Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

29 September 2008

Aku dan Hujung Minggu

Semalam minggu terakhir di bulan Ramadan. Pukul 10 pagi aku dah sampai kat Plaza Angsana Johor Bahru. Walaupun dah beberapa kali pergi shopping, selagi tak jumpa Hari Raya selagi itulah ada je barang yang nak dibeli. Pukul 10 pagi pun, tempat parking dah 3 suku penuh. Rupa2nya ramai lagi yang lebih awal daripada aku.

Di Plaza Angsana, semuanya ada. Itu yang wife aku asyik nak kesana je. Sebagai husband yang budiman aku ikutkan ajelah. Pukul 3 baru keluar. Masa tu memang penuh sesak dah. Di Uda Ocean, orang beratur nak bayar lebih 20 orang setiap kaunter. Nasib baik aku tak beli apa2. Di gerai jual kuih, macam2 kuih ada. Segalanya berwarna-warni. Rasa tak tahu lagi sebab tak boleh nak rasa. Satu telap dah 25 ringgit. Tahun lepas lebih 10 jenis aku beli. Masuk ke Raya Haji kuih2 tu masih ada lagi. Zaman sekarang orang datang beraya mana nak makan kuih. Masa open house, semua nak makan yang berat2. Mee, nasi dan lauk2 yang berat2. Kuih2 orang dah tak kisah sangat. Zaman sekarang pun nak datang beraya mana boleh datang serbu je. Kena buat appointment dulu. Kalau tidak dapat tengok pintu rumah aje. Almaklumlah semua sibuk beraya kesana sini. Tu yang masa open house, rumah kena serbu. Penatnya dah macam menyambut menantu. nak kena sediakan balai, meja kerusi dan makanan ala katering gitu.

Setiap tahun aku cadang nak upah katering je. Tahu siap. Tapi bila aku jemput orang, semua expect emak aku yang masak. Semua nak lauk2 kampung seperti sambal goreng, sambal belacan, lemak nangka, ayam pedas. Lauk yang sama setiap tahun. Mungkin sedap sangat agaknya. Tahun lepas, aku buat sebelah malam. Lepas pukul 8, rumah dah kena serbu. Nasib baik ruangnya luas. Segala tempat boleh duduk. Luar rumah, dalam rumah, anjung, patio, pangkin, bawah pokok, luar pagar..



23 September 2008

Aku dan Sejarah Keretaku

Minggu lepas aku tukar tayar kereta Estima aku yang dah botak. Apatahlagi, musim raya kian menjelang. Jadi kenalah beringat2 sebelum apa2 hal terjadi. Sebenarnya dah lama aku survey harga tayar tu. Banyak kedai aku dah pergi. Untuk size 205/65 rim 15 sekitar 210 sebiji. itu harga siap pasang sekali. Banyak brand yang ditawar kat aku, Bridgestone, Silverstone, Yokohama, Continental dan Michelin. Harga berbeza2 sekitar 10-20 ringgit sebijik. Banyak kedai suruh aku tukar rim besar sikit. Nampak sporty sikit. Rim memang murah. 1500 dah dapat yang cantik. Tapi bila rim besar, tayar kena nipis. Tayar nipis harga mahal. Aku pernah pasang rim 17 kat Perdana V6 aku. sebijik tayar je dah 480. Cantik memang cantik tapi tak ekonomik. Wife pun dah warning jangan ngada2 nak tukar rim. Nanti tukar kereta sekali katanya.

Akhirnya aku ambik jenama Continental. Harga bagus, bunga pun nampak macam F1 punya wet tyre. Yang aku bengang ialah additional costnya. tambah 40 ringgit untuk tukar punat angin dari getah ke krom, tambah 20 ringgit untuk angin nitroogen, alignment dan balancing 20 ringgit dan tukar brake pad 85 ringgit. Upah tukar brake pad dan isi brake fluid 50 ringgit. Lepas tu dia cakap chamber depan kanan aku dah bengkok lak. Pandai betul orang berniaga. Aku yang tak tahu apa2 ni asyik kena tipu je. Itu rosaklah , ini rosaklah, kena ganti kalau tidak bahaya. Bajet 900 jadi seribu lebih. Memang lepas ni aku takkan ke kedai tu lagilah.

Banding dengan mekanik biasa aku di Jingga Auto Garage, mereka tak ketuk aku. Mana yang boleh pakai, pakai balik. Mana yang perlu tukar, mereka cakap dulu patut ke tak patut tukar. Barulah sedap hati mendengarnya. Keluar duit pun rasa seronok sebab tahu apa yang dibayar. Ini tidak. Maki hamun bila kena bayar lebih. Aku pernah servis aircond Honda CRV kat satu kedai dulu. First time pergi kena 70 ringgit. Second time servis, kena 140. Dia angkat keluar aircond tu konon cuci bersih. Padahal masalah sama aje. Lepas tu memang aku takkan ke sana lagilah.

Hal2 kereta aku memang buta kayu. Aku memang tak berminat nak tahu. Yang aku tahu, isi minyak dan isi angin. Cukup tempoh hantar servis. Air radiator ke, air bateri ke, aku memang tak pernah check.

Kereta pertama aku Proton Saga 1.3S Sedan. Aku beli tahun 1997, beberapa bulan sebelum isteri aku bersalin anak sulung. Masa tu aku booking ikut EON. Setahun lebih kereta tak dapat2. Kalau nak cepat kena bayar undertable 3 ribu. Celaka punya salesman. Masa tu ekonomi tengah boom. semua orang nak pakai kereta. Pilihan memang takda masa tu. Yang ada cuma proton aje. Untuk kereta tin sardin tanpa ciri2 keselamatan pun harganya sama dengan kereta jepun. Pandai betul kerajaan masa tu. Kereta import disekat. Nak beli kereta import kena ada AP. AP kena dapat dari kroni2 UMNO dulu. Maka yang kaya tambah kaya, yang miskin tambah miskin. Balik kepada kereta saga tadi, aku beli kat kedai tepi jalan je. Kereta baru, plat baru tapi dah register nama orang. Kira macam kereta second jugaklah. Sebulan kena bayar 750.

Lepas aku beli kereta tu, ekonomi gawat. Nak bayar 750 tu perit jugak sebab elaun kena potong. Ulang alik JB Kulai naik motor je untuk jimat belanja.

Lepas 3 tahun, aku sudah langgar itu tin sardin kat wall divider masa keluar dari Giant Plentong. Masa kena tu bunyi memang tin sardin kena peronyoh. Habis pintu kiri depan dan belakang. Masa nak pergi tukar pintu kat Kota Tinggi, cermin depan lak pecah kena batu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas dibetulkan, angin dan air hujan masih masuk jugak. Aku booking waja hijau 1.6. Tunggu punya tunggu, 6 bulan kereta masih takda. Kes samalah. Kerajaan suruh kita beli kereta dia aje. Kereta brand lain masih tak mampu. Sebelum raya tahun 2000, aku tukar ke Perdana V6. Geram sebab Waja tak dapat. Perdana yang dapat. Pandai betul salesman tu pujuk aku. Masa tu aku tengah tension sebab Suzuki RG aku kena curi orang. Mungkin dah rezeki aku gaknya. Sebulan bayar 1100 sahaja.

Tahun 2001, aku angkat Kancil 660EX untuk kereta no 2 aku. Susah satu kereta sebab wife aku kerja. Masa tu aku pun dah tak duduk kuarters lagi. Memang nak kena beli satu lagi kereta. Mula2 ingat nak ambik 2nd hand car tapi harganya beza sikit sangat dengan yang baru. Aku ambik Kancil kat Pontian. Seminggu je dah dapat kereta.

Hujung tahun 2001, abang ipar aku tukar ke Accord. Dia nak jual CRV dia. Aku memang dah lama kenan kat kereta dia. Dia memang jaga habis. Cadang nak jual Kancil tapi tak mampu nak bayar CRV dan V6. jadi aku jual V6 aku. V6 tu memang patut kena jual. Pakai baru 2 tahun lebih, bunyi dah macam2. Walaupun hantar servis kat EON, masalah bunyi cengkerik kat pintu belakang kiri tak pernahnya settle. Bila dah tukar ke kereta Jepun, kereta buatan Malaysia memang dah tak pandang dah.

CRV itu aku terpaksa jual selepas aku pakai 2 tahun. Enjin 4WD, jadi minyak kuat sikit. Lagipun aku pakai rim 17 masa tu. Wife asyik bising aje sebab asyik nak kena isi minyak aje. Entah camna, kami tersangkut dan jatuh cinta dengan Toyota Estimalah pulak. 2 bulan aku survey kereta ini kat kedai2 kereta, internet dan majalah. Aku siap join Malaysian Estima Owner Group sekejap untuk belajar serba-sedikit pasal kereta ini. Bentuknya memang solid, aku suka lampu depan dan belakangnya. Masa tu harga untuk recond tahun 2001, sekitar 130-145 00 bergantung kepada spec dia. Yang full spec termasuk rim 17 ori, sunroof, moonroof, vacuum door, reverse sensor, reverse camera, Aeras bodykit dan original sound system boleh cecah 150 000. Aku tak mampu weh!

Kira2 sebulan sebelum aidilfitri 2005, aku trade-in CRV aku untuk buat muka beli Estima. Aku beli yang standard biasa bukannya Aeras atau G-spec. Ada 8 seat, sunroof dan moonroof. Interior semua original dari Jepun. Kereta recond tahun 2001 dengan mileage baru 25000km. Rasanya inilah kereta terbaik pernah aku bawa. Sungguh selesa untuk anak2 dan memandu pun tak rasa penatnya. Aku kekalkan rim 16 tetapi radio aku upgrade dan aku pasang dua monitor kat headrest. Jalan jauh2, anak2 boleh duduk diam2 sambil tengok kartun.

Tahun depan aku cadang nak upgrade skirtingnya kepada Aeras 2005. Lampu belakang tukar dan kalau ada rezeki, nak tukar ke rim 17. Harap2 wife aku benarkan..

18 September 2008

Aku dan Minggu Ini


Lama tak mencatat dalam blog aku ini. Sibuk giler. Di bulan puasa pesakit2ku semakin ramai nampaknya. Kerja dah macam kerja di klinik kerajaan. Pesakit tak pernah putus. Hari minggu tempohari, aku mula mengecat ruang tamu rumah aku. Tukar ke warna merah bata, warna pilihan wife aku. Yang penatnya ialah naik turun tangga. Esoknya kena merawat 90 pesakit satu hari. Langsung demam aku dibuatnya. Dalam demam pun aku gagahkan jugak merawat pesakit. Doktor mana boleh sakit, ubat banyak. Itu sindiran pesakit kalau aku kata aku tak sihat. Semalam aku terlewat bangun. Pukul 10 pagi baru bangun. Terkejut beruk aku bila rasa panas matahari pagi semalam.

Semalam aku dapat satu iklan. Anak jiran aku buat promosi jual mercun dan bunga api untuk raya. Aku tanya mana dapat? Dia kata seludup dari Thailand. Yang menyeludup kerja orang kerajaan jugak. Kenapalah kerajaan tak halalkan aje jualan bunga api dan mercun. Nama aje haram tapi setiap tahun orang masih jugak boleh bermain mercun. kalau kerajaan halalkan import mercun, kan dapat untung sikit dari cukai yang dikenakan. Kalau haram, yang untuk ialah orang2 kerajaan. Kastam, polis mereka yang tukang bawak masuk. Lepas tu jual berlipat kali ganda harganya. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Bunga api asap baru 2 ringgit seikat. Sekarang dah jadi 10 ringgit. Padahal kos nya baru berapa sen.

Cuaca kat Kulaijaya sekarang ni tak menentu betul. Sekejap panas, sekejap mendung, sekejap gerimis, lepas tu panas balik. Tu yang ramai yang demam selsema. Musim puasa ni makan pun macam2, air batu lagi; bagus betul bisnes klinik ni..



16 September 2008

Aku dan Sembang Politik

Hari ini 16 September. Hari Malaysia ditubuhkan. Aku masih menunggu2 ketibaan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Nampaknya cita2 Anwar Ibrahim tidak kesampaian. Walaupun orang2 BN dan UMNO memperkecil2kan cita2 dan angan2 Mat Jenin Anwar Ibrahim itu, mereka sebenarnya kecut perut jugak. Berbagai2 isu besar dihebah2kan dalam warta arus perdana untuk menakut2kan rakyat jelata. Paling berbahaya ialah isu perkauman yang jelas diputar-belitkan untuk menakut2kan orang2 melayu jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi perdana menteri.

Langkah ahli2 MP tergesa2 mengaturkan percutian sambil belajar ke Taiwan pada waktu Anwar sedang sibuk mencari regunya suatu tindakan kerajaan yang sangat tidak wajar. Penafian tentang kaitan dengan isu Anwar sedikit pun tidak dipercayai rakyat. Mana rasionalnya pergi bercuti ketika bulan puasa. Bila MP Pakatan Rakyat ikut sama ke Taiwan, program mereka kononnya dah habis.

Penggunaan ISA keatas RPK , Teresa Kok tentang isu memperlecehkan ugama islam sangat2 memualkan. RPK hanya bercerita tentang pegawai2 RELA yang merakam gambar wanita2 islam yang ditahan kerana bekerja dipusat jualan arak. Mungkin ditokok tambahlah untuk menyedapkan cerita tapi mana unsur2 penghinaan keatas islam? Teresa Kok dikaitkan dengan isu cubaan melarang surau dan masjid menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan subuh di selangor. Bekas MB Selangor iaitu Khir Toyo menyatakan dalam Utusan Malaysia bahawa ada cubaan dari PKR untuk menurut kehendak orang bukan Islam dengan melarang laungan azan. Kenapa Khir Toyo dan editor Utusan tidak ditangkap sama? Bukankah mereka juga patut ditahan kerana mensensasikan cerita2 palsu dan bersikap perkauman?

Penggunaan ISA ke atas wartawan yang membuat liputan kes Ahmad Ismail juga menghairankan. Wartawan itu hanya menyiarkan apa yang Ahmad cakap. Ahmad Ismail hanya digantung 3 tahun selepas enggan memohon maaf dan tindakannya mengoyakkan gambar presiden Gerakan didepan wartawan. Itupun selepas parti2 komponen BN menyuarakan kemarahan mereka. kalau tidak Pak Lah dok diam tak tahu nak buat apa. Kenapa Ahmad tidak ditangkap ISA sekali?

Kenyataan Hamid Albar tentang kewajaran penahanan ISA keatas RPK, Teresa dan wartawan Sin Chew memang pelik. Dia kata dia tak tahu menahu sedangkan penahanan ISA adalah perlu tandatangan dia dahulu. Dia kata wartawan Sin Chew itu diancam nyawanya menyebabkan dia perlu ditahan di bawah ISA. Nasib baik esoknya dia dibebaskan. Sikap dan pendirian kerajaan yang tidak konsisten semakin jelas sekarang. Habislah aku sebab ekonomi Malaysia tambah gawat. Saham makin jatuh. Simpanan makin susut. Nilai wang semakin kurang kerana inflasi meningkat.

Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang? Sesama bangsa saling bertelagah dan bertengkar demi untuk kuasa dan wang. Maruah negara dah tak dipeduli. tak malu ke dengan negara2 luar? Orang2 keliling kita bertepuk tangan tengok kita bergaduh. Apa kita dapat? Kalau aku jadi Anwar, aku akan cuba majukan negeri2 yang dah berjaya ditawan iaitu Selangor, Kedah , Perak dan Penang. Buat sesuatu yang baru yang dapat ditunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa PR boleh memerintah negara. Buatlah amalan sistem baru seperti bank baru yang kurang interest dan mudah rakyat meminjam, kedai2 barang keperluan yang tidak memikirkan untung semata2, klinik2 swasta yang diurus oleh kerajaan negeri yang juga tidak memikirkan untung semata. Selepas itu, PR tak payah nak susah2 kempen, semua orang akan berduyun2 menyokong PR dalam pilihanraya akan datang. Ini tak sudah2 berangan2.

14 September 2008

Aku dan Minggu Ini

Semalam, wife aku ada appointment dengan tutornya di OUM Stulang. Ada hal nak discuss tentang assignment. Ia menjadi satu alasan 'kukuh' untuk aku tutup kedai semalam. Pukul 11 pagi, aku dah sampai JB. Mula2 aku ke Danga Mall, shopping complex lama Best World yang telah diupgrade oleh pengurusan Danga City. Yang bestnya ialah pembukaan Metrojaya kat sana. Rasanya belum sampai sebulan ianya beroperasi. Jadi, tak banyak kedai2 yang dah bukak. Sapa2 yang ada hajat nak berniaga, pergilah jumpa pihak pengurusan.

Masa aku sampai, keadaan masih lengang lagi. Ada live singing dan ada DJ sekali. Itu tak penting. Yang penting barang apa yang ada dijual disana. Wife aku dah excited sebab banyak butik disana. Anak2 juga excited sebab ada kedai videogames. Di Metrojaya, barang2nya boleh tahan. Terbang gak 300 lebih beli pinggan mangkuk. Ada satu masalah, bangunannya agak memanjang. Metrojaya nun jauh di selatan. Parking A di utara. Jadi kalau jalan, agak jauh sikit. Apatahlagi, bila bawak barang banyak. Bulan puasa lak tu. Tu yang rasa macam jauh aje..

Pukul 1, aku sampai di Stulang Laut. Sementara tunggu wife aku jumpa tutor, aku jalan2 tepi selat melihat pemandangan. Pukul 2, wife punya hal dah settled. Bahagian kedua shopping ialah di Plaza Angsana Johor Bahru. Masa aku sampai sekitar 2.30, keadaan penuh sesak. Nak cari parking pun susah. Biasanya aku kalau nak ke Angsana, pukul 10 pagi dah sampai. Parking betul2 depan entrance. Kali ini lain pulak. Selepas tawaf satu pusingan akhirnya dapatlah kotak parking. Jauh sikit. Budaya rakyat Malaysia ialah kalau boleh parking kereta sehampir mungkin dengan pintu masuk. Malas nak jalan kaki gamaknya. Tu yang depan entrance sesak. Di Angsana, semuanya ada. Lorong2 tempat jalan kaki dah penuh dengan kedai2 kecil. Wife dan anak pompuan aku kejap je dah hilang. Rambang mata tengok baju2 yang berwarna-warni. Aku ke tempat2 biasalah. Baca buku free di Badan Bookstores, tengok CD baru di MusicValley, tengok toy baru di UO. Dan yang paling syiok, ke kedai kamera di Johan Photos.

Boleh tahan jugak aliran wang yang keluar. Ameel dapat remote-controlled car, jam tangan Kungfu Panda (dia nak yang ada jarumlah pulak) dan kasur raya berwarna-warni dan bertali(BUM beb). Erin dapat t-shirt Billabong 2 pasang 30 ringgit dan jam tangan EDWIN. Aku dapat beli flash baru untuk DSLR aku; Canon Speedlite EX430. Wife dan Ainaa tak tahu apa yang diaorang beli. Kira2 pukul 5.30, barulah kita keluar dari Angsana. Satu yang aku tak dapat; susah betul nak cari majalah DCM kat JB nih.

Pukul 6.15, singgah di Wisma Jakel Tampoi Utama. Wife nak ambik langsir yang telah ditempah. Ada jualan murah tikar2 buluh sekarang. Potongan hingga 80%. Masa aku tunggu depan Jakel tu, lebih 5 orang keluar memikul tikar buluh tu dalam masa 15 minit. Murah sangat ke? Pukul 6.40, kita tiba di GoodHope Hotel di Skudai. Hari ini untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita berbuka puasa di hotel. Memang dah lama merancang tapi kali ni baru tercapai. Tunggu anak2 besar dulu. Senang sikit nak handle.

Ameel 'puasa' hari ini. Dia sahur pukul 9 pagi, lepas tu langsung tak makan. Aku dah pesan, kalau dia tak puasa tak boleh ikut makan kat hotel. Anak2ku kalau aku sebut pasal hotel je ada 2 soalan asas. Satu, ada kolam tak? Dan dua, hotel ni berapa bintang? Goodhope Hotel gantung banner besar kat bangunan dan simpang2 jalan sekitar hotel. Buffet Ramadan paling murah. Kat suratkhabar pun ada iklan jugak. Banding hotel2 lain, semuanya 40 ringgit keatas. Kat sini RM29++ satu kepala. Tu yang nak try tu. Wife aku pun pernah makan high tea kat sini dulu. Kata makanannya boleh tahan rasanya.

Rupa2nya memang betul. Sekitar 200 orang berbuka puasa bersama2 kita. Ada beberapa orang yang aku kenal tapi sebab masing2 dah lapar, buat2 tak nampak je. Yang bawak emak dan bapak pun ramai. Yang bawak anak2 kecik lagi ramai. Nasib baik pukul 11 pagi tadi dah booking. Itupun dapat no 32 dalam senarai. Makanannya pelbagai. Main coursenya nasi minyak berlauk ayam kari dan udang sambal. Tu tak penting. Yang penting side dishesnya. Itu yang penuh satu meja tu. Aku pesan kat anak2, ambil apa yang nak dimakan dan jangan berlebih2an. Jadi, semua lauk kita rasa. Semua ambik sikit2. Rojak, Steamboat, Yong Tau Fu, BBQ, pelbagai acar, pelbagai kerabu, pelbagai ulam, pelbagai sambal, ABC, kuih muih, pendek kata lebih 100 jenis lauk. Pada aku, harga 115 ringgit yang dibayar memang berbaloi dengan suasana yang dialami dan hidangan yang dinikmati.

Pukul 9 sampai dirumah. Kepenatan sebab jauh berjalan dan kekenyangan sebab terlebih makan. Sebelum pukul 10 aku dah tertidur.

12 September 2008

Aku dan Muzik Rock

Dulu aku memang peminat muzik rock. Era 80an semasa aku di tingkatan 5 seterusnya masuk ke Asasi Sains, muzik rock adalah halwa telinga menjadi teman mengulangkaji pelajaran. Pada aku muzik rock 80an tak jemu didengar. Petikan gitarnya sebijik2 masuk dalam telinga; dan lirik lagu yang mudah menyebabkan iramanya melekat di jiwa.

Masa aku masuk asrama SMSJ sekitar tahun 1987, irama rock tengah memuncak waktu tu. Seluar jeans ketat, T-shirt hitam, t-shirt berlubang2, rantai dan gelang tangan, kasut sport high-cut dan rambut panjang adalah trend masa tu. Masa tu semua orang nak ada band sendiri. Kalau hujung minggu, berderet2 beratur depan kedai alat muzik. Jamming. Kumpulan rock dengan nama2 ganas muncul sana sini. Sana sini orang sibuk main gitar. semua berlumba2 nak buat album. Tapi bila dapat buat album, nama kena tukar untuk jadi lebih komersillah pulak. Nama2 bunga, bintang, haiwan jadi pilihan. Itu yang keluar nama Junction, Spring, Iklim, Massa, Lipanbara, May, Wings, Fotograf, Kris, Olan, Alfa, Gamma, ala2 nama yang senang ingat. Tinggallah satu dua nama yang ganas seperti Bloodshed, Rusty Blade, Crossfire, Black Rose. Lagu2 ganas tukar jadi lagu2 cintan. Itulah sifat tokey2 syarikat rakaman. Nak untung je. Buat satu album dengan 8 lagu. satu lagi hit tangkap leleh dan selebihnya lagu2 yang asal ada bunyi. Lepas satu album, kumpulan berpecah. Ahlinya buat group baru dan buat album yang lain pulak. Itu sebab rock di Malaysia tak tahan lama. Buat album guna pemuzik undangan. Bila main live, tak reti. Penyanyi setakat handsome je. Suara kalah katak panggil hujan. Tahu miming aje untuk klip video rancangan Muzik-Muzik tv3.

Seingat aku, album kumpulan rock memang berlambak2 masa tu. Tak kira dalam negara atau luar negara. Ada member aku siap boleh buat senarai kumpulan muzik A sampai Z. A untuk Aerosmith, B untuk Bloodshed, C untuk Cromok, D untuk Def Leppard, E untuk Europe, sampailah ke Z untuk ZZ Top. Semua orang ganas giler masa tu. Heavy metal punya lirik yang merapu2 pun kita boleh ingat. Gambar2 syaitan, darah, tengkorak dijaja sana sini. Kira brutal habis. Itu luar negara punya grouplah. Malaysia punya group harap dressing je lebih. Tapi lagu2 semua tangkap cintan. Tangkap leleh. Yang aku minat sangat masa tu ialah Wings dan Search. Habis majalah URTV aku langgan setiap bulan semata2 nak simpan gambar artis pujaan. Masa Wings datang ke Kluang buat konsert, ada beberapa kawan aku fly dari asrama untuk tengok konsert mereka. Ambik gambar banyak2 lepas tu jual. Laku giler beb!

Satu yang aku suka masa tengah kemaruk rock ialah aku belajar banyak perkataan Inggeris dengan mengingati nama kumpulan dan lirik2 lagu mereka. Iron Maiden (Maiden tu apa maknanya; siap cari kamus you), Metallica ( lirik lagu2 mereka berhantu ), Sepultura, Scorpions, Bon Jovi, Anthrax ( masuk Medic baru dapat jumpa maknanya), Guns N Roses, wah! jenuh kalau nak tulis semuanya..Masa aku masuk Asasi Sains, rock pun masih bertahan lagi. Aku pernah kena sembur dengan air FRU masa tengah beratur dan berebut2 untuk dapat tiket tengok konsert free Wings dan Search sempena malam tahun baru. Aku ingat lagi Jemie balik dengan kasut yang tinggal sebelah. Sebelah lagi hilang entah kemana. Itulah pertama kali dan yang terakhir aku tengok konsert live dengan Jemie, Samsol dan Samril. Aku ingat lagi Samril janji nak berhenti hisap rokok malam tahun baru itu dan lepas tu 3 hari dia tak boleh bangun dari katil. Lepas 3 hari, dia hisap rokok balik.
Aku masih tak faham kenapa Menteri penerangan masa tu sibuk mengharamkan artis rambut panjang masuk tv. Sapa yang nak masuk tv, kena potong rambut. Takpun rambut kena tocang, sorok dalam topi atau sorok dalam baju. Bila masuk dalam tv, muka masing2 dah macam pondan. Ada satu ketika, Tok Mat buat gimik potong rambut Awie dan Amy Search depan kamera. Lepas tu semua artis rock rambut paras bahu je. Kelakar sungguh. Memang macam pondan. Setahu aku cuma seorang sahaja yang tak potong rambut. Sampai mati aku takkan potong rambut. Walau tak masuk tv sekalipun. Itulah azam papa rock kita, Abang Ramli Sarip. Aku respect betul kat brader sorang ni. Walaupun periuk nasinya dikambus pasir sebab digam oleh RTM, dia masih kekal dengan prinsip dia.

Masa kat Asasi Sains UM, setiap bulan aku beli kaset baru. Kaset masa tu murah aje. Yang original baru 12 ringgit. Yang cetak rompak 5 ringgit. Kalau beli yang original dapat poster percuma. Tu yang dinding bilik penuh dengan gambar2 rockers. Semuanya gambar orang jantan tengah posing. Jantan rambut panjang, bermake-up, bergincu. Terkangkang sana, terkangkang sini. Seluar koyak rabak. Woi! Kepple, kau ni gay ke apa? Itulah antara soalan wajib member2 yang bertandang ke bilik aku. Masa tu mat rocklah katakan. Tak mainlah jiwang2. Girlfriend pun takda. Semua kawan2 aku budak lelaki. Jemie tulah satu2nya member kamceng aku. Walaupun dia bukan berjiwa rock, setidak2nya dia bukannya mat jiwang.

Masuk ke Fakulti Perubatan, jiwa dah sikit berubah. Dah pandai ke muzik alternatif seperti Nirvana, Green Day dan lagu2 jiwang seperti Bryan Adams, Richard Mark, Roxette. Selepas kegemilangan rock berakhir, aku dah berhenti beli kaset. Dengar radio dah cukup dah. Sekarang ni kan ada Sinar FM. Penuh dengan lagu2 retro. Setiap petang dan malam ada ruangan lagu2 rock 80an. Lagu2 seperti Isabella, Sejati, Taman Rashidah Utama, Realiti dan Fantasi, tetap segar diingatan. Rasa seperti muda kembali.

Dengar lagu2 moden sekarang buat aku pening kepala. Irama entah apa2 ntah. Lirik lagi susah nak faham. Nasib baik lagu2 dari Indon sedap2. Anak2ku kejap aje dah hafal. Tapi camna pun tak boleh lawan rock 80an. Ok. Peace brother!

Moral of the story: Rock never die!!!

10 September 2008

Aku dan Perjalanan Karierku

Selepas SPM 1988, aku dah nekad dalam hati aku tak nak pakai baju seragam lagi. Maknanya aku takkan sambung belajar Tingkatan Enam atau ambik A level. Aku juga takkan buat matrik kat sekolah2 asrama. Tapi parent aku tak galak aku ke oversea. Jadi apa pilihan yang aku ada? Selepas keputusan SPM diumum, aku dapatlah pangkat Satu. 

Pilihan yang aku ada ialah buat Matrik Asasi Sains di Universiti Malaya. Macam guru kelas 5M1 SMSJ pernah cakap, kat Asasi kita dah jadi budak U. Duduk dalam kampus dan tak payah pakai pakaian seragam. So, itulah pilihan pertama aku. Pilihan yang lain2 biasalah buat matriks kat UKM dan USM. Tapi kalau aku dapat yang itu aku kena masuk balik kat sekolah asrama. Kena pakai baju seragam dan ikut undang2 budak sekolah. Kawan2 aku cakap aku mana layak masuk UM. English aku pun teruk. Dan lagi, perkauman kat UM kuat katanya. Tapi, rezeki budak kampung macam aku sapa yang tahu. Mungkin atas dasar perkauman ke, DEB ke, aku terpilih masuk UM. Sehari sebelum hari pendaftaran aku demam kuat. Masuk kat dorm Kolej 6, demam aku hilang. Kolej 6 aka Kolej Ibnu Sina adalah tempat budak2 Medic. Tu yang kuman semua lari tu.

2 tahun di Asasi Sains UM banyak mengajarku erti kesusahan dan kepayahan. Aku ditempatkan di Kolej 8, kolej paling jauh dari tempat aku belajar. Hari2 naik turun bas dan jalan kaki mendaki bukit sejauh 3km memaksa aku untuk belajar lebih rajin. Roomate aku masa tu pun budak Medic jugak. Tu yang bersemangat nak jadi doktor jugak tu. Nak beli motorsikal mana mampu? Terpaksalah jalan kaki setiap hari. Jadi kurus sangat aku masa tu.

Tahun 1991, aku antara 120 orang daripada 450 orang budak Asasi yang terpilih untuk menyambung pelajaran di Fakulti Perubatan. 5 tahun berikutnya merupakan antara saat2 paling indah dalam hidup aku. Bersama2 dengan Jemie(Pakar ENT), Ezanee(Pakar Mata), Neil Amri(Surgeon), Fatahul(Pakar A&E), Tengku Muzafar(Pakar Tulang), Samril(Pakar ENT) dan yang lainnya, kami bersama2 memeriahkan hidup disamping kesibukan belajar di fakulti. Di fakulti perubatan ni, kita memang jarang sangat bercuti semester. Cuti setakat 1-2 minggu aje. Banyak masa dihabiskan di kelas, di dewan kuliah, di wad2 dan bersama2 kawan2. Itu yang menjadikan kami kamceng tu. Susah senang bersama2.

Tahun 1996, aku berjaya pulang ke Johor dengan ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan (MBBS ). Selepas tu aku juga telah berjanji tak akan masuk U lagi untuk sambung belajar. Aku nak kerja seberapa lama yang aku tahan di Kerajaan dan lepas tu resign.

Aku mulakan tugasan sebagai houseman di Hospital Muar. Kerja di wad pembedahan 3 bulan, wad ortopedik sebulan, wad bersalin 4 bulan dan wad perubatan 4 bulan. Kerja di Muar boleh tahanlah senangnya. Tapi tak macam kawan2 di JB, di Muar takda locum. Dengan gaji 1700 sebulan dan elaun oncall 20 ringgit sehari, aku hanya mampu beli motorsikal Suzuki RG120. Masa tu yang kami mampu hanya Saga Iswara. Itupun setahun booking tak dapat2. Kawan2 di JB loaded sebab boleh locum hari2. Masa jumpa di KL sewaktu konvo, ramai dah beli kereta dan handphone. Aku dan Ezanee yang kat Muar, apa ada?

