macam orang gila tapi gaji baru 2 ribu. Takda on call atau overtime. Nak hidup, kenalah buat part time atau locum. Satu jam 30 ringgit. Lepas duit sewa rumah. Ingat, jadi doktor boleh kaya cepat ke? Sebenarnya senior2 MO yang kerja dengan aku masa tu memang masing2 dah ada klinik sendiri atau dah jadi partner. Kerja di E.R sebagai menghabiskan sisa2 waktu kerja wajib di kerajaan. Tu yang aku kecik hati tu. Mereka datang bawak BMW atau Mercedes parking betul2 depan E.R. Aku sesekali bawak Iswara ke hospital. Sedih betul..

Yang seronoknya kerja di ER ialah nilai2 kerja berpasukan yang diterapkan. MA, Nurses, Attendant, Driver semuanya bekerja bersama2. Yang tak seronok boss dialah. Buat jadual kerja ikut suka. Kita pulak tak boleh nak request waktu kerja. Nak tukar suka sama suka pun kena tanya dia dulu. Kalau bangsa dia semua boleh. Kalau aku,.. Dia pernah sound aku sekali sebab pergi sembahyang jumaat waktu aku shift pagi. Padahal masa itu ER lengang. Aku dah cakap dengan partner aku suruh cover sekejap. Dia ok aje. Tapi lady boss bising2 pulak. Dia cakap lain kali waktu kerja tak boleh pergi sembahyang jumaat. Masa tu aku junior lagi. Kalau tidak, sure aku bawak kes aku ke atas. Sebab itu aku ingat boss aku tu sampai sekarang. Inilah antara punca aku kena keluar dari ER. Takpalah, aku redha..

Akan datang: 6 bulan yang panjang di Unit Urologi HSAJB.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima