Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

30 Disember 2008

Aku dan Afamosa Melaka (part 1)

Aku dah lama tak bercuti. Biasanya kalau cuti pun, takda lain. Asyik bawak wife pegi shopping je. Kali ini aku cakap, takda shopping2. Aku nak rehatkan fikiran dan langsung tak nak fikir pasal kerja, pasal hutang, pasal dunia, pasal shopping..Sebab itu aku pilih Afamosa. Ada waterpark, ada perarakan karnival, ada zoo, ada theme park. Kalau baca dalam internet, semuanya kelihatan sungguh menyeronokkan. Realitinya?

Pagi Sabtu tu aku bangun paling awal. Aku dan wife sama2 memasak untuk bawa bekal ke sana. Ada ayam kicap, ada kobis goreng kailan dan udang goreng kunyit. Wife ada buat sandwich, sambal cencalok; buah tembikai dan jambu batu pun ada. Barang2 yang nak dibawa, aku listkan awal2. Checklist 2-3 kali aku semak. Malangnya handphone aku boleh tertinggal jugak akhirnya. 3 hari tanpa handphone, rasa aman betul dunia.

Pukul 7 pagi, aku memulakan perjalanan dengan doa semoga segalanya dipermudahkan. Sepanjang highway, banyak kereta Singapura yang aku jumpa. Mereka nak habiskan cuti hujung tahun agaknya. Aku sampai di R&R Pagoh kira2 jam 8.30 pagi. Bersarapan lebih kurang lepas tu meneruskan perjalanan. Pukul 10.15, kami selamat tiba di Waterpark. Orang dah mula ramai dan untuk beratur membeli tiket, aku kena tunggu 10 minit. Satu famili aku kena charged RM185.00 termasuk kupon makanan untuk 5 orang. Alang2 dah sampai, bayar ajelah. Sementara tunggu aku beli tiket, wife sempat beli swimming trunk baru. Tutup aurat beb..

Bila dah masuk, anak2 dah tak sabar2 nak masuk air. Semua barang2 termasuk kasut, selipar, dompet, beg tangan dan baju2 semua aku sumbat dalam loker. Kupon makanan sekali masuk. Bila nak makan kena bukak loker. Nak tutup loker semula, kena beli token baru. Dah rugi 4 ringgit. Alahai..Mula2 kami 5 beranak sewa boya/pelampung dan lepas tu terus terjun dalam air. Naik atas boya, sambil dihanyutkan air di lazy river sungguh menyenangkan. Anak2 tolong tolak pulak tu. Aku tak payah buat apa2. Paling best tempat yang ada ombak buatan. Setiap 5 minit, siren akan dibunyikan menandakan ombak sudah datang. Siap dengan muzik sekali. Yang bestnya, setiap kali ada orang masuk kolam pakai baju, jaga/guard akan tiup wisel. Menurut undang2 kolam, lelaki tidak dibenarkan pakai baju dikawasan itu. Perempuan nak pakai apapun tak kisah. Aku tak fahamlah undang2 ni. Apa salahnya lelaki pakai baju. Bukannya membahayakan orang pun..

Lepas tu, anak2 sibuk mencuba slide sekitar taman. Yang rendah2 mereka beranilah. Yang tinggi2, aku pulak yang tak berani. Yang untuk famili, ditutup untuk pembaikkan. Bila dah penat main air, perut terasa laparlah pulak. Lepas tu kena beratur 10 minit lagi untuk collect makanan. Makin bertambah laparnya. Bila dah dapat makanan kena cari tempat nak makan pulak. Semua tempat duduk ada orang. Tempat yang takda orang yang duduk, beg2 penuh atas meja. Itu kedekut punya orang tak nak bayar RM4 untuk sewa loker. Akhirnya aku duduk bawah pokok aje. Tepi padang tempat Biro Tatanegara Selangor buat Famili Day. Kami semua ambik menu nasik ayam. Pilihan lain ialah Nasi Ayam kari dan Mee Hotplate. Kalau ikut menu, satu set lunch harganya RM12.00. Berbaloilah sebab ayamnya besar2. 

Bila perut dah kenyang, aku masuk dalam air balik. Melepak tempat kawasan berombak semula sambil melihat gelagat orang2 sekeliling. Yang berkeluarga, yang couple, yang bawa anak2 kecik, yang gemuk, yang kurus, yang bertatoo satu badan, yang putih, yang gelap, Maizurah Hamzah pun ada. Nasib tak baik sebab kamera tak bawak. Kamera aku tak waterproof. Tak berani nak bawak masuk kolam. Kalau tidak, boleh bergambar dengan artis.

Pukul 3.50pm, aku sampai di lobi hotel. Masa tu masih lengang tapi bilik tak siap lagi. Pukul 4.30 baru dapat bilik. Masa tu lobi dah penuh sesak. Ada rombongan dari Arab dan Singapura dah datang. Aku dapat bilik di tingkat 4. Dapat 2 katil besar lagi. Padanlah dengan harganya RM328 semalam. Sampai bilik, aku terus bukak makanan yang aku bawa. Sekejap aje semua licin. Lepas tu, tidurlah apalagi..

Selepas Maghrib, aku jalan kaki aje ke Cowboy Town. Kira2 200m dari bilik hotel. Orang boleh tahan ramainya. Untuk satu famili, harga tiketnya RM175.00. Sampai di dalam dah terasa suasana koboinya. Semua pekerjanya mesti pakai topi koboi. Kalau nak beli, satu RM59.90. Kat dalam tu, banyak restoran dan tempat makan. Halal ke tidak aku tak pastilah. Ada juga theme park untuk perabih duit dan stall jual souvenir. Aku beli key chain untuk sedara, topi untuk diri sendiri dan souvenir haiwan untuk anak2. Terbang jugak seratus lebih. 

Yang ditunggu2 ialah perarakan karnival. Dimulai dengan ratu Egypt (pondan kot) dan diikuti dengan aksi2 koboi, perarakan haiwan, aksi2 red indian makan api, ratu2 pondan dan kereta2 berhias. Aku cuba ambik gambar tapi banyak yang tak jadi. Lighting tak bagus walaupun pakai flash. Pada aku takda istimewanya sebab kebanyakkan persembahannya adalah sesuatu yang diulang2 untuk 30 minit. Aku tengok kereta2 berhiasnya dah usang dan berhabuk. Dressing pun main sembarang aje. Sebab tu kawasan tu gelap semacam aje. Biar tak ramai yang perasan. Tapi part ending yang best; pertunjukkan bunga api. Itu yang kekal dalam memori aku sampai sekarang.

Pukul 11 aku balik bilik. Semua kelaparan. Nasib baik aku ada bawak Maggi dan telur. Boleh jadi hidangan supper. Sebelum tidur, sempat lagi tengok tv sampai pukul 1. Bercutilah katakan. Mana boleh tidur awal. Tak cun lah brother.



22 Disember 2008

Aku dan hujung minggu

Aku cuti 2 hari kelmarin. Jalan2 sambil hilangkan tension. Hari sabtu seharian aku berjalan. Pagi, shopping di Plaza Angsana. Tengahari, sambung shopping di Jaya Jusco Tebrau City. Petang, beli barang2 dapur di SMART. Malam baru sampai rumah. Terbang gak seribu lebih. Barang sekarang mahal2 betul. Ikan dah takda yang bawah 5 ringgit sekilo. Semua lebih 7 ringgit sekilo. Alahai.

Aku dah beli dry box dah. Brand AIPO buatan Taiwan. Yang kecik sekali cuma 20L tapi guna manual, bukannya digital. Harga memang 250.00 sama macam dalam internet. Yang besar sikit 38L ada 2 tingkat. Masuk satu body dan 5-6 lens takda masalah. Kat internet jual 455.00 tapi kedai yang kat tingkat bawah nak beri aku 360.00. Kedai biasa aku yang kat tingkat atas, cuma ada satu brand aje. SUNDRY buatan China. Itupun dia mintak 450.00. Cepat2 aku turun bawah sambar yang 360.00 tu. Sampai la ni aku belum sempat bukak kotaknya lagi. Takda masa.


Kami makan tengahari kat Restoran ZZ disebelah hospital. Tempat favorite aku sebab lauk2nya banyak dan harganya berpatutan. Lauk biasa aku ialah ikan bakar cecah sambal asam/sambal kicap. 4 jenis ikan yang ada semua aku ambik; pari, terubuk, kembung dan cencaru. Lauk lain aku dah tak pandang dah. Makan untuk 5 orang termasuk air baru 30.00. Kenyang, murah dan sedap..


Di Tebrau City aku cuma jalan2 aje. Cadang nak tengok Yes Man lakonan Jim Carrey tapi ramai sangat yang beratur. Jadi aku window shopping aje. Keluar masuk ke Sen Q, Sony, Acer, Toy R Us, kedai CD, kedai games, tapi satu apa pun tak beli. Ameel beli B-Daman original dia yang ke-10. Lepas tu sibuk nak beli guli dia. Yang original 5 biji 19.90. Aku cakap pakai guli biasa aje cukuplah..Masuk kedai elektronik, memang meleleh air liur tengok HD tv. Punyalah clear dan besar gambar dia. Ditambah dengan home theater system dan surround sound. Rasa tak nak balik dah..Takpa, berangan2 dulu.


Di Smart, aku dapat beli 3 DVD baru. Semua DVD copy; Transporter 3, Quantum of Solace dan Resident Evil: Degeneration. Gambar memang cantik tapi suara dia tenggelam timbul. Sakit aje hati dan telinga. Nasib baik cuma 5 ringgit sekeping. Anak2 aku download game PSP sorang satu. Kalau dulu 3-5.00/title, sekarang seringgit aje. Dah terlebih untung gaknya. Sampai rumah semua dah kepenatan. Semua tidur kat sofa depan tv. Masin2 dah tak larat nak naik tingkat atas.


Hari Ahad, aku pergi berkelah di Gunung Belumut pulak. Famili kakak ipar aku yang ajak. Asalnya ingat dapat sampai ke kaki gunung untuk mandi air gunung, rupa2nya tempat tu tengah renovate sampai hujung tahun ini. Semua tak boleh masuk. Tapi dapat juga mandi air gunung cuma dalam kawasan kebun kelapa sawit aje. Bersama2 aku ramai jugak. Aku kira 30-40 kereta. Airnya dingin dan jernih. Boleh nampak ikan berenang2. Mula2 aku malas nak masuk dalam air tapi tengok semakin tengahari semakin ramai yang datang, aku pun masuk sekali. Sekali masuk, dah tak nak naik dah. Sedap betul suasananya. Macam berjakuzi..Pukul 3, baru sampai rumah emak mertua di kampung. Tahun depan, aku pasti datang lagi. Harap2 dapat sampai ke kaki gunung seperti dirancangkan.

19 Disember 2008

Aku dan lensa baru

Bila kita dah ada kamera DSLR ni, macamanapun kita kena upgrade koleksi lensa2 kita. Takkanlah nak pakai kit lens aje. Lens ini ada berpuluh2 jenis bergantung kepada minat dan hobi masing2. Kalau suka gambar2 dekat kena ada lens makro, kalau suka gambar2 pemandangan, kena ada wide angle lens, kalau suka gambar2 haiwan atau sukan, kena ada telephoto. Pendek kata setakat 1-2 lens memang tak cukuplah. Ditambahlagi bila kita ada kawan2 yang sama2 menceburi minat ini. Memang kena racun selalu.

Kira-kira setahun yang lalu, aku mula berjinak2 dengan hobi baru ini. Cadangan asal nak guna body Nikon atau Olympus tapi Jemie suggestkan Canon sebab dia pun pakai Canon jugak. Dia kata pilihan lensanya banyak. Aku start dengan 400D dan kit lens 18-55mm f/3.5-5.6. Harga dekat 3K. Mula2 pakai, semua guna Auto aje. Lepas jumpa Jemie, aku mula belajar guna AV dan Tv. Aku banyak baca buku dan surf internet untuk pengetahuan penggunaan yang maksimum. Mula2 ambik gambar guna JPEG aje. Lepas tu belajar ambik RAW dan touch up sikit2. Majalah DCM banyak ajar aku. Lagipun sejak awal tahun ini, Ezanee ada kat sini. Dia kira tok guru aku jugaklah.

Selang beberapa bulan beli DSLR, aku beli 2 lensa baru. Dua2nya third party punya lens. Satu untuk makro dan satu untuk telephoto. Ezanee tolong pilihkan. Bolehlah guna untuk cari pengalaman. 6 bulan lepas, aku angkat satu beg khas untuk kamera dan lens aku. Beg tu siap ada padding dan tak basah kalau hujan. Banyak jugak poket untuk isi benda2 lain. Aku beli kat Kompleks Pertama dengan harga RM300.00. Dua bulan lepas, aku beli flash pulak. Original brand Speedlite 430X. Harga RM 1050.00. Ezanee ada belikan aku remote control kat Shashinki. China made baru RM 29.90. Secara keseluruhan aku dah belanja hampir 6.5K untuk equipment aku ini. Untuk additional equipment, biasanya aku beli kat Johan Photo di Plaza Angsana, JB. Harga dia berpatutan tak beza sangat dengan harga di Shashinki dan KL. Lagipun, layanannya bagus.

Aku ada kenal satu mekanik. Wife dia buat andaman pengantin. Dia part time jadi wedding photographer. Gambar2 dia boleh tahan seninya. Ada dalam fotopages. Dia siap pergi kursus photoshop. Satu job boleh dapat seribu lebih bergantung kepada tebalnya buku pengantin yang ditempah. Sekarang melayu dah ikut Cina. Kalau kahwin nak ada gambar2 pengantin. Dia kata ada kawan2 dia berlumba2 beli lens. Lens mahal2 beli guna kad kredit. Satu lens yang advanced boleh cecah 5-10K. Kalau professional takpalah jugak. Setakat nak menunjuk2 baik lupakanlah.

Untuk tahun depan, perancangan aku ialah:
  1. beli dry cabinet untuk simpan lensa aku. Dry cabinet memastikan lens aku tak berkulat. Paling kecik harga sekitar RM250.00

  2. beli wide angle lens; original but second hand. Aku nak kecek Jemie punya EF 17-40mm f/4L USM dia. Kalau baru RM2500, second hand sekitar 2000.

  3. beli prime lens EF 50mm f/1.4 USM untuk gambar2 potret. Tak dapat yang ini, dapat yang murah sikit EF 50mm 1.8II pun jadilah. Yang ni baru RM350.00

  4. beli telephoto lens EF 70-200mm f/2.8L IS USM. Second hand sekitar 3.3K. Ada sahabat nak jual tapi lens ini bukan keutamaan aku sekarang.

Selain gadget di atas, ada jugak benda2 lain yang aku tengah planning nak beli. Antaranya Wii untuk anak bujang aku, Wifi phone untuk wife dan home theater system untuk diri sendiri. iphone bilalah nak sampai kat Malaysia ni? Aku dah mengidam sangat dah ni..

Sememangnya photography memang mahal belanjanya. Alahai..

Aku dan sembahyang jumaat


Sembahyang jumaat adalah wajib keatas setiap orang lelaki muslim. Dari zaman sekolah rendah sampai sekarang, aku dah merata2 pergi sembahyang jumaat. Masa kecik2 duduk kampung dulu, aku kena kayuh basikal 3 batu untuk pergi sembahyang jumaat. Bapak aku masa zaman muda jarang sembahyang jumaat. Penat kerja kebun katanya. Selepas aku pindah ke felda, aku jalan kaki aje ke masjid. Kadang2 balik kaki ayam sebab selipar jepun selalu hilang kena kebas.


Masa sekolah asrama di Kluang, pukul 12 bas dah datang. Padahal sembahyang pukul satu lebih. Sampai masjid, semua duduk menyandar kat dinding. Yang tidur berdengkur pun ada. Lepas sembahyang, sebelum imam beri salam yang kedua, ramai dah berlari2 kejar bas. Takut tak dapat duduk. Kalau waktu outing/keluar bandar, semua berlari2 jugak. Lari kejar tiket wayang. Aku pernah jalan kaki balik asrama sejauh 6km sebab tertinggal bas. Menyumpah seranah sepanjang jalan sebab masa tu kononnya ada bas kedua ambik kita.


Masa duduk di UM, aku selalu sembahyang di masjid Institut Bahasa. Kat situ khutbahnya best. Cerita pasal politik selalunya. Kutuk2 kerajaan biasalah. Masjid lain pukul 1.50 dah doa, masjid tu pukul 2.15 kadang2 baru sembahyang. Imam tu seronok sangat baca teks buat sendiri gaknya. Bila pindah ke asrama Ibnu Sina, aku sembahyang kat masjid UH. Biasanya kena duduk luar sebab aku selalu datang lambat.


Balik ke Johor, macam2 masjid aku pergi. Yang aku tak suka ialah budak2 sekolah datang sembahyang. Dahlah tak tahu adab, masjid dah jadi macam pasar. Yang kecik2 berlari2 sana sini waktu orang dengar khutbah. Memanglah bagus biasakan anak2 ke mesjid, tapi kalau sampai mengganggu jemaah lain apa faedahnya. Masjid kat taman aku memanglah dah dibesarkan. Lebih separuh warga2 Bangladesh. Datang sembahyang bau semacam aje.


Lagi satu, tabiat orang2 kita pergi sembahyang yang aku tak suka ialah part parking kereta. Mana2 tempat diparkingnya. Tengah2 jalan pun boleh. Kalau naik motor, kalau boleh betul2 depan pintu masjid mereka nak parking. Biar tak penat berjalan gamaknya. Kebelakangan ini, ramai orang bubuh iklan atau pamplet kat cermin kereta masa sembahyang jumaat. Kadang2 direct selling, skim piramid dan MLM yang tak tentu lagi halal haramnya pun diedarkan dalam kawasan masjid. Dahsyat betullah..


Anak aku sejak dah sunat ni, aku kerah ke masjid. Tapi alhamdulilah, dia boleh duduk diam2. Aku bagi duit suruh masuk tabung masjid disimpannya dalam poket. Lepas tu sibuk mengajak ke Seven Eleven beli slurpee..Pada aku masjid paling indah dan nyaman waktu Jumaat ialah masjid Shah Alam. Kipasnya pelik. Di Kedah, imam baca khutbah atas tangga aje. Takda mimbar. Yang aku tak pernah pergi ialah Masjid Jamek Kuala Lumpur. Walaupun hampir 8 tahun duduk KL aku tak pernah berjumaat disana. Ada satu sahabat non-muslim kutuk aku sebab aku tak pernah ke sana. Malu betul aku..

17 Disember 2008

Aku dan kaki wayang

Aku memang suka tengok wayang. Dulu masa kecik2 duduk di kampung, bapak aku selalu jugak bawak aku tengok wayang kat panggung di Semerah. Biasanya cerita hindilah. Bapak aku jugak pernah bawak aku dan kakak aku ke Muar. Tengok cerita Prebet Lapok lakonan Badul. Walaupun dah berpuluh2 kali aku tengok cerita itu, scene mayat bangun tu aku tak pernah tengok. Itulah kali terakhir rasanya bapak aku bawak aku sebab lepas tu emak aku tak kasi biasakan anak2 tengok wayang.

Masa duduk kampung dulu, setiap bulan ada tayangan wayang pacak kat padang di Parit Tengah, Ayer Hitam, Muar. Biasanya pagi2 lagi ada lori lalu buat pengumuman. Itulah satu2nya hiburan orang2 kampung sebab bekalan elektrik masih belum ada. Apatahlagi radio dan tv. Jauh sekalilah. Arwah pak cik aku biasanya akan berniaga apam balik malam itu. Selepas maghrib, orang kampung beramai2 bawak tikar dan alas tempat duduk menuju ke padang. Aku tak ingat berapa bayarannya tapi murah sangatlah. Sebelum wayang, biasanya kena dengar ceramah dulu; pasal kebersihan, pasal kesihatan atau pasal subsidi baja. Wayang yang ditayangkan selalunya cerita2 Indon sama ada cerita sedih tangkap leleh, cerita perang2 yang brutal, gasak2 yang terbang2 atas pokok atau lawak2 budak tadika. Masa tu yang famous ialah Ateng dengan lawak dungunya. Dan cerita paling sedih ialah kisah Ratapan Anak Tiri. Tak kira cerita apapun, selalunya separuh jalan cerita aku dah tertidur.

Bila masuk sekolah menengah di Kluang iaitu sekitar 80-an, wayang adalah satu bentuk hiburan paling murah dan jimat. Kalau outing setiap Jumaat, panggung wayanglah yang diserbu dulu. Sembahyang Jumaat pun tak khusyuk sebab takut tak dapat tiket. Ramai mengeluh bila pak imam baca khutbah panjang. Kadang2 Pak imam belum beri salam, dah ramai yang siap tukar pakaian. Aku tak gitu. Aku ikut undang2. Tak kira cerita apa. Melayu ke, Hong Kong ke, Inggeris ke, kami belasah je. Tiket masa tu sekitar 2.50- 3.00 sahaja. Lepas tengok wayang, barulah jalan2 shopping. Selalunya beli Maggi dan ubat gigi ajelah. Tak pandai nak berdating2 lagi masa tu.

Bila masuk ke UM, wayang jugalah hiburan paling murah. Nak pegi clubbing tak mampu. Selalunya aku pergi 3-4 motor. Rakan baik aku Jemie sapa lagi. Rasanya sepanjang 7 tahun di KL, semua panggung aku dah masuk. Cakap mana tempat, semua aku dah pergi. PJ State, Odeon, Bukit Bintang, Sek 14, Kotaraya, Pertama Complex.. Harga tiket dari 3.00 hingga 10.00; duduk depan, duduk belakang, duduk tingkat atas, semua aku dah rasa. Biasanya sebelum pergi, aku yang kena pergi booking tiket. Cerita2 yang top selalunya aku tengok pada malam minggu hari pembukaan. Masa tu penuh panggung. Kalau booking awal, dapatlah tempat duduk yang best sikit. Taklah kena duduk depan sekali macam masa aku tengok Batman dengan Jemie dan Syed Shukri. Sebelum masuk panggung, kita dok perhati couple2 dari UM. Kadang2 terserempak gak dengan artis2 popular.

Bila dah start kerja, aku dah takda kawan nak tengok wayang. Lagipun, sekitar akhir 90-an, panggung2 banyak yang tutup. VCD cetak rompak menguasai negara. Kat mana2 ceruk dan lorong, berebut2 orang jual dan beli VCD. Filem2 baru dan lama dijual berleluasa. Gambarnya bukanlah cantik sangat. Biasanya mereka curi2 tangkap gambar dalam panggung. Suara tak jelas, gambar kabur, ada dengar orang ketawa, ada nampak kepala orang, itulah lanun punya kerja. Kalau yang bagus maksudnya mereka copy dari original movie, LD copy. Mana dapat original copy, aku pun heran. Masa tu producer2 Malaysia, buat duit dengan buat telemovie VCD. Bermula dengan Aku Kaya the Movie, diikuti dengan yang lain2. Masa tu hampir semua orang sibuk buat VCD. Yang bagus seperti Enot the series dan Gosok lakonan kumpulan Spider. Yang tak bagus berlambak2. Buat VCD main tangkap muat aje. Cerita ntah apa2. Yang original harga 12.90-19.90. Tapi dah nama lanun, itupun ada yang dicetak rompak. RM5.00 je sekeping.
Tak berapa lama lepas tu, orang balik semula tengok wayang kat panggung. Aku masih jugak cari VCD dan DVD lanun punya. Biasanya aku tanya dulu gambar original ke DVD copy? Kalau original copy tu maksudnya seludup dari panggunglah. Kena tunggu lama sikit barulah dapat yang DVD copy. Tapi lanun ni pembohong jugak. Gambar panggung tapi cakap DVD copy. Tak cantik boleh pulang katanya. Aku biasanya test dulu. Kalau gambar kelam , muka pun senget, nampak sarikata cina, itu aku tak nak. Mungkin ramai marahkan aku sebab menyokong cetak rompak tapi apa nak buat. Kalau yang original, harga antara 19.90-24.90. DVD original sekurang2nya berharga 49.90. Cetak rompak baru 6.00. Tak kira gambar panggung atau DVD copy. Setakat 6.00, lepas habis tengok, boleh buang kalau ceritanya tak best.
Sejak anak2ku dah besar ni, pantang ada cerita melayu kat wayang, masing2 sibuk mengajak ke panggung. Cicakman jadi filem pertama aku start masuk panggung balik. Masa tu panggung kat Tebrau City penuh sesak. Nak beli tiket pun kena beratur panjang. Itupun dapat seat depan. Tapi anak2 punya pasalkan, ikutkan ajelah. Masalahnya, dalam panggung tu sejuk sangat. Anak2 tak tahan sejuk. Yang kecik asyik tanya bila nak habis. Yang tengah asyik kata sejuk sangat. Yang sulung pulak tak tahan nak kencing. Langsung tak boleh nak consentrate. Selepas tu setiap kali nak masuk panggung, masing2 bawak jaket dan pakai stokin. Lepas tu bekalkan popcorn extra large. Air tak boleh. Nanti sibuk nak ke toiletlah pulak.
Antara filem-filem yang aku rasa bagus ialah Kung fu Panda( 2 kali masuk panggung), Ironman (pun tengok 2 kali), Madagascar 2 dan Wall-E. Yang tak bagus ialah Cicakman 2 ( macam tengok cerita kartun) dan Dark Knight (terlalu ganas untuk aku). Filem2 yang aku tengok selalu kalau tension kat rumah ialah V for Vandetta (5 kali aku dah ulang) , Ocean 10, The Shawshank Redemption dan Shooter. Jalan ceritanya tak bosan dan ada banyak pengajaran. Cerita2 hantu, sadis dan bunuh2 orang tanpa sebab aku memang tak tengok. Kenapalah orang suka sangat tengok cerita2 hantu ni? Pada aku langsung takda faedah. Tak membina akal fikiran..
Tahun depan aku nak buat panggung sendiri kat rumah. Beli home theater system sendiri. Kena tengok budget dululah ya.

16 Disember 2008

Aku sebagai junior MO Unit Kecemasan

Selepas aku habis kursus induksi di Bayu Beach Resort, bermulalah bahagian kedua riwayat aku sebagai junior doctor di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, hospital kedua tersibuk di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur. Semasa aku mendaftar/menyerah diri ke pejabat pengarah hospital, pengarah hospital ketika itu terus menghantar aku ke Unit Kecemasan. Tiada pilihan lain. Lagipun aku belum cukup pengalaman untuk bekerja diwad katanya. Aku mohon ditempatkan di unit Ortopedik tetapi tiada kekosongan. Langsung takda kompromi. Dia janji nak hantar aku ke Ortopedik lepas aku kerja di E.R. Itu janjinya.

Di unit kecemasan, boss aku seorang perempuan non-muslim. Khabarnya, tahu bercakap aje tapi skil merawat kes2 emergency langsung takda. Kerjanya duduk kat bilik dia aje. Lepas tu mengarah orang buat itu ini. Di unit kecemasan, aku kerja 3 shift. 8 pagi-2 petang; 2 petang-9 malam dan 9 malam-8 pagi. Lebih kurang macam nurse jugaklah. Kalau lepas kerja malam, dapat off day keesokkan harinya. Setiap shift biasanya cuma ada dua doktor, kalau nasib baik ada 3 doktor, kalau tak baik, kerja sorang2. Tapi setiap shift, ada ramai Medical Assistant, Staff nurse dan attendant. Aku boleh ngam dengan semua orang kecuali lady boss. Setiap kali jumpa aku, ada aje yang aku buat tu tak kena dimata dia.

Kerja shift ini tak tentu masa. Kadang2 pagi ahad kena pergi kerja. Kadang2 malam minggu kena kerja. Paling best dapat kerja shift pagi. Biasanya tak banyak kes2 emergency. Kes2 sejuk kita hantar ke OPD. Pukul 2 dah boleh balik. Lepas tu biasalah, pergi shopping dengan wife , buat locum kat klinik abang ataupun tidur sepanjang hari. Kerja shift petang ok jugak sebab ada houseman datang buat attachment setiap hari. Aku handle kes2 emergency, kes2 sejuk bagi kat HO. Kalau kerja malam, lepas pukul 12 salah seorang boleh pergi tidur dulu. Pukul 4, tukar shift tidur. Itupun kalau tak sibuklah. Kalau sibuk, sepanjang malamlah berjaga2.

Kalau hari yang sibuk, dari masuk kerja sampai balik tak sempat langsung nak duduk atau makan. Ada aje kes2 emergency yang datang. Kalau dah satu bas kilang terbalik, 40 orang berderet2 tunggu dalam bilik rawatan. Masa itulah skil kena bagus, kerja kena cekap dan pantas. Biasanya merawat kes2 emergency adalah kerja2 berpasukan. Satu set line, satu prepare IVD, satu maintain airway, satu isi borang2 darah, satu call specialist on call dan sebagainya. Bila kes datang, semua dah tahu apa nak buat. Masalah timbul bila lady boss ada. Semua kena ikut protokol dan prosedur. Belum apa2 dah suruh panggil specialist atau MO kat wad. Padahal kita boleh settlekan tapi dia tak beri. Ikut prosedur katanya..

Masa di emergency, aku belajar macam2. Dulu masa student, selalu tengok program E.R kat tv2. Kali ini aku mengalaminya sendiri. Kepuasan datang bila kita dapat menyelamatkan nyawa dan kadang2 depressed dan emotional bila patient mati depan mata. Apatahlagi bila lihat ahli keluarga mereka yang mengharap sangat kita menyelamatkan orang2 yang tersayang. Kes paling pelik aku pernah jumpa ialah seorang lelaki melayu lingkungan 40-an mengadu sakit pada bontotnya. Bila kita x-ray, kita nampak tin aerosol sembur nyamuk diduburnya. Katanya dia terjatuh dan terduduk atas tin itu. Sakit perut kita ketawa. Biasanya malam2 minggu ramai mak nyah datang ke ER. Selalunya sebab bergaduh dengan client bila client tak nak bayar lepas dapat servis. Nama2 dalam IC memang jantan tulen seperti Khairudin, Samsul, Salim tapi perangai masing2 macam perempuan. Kulitnya putih,licin, lembut, gebu dan makeupnya sepikul dimuka. Sekali tengok memang macam perempuan betul. Tapi bila dengar suara, boleh muntah kat situ juga. Kalau kena MO yang jahat, siap suruh bukak baju kat situ jugak.

Yang boring, kena kerja hari cuti. Maksudnya Malaysia cuti tapi Singapore tak cuti. Ramailah mamat2 kerja Singapore datang pagi2 ke E.R cari MC. Masa tu M.C hospital kerajaan aje yang laku di Singapore. Hari2 cuti bermakna kes2 sejuk atau cold cases bertambah2. OPD dan klinik banyak yang tutup.

Masa kat ER, aku juga kena buat post mortem. Kalau ada mayat dijumpai dimana2 dan polis tak tahu mati sebab apa, doktor2 di ER yang kena buat post mortem. Masa itulah aku belajar taktik2 membedah mayat dan menulis nota2 kematian. Masa itu jugalah aku tahu bagaimana orang mati pun boleh jadi duit. Kalau ada kematian berlaku di ER, orang yang pertama sekali datang bukannya attendant bilik mayat atau polis. Yang paling pantas sampai ialah orang jual tong mayat atau undertaker. Ramai sungguh kaki dia kat hospital. Kadang2 kita tengah resusitasi dan belum confirmkan mati, tapi undertaker dah tunggu dah. Rasa nak tumbuk aje muka2 mereka bila sibuk aje bertanya dah ke belum?

Satu lagi, aku paling benci kalau ada star case datang masa aku kerja. Star case ialah kes2 rogol dan perkosa. Satu jam tak habis nak handle kes2 camni. Nak kena isi borang macam2, call specialist, call sister, call wad, pendekata, seharianlah masa terbuang untuk proses dokumentasi dan kumpul spesimen. Selang beberapa tahun, dapatlah surat biru suruh hadir jadi saksi ke mahkamah. Ini satu lagi bala. Nanti aku cerita dalam bab yang lain pulak.

Selepas 6 bulan, aku dipindahkan ke wad pulak. Ada senior MO dah guna cable besar untuk masuk ke E.R. Dan aku jadi mangsa sebagai doktor paling junior di E.R. Aku cuba merayu mintak tangguh seminggu dua pun, pengarah tak layan. Dulu janji nak hantar aku ke Orthopedik, tapi mana janjimu? Habis berterabur rancangan aku nak locum cari duit lebih. Sepanjang 6 bulan itu, aku sebenarnya naik motor ulangalik dari Kulai-JB sejauh 90km sehari. Nak naik kereta, jalan selalu jem dan sayangkan kereta baru. Naik motor lagi senang. Masalahnya kalau hujanlah. Basah kuyup bila sampai hospital. Lagi satu, motor selalu jugak pancit atau rosak. Aku pernah balik naik bas lepas tu jalan kaki sampai rumah sebab motor pancit. Memang susah betul hidup masa tu. Kerja macam orang gila tapi gaji baru 2 ribu. Takda on call atau overtime. Nak hidup, kenalah buat part time atau locum. Satu jam 30 ringgit. Lepas duit sewa rumah. Ingat, jadi doktor boleh kaya cepat ke? Sebenarnya senior2 MO yang kerja dengan aku masa tu memang masing2 dah ada klinik sendiri atau dah jadi partner. Kerja di E.R sebagai menghabiskan sisa2 waktu kerja wajib di kerajaan. Tu yang aku kecik hati tu. Mereka datang bawak BMW atau Mercedes parking betul2 depan E.R. Aku sesekali bawak Iswara ke hospital. Sedih betul..

Yang seronoknya kerja di ER ialah nilai2 kerja berpasukan yang diterapkan. MA, Nurses, Attendant, Driver semuanya bekerja bersama2. Yang tak seronok boss dialah. Buat jadual kerja ikut suka. Kita pulak tak boleh nak request waktu kerja. Nak tukar suka sama suka pun kena tanya dia dulu. Kalau bangsa dia semua boleh. Kalau aku,.. Dia pernah sound aku sekali sebab pergi sembahyang jumaat waktu aku shift pagi. Padahal masa itu ER lengang. Aku dah cakap dengan partner aku suruh cover sekejap. Dia ok aje. Tapi lady boss bising2 pulak. Dia cakap lain kali waktu kerja tak boleh pergi sembahyang jumaat. Masa tu aku junior lagi. Kalau tidak, sure aku bawak kes aku ke atas. Sebab itu aku ingat boss aku tu sampai sekarang. Inilah antara punca aku kena keluar dari ER. Takpalah, aku redha..

Akan datang: 6 bulan yang panjang di Unit Urologi HSAJB.

Aku dan radio

P.s Ini gambar takda kaitan dengan cerita..

Aku tak suka suasana sunyi sepi. Jadi sepanjang waktu, aku mesti nak dengar radio. Kadang2 waktu tidur pun nak kena dengar radio jugak. Sejak zaman persekolahan lagi, aku memang tak lekang dengan radio. Waktu aku dapat pangkat satu masa SPM dulu, hadiah yang aku beli untuk diri sendiri ialah radio hi-fi baru. Masuk dapat masuk Medic pun, aku beli radio hi-fi baru. Pikul dengan Jemie naik motor daripada Puduraya. Kelakar betul..

Masa study kat UM dulu, radio Muzik adalah teman setiaku. Bila belajar tengah2 malam, lagu2 pilihan pendengar menjadi teman telinga selain Nescafe pekat. Masa tu iklan tak banyak, DJ pun taklah asyik nak membebel aje. Selepas tu, aku beralih ke Era fm sampailah sekarang. Kalau dengar radio, aku suka DJ yang tak banyak cakap, kurang iklan dan banyak lagu2 sedap. Masa Era tengah top, aku suka dengar celoteh Halim Othman dan paling syiok sekali kombinasi Khairil dan Keiran. Tiap2 pagi aku memang tak pernah miss masa tu. Yang bestnya topik pagi di Eralah. Macam2 topik dibincang, lagi bagus kalau pendengar yang telefon tu sporting. Sampai sakit perut ketawa. Bila H.O lari ke Sinar, aku masih boleh setia di Era. Bila Khairil pindah ke Xfresh, aku cuba setia. Masa tu masih ada Keiran dan Apek pagi2 tapi bila Kieran pun cabut, aku dah tahan lagi dah. Dengar celoteh DJ2 baru dan setiap satu lagu ada iklan, aku bengang sangat dah.

Bila aku dapat tahu Khairil pindah ke Sinar, aku pun beralih ke Sinar. Pagi2 dengar Salih Yakob (SY), Abang Jem, Wak Jawa, Mat Saleh, Kak Engku dan Pakcik Motor kembali menceriakan pagi aku yang selalunya muram. Aku suka dengar lagu2 translate bahasa inggeris Mat Saleh. Very broken punya inggeris. Lagipun, pilihan lagu2 di Sinar sesuai dengan jiwa aku yang dah senior ni. Lagu2 moden, lagu2 indon pilihan Era menyakitkan telinga. Hot fm memang langsung tak sesuai dengan jiwa aku. Fara pun aku tak minat langsung. Sebelah tengahari di Sinar ada Abby Fana yang brutal tu. Dan sekarang ada Linda Onnlah pulak. Rasanya aku confirm stay kat Sinar selagi DJ2nya tak berubah.


Aku dan majalah DCM

This booklet is given free when you brought the latest edition of DCM (December issue). It a guidebook for Canon owner like myself in choosing additional lens for my EOS. Canon offers more than 60 EF lenses to choose which is very difficult to select based on personal needs or interest. But the important thing is those that suited your budgetlah. One lens can cost thousands ringgit and be caution: Please ask your wife first before buying.

This December issue taught readers about taking good potrait photos and Black and White photos. For 9 ringgit each, its a best magazine for beginner like myself. If buying imported magazines, at least it cost me 25 ringgit. Better go for makan Tomyam..
My brother planned to buy DSLR, but he preferred NIKON. I don't know why. So which one is better, Canon or Nikon? This DCM magazine had compared those two plus the more expensive Sony. Memanglah Sony menang because harganya pun dah lebih mahal. Canon and Nikon consider seri. Terpulanglah minat dan citarasa masing2..


13 Disember 2008

Aku dan MC tipu

Dalam ruangan BISIK BISIK Awang Selamat semalam, dia dapat fakta menyatakan 3 suku daripada pekerja2 Malaysia pernah mengambil cuti sakit atau MC dan 27% mengaku menipu untuk mendapatkan MC. Ha ha ha..Itulah realitinya. Kalau nak cerita pengalaman aku selama 11 tahun berhadapan dengan kaki2 MC ni memang boleh buat buku.

MC adalah atas budi bicara doktor. Tiada sesiapa boleh memaksa atau menghalang doktor menulis surat MC ni. Itulah untungnya jadi doktor. Kalau fikir untung, boleh bukak bisnes jual MC sahaja. Pada aku, bila ianya atas budi bicara, banyak kali aku yang jadi serba-salah. Nak beri ke tak nak beri? Akhirnya, aku yang pening kepala.

Dulu masa aku mula bukak klinik, aku selalu bertekak dengan kaki2 MC ni. Rajin jugak aku bersyarah dan berdebat pasal MC. Lama2 aku fed-up. Yang baling ubat, yang hempas pintu, yang ugut, yang mengaku lawyer call aku pun ada bila sedara tak dapat MC. Selalunya pagi isnin ramailah yang sakit menunggu aku. Tunggu sejam pun takpa. Alasan biasa; yang lelakinya cirit-birit dan yang perempuan senggugut. Pada hal semalam jalan2 makan angin, dating, pergi memancing, merempit, macamlah aku tak tahu.

11 tahun berpengalaman cuba ditipu pesakit, maka aku dah mahir dengan taktik2 mereka. Bila mereka kata sakit macam2, aku pun tanya macam2. Orang yang cuba menipu, sekejap kata sakit 2 hari sekejap 3 hari. Mula2 sakit kepala, tiba2 sakit perut pulak. Mula2 kata cirit birit 10 kali, lepas tu kata muntah pulak. Bila muka dah merah, denyut jantung makin laju, itu nak bohonglah tu. Biasanya sambil aku tanya aku pegang urat nadi kat pergelangan tangan. Kalau makin laju tu sahlah pembohongnya. Kalau datang klinik, mekap tebal2, siap dengan minyak wangi lepas tu mengadu sakit kepala logik ke? Takkanlah sakit kepala boleh bersolek sakan tapi tak boleh pergi kerja? Rupa2nya boyfriend dah tunggu kat luar. Mohon cuti kilang tak beri, tu yang menyinggah ke klinik dulu tu.

Yang aku bengang kadang2 supervisor kilang yang suruh orang bawahnya pergi ambik MC. Mereka malas nak isi borang cuti macam2, lepas tu kena ada replacement, lepas tu kena advanced 2 minggu sebelum boleh cuti. Senangnya mintak jasa baik doktor. Itu macam ke? Lagi satu gurubesar sekolah. Kalau ada cikgu2 yang tak dapat ke sekolah atas sebab2 seperti anak sakit, ada kematian, kereta rosak, disuruhnya cikgu2 ke klinik ambik MC. Alasannya sama, malas nak isi borang dan tak nak jejaskan perkhidmatan. Kan MC untuk orang sakit? Kenapalah disalahgunakan? Itu semua pasal pampasan golden handshake lah tu..

Kadang2 ada jugak patient yang berani berterus-terang. Direct to the point. "Saya tak sakit doktor tapi nak MC je. Ada hal sikit." Masa itu jugalah aku terus jadi detektif. Selagi aku tak puashati dengan alasan2nya aku takkan pertimbangkan. Alasan2 yang biasa adalah anak sakit, pengasuh balik kampung, motor pancit, cuti tahun dah habis, sedara datang dari kampung, nak uruskan hal rumahlah, hal keretalah, hal hutang dengan alonglah,etc. Dan yang paling aku tak berkenan ialah bila dia jual nama orang lain kata dia rekomen jumpa aku kalau nak MC. Ingat aku ni pejabat welfare ke apa?

Aku sendiri tak pernah ambik MC. Dulu masa student, adalah sekali dua. Itupun demam punya pasal atau sakit migraine. Sepanjang kerja kerajaan, aku tak pernah ambik MC. Cuti tahun pun tak pernahnya habis. Asyik kerja aje memanjang.

Aku pun hairan jugak. Kenapalah orang suka sangat ambik MC ni? Kadang2 setiap awal bulan datang ambik MC. Malas ke, tak minat kerja ke, ada kerja lain ke? Kan kerja tu satu ibadah, satu tanggungjawab. Bila kita tak datang, kawan yang kena cover kerja kita. Bila kawan buat kerja2 kita tak ikhlas, berkat ke gaji kita nanti?

Kat sekolah wife aku ada satu cikgu perempuan. Pernah datang klinik aku kerana tekanan jiwa. Setiap isnin mesti tak datang. Kadang2 sampai berhari2 tak datang. Mengajar Bahasa Inggeris lak tu. Budak2 yang kat kelas ditinggal terus. Sejak dia mengandung ni, lagi teruk perangainya. Cikgu2 lain dah naik meluat dah. GPK dan Gurubesar buat tak tahu sahaja.

Ada makhluk pernah buat MC sendiri guna alamat klinik aku. Yang aku marah, dia jual sekeping 5 ringgit. No sirinya 111111, 222222, 33333. Lepas tu jual kat patient panel. Aku siap buat repot polis tapi polis kata kalau takda apa2 kerugian, tiada tindakan susulan. Melainkan aku tangkap sendiri sapa yang buat dan aku boleh saman dia. Padahal aku dah tangkap 2 budak yang beli MC tu, siap ada alamat dan no telefon lagi. Tapi apa polis buat? Buat bodoh ajelah. Cuba kalau aku ketua cawangan UMNO ataupun ketua samseng bandar Kulai, sure ada yang tidur bogel dalam lokap.

Apa2pun klinik aku tak jual MC. Ada yang sanggup beri 50 ringgit sehari, tapi aku bukan kira sangat duit tu. Tanggungjawab, prinsip dan amanah itu yang penting.





12 Disember 2008

Aku dan hobiku

Aku ada 2 anak lelaki. Setiap kali berjalan atau pegi shopping, kedai mainanlah yang ditujui dahulu. Selagi tak dapat mainan selagi itulah mereka tak berhenti merengek. Tapi bila dah dapat, sibuk pulak mengajak balik. Gambar2 di atas merupakan sebahagian daripada permainan yang aku dapat selamatkan daripada dijahanamkan. Aku mula mengumpulnya sejak 5 tahun yang lepas.

Ianya bermula bila aku beraya dirumah sahabat aku yang mengumpul patung2 McDonald sebagai hiasan. Sejak dari itu aku mula mengumpul mainan2 free bila beli Chicky Meal dan Happy Meal. Kemudian aku beralih ke patung2 kecil atau figurines seperti Naruto, Ultraman, Batman, XMen, Power Rangers dan sebagainya. Aku pernah beralih ke mainan pasang siap seperti Zoids dan Gundam tapi bila harganya semakin mahal, aku berhenti. Mainan yang biasa aku beli berharga sekitar RM4.90-12.90 dan yang paling mahal ialah robot Transformers Bumblebee berharga RM89.90.

Mainan2 ini aku susun rapat2 dalam almari kat klinik. Budak2 kalau datang klinik, tak sabar2 nak masuk jumpa aku. Bukannya apa, nak tengok mainan aku rupanya. Mana yang demam atau sakit, bila tengok mainan aku terus bersinar aje matanya. Tanya semua dah tak sakit. Emak ajak balik tak nak. Nak tengok mainan dulu katanya. Yang menangis dan merengek2 macam masuk kedai mainan pun ramai. Yang nak beli pun ada.

Budak2 yang dah biasa dengan aku, memang dah tak nak ke klinik lain dah. Nak pergi klinik doktor yang banyak mainan kata bapaknya. Itulah seronoknya kerja sendiri. Kita boleh guna pelbagai cara untuk menarik perhatian kanak2. Hal ini memang dah lama aku cadangkan masa kat hospital dulu, tapi takda sapa ambik endah..

Sejak anak2 dah bersekolah ni, aku dah jarang beli mainan. Anak2 dah sibuk beralih ke buku2 komik dan novel kanak2. Kalau ke KFC atau McD, mainan dah tak beli dah. Lagipun mainannya sekarang buruk bebeno. Tak macam dulu2. Sesekali kalau ke Toy R Us, aku belilah mainan kecik2 untuk diri sendiri. Yang beso-beso harganya mengalahkan emas. Mainan pun harga seratus lebih, tak patut betul. Anak2 aku pun dah tahu, kalau nak beli mainan, kena beli yang boleh berdiri dan boleh letak dalam almari.

Rasanya selagi almari aku belum penuh, aku takkan berhenti membelinya.






11 Disember 2008

Aku dan moneylenders


Aku paling benci kalau ada sedara-mara atau kawan2 yang suka pinjam wang. Pantang terdesak sikit, cari kawan2 untuk pinjam wang. Masa meminjam bukan main sedih lagi muka, bila dah dapat duit, hilang entah kemana. Bila jumpa asyik nak mengelak aje. Kalau terserempak pun, buat2 tak ingat je pasal hutang2 lama. Bila nak buat hutang baru, berjanji bukan main nak langsaikan yang lama sekaligus. Tapi, itu hanya janji sahaja.

Aku dah banyak kali terkena. Sekarang; walaupun sedih macamana ceritanya; walau betapa manisnya janji2 yang ditabur, aku takkan beri punya walau seringgit. Biasanya hubungan kekeluargaan dan bersahabatan akan berubah sekelip mata menjadi pemberi hutang dan pemiutang. Itu yang aku tak suka. Aku ada satu kawan lama, kenal masa sekolah menengah dulu. Dia pernah pinjam duit aku 50 ringgit selepas dia gaduh dengan emak bapak dia. Dia lari rumah sedara dia di Muar masa tu. Sampai sekarang, tak pernah nak settle. Dia ingat aku lupa gaknya. Dengan duit 50 ringgit itulah, persahabatan aku menjadi renggang.

Dua, ada satu makhluk pernah kerja part time di klinik aku. Dia juga pernah pinjam duit aku 50.00. Janji minggu depan nak bayar (minggu depan tu berlaku kira2 4 tahun yg lalu). Kalau jumpa aku asyik nak mengelak aje walaupun dah 4 tahun berlalu. Bayar hutang jauh sekalilah.

Aku ada kawan lama masa sekolah menengah dulu. La ni kerja kat sekitar Kulai. Dulu rajin jugak datang klinik sebab anak dia ada semput. Last sekali datang, dia berhutang dengan aku sebab belum gaji katanya. Sampai sekarang dia tak bayar. Dia pernah 2 kali call aku sebab nak pinjam duit. Ada masalah famili katanya. Aku tak tanya nak pinjam berapa atau buat apa. Aku cuma cakap, aku tak dapat nak beri pinjam sebab persahabatan kita akan putus kalau aku beri pinjam. Sampai sekarang dia dah tak hubungi aku lagi. Bagus, senang sikit kepala hotak aku.

Kebelakangan ini ada satu sedara wife aku. Dia kerja 'kontraktor'. Dulu kerja kerani, bila syarikat offer VSS dia ambik. Dia bukak bisnes kantin sekolah. Lepas 2 tahun, kontraknya ditamatkan. Dia cuba bisnes angkat tandan kelapa sawit tapi sekerat jalan aje. Sekarang jadi kontraktor. Selalu ambik kontrak mengecat dan membaiki rumah2 orang yang rosak. Tapi kerjanya kejap ada kejap takda. Selalunya dia duduk rumah aje. Jadi 'housewife' sebab wife dia kerja. Anak2 ada 5 orang, semuanya tengah study. Dia suka berangan2 dan cakap besar. Dia selalu meminjam duit dari sedara-mara yang lain. Bila dapat duit, dia hilang. Bila tak dapat duit, dia merajuk. Bila sedara-mara berkumpul, dia tak datang. Dia pernah cuba meminjam duit dari wife juga aku sendiri tapi kami tak pernah beri. Sebab dia tiada jaminan bila nak bayar. Kononnya, bulan depan dapat kontrak besar, tapi habuk pun tarak. Waktu orang2 lain keluar bekerja siang-malam, dia kat rumah menyanyi karaoke. Anak2 dimewahkan dengan baju2 branded, handphone yang canggih2, laptop sorang satu.

Kalau dia kata aku bakhil, aku tak kisah. kalau dia kata aku lokek, aku tak kisah. Kalau dia kata aku kedekut, aku pun tak kisah. Aku kerja siang malam mencari duit yang halal. Rezeki aku hak aku untuk aku belanjakan. Takkanlah senang2 aku nak kasi kau? Kalau aku ada duit sejuta sekalipun, bukan hak kau untuk memaksa aku memberi pinjam kepada kau..Pagi2 lagi dia call wife aku nak pinjam duit. Wife aku tak tanya nak berapa, nak buat apa, dia cakap duit nak pakai. Lepas tu dia letak telefon. Angin semacam aje wife hari ini. Serba salah jadinya. Diberi salah, tak diberi pun salah. Jadi semuanya serba salah.


10 Disember 2008

Aku sebagai houseman

Selepas habis belajar selama 5 tahun dan lulus mendapat ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan jayanya, orang2 kampung dah boleh panggil aku doktor. Tapi dari segi kerjaya, istilah itu tidak diiktiraf di Malaysia selagi aku tidak melepas tempoh percubaan sebagai doktor pelatih atau houseman selama setahun seterusnya berkhidmat sebagai pegawai perubatan di mana2 hospital kerajaan selama 2 tahun. Selepas 3 tahun berkhidmat , barulah aku boleh bergelar doktor seterusnya disahkan mendapat lesen/sijil pendaftaran penuh. Selepas 3 tahun itu jugalah, barulah aku boleh memohon untuk menyambung pelajaran, berhijrah ke sektor swasta atau bekerja sendiri. Satu tahun hidup sebagai houseman merupakan satu tempoh pembelajaran yang tidak boleh dilupakan. Lebih banyak duka daripada suka apatahlagi dengan gaji yang tak setimpal. Warga Indon yang kerja di sektor pembinaan, rasanya lebih tenteram hidupnya berbanding aku.

Seminggu lepas aku dapat ijazah, aku dah dapat surat dari JPA. Mereka suruh aku melapor diri ke JKNJ pada 16/6/96 iaitu seminggu daripada hari aku terima surat itu. Ezanee juga terima surat yang sama dan kami sama2 melapor diri pada hari tersebut. Permohonan untuk memulakan karier sebagai pegawai perubatan di Hospital Muar diterima. Pada hari aku mendaftar, bersama2ku ada 5 orang lagi doktor baru seperti aku.

Pada amnya, ramai doktor cuba untuk mengelak bekerja di Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Besar Pulau Pinang kerana telah diketahui bebanan kerja yang tinggi. Pada tahun 1996, doktor2 baru seperti aku jika ingin berkhidmat di negeri Johor hanya di dua hospital sahaja iaitu JB atau Muar. Hospital2 lain masih tidak cukup kepakaran untuk menerima doktor2 baru seperti aku. Aku dihantar ke unit Pembedahan bersama2 dua lagi doktor lain dan Ezanee kena hantar ke unit Paediatrik. Kami ditempatkan di asrama khas untuk doktor2 pelatih di depan hospital. Aku berkongsi satu bilik dengan Ezanee. Biliknya agak selesa dengan 2 katil bujang, satu bilik air dan satu set sofa. Ezanee bawak mikrowave manakala aku bawak tv. Cukuplah untuk keperluan sebab satu tahun akan datang, lebih separuh daripada hidupku adalah dihospital. Percayalah.

2 bulan pertama di Unit Pembedahan memang giler punya tension. Pukul 7.30 pagi dah mula kerja dan selalunya berterusan sehingga pukul 5 petang keesokkan harinya. Biasanya kita belajar dengan membuat kesilapan. Bila silap, MO dan specialist marah2 dulu sebelum beritahu apa salah kita. Mereka ingat doktor2 baru macam kita ini semuanya perfect. Semua mesti betul selalu. Semua keputusan ujian makmal atau x-ray nak ada depan mata. Mereka aje yang betul. Doktor2 baru semuanya bodoh macam lembu. Kena ikut aje apa arahan mereka. Mereka bukannya kira semalam kau cukup tidur ke tidak, semalam kau kena bermalam dalam ambulan kerana menghantar pesakit sampai ke Kuala Lumpur. Itu tak penting, yang penting bila kau masuk dewan bedah, semuanya mesti 100% sempurna walaupun dalam kepala ingat bantal dan tilam aje.

Biasanya satu houseman, kena jaga separuh wad iaitu kira2 14 katil. 14 katil bermakna 14 pesakit. Dari A hingga Z, aku kena tahu semuanya. Ujian2 darah dah balik ke belum, x-ray dah siap ke belum, appointment ke ultrasound atau CT-Scan dah dapat ke belum, kalau nak operate, consent dah dapat ke belum, darah dah standby ke belum, maknanya aku kena ambik tahu semuanya. Yang MO dan Specialist tahu, semua dah ready. Apa mereka nak, semua nak ada depan mata. Bukannya kira mesin x-ray rosak ke, darah tak cukup ke, nurse salah label darah ke, mereka tak nak tahu semua itu. Atas aku ada MO sebagai supervisor dan satu lagi senior MO yang incharge keseluruhan unit. Kalau dapat MO yang bagus, dia tolong ajar kau. Kalau dapat yang sama2 bebal atau lulus dari Universiti mana2 ntah, memang lingkup. Jahanam aku dan patient. Asyik kena ambik darah aje, ubat yang bukan2 diberinya. Patient tak jugak sembuh. Nak hantar balik pun takut2.

Selain menjaga wad, houseman juga ada tugas2 lain. Satu, active call. Kerja 24 jam jaga 4 wad. Semua pesakit baru aku kena tengok. Mana2 kes emergency aku kena attend. Jaga 4 wad bermakna apa2 yang berlaku dalam semua wad, aku kena ambik tahu. Kejap2 kena naik tingkat satu, nurse suruh tolong set line. Lepas tu turun bawah, ada patient baru. Lepas tu kena panggil ke tingkat 3, ada patient collapsed. Begitulah kerja on call sampai esok paginya. Pukul 7.30 pagi, bermula hari baru. Dan MO dan specialist mengharapkan kau sihat dan kerja seperti biasa. Mereka takkan tanya berapa jam aku tidur semalam.

Dalam satu unit atau department, biasanya ada 1-2 pakar bedah, 1 senior MO, 5 MO dan houseman sekitar 8-12 orang. Makin ramai houseman makin bagus sebab kerja2 senang nak diagihkan. Dalam satu hari ada 3 houseman yang kena on call iaitu kerja 24 jam. Active call kerja di active ward 24 jam. Satu passive call yang kerjanya standby di bilik bedah. Kalau ada kes2 kecemasan seperti Appendisitis, Intra abdominal injury, dia yang kena assist boss buat operation. Yang ketiga dipanggil 3rd call iaitu standby untuk menemani pesakit2 tenat yang perlu dirujuk ke hospital2 lain yang lebih kepakaran seperti JB,Melaka dan kadang2 sampai ke Kuala Lumpur. Tu yang dikira mati katak kalau berlaku accident semasa dalam ambulan. Dahlah bawak laju, ciri2 keselamatan takda, insuran pulak takda. Itulah nasib malang doktor. Rasanya scenario ini tak berubah sampai sekarang.

Kalau diperhatikan, hari2 dikira hari bekerja walaupun tidak berada di wad. Aku kena standby kat bilik dan akan dipanggil bila2 masa jika diperlukan. Pada masa itu kadar bayaran elaun houseman ialah 20.00 sehari tak kira berapa banyak kerja yang aku telah lakukan. Hujung minggu dan hari2 cuti am, houseman juga dikehendaki hadir ke wad untuk ward round. Jika aku jatuh sakit dan ambil MC, cuti tahun aku akan ditolak. Selama setahun, aku hanya layak mengambil cuti tahun sebanyak 14 hari sahaja. Kelulusan cuti bergantung kepada ketua jabatan. Jika masa tu kekurangan doktor, kirim salamlah kalau nak cuti. Cuti kahwin pun aku dapat 3 hari aje..

Semua itu sebenarnya taklah tension sangat kalau kita tahu cara2nya. Kalau dalam unit tu housemannya semuanya bagus2 dan boleh lebih kurang, takda masalah punya. Lagipun masa di final year dulu, aku dah rasa semuanya. Maknanya dah siap sedia. Kalau dapat group houseman yang berkira2 sangat pasal kerja ataupun yang tak tahu buat kerja, terutamanya anak2 datuk atau tauke2 besar yang entah camna layak jadi doktor tu, memanglah tension memanjang. Kadang2 ambik darah pun tak pandai, buat dressing tak nak, on call hujung minggu nak pilih dulu. Jaga wad yang sibuk tak nak. Pukul 8 baru sampai, pukul 5 dah balik. Kerja2 kawan tak nak tolong buatkan. Clerk patient pun cincai2 aje.

Houseman yang bagus ialah yang mengambil berat tentang pesakit dan tahu apa tanggungjawab mereka. Kalau niat bekerja itu betul dan ikhlas, sibuk camnapun aku masih boleh tersenyum dengan patient, aku sempat makan tengahari dan malam, aku sempat tengok tv, aku sempat tidur sekurang2nya 4 jam sehari (walaupun di bilik on call). Masalah timbul bila kita tak sebulu dengan nurse, dengan sister, dengan HO yang lain2,dengan senior MO malah dengan boss juga. Bila dah tak sebulu, mulalah asyik cari salah sahaja.

Aku rasanya boleh ngam dengan semua orang. Bila kita hormat dengan nurses, mereka akan hormat kita. Kerja2 kita kadang2 mereka dah tolong buatkan. Begitu juga dengan attendan. Walaupun mereka lebih rendah dari kita dari segi pangkat, tetapi sebagai manusia, mereka lebih tua dan lebih berpengalaman dari kita. Itu yang aku selalu dapat lauk sedap2 dan ayam yang besar2 masa on call. Kalau waktu aku on call, wad sunyi sikit sebab tak banyak new cases. Pukul 10 dah boleh masuk tidur. Tapi tak selalulah.

Selepas 4 bulan di Wad Pembedahan, aku berpindah ke wad Bersalin pulak. Masuk hari kedua, dah kena on call. Masa di wad ini, group houseman aku paling ramai iaitu kira2 14 orang. Satu HO incharge sekitar 15 katil sahaja. Masa tu aku dah tahu serba-sedikit taktik2 nak ambik hati boss. Jadi hujung minggu dapatlah balik kampung bercuti. Walau sibuk camnapun, aku masih boleh lepak2 kat Tanjung Emas setiap petang. Makan ABC dengan rojak. Takpun JJCM kat Umbai Melaka. Makan seafood dengan nasi lemak. 3 bulan di Unit Bersalin tak terasa sangat sebab boss dia tak fussy. Selagi kita ikut peraturan dia, dia nampak muka kita masa dia buat round, tak ada masalah punya. Saban minggu dia buat case presentation dan masa itulah ada jamuan. Penghujung 4 bulan, dia interview aku. Aku lulus dengan cemerlang.

4 bulan terakhir aku ditempatkan di Unit Perubatan Lelaki. Unit ini diketuai oleh lady boss yang dikatakan paling garang di Hospital Muar. Selain dia single, dia juga paling senior kat sana masa tu. Dikatakan kalau dia marah, dia akan menjerit dan satu bangunan akan dengar suara dia. Ramai HO takut dengan dia. Masa aku datang melapor diri kat dia, dua soalan dia tanya aku. Satu, ini posting aku yg ke berapa dan dua, aku datang dari universiti mana? Bila aku cakap ini last posting aku dan aku grad dari UM dia dah tak kata apa dah. Good bye and good luck.

Disebabkan masa tu ramai HO yang dah naik pangkat jadi MO, maka 2 bulan terakhir, aku tinggal 2 orang untuk menjaga 4 wad. Masa tu unit aku tinggal 2 pakar, 2 senior MO dan 4 student FHS. FHS tu student yang belajar untuk jadi Pakar Kesihatan Keluarga. Ini bermakna aku kena jaga 48 katil dan on call tiap2 hari. Masa tu tiada istilah sabtu, hari minggu atau hari kelepasan. Setiap malam aku tidur di wad. Entah kenapa, lady boss dah tak jadi singa lagi masa tu. Dia konfident dengan aku dan segala management aku dia jarang bantah. Dia dah tak memekik2 lagi dan aku ikutkan kesukaan dia. Semua patient aku aku boleh ingat tanpa pegang case note. Kalau dia tunjuk katil 12 misalnya, semua yang dia hendak ada kat hujung lidah aku. Tak payah nak belek2 case note macam HO yang satu lagi. MO yang supervise aku pun sama. Dia dah percaya kat aku. Semua case aku manage sendiri. Jarang kejut dia malam2 untuk review case2 baru.

Masa di unit inilah banyak sungguh kenangan indah berlaku. Satu, arwah Pengerusi Tetap UMNO masa tu iaitu Tan Sri Sulaiman Ninam Shah datang hospital dan cari aku semata2 sebab nak tanya perkembangan sedara dia. Nurse suruh jumpa MO tapi dia tak nak. Dia nak jumpa aku jugak padahal masa tu aku datang lewat sebab post call. Menggigil aku salam dengan dia bila dia perkenalkan dirinya. Dalam ramai2 doktor kat wad, HO cabuk juga yang dia nak jumpa. Aku juga banyak jumpa kes2 pelik dan sensasi masa di unit ini. Lelaki merajuk dengan girlfriend lepas tu pengsan 48 jam aku jumpa. Lepas 48 jam, dia sedar dan sihat tanpa apa2 ubat. Rujuk pakar sakit jiwa pun takda penyakit. Pesakit demam 2 minggu tanpa sebab pun aku jumpa. Semua test negatif. Doktor pakar siap suruh bawak balik jumpa bomoh.

Yang bestnya kalau pesakit sakit jiwa masuk wad. Riuh rendah tengok mereka bersilat. Konon mahaguru turun dari langit. Kena sedate double dose pun masih tegak berdiri. Kadang2 aku sama turut membelasah mereka2 yang degil tak nak dengar kata. Kes2 kematian hari2 aku jumpa. Yang tua, yang muda, yang susah, yang senang, yang lama nazaknya, yang mati tersenyum, mati muka jadi hitam, dan macam2 lagi. Satu lagi, kat Hospital Muar ramai patient jawa. Jadi bolehlah aku practice aku punya bahasa Jawa.

Hari terakhir di Hospital Muar agak sedih jugak. Staf diwad siap buat jamuan untuk aku. Dapatlah cenderahati sikit. Habis aje setahun houseman, aku dapat tawaran buat Kursus Induksi selama 3 minggu di Port Dickson. Kira bercuti sambil menggantikan hutang2 tidur dan rehat semasa setahun menjadi kuli batak di hospital. Masa tu aku dapat jumpa balik kawan2 lama masa student dulu. Dapat satu bilik penthouse di Bayu Beach Resort bersama2 Fatah, Neil, Jemie dan Jeri. Kursus bukannya belajar apa pun. Lebihkan main dan enjoy selagi boleh..

Sekian pengalamanku sebagai Houseman.


09 Disember 2008

Aku dan Aidil Adha 2008


Aidiladha padaku hanya 4 perkara. Satu, hari cuti. Dua, sembahyang raya. Tiga, makan tanpa batasan dan empat, menyaksikan orang2 kenamaan berlumba2 mencari nama.

Saban tahun, VVIP termasuk PM dan TPM sendiri akan mengagih2kan kurban mereka disana-sini. Beratus2 lembu, kambing malahan unta dikurbankan untuk dibahagi2kan kepada rakyat jelata. Ibadat kurban telah dikomersilkan dan menjadi bahan perniagaan. Ada syarikat2 ditubuh semata2 untuk menyelaras ibadat kurban tersebut. Radio SINAR juga melakukan ibadat kurban di 5 kampung terpilih. Aku harap niat mereka betul dan ibadat mereka adalah kerana Allah dan bukannya untuk nama dan kepentingan peribadi. Pada aku tak payahlah sibuk2 beritahu TV3 'PM sumbang 100 ekor lembu di masjid Permatang Pauh untuk kurban tahun ini. Najib pula menyumbangkan 101 ekor unta di masjid2 sekitar Raub untuk kurban tahun ini'. Ini contohlah..

Tahun ini giliran beraya di rumah mertua. Sebenarnya mana2 aku tak kisah sebab rumah emak aku dan rumah emak mertua hanya dipisahkan oleh 15 minit masa perjalanan. Malam raya, adik-beradik wife membakar satay, ketam, udang, jagung, kerang dan otak2 didepan rumah. Dah lama tak berkumpul. Bercerita tak habis2. Anak2ku pun sama. Dah lama tak jumpa sepupu2 mereka. Pukul 2 baru tidur. Aku sempat melayan cerita Lahad lakonan Rosyam Noor kat tv1. Kisah penjenayah yang berpura2 menjadi baik tapi akhirnya tewas dimakan kawan sendiri. Isteri dan anak dipulaukan, harta-benda dirampas dan hidup berakhir ditali gantung.

Pagi raya, hujan selebat2nya. Start pukul 6 pagi sampai petang tak berhenti lagi. Aku sampai mesjid ngam2 imam baru nak mula sembahyang. Sepatutnya 8.30, tapi 8.25 dah sembahyang. Kesian yang datang lambat. Masa balik aku nampak satu kereta Viva baru terbabas kat tebing. Sama ada mengejarkan imam nak sembahyang atau salah tekan brek. Lepas sembahyang raya, bersarapan pagi dengan ketupat, rendang, ayam masak merah, kari daging, lodeh, sambal kacang, semuanya ada. Cuma perut boleh muat ke tidak. Bila dah kenyang, baring2 depan tv.

Kat rumah mak mertua aku, channel tv yang dapat cuma tv1 dan tv3 aje yang terang. ASTRO jauh sekali. Cadang nak ambik gambar2 orang sembelih dan melapah lembu tapi hujan lebat sangat. Aku tidur lagi baik. Tengahari, aku pergi hantar makanan kat rumah emak aku pulak. Sampai sana aku makan lagi sambil tengok ASTRO. Macam2 ada.

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa 2 hari sebelum raya, mengundang tanda-tanya. Bila tragedi berlaku, masing2 memberi pandangan. Semua pihak kecuali diri sendiri patut dipersalah. Tuhan pun dipersalahkan. Skrip yang sama diulang2. Macam siaran ulangan. Rasanya jawapan dan komen PM, TPM dan pihak2 yang bertanggungjawab kalau dirakamkan, bila ada kes lagi tak payah susah2 cari mereka untuk ulasan. Jawapannya tetap sama dan klise; 'kita akan siasat dan pastikan kejadian tak akan berulang'. 'Pihak pemaju dan mereka2 yang meluluskan projek akan dikenakan tindakan'. Tapi, lepas beberapa lama perkara yang sama berulang. Tiada apa2 tindakan. Yang kaya tetap mengaut keuntungan. Semuanya dah ditakdirkan. Isu sama juga melibatkan kemalangan bas2 ekspres. Masih memandu laju kerana mengejar komisen, kenderaan kurang penyelenggaraan dan pemandu bas tak berdisiplin. Kerajaan tidak cukup komited untuk menangani masalah2 rakyat. Yang difikir hanya untung dan wang masuk sahaja.

Semalam aku baru habis membaca buku pasal haji muda tu. Rasanya aku terlalu bercita2 untuk kesenangan dunia sahaja dan kurang memikirkan tentang kesenangan di akhirat.


07 Disember 2008

Aku dan Bahan Bacaan

Semalam aku ke Angsana lagi. Wife nak cari buku untuk study dia. Bila dah masuk kat Badan Bookstores, semua famili aku pun nak beli buku jugak. Ameel dan Erin mesti cari komik dan buku bola punya. Ainaa suka buku2 cerita manakala aku suka buku2 politik. Entah camna aku terpandang buku diatas. Haji Muda :Tip-tip menjadi Tetamu Allah oleh Ridzwan Bakar. Gaya bahasanya simple dan berbentuk travelog, bukannya sarat dengan doa2 atau teori2 yang berat2. Baca intro aje aku dah tergerak nak beli. Mungkin setahun dua ini tergerak nak pergi haji, sapa tahu..

Tengok, berapa banyak buku yang telah dibeli. Majalah On The Road aku punya, Wisel dan Kreko Erin punya, Gempak Ameel punya, Majalah Wanita wife punya. Itu belum termasuk buku2 cerita yang anak2 sorang satu beli. Cukup tahun, boleh bukak perpustakaan kat rumah. Biasanya majalah2 tu aku letak kat ruang menunggu diklinik aku lepas sebulan dirumah. Kira sedekahlah sebab tak lama lepas tu, semua majalah tu hilang dibawa balik patient-patient aku. Majalah kereta terutamanya.
Dulu masa aku sekolah rendah, guru kelas aku ada cakap dengan bapak aku suruh belikan bahan2 bacaan untuk aku. Jadi tiap2 bulan bapak aku belikan majalah Bujal untuk aku. Tak pernah missed punya sebab setiap awal bulan, bapak aku akan bawak aku ke pekan Parit Yusuf untuk potong rambut. Masa tulah dia akan belikan majalah tu. Sekarang dah takda lagi agaknya..
Masuk sekolah menengah, aku beralih ke majalah Gila-Gila dan lepas tu Ujang. Tension study, cari majalah. Tengok kartun dan lawak2 bodoh. Masa duduk asrama, majalah tu akan berpindah dari satu tangan ke satu tangan lepas aku baca. Aku jarang dapat balik lepas tu sebab asrama aku 4 tingkat. Memang hilang punyalah. Tapi masa kat asrama di UM, aku boleh buat koleksi, susun ikut no siri selama beberapa tahun. Masa tengah kemaruk dengan muzik rock, aku selalu jugak baca majalah URTV. Kumpul poster yang kat tengah tu.
Bila masuk Medik, citarasa dah bertukar. Aku baca majalah dekorasi Anjung Seri dan kemudiannya Impiana. Kira berangan2 nak cantikkan rumah pulak. Tapi masa tu banyak ilmu yang aku pelajari dari majalah2 ini. Dua minggu sekali aku tukar hiasan kat bilik aku. Aku juga pernah menolong Ezanee memenangi anugerah Bilik Tercantik selama 2 tahun berturut2 semasa Hari Terbuka Kolej Enam. Lepas habis belajar, aku mogok tak beli majalah lagi. Majalah Anjung Seri lebih separuh dipenuhi dengan iklan2 aje. Kita nak tengok rumah orang2 kaya bukannya tengok kedai2 orang berniaga. Masa tu aku beralih ke Impiana pulak sebab gambar2 dia cantik2 belaka. Benda yang simple pun boleh jadi gah dalam gambar. Bila Impiana pun ikut macam Anjung Seri aku beralih ke majalah Laman pulak. Cari idea untuk cantikkan laman rumah aku. Masa inilah aku dapat berkenalan dengan Ismail Chik yang buat renovation rumah aku..

Sejak 1-2 tahun ini, aku beralih ke buku2 politiklah pulak. Selain tu majalah2 kereta terutamanya Motor Trader dan On The Road. Bukan apa, nak kena tahu jugak harga2 kereta recond dan baru. Manalah tahu ada rezeki. Satu lagi ialah majalah kamera Digital Camera Malaysia. Yang ni susah sikit nak cari sebab pembacanya mungkin kurang. Jadi tak semua kedai ada majalah ini.



Aku di Restoran TerraThai

Aku dan famili memang semuanya kuat2 makan belaka. Kalau tak masak kat rumah, kita makan kat luar. Kalau setakat Kulai dan JB, rasanya semua kedai tomyam kami dah cuba. Kalau nak beri markah untuk setiap kedai makan rasanya kami boleh jadi hakim. Sebabnya, set menu kami standard untuk setiap kedai. Yang wajib ialah Tomyam Campur, Padprik Ayam, Daging Merah, Sotong Masam Manis, Kailan Ikan Masin dan kadang2 Siakap Tiga Rasa.

Kalau kat Kulai, makanan yang paling sedap setakat ini ialah di Azlan Seafood. Layanannya bagus, hiasannya menarik tapi agak berbau sedikit sebab ada longkang besar kat belakang kedai tu.

Dalam minggu ini aje, dah 3 kali aku dinner kat luar. Wife tengah busy study nak exam, jadi malas sikit nak masak. Lagipun cuti sekolah, asyik berjalan2 aje. Minggu lepas, kami dinner di Restoran Two City di Kluang. Tengah minggu makan lunch di Restoran Singgah Selalu di Plaza Kotaraya dan malam tadi kami ke tempat yang lebih eksklusif; Restoran Terra-Thai di Jln Abd Samad, JB. Aku memang dah lama cari restoran yang betul2 thailand punya dan bukannya thailand celup. Nak Ke Thailand, takda pasport. 2 minggu lepas, ada satu rencana mengenai restoran ini keluar kat Mingguan Malaysia. Tu yang berhajat sangat nak pergi tu.

Aku sampai sana kira2 jam 9.30pm. Ianya sebuah banglo lama yang telah diubahsuai menjadi seperti rumah orang2 thai. Perabot2nya semua jati asli, ada aircond dan ada muzik Thai dimainkan. Suasananya suram , romantik dan sunyi. Tak crowded sangat. Tengok dekorasi aje, dah tahu sure mahal ni..Tapi aku dan wife redah aje. Layanan waitressnya mesra sekali. Dia macam tahu ini kali pertama kami datang. Dia siap beri penerangan setiap jenis lauk yang ada. Baru aku tahu, rupa2nya ada beberapa jenis tomyam. Yang jernih, yang guna santan atau yang oren. Makanan apetizer yang aku nak iaitu pucuk kaduk takda stok. Tukar dengan kerabu Mangga muda. Memang jadi pembangkit selera betul.

Anak2 aku semua makan sampai licin. Kami order 2 jenis tomyam, daging masak lada hitam, ayam goreng bercili dan terung goreng telur (kailan pun dah habis). Berdebar2 jugak masa nak bayar. Tapi harganya berpatutanlah. Sekitar 100 ringgit untuk satu pengalaman pertama yang mengenyangkan. Pasti, kami akan datang lagi. Ainaa dah sibuk nak sambut harijadinya kat situ bulan depan..

Jom! Jalan Jalan Cari Makan!


06 Disember 2008

Aku dan Handphone


Handphone Samsung SGH 500 adalah salah satu hp yang pernah aku beli. Ini juga mungkin yang termahal pernah aