Aku sebagai Medical Student

Minggu lepas, DG KKM iaitu Ismail Merican ada buat statement menyatakan bahawa setiap satu bulan, ada 5 orang doktor mendapat sakit mental. Lepas tu saban hari ada aje yang beri pendapat tentang kehidupan sebagai pelajar perubatan, doktor, houseman, pakar dan semestinya sebagai manusia yang dibebani dengan tekanan berpanjangan.

Masa aku belajar dulu, Prof Deva dari Unit Sakit Jiwa ada cakap setiap seratus orang, mesti ada seorang yang akan mengalami masalah mental. Bermakna kalau kelas aku ada 200 orang, 2 orang pasti akan jadi orang giler punya. Itu realitinya. Dalam kelas aku, lebih 2 orang yang tak dapat sambung belajar. Tension, stress, depression lepas tu jadi psikotik. Malam2 bercakap dengan bulan..

Aku masuk medik atas kerelaan sendiri. Emak dan abah cuma cakap, kau nak ambik apa2 bidang pun itu terpulang kat kau. Yang penting kau belajar betul2 dan keluar nanti ada kerja yang menunggu. Lepas aku dapat keputusan SPM, aku memang nekad nak masuk UM. Dah dapat masuk UM, aku study sungguh2 sebab nak masuk medik. Nak rasa glamour jadi budak medik kononnya. Persaingan memang hebat sebab daripada kira2 450 student, hanya 100 sahaja yang terpilih untuk ke Fakulti Perubatan. Masa tu kawan2 rapat aku semua pulun habis. Ni jenis budak2 yang low profile dan tak hirau sangat dengan aktiviti2 sosial di asrama dan universiti. Dari 10 orang jiran2 satu tingkat, 6 orang dapat masuk Medik. Kalaulah masa tu aku aktif dalam sosial atau politik universiti, belajar memang bungkus punya.

Bila dah masuk medik, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Dua minggu pertama, kena orentasi dengan senior. Kena raging dan bully setiap hari. Budak2 melayu tak teruk sangat kena raging berbanding budak2 cina dan india. Kena jerit dan maki tanpa apa2 sebab dah lali sangat dah. Jalan tunduk bawah, tak boleh dongak, kemeja kancing sampai atas, bawak payung sana sini, kena beri salam setiap kali jumpa senior, dah jadi budaya sepanjang orentasi. Kalau dua minggu tu kita lepas, 5 tahun akan datang dan seterusnya rasanya tak jadi masalah. Tahun berikutnya, bila kes2 raging ni kecoh kat suratkhabar, benda2 ni semua diharamkan. Senior langsung tak dibenar kacau junior. Pergi kelas, pak guard tunggu didepan dan belakang kelas. Bila camtu, senior pun boikot. Nak tahu apa jadi? Exam first semester, 75% budak melayu gagal exam. Tahun berikutnya, universiti dah tak kisah. Jangan sampai ada yang mati sudah..

Semasa di tahun satu, hampir 24 jam dengan buku aje. Masuk bilik air bawak buku. Tidur pun bersama2 buku. Nanti ilmu boleh meresap kata Samril. Kita kelas tiap2 hari. 8 pagi- 5 petang. Cuti semester pun paling lama 2 minggu. Masa tahun satu, ada 3 subjek utama. Anatomi, Fisiologi dan Biokimia. Anatomi yang paling susah sekali sebab nak kena hafal dan ingat segala jenis otot, urat darah, urat saraf, tulang2 dan hampir semuanya dalam bahasa latin. Buku2 kalau yang dalam bahasa melayu memang janggal bunyinya. Kesana sini bawak buku atlas sambil mengingat nama2 pelik. Masa dissection, setiap 10 pelajar diberi satu mayat India yang telah direndam dalam formalin. Hari2 kena potong mayat tu ikut bahagian dan jadual. Kalau minggu tu bahagian dada, kita potong otot2 dada sambil melihat dan mengingat segala jenis otot, urat2 dan saraf yang lalu kat bahagian itu. Yang seronok masa periksalah. Kadang2 atas dulang diletaknya tangan manusia. Dibubuh satu bendera kat salah satu ototnya. Dan kita kena namakan otot tu dan nyatakan kegunaannya. Kadang2 kat atas dulang dibubuh satu tengkorak dan kita kena namakan lubang yang ada dan nyatakan urat apa yang lalu kat situ. Kalau kita tak ingat memang tak boleh nak tembak. Tu yang tension tu..

Subjek Fisiologi mengajar kita tentang fungsi sistem2 badan. Yang ni kena faham konsep, baru senang nak ingat. Setakat hafal buta aje memang tak boleh. Nasib baik ada buku2 bahasa melayu jadi ada senang sikit nak faham. Masa di lab, kena bedah katak, ikan, kucing dan selalunya tikus. Exam bahagian MCQ aka multiple choice question yang giler punya susah. Setiap satu soalan ada 5 pilihan jawapan. Setiap pilihan jawapan, kita kena jawab betul atau salah. Setiap jawapan betul dapat satu markah dan jawapan salah tolak satu markah. Maksudnya kalau ada 60 soalan, kita kena ada 300 jawapan. Kalau betul 150 tapi salah 150 maka kita dapat markah kosong. Masa tu kalau tiba2 jadi blank, memang menjerit sorang2 kat asrama. Rokok jangan ceritalah. Ezanee yang nerd tu pun pernah hisap rokok bila tension sangat.

Subjek ketiga Biokimia. Aku tak tahu kenapa aku boleh score subjek ini. Ianya lebih kepada apa yang berlaku dalam badan kita diperingkat sel seperti tindakbalas kimia semasa lapar atau kenyang, semasa naik gunung, semasa berlari dan sebagainya. Buku semua dalam bahasa Inggeris. Kawan2 yang bukan melayu pun asyik bercakap bahasa inggeris. Aku yang teruk inggeris, jadi seperti orang bisu. Nasib baik ada Samril dan Rusdi satu lab dengan aku. Sama2 bangang. Tapi alhamdulilah, berkat doa emak abah, aku lulus tahun satu tanpa masalah.

Masuk tahun 2, aku belajar perkara2 yang abnormal pulak. Subjek Pathology, Pharmacology, Medical Microbiology dan Parasitology semuanya kena ingat dan hafal benda2 baru yang lain sungguh dari tahun satu. Pathology merujuk kepada perubahan sistem badan bila kita sakit. Perubahan sel2 badan kita kaji dibawah mikroskop. Penyakit2 seperti kanser, serangan jantung, stroke kena faham dan ingat. Pharmacology pula berkaitan dengan ubat2an yang digunakan untuk merawat pesakit. Setiap satu ubat, kena ingat bagaimana ia bertindak, kesan2nya, kesan2 sampingan dan dosnya sekali. Medical microbiology pula belajar tentang kuman2 bacteria dan virus manakala parasitology belajar tentang parasit, cacing dan kuman2 yang lebih besar. Seronoknya subjek ini ialah hari2 main dengan taik. Letak taik bawah microskop dan cari telur cacing. Kalau darah, kena cari 'cincin' untuk confirm sakit malaria jenis apa. Semua subjek aku lulus tetapi part virus/bacteria aku kena VIVA. Viva maksudnya lepas exam kena drill ujian lisan depan lecturer. Macam temudugalah. Biasanya markah cukup2 makan aje iaitu sekitar 45-49/100. Kalau dapat impress lecturer tu, luluslah. Kalau tak, kena ambik exam balik masa kawan2 bercuti 2 minggu.. Itu namanya REFER. Kalau fail jugak, kena REPEAT satu tahun. Uhuk! uhuk!

Tahun 2 juga, kita mula diperkenalkan dengan pesakit dan ward. 2 minggu sekali, kita kena pakai white coat dan bawak stetoskop untuk melawat wad2. Masa tu kita diajar cara2 memeriksa pesakit atau istilah inggerisnya bedside manner. Lecturer yang bawak aku masa tu Prof Kannan namanya, consultant cardiologist tersohor di UM masa tu. La ni dia dah meninggal sebab sakit jantung. Dialah yang memperkenalkan aku dengan dunia perubatan yang sebenar bila dia asyik kutuk aku sebab aku tak pandai berbahasa Inggeris. Aku hampir give up sebab dia asyik cari kelemahan aku dan kalau calang2 orang, memang boleh dapat sakit mental. Demi emak abah, aku tabahkan hati dan cekalkan semangat. Kekuatan aku ialah semangat tapi kelemahan aku ialah bahasa inggeris aku. Lidah jawa hari2 makan kicap, memang susah nak cakap inggeris.

Tahun 3, kita lebih banyak habiskan masa di wad. Kuliah seminggu sekali aje iaitu setiap rabu. Hari2 lain ada tutorial, ward round, ward works, ada case presentation, ada case write up dan sebagainya. Maksudnya belajar bukan setakat baca buku di library aje. Kena belajar buat kerja2 kotor seperti ambik darah, buat ECG, buat septic workout, interview patient dan yang penting belajar serba sedikit untuk menjadi doktor yang baik. Doktor yang baik ialah yang prihatin terhadap pesakit, yang mengingati patient berdasarkan nama dan bukannya nombor katil.

Exam third year 30% adalah praktikal di wad manakala selebihnya teori di kelas. Yang susah bahagian praktikal iaitu ada long case dan short cases. Bahagian long case, kita diberi satu pesakit dan diberi tempoh satu jam untuk mengambil cerita dan memeriksa pesakit. Pesakit ini macam2. Kalau yang senang dapatlah kes senang seperti TB atau sakit jantung. Yang susah kalau jenis sakit jiwa. Memang pening nak merangka cerita. Lepas satu jam, 3 lecturer termasuk satu lecturer dari luarnegara akan mendengar cerita atau case presentation kita. Lepas tu dia soal teori untuk 20 minit sebelum mereka suruh kita demo kat mereka bagaimana kita memeriksa pesakit tu. Sebelum pergi exam, biasanya kita berdoa setiap hari supaya dapat kes2 yang mudah dan lecturer yang benign. Kalau kena lecturer yang susah seperti AlJafri memang confirmed kena refer punya. Biasanya, mereka nak tengok kita ini seorang yang boleh berfikir secara rasional, seorang doktor yang selamat dan prihatin kepada pesakit. Kalau kita punya teori dahsyat giler tapi takda bedside manner memang failed. Tapi kalau kita punya bedside manner bagus, teori 50-50 tapi selamat untuk jadi doktor, boleh lepas punya. Itulah aku..

Short cases ada 5 lecturer assess kita. Dalam satu jam, kita kena periksa 3 pesakit yang berlainan. Contohnya, 20 min pertama, kita kena check sistem jantung. 20 min kedua, kita dibawa untuk periksa pesakit yang lain , check perut dan 20 min yang akhir, disuruhnya observe satu kudis dikaki dan beri diagnosis. Itulah 1 jam yang paling singkat dalam hidup anda..Alhamdulilah, aku lulus tahun tiga tanpa masalah. Inggeris aku pun semakin baik dengan membaca suratkhabar the Star setiap hari..

Di tahun 3 juga aku kena hantar ke Balik Pulau, Pulau Pinang selama sebulan untuk Rural Health Service . Duduk diasrama Sek Vokasional Balik Pulau secara percuma . Bukannya belajar sangat pun. Kita lebih kepada health prevention seperti melawat loji sampah, loji air, klinik2 kesihatan, pencegahan malaria dan sebagainya.

Naik tahun empat, aku dah mula seronok nak jadi doktor. Hari2 kena ke wad, pakai white cot, dan jalan sana sini bawak stetoskop kat tangan. Masa inilah student2 nurse mula pandang kat kita. Pada tahun empat, kita kena buat minor posting seperti bedah mayat, dewan bedah, klinik mata, klinik telinga dan juga x-ray. Pada tahun ini juga ada district posting dimana aku kena hantar ke Hospital Banting selama sebulan untuk buat praktikal. Ada juga District Health Service dimana aku kena hantar ke Hospital Kulim selama 2 minggu untuk buat kajian. Segala2nya membosankan kecuali kita pandai membahagikan masa antara kerja dan bercuti. Tahun empat takda exam besar. Tahun berpoya2 dan enjoy sebelum naik final year.

Masuk tahun akhir, kita dah bersedia untuk jadi doktor. Dah kena on call, tidur kat wad, kerja hujung minggu dan sebagainya. Nurses kat wad jadikan kita kuli mereka. Ambik darah, pasang IVD, Pasang CBD, beri injection antibiotic, buat dressing, buat ECG, trace result, follow ward round. Bezanya gaji aje yang takda. Final exam mengandungi 30% teori dan 70% praktikal. Macam masa tahun 3 dulu, exam praktikallah yang paling mencabar sekali. Dalam 120 orang kelas aku, 10 orang sahabat aku kena extend 6 bulan sebab fail praktikal. Yang lainnya lulus MBBS (Malaya) termasuk aku. Selepas dapat tahu aku lulus, aku memang nekad tak nak sambung belajar lagi. Jadi doktor cabuk pun takpa. Aku dah tak sanggup bersengkang mata siang malam baca buku aje.

Dalam sibuk2 belajar, aku ada masa juga untuk enjoy and release tension. Aku dan geng aku seramai 7 orang( Jemie, Neil, Fatah, Muz, Ezanee, Jeri dan Man Cina= TNGs) sering jugak tengok wayang setiap hujung minggu, ronda2 shopping complex, lepak2 kat KFC, McD, Pizza Hut, Delifrance, dating kat tepi tasik atau Central Market dan yang seronoknya duduk bilik ramai2 main daun terup sambil jerit2 dan gelak2kan sapa yang kalah. Setahun sekali bila ada student2 baru sampai, kita raging dan bully mereka. Ingat bagus sangat ke jadi medical student ni? Sukan2 tak mainlah. Masa aku final year, aku ada bela kucing kat bilik. Carlos namanya. Itupun pengubat ketensionan aku kalau asyik kena marah dengan lecturer aje..apatahlagi bila gaduh dengan girlfriend. Lagilah tension.

Yang penting, sentiasa ingat Tuhan dan sembahyang. InsyaAllah, susah macamanapun belajar, segala2nya akan dipermudahkan..




Ulasan

  1. Seronok membaca tulisan encik doktor... Begitu rupanya life seorg medic student ye! :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    Syukran Jazilan sebab sudi kongsi pengalaman :)

    BalasPadam
  3. Salam..u satu dgn samril...sekarang dia pakar ent kat salam medical centre...u tahukan dia dah buat dialysis seminggu 3 kali sekarang... My hasben kawan dia tq

    BalasPadam
  4. Salam..u tahu dr. Samril dah start dialysis sekarang...dia pakar ent at salam medikal centre...my hasben kawan dia. Just nak inform u je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam izan72,

      Samril tu kawan baik saya sejak sekolah menengah dulu.
      Saya tahu kisahnya.
      Saya pernah melawatnya masa dialisis kat JB.
      Saya pernah tulis kisah dia dlm blog ini.

      Terima kasih.

      Padam
  5. ehehe best sesangat baca kisah ni.
    penulisan yang sempoi.
    sy pun english tak berapa nak okayy. lingkup. lidah jawa katakan.
    ahaha tapi berangan nak jadi doktor xD
    in shaa Allah tahun ni akan sambung study dalam bidang perubatan. doakan sy ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.
      kalau ada kemahuan,
      pasti ada jalannya.

      All The Best!

      Padam
    2. terima kasih doktor :)
      hee sy kerja kerani di salah sebuah klinik panel kat jb ni.macam klinik doktor juga.
      kerja kumpul duit poket untuk sambung belajar. sambil2 tu boleh belajar pasal ubat, jenis sakit, harga consultation, harga ubat.
      semua entry doktor pasal ubat, pesakit, mc, fomema, isu DS pun sy baca.
      semua yang doktor rasakan, sy pun turut rasa. lagi2 isu pesakit yang datang hanya untuk mc T.T

      Padam
  6. tunang sy ada exam besok bagi tahun 3. dia repeat year. dulu dia extend jugak, tp fail ,hnya sikit je.lagi nk lulus. terpksa la repeat year. Ya Allah, hidup dia amat bz. hari2 dgn buku dan pergi wad. semoga tunang sy lulus year 3. In Shaa Allah

    BalasPadam
  7. Salam ..boleh share cara dan kaedah belajar medic?..thanks

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku dan Tinted Kereta

Aku dan Toyota Vellfireku

Aku dan Toyota Estima