Selepas setahun, aku dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah JB, hospital ke3 sibuk selepas KL dan Klang. Mula2 aku kena posting 6 bulan di wad kecemasan sebelum dihantar ke Wad Urologi selama 6 bulan. Masa aku di JB, gaji sekitar 2 ribu sebulan. Elaun on call sekitar 600 sebulan. Aku mula belajar buat locum secara kecil2an untuk menampung hidup. Masa ekonomi gawat sekitar 1998, elaun on call ditukar ke cuti tanpa rekod. Masa tu aku ulang alik JB-Kulai. Duit minyak, bil telefon ( nurses baru suka paged doktor2 baru macam aku ), sewa rumah, hutang kereta memang tak boleh nak menyimpan. Masa tu anak aku yang pertama baru lahir. Lagi macam2 nak kena beli.

Selepas setahun di JB, aku berjaya pindah ke Hospital Kulai. Aku kekal di Kulai lebih 5 tahun. Di Kulai aku banyak side income. Locum setiap minggu kat klinik abang ipar, buat medical report lebih seribu sebulan, jual minyak urat , jual sabun, jual simen fiberglass, duduk rumah kerajaan lagi. Tu yang hidup mewah sikit. Masa aku tengah seronok2 kerja di Kulai, pengarah hospital buat hallah pulak. Dia sibuk sambung belajar Master in Administration kat UTM. Aku sebagai doktor paling senior kat hospital kena ganti dia dalam banyak urusan2 pejabat. Yang aku tak suka kena pergi meeting sana-sini, siapkan proposal itu ini, sambut kedatangan VIP2 ke hospital. Dan pada masa yang sama, tugas2 on call dan wad aku kena jalankan seperti biasa. Yang buat aku tambah bengang ialah dia tak nak cover kerja2 kita. Kalau suruh buat ward round, dia hilang. Samada ambik EL atau kereta rosak. Kalau ada VIP nak datang, dia pun EL jugak. Kalau suruh on call, dia asyik mengelak aje. Akhirnya aku letak jawatan pada tahun 2003.

Masuk tahun ini, dah 6 tahun aku kerja sendiri. Urus klinik sendiri tak pening kepala. Kalau rasa nak cuti, aku tutup kedai. Kalau rasa nak balik awal, aku tutup kedai. Ubat2an aku beli sendiri. Peralatan aku beli sendiri, Charges aku tak rigid. Mana yang tak mampu, aku beri diskaun. Yang dah biasa datang, aku buat macam sedara. Kalau rasa nak marah, aku marah. kalau rasa nak sindir, aku sindir. Aku all out. Alhamdulilah, selepas 6 tahun, pesakit aku tak pernah berkurangan. Rezeki aku tak pernah putus. Tiada kejadian2 besar yang melibatkan medicolegal setakat ini.

Aku tak pasti samada nak pupuk anak2ku supaya mengikut jejak langkahku menjadi doktor. Bukan senang jadi doktor ni. Kadang2 kerja 24jam pun, tak habis2 jugak. Tanggungjawabnya besar. Segala2nya melibatkan nyawa orang. Judgement kena accurate 100% tak kira masa. Aku mengaku pernah buat kesilapan. Tapi dari kesilapan itu aku belajar. Belajar untuk menjadi doktor yang lebih baik. Everybody made mistake. Only a fool repeat it. Anak aku yang sulung, rajin membaca tapi penakut. Pelajarannya bagus dan cemerlang dalam peperiksaan. Tapi dia kata nak jadi saintis. Anak aku yang kedua, malas sikit tapi tekun belajar. Pelajarannya juga bagus. Dia sukakan art dan melukis/mewarna hobinya. Dia kata nak jadi doktor gigi. Anak aku yang ketiga kurang minat belajar, suka berkawan dan meminati muzik. Pantang ada program naik pentas. Dialah yang mula2 volunteer. Dia kata dia nak jadi ahli muzik. Lagu2 dan lirik2 lagu cepat betul menghafalnya.

Moral of the story: Follow your instinct and believe in yourself.

Aku dan Penjenayah Zaman Sekarang

Semalam ada berita menyayat hati. Seorang wanita mati ditikam oleh perompak. Kalau baca ceritanya mengalahkan skrip filem Hollywood. Tapi ini betul2 terjadi, bukannya dalam filem. Ia bermula bila wanita itu memecat pembantu rumahnya kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumahnya sebelum itu. Beberapa hari sebelum kejadian ini berlaku maid dia ada hantar SMS menyatakan tak puashati dan ingin membalas dendam.

Ketika mereka bangun pagi untuk bersahur, mereka nampak 2 lelaki telah berjaya pecah masuk rumah mereka. Suami dan 2 anak perempuannya sempat lari tetapi wanita malang itu terperangkap dalam bilik. Semasa polis tiba ditempat kejadian, wanita itu telah dijadikan tebusan. Perompak meminta kawan mereka yang tertangkap lebih awal dibebaskan dan juga sebuah kereta untuk lari. Mungkin kerana bengang sebab polis lambat buat keputusan, wanita itu telah dicederakan. Akibatnya, polis merempuh masuk dan bunuh itu perompak2 keparat. Wanita itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Sungguh menyayat hati terutama sebab kejadian berlaku didalam bulan Ramadan.

Aku cukup kagum dengan kecekapan pihak polis sekarang. Kebelakangan ini ramai betul penjenayah yang ditembak mati ketika sedang dalam proses melakukan jenayah. Aku sokong sangat. Kalau ditangkap hidup2, buang duit rakyat aje nak bagi makan minum masa dalam penjara nanti. Esok keluar penjara balik ke asal jugak. Baik tembak mati aje orang2 camni.

Sebut pasal jenayah, aku pernah terkena sekali kira2 3 tahun lepas. Masa itu aku tak sangka, penjenayah boleh mencuri dan menggeledah klinik aku ketika aku dan staf aku ada sama. Modus operandinya memang superb. Mereka datang satu famili. 2 perempuan bawak satu pesakit lelaki ditemani 2 budak lelaki umur belasan dan bawah 5 tahun. Perempuan ini akan cerita bahawa lelaki ini pemabuk dan selalu mengadu sakit perut. Beriya2 mereka suruh check betul2 perut dia. Masa kita sibuk memeriksa, 2 budak lelaki ini akan bukak tutup semua pintu dan kemudiannya hilang. Aku agak pergi ke toilet agaknya. Mereka cepat2 keluar lepas tu. Aku pun hairan sebab takda tanya nak ambik ubat ke, berapa bayaran ke, mereka terus hilang. Dalam kehairanan aku memang tak menyangka mereka semuanya pencuri keparat lagi bangsat. Masa aku nak balik rehat, baru aku perasan dompet duit aku dalam laci sudah hilang, PDA yang aku tengah charged di bilik belakang juga hilang.

Aku terkilan bukan sebab barang2 aku hilang. Tapi cara mereka memperdayakan aku dan mempergunakan kelemahanku. Dalam dompet tu cuma ada 70 ringgit aje tapi proses nak dapatkan semula IC, Lesen Memandu, Kad2 kredit dan ATM card yang memeritkan. Aku kena berulang-alik ke balai polis, pejabat JPJ dan pejabat pendaftaran. Tahu2 ajelah berurusan dengan pejabat kerajaan.

Masa ke balai polis buat repot, polis tu macam pening aje nak ambik repot aku. Padahal aku dah draftkan ayat2 atau karangan aku tapi dia nak guna ayat dia jugak. Masa tu baru aku perasan bahawa pesakit tu register tanpa bawa IC atau dokumen pengenalan diri. Alamat , No IC dan telefon main tembak aje. Polis yang menyiasat kes aku pun acuh tak acuh aje. Aku tahu mereka takkan buat apa2. Dia kata salah aku sebab tak pasang CCTV kat klinik.

Esoknya aku ke JPJ. Aku bawak salinan polis repot tu. Dia tak baca pun. Dan dia tak nak benda tu. Yang dia nak ialah resit bayaran 5 ringgit untuk harag salinan repot tu. Polis kat balai takda pun mintak duit kat aku. Terpaksa aku patah balik ke balai polis mintak resit. Aku rasa macam nak bakar aje balai polis tu. Menyusahkan orang je. Kata kerja ikut prosedur, tapi kenapa tak keluarkan resit awal2. Dia boleh kata terlupa. 2 hari aku tak masuk klinik, hilang pendapatan aku. Korang lainlah, makan gaji. Cukup bulan, duit masuk. Hujung tahun, bonus masuk. walaupun kerja macam taik sekalipun..

Selepas kejadian itu, aku mula berwaspada. Penjenayah tak semestinya datang acu pistol atau parang kat kita. Yang baik2, berkot dan bertali leher, yang bawak anak2 kecik, yang bawak orang tua pun boleh jadi penjenayah jugak. Syarat utama ialah tunjuk IC atau dokumen pengenalan diri dulu sebelum boleh didaftar. Mana2 yang mengaku kawan atau sedara nak jumpa direct, aku suruh staf aku siasat dulu. Biasanya yang camtu sama ada nak ajak join direct selling ataupun jual insurans. Takpun mintak derma. Itu semua aku memang tak layan dah walau datuk mana sekalipun yang rekomen. Lagi, aku dah tak simpan dompet dalam laci. Aku tak bawak dompet waktu kerja malam. Semua pintu sentiasa dikunci dan tak siapa2 yang boleh suka2 pinjam toilet kita. Satu sahaja, sampai la ni aku masih belum pasang CCTV kat klinik aku.



09 September 2008

Aku dan Anwar Ibrahim

Aku mengaku aku ahli Umno. Masa jiran aku menubuhkan Umno kat taman aku tinggal, secara paksarela, aku kena jadi AJKnya. Tapi setiap kali mesyuarat agong, aku memang tak pernah hadir. Aku tak minat dengan politik. Apatahlagi politik ahli2 Umno. Yang aku nampak, ahli2 Umno hanya mementingkan poket sendiri. Macamana nak dapat kontrak, macamana nak jual kontrak dan macamana nak kaya tanpa banyak usaha.

Aku memang kagum dengan ketokohan Anwar Ibrahim. Semasa dia dan Tun Mahathir memerintah negara, segala2nya nampak perfect. Entah mana silapnya, Tiba2 Tun memecat Anwar. Selepas itu pelbagai tuduhan mengaibkan Tun hentam kat Anwar. Anwar kaki perempuan, main belakang, agen Amerika, songlap banyak wang dan macam2. Aku jadi keliru. Siapa yang benar?

Masa rancak Anwar melancarkan reformasi 1998, masa tu aku masih kerja kat kerajaan lagi. Setiap hari ada aje pita video, pita suara, salinan2 info dari internet, gambar2 yang menggambarkan bahawa Anwar itu bersalah dan Mahathir itu benar. Kakitangan kerajaan siap kena buat sumpah akujanji untuk setia kepada kerajaan. Kemuncaknya ialah bila Anwar lebam sebelah bijik mata masa hadir di mahkamah. Itulah titik mula aku membenci Umno dan memuja Anwar. Cerita2 berikutnya laksana telenovela yang berjela2 panjangnya dan takda penghujungnya. Anwar masuk penjara selepas tilam diusung naik turun mahkamah, Anwar kena racun, Anwar dihalang dapat rawatan luar negara, Anwar bebas dari tuduhan liwat, geng2 Anwar berpaling tadah, blah3. Semuanya memang memeningkan kepala.

Selepas itu, Anwar berperang dengan Najib pulak. Kes Altantuya, kes Saiful bahri, Anwar masuk calon MP, Anwar menang kerusi Permatang Pauh dan yang terbaru cita2 Anwar menjadi Perdana Menteri pada 16 September lagi memeningkan. Aku masih tak tahu siapa yang bercakap benar. Bila sumpah dengan AlQuran dilafaz sewenang2nya, aku semakin yakin bahwa Najib dan BN semakin terdesak. Kalau dalam suratkhabar, semua menteri dan MP BN menafikan dan memperkecilkan cita2 Anwar, dalam masa yang sama mereka kecut perut sebenarnya. Dibulan Ramadan yang mulia ini sepatutnya diperbanyakkan ibadat. Tapi lebih separuh MP dari BN pergi bercuti sambil belajar di Taiwan. Mereka hanya dijangka balik pada 17 September ini. Isu lompat parti yang diwar2kan oleh Anwar memang menakutkan BN. Rasanya BN memang takut dengan Anwar. Tengoklah setiap kali Anwar kata nak berhimpun, habis satu KL merasa jem sepanjang hari.

Pada aku, ketokohan Anwar dan kegeniusannya dalam berpolitik memang superb. Dia tidak mudah melatah atau terpengaruh dengan tekanan sekeliling. Dia bijak mengatur langkah dan seperti bermain catur, dia dah terkehadapan dalam membaca gerakan pihak lawan. Bila Saiful menuduhnya meliwat, dia senyum aje. Bila Saiful buat sumpah al-Quran, dia cari imam yang jadi saksi. Pusing2 si Najib jugak yang terkena. Najib nampak sangat gelabahnya bila kena serang kanan dan kiri. Depan dan belakang. Tapi Anwar, cooool sahaja. Kena kutuk depan kamera pun dia sekadar senyum aje.

Marilah kita tunggu apa jadi 16 sept ini. Umno dan BN dah mula memainkan isu perkauman nampaknya. Taktik lamalah. Taktik menakut2kan orang melayu supaya kembali kepada Umno. Hanya Umno yang boleh mengekalkan hak istimewa orang melayu. Tanpa Umno, melayu akan hilang segalanya. Itulah yang dimomok2kan sekarang. Orang kampung bolehlah percaya. Orang2 berpelajaran dah tak mainlah isu2 perkauman ni.

Aku dah tak percaya kepada hak2 keistimewaan orang melayu. Apa bagusnya jadi orang melayu? Apa hinanya bangsa Cina dan India? Kita sama sahaja. Tuhan jadikan kita manusia daripada Adam dan Hawa. Keturunan yang sama sebenarnya. Pada aku, hak keistimewaan orang melayu hanya menguntungkan dan mengkayakan sesetengah individu sahaja. Yang miskin tetap terpinggir tak kira apa warna kulit sekalipun. Aku harap Anwar Ibrahim dapat berbuat sesuatu sebelum Pak lah semakin pening dan gabra. Kang entah hapa2 aje arahan beliau. Silap2 ramai yang kena ISA nanti.

Moral of the story: Tuan Guru Nik Aziz is the best leader.

Aku dan Peperiksaan UPSR 2008


Hari ini budak2 darjah 6 mula ambik periksa UPSR. Anak sedara aku ada seorang ambik UPSR tahun ini. Giliran anak aku tahun depan. Aku kesian dengan budak2 sekarang. Baru UPSR, tapi ketensionannya macam nak ambik ijazah. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Hari esok nak exam, hari ini sempat lagi menjala ikan kat parit.

Zaman aku dulu mana ada UPSR. Yang ada cuma Peperiksaan Pernilaian Darjah Lima. Masa tu aku blur habis. Takdanya nak pergi kelas tambahan ke, tiution ke untuk score 5A. Cikgu kat sekolah pun tak pressure sangat macam sekarang. Aku bukan nak banggalah tapi sepanjang sekolah rendah Darjah Satu sampai Darjah 5 aku mesti no satu punya. Tapi Pernilaian Darjah Lima aku cuma dapat 2A3B je. Tak tahu mana silapnya. Naik darjah enam lagi teruk. Ingat main je. Periksa akhir tahun dapat no 5. Seingat aku sekolah aku cuma seorang aje dapat 5A. Namanya Junaidah. Dia dapat masuk asrama penuh masa naik tingkatan satu. Aku jumpa dia masa aku dapat masuk sekolah yang sama masa aku tingkatan 4. Dapat jugakkah masuk asrama cuma lewat sikit. La ni dia jadi cikgu sekolah rendah, kahwin dengan kawan aku jugak; Pakar Bius di Hospital Penawar.

Rasanya budak2 zaman sekarang ( termasuk cikgu2nya ) lebih tertekan hidupnya. Cikgu2 kat sekolah kena kejar target. Berapa orang dapat 5A, berapa orang yang tak lulus Matematik, berapa orang yang tak lulus Sains, semua kena jawap dengan Gurubesar. Gurubesar pulak kena jawap kat PPD. PPD kena jawap kat kementerian. Tu yang naik darjah enam je, hari2 ada kelas. Kelas malamlah, kelas tambahanlah, kem motivasilah, kem peperiksaanlah, sembahyang hajatlah, macam2 program. Memang takda masa nak main bola ke, main basikal ke, main parit ke macam masa aku kecik2 dulu. Emak bapak pulak sibuk memanjang. Lepas tangan. Semua serah kat sekolah. Anak tak pandai baca pun masih salahkan cikgu jugak. Tapi anak kena pukul sebab nakal kat sekolah tak boleh terima. Anak dialah sebaik2 umat. Tulis surat kat PPD/kementerian. Semua orang serba salah jadinya.

Kalau diperhatikan, setiap tahun prestasi UPSR mana pernah turun. Mesti naik walaupun sedikit. 0.05% pun kira ada peningkatan. Itu wayang semuanya. Wayang Politik. Tak caya? Wife aku dia jadi penanda jawapan peperiksaan Matematik. Kalau soalan susah dan ramai yang tak jawap, skema markah dimudahkan. Kalau ada satu nombor betul je, dapat satu markah. Kalau nampak ada jalan kira2 walaupun semacam tiru orang sebelah pun mesti ada markah. Konon budak tu ada sedikit pemahaman tentang konsep. Jawapan lain kira..

Pada aku UPSR belum boleh jadi kayu pengukur kejayaan seseorang. Jadi aku tak kisah sangat kalau anak aku tak cukup cemerlang dalam UPSR tahun depan. Pada aku, biarlah dia nak berlari ke, main bola ke, panjat pokok ke, itu semua pun membantu untuk menjadi seorang manusia berguna. Kalau 24 jam asyik berkurung dalam rumah baca buku sahaja, takkan jadi apa2. Kalau ikut orang dulu2, tanda parut dan kudis dikaki itu melambangkan kejantanan dan kemachoan. Ya ke?


08 September 2008

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pada 27 Ogos yang lalu, aku mencatat sejarah baru dalam hidup aku. Masa kerja hospital kerajaan dulu, setakat menyambut kelahiran bayi sama ada normal atau bermasalah, aku dah biasa sangat dah. Kadang2 pukul 3 pagi pun misi bilik bersalin call untuk sambut bayi. Vacuum, Midforcep, Low forcep, MRP, etc memang tak jadi hal tapi itu dulu. seingat aku, last sekali aku menyambut bayi lahir rasanya 7 tahun dulu. Itupun anak aku sendiri.

Pada tarikh tersebut, aku sedang duduk2 sambil minum Nescafe di klinik. Tiba2 datang seorang lelaki berkaki ayam dan berpeluh2 ketakutan mintak tolong datang ke hotel bajet selang 2 pintu dari klinik aku. Aku ingatkan dia tokey hotel tu rupa2nya dia baru check in bilik dengan girlfriend dia. Dia cakap girlfriend dia pengsan kat bilik air. Tumpah darah.

Bila dia cakap ada dengar suara baby aku dah start panik dah. Cepat2 aku lari naik ke bilik. Sampai disana aku lihat seorang perempuan sekitar awal 20 an pucat lesi dah selamat melahirkan anak di bilik air. Bayi lelaki dan urinya semua dah keluar dah. Darah jangan ditanya berapa banyak dah. Rasanya lebih 500cc. Aku tengok bayi tu OK. Tengok memang dah cukup bulan. Kulit kemerahan dan bernafas macam biasa. Lega aku. Emaknya mula2 tengok aku blank semacam, lepas tu mata terus naik ke atas dan mula menggelupur. Panik giler aku. Cepat2 aku panggil dia dan alhamdulilah dia sedar semula. Cepat2 juga aku tarik dia keluar dari bilik air. Aku baringkan dia dan selimutkan dia tebal2. Aku beri air masak dan aku suruh staf aku temankan dia berbual sementara aku pergi panggil ambulan.

Selepas 45 min, barulah ambulan datang. Entah kemana2 aje perginya. Staf nurse yang datang tu aku kenal sangat. Aku nampak muka dia aje aku dah bersyukur sebab aku tahu dia tahu apa nak buat. Bila ambulan sampai cepat2 aku geledah ambulan untuk cari IV Drip set. Kalau ikut law, klinik aku kena ada benda tu semua. Tapi dah lebih 6 tahun aku bukak klinik, baru ini pertama kali nak pakai. Jadinya, buat apa aku simpan benda2 tu. Lepas masuk 2 pint Hartman barulah perempuan tu boleh jalan turun ke ambulan. Masa aku pimpin perempuan tu nak masuk ambulan, aku rasa macam hero pulak. Kat bawah tu penuh dengan orang ramai mengerumun tengok apa sedang berlaku. Kalaulah ada cameraman masa tu alangkah glamournya aku..

Menurut lelaki yang menemani perempuan tu, dia kenal perempuan tu baru 3 bulan(?). Perempuan tu call dia kata sakit perut. Sakit perut apasal check in kat hotel? Apasal tak check in kat hospital je? Lelaki tu tak cakap apa dah. Aku pun hairan, dah cukup bulan mengandung takkanlah lelaki tu tak perasaan langsung? Perempuan tu pulak langsung tak nak tengok apatahlagi pegang bayi tersebut. Staf aku beriya2 sangat nak ambik bayi tu jadi anak angkat no 2 dia.

Keesokkan harinya aku tunggu2 jugak manalah tahu ada wartawan Harian Metro ke, KOSMO ke yang nak interview aku tapi habuk pun tarak. Staf aku cuti sekerat hari sebab perempuan tu janji nak beri anak tu kat dia. Malangnya nenek kepada perempuan tu tak beri. Dia yang nak jaga. Kalau tidak tambah seorang lagi ahli keluarga..

Dunia sekarang dah tak kisah sangat pasal anak2 tak berbapak ni. Istilah anak luar nikah atau anak haram dah tukar jadi anak tak sah taraf. Biar sedap sikit telinga mendengarnya. Tapi yang haram tetap haramlah. Walau camana pusing sekalipun takkan jadi halal punya. Kata staf nurse, kat hospital saban hari ada je kes2 camtu. Yang anak no 5 pun masih kira tak sah taraf lagi. Hai! dunia akhir zaman beginilah.

Aku dan Hobi Orang Lelaki

Sebagai seorang lelaki, aku memang minat kat alat2 elektronik. Kalau pergi shopping kat mana2 pun, aku dan anak2 lelakiku pergi arah lain; wife dan anak pompuan pergi arah lain. Macam pompuan sanggup memilih berjam2 untuk sehelai tudung, aku lelaki tak jemu2 membelek gajet2 canggih dikedai2 handphone, kedai2 elektronik dan kedai2 buku( tengok gambar dlm majalahlah ).

Antara gajet yang paling stim aku pernah beli ialah myGPS Garmin Nuvi. Aku mengaku memang mudah tersesat jalan. Memang mudah terlepas simpang atau anak panah. Apatahlagi jalan2 kat Msia ni papantanda tunjuk arah mana boleh pakai sangat. Lagipun stiker along untuk pinjaman mudah dah penuh meliputi papan2 tanda. Selain mudah tersesat jalan, aku jugak bodoh sombong. Memang segan nak mengaku tapi aku agak malu nak bertanya arah. Sebab itu bila aku ada GPS ni, jalan2 kat KL aku dah tak takut dah. ON kan GPS dan ikut aje arahan. Mesti sampai punya. Cuma kalau hari hujan, jalan jem teruk. GPS pun pening. Asyik recalculating jer..

Lagi satu, GPS ni akan berbunyi kalau kita lalu kat kawasan2 ada speedtrap. Masa kat Highway tempohari, aku nyaris kena. Nasib baik ada GPS ni dah beri isyarat dulu. Senyum je bila tengok kereta2 yang potong aku kena sain autograf depan bapak2 polis.

Satu lagi gajet yang aku stim giler ialah myCanon DSLR 400D yang aku beli setahun yang lalu. Ini kamera banyak syiok punya. Yang bagusnya lens boleh upgrade. Macam2 lens ada. Yang jauh, yang dekat, yang lagi dekat, gambar potrait, gambar pemandangan, gambar bersukan. semua lens lain2. Nak yang murah, yang mahal, yang guna motor, yang guna ultrasonic, yang ada image stabilizer, macam2 ada. Ini semua kawan2 punya pasallah. Merekalah yang memperkenalkan aku kepada dunia fotografi yang menghabiskan duit ni.

Selepas setahun, banyak jugak aku invest kat kamera ni. Setakat ini dah 2 lens baru aku beli. Satu untuk macro TAMRON f2.8 90mm1:1 dan satu lagi untuk telephoto SIGMA APO f4.5-f5.6 70-300mm. Banyak lagi yang kena beli tu. Tapi belum mampu beli lens original Canon yang ada USM, IS atau line merah punya group. The latest yang aku beli ialah beg sangkut belakang. Hujan tarak basah, ada pad pelindung. Harga dah 300.00. Cadang nak angkat flash satu dan remote control satu tapi bajet belum ada. Ini bulan kena renew roadtax Estima aku. Campurtolak kena 2 ribu lebih walaupun NCB dah maksimum 55%.

Dr Jemie dah upgrade body dari 350D kepada 40D. Lens dia pun panjang2. Tapi dia bolehlah. Wife takda. Anak pun takda. Gaji doktor pakar mana sama dengan gaji doktor chabuk macam aku.

Aku dan Alkisah Jiranku


Aku dan jiranku memang jarang bertegur sapa. Bukannya sombong tetapi dia jarang ada dirumah. Dia kerja di Singapura dan jarang balik. Anak dan isteri lebih selesa duduk dengan emak dan bapak dia bila dia takda.

Petang semalam sedang aku syok2 bergolek2 depan tv tiba2 loceng rumah aku berbunyi. Aku tengok jiran aku tengah kelam-kabut depan rumah aku. Dia kata emak mertua dia pengsan kat rumah dan mintak aku tolong tengokkan. Aku cakap aku takda simpan apa2 peralatan kat rumah. Dia nak jugak suruh aku tengokkan dan beri cadangan apa nak buat.

Masa aku sampai rumah emak dia, ramai ahli keluarga sedang mengerumuni emak dia. Emak dia seperti orang tak waras. bercakap sorang2 dengan bahasa yang tak difahami. Kalau orang melayu sure dah dipanggil bomoh2 handal sekitar kampung untuk menghalau polong yang dah masuk dalam badan. Bila aku tengok ubat2 yang dimakan memang sah samada Hypoglycaemia atau sebaliknya. Aku cakap gula dalam badan mungkin rendah sangat sebab tu dia jadi camni. Lepas tu semua tengok aku aje. Macam nak suruh aku buat sesuatu. Aku cakap ini kena hantar ke hospital untuk masukkan glukos dalam badan. Kalau sedara aku aku buatkan milo atau susu yang manis tapi ini sedara orang. Kang lain lak jadinya aku yang susah. Paling selamat ialah hantar ke hospital. Masuk IVDrip dan glucose bolus 50cc. Aku yang jadi ketua lepas tu. Mereka macam panik tak tahu apa nak buat. Suruh masukkan kereta, suruh angkat masukkan dalam kereta. Sediakan IC dan ubat2 dia untuk dibawa ke hospital..

Aku tak tahu apa yang jadi lepas tu. Sebab jiran aku masih tak balik rumah lagi.

Moral of the story: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

07 September 2008

Aku dan Ramadhan 2008

Bulan Ramadan datang lagi. Tahun ini, dua orang anakku turut berpuasa sama. Alhamdulilah, selepas seminggu berpuasa masih belum ada apa2 masalah. Mungkin sebab cuaca di Johor yang mendung dan hujan saban petang menyebabkan anak2ku tak terasa sangat lapar dan dahaga. Adik bungsu makan depan mata pun buat tak kisah aje. Aku tak janjikan apa2 kalau mereka berpuasa. Takda janji nak beri upah seringgit sehari atau baju raya mahal2. Cukuplah dengan ilmu agama yang mereka belajar di sekolah. Seperti kewajipan bersembahyang, mereka juga dah tahu bahawa puasa itu satu daripada rukun islam yang lima. Jadi tak payah umpan apa2. Itu dah jadi tanggungjawab seorang Muslim.

Sepanjang seminggu berpuasa, tak satu hari pun aku sempat berterawih di masjid. Saban malam aku kena kerja macam biasa. Entah kenapa, musim Ramadan kali ini ramai benar yang sakit. Aku anggap merawat pesakit itu satu ibadat. Walau tak berterawih seperti orang lain, aku beramal cara lain. Semoga Allah menerima ibadatku ini.

Semalam hari sabtu. Aku berbuka puasa di rumah emak dikampung. Bukan main seronok lagi emak bila dapat tahu aku nak berbuka sama. Macam2 dimasaknya. Hari ini, aku berbuka puasa di rumah emak mertua aku pulak. Masalah yang sama jugak. Emak masak banyak betul. Bulan puasa jadi bulan makan. Kalau tak makan nanti mereka kecik hati pulak. Jadi, pulun habis. Orang tua kita memang suka memasak untuk anak2 dan cucu2 mereka. Walau penat macamanapun, hilang penat bila melihat anak, menantu, cucu-cucu berebut makanan semasa berbuka. Itu yang susah nak kurus badan tu. Dah seminggu berpuasa pun berat badan masih statik jugak. Alahai.

Selepas seminggu berpuasa, petang tadi baru pertama kali aku singgah di bazar Ramadan. Punyalah ramai orang. Dah macam pesta jadinya. Bulan puasa bukan bulan makan? Tapi di bazaar, semua ada. Kalau ikutkan selera perut yang lapar, semua benda nampak sedap. Sekali pergi, sekurang2nya sepuluh ringgit mesti terbang punya. Masa di bazaar tadi, aku memang niat nak jalan2 je. Aku dah agak emak mertua aku mesti dah cukup siapkan makanan untuk kami semua. Tapi, nampak popia, beli popia. Nampak Air tebu, beli air tebu. Nampak laksa penang, beli laksa penang. Nampak tembikai, beli tembikai...Masa nak balik, jalan jadi jem. Sebabnya? Ada satu kereta Vios baru warna hitam , no plet JKY ???? dah double parking tepi jalan besar. Jalan jadi satu lorong. Itu yang aku hairan dengan rakyat Malaysia. Parking jauh sikit tak boleh ke? Jalan kaki sikit boleh patah kaki ke? Habis pahala puasa kena sumpah seranah dengan orang..

Tahun ini aku beraya dirumah emak aku dulu. Petang raya baru ke rumah emak mertua. Tahun ini juga adik-beradik aku yang 5 orang dapat berkumpul bersama. Tahun lepas, adik aku yang kerja atas kapal tak balik beraya. Kakak aku pulak beraya dirumah emak mertua dulu. Tahun ini pening kepala emak aku agaknya, sebab anak2 dan menantu punya saiz badan dah berlipat kali ganda besarnya. Rumah dah tak muat. Seperti tahun2 lepas, aku mula bosan bila masuk hari ke 2 raya. Sedara-mara aku tak ramai. Selepas satu hari, dah habis semua rumah sedara terdekat aku ziarah. Itu yang datang plan nak start kerja raya ke 2.. Kau dah hilang akal ke apa? Ada jugak plan nak pergi bercuti dihotel masa raya ke 2. Tengoklah nanti camna..

Sebenarnya, raya adalah untuk kanak2. Bila umur dah meningkat ni, raya macam takda makna dah. Zaman kecik2 dulu lainlah. Hari raya baru dapat beli dan pakai baju baru, seluar baru, kasut baru. Makan ketupat dan rendang pun masa hari raya sahaja. Zaman sekarang, tiap2 bulan pergi shopping beli baju baru, kasut baru. Ketupat dan rendang pun boleh dijumpai sepanjang tahun. Duit raya satu hal lagi. Zaman dulu dapat 20 sen kira besar saiz roda kereta lembu. seronok sesangat. Zaman sekarang, beri 5 ringgit pun budak2 dah tak hairan..

Moral of the story: Ramadan bukan pesta makan. Syawal juga bukan bulan makan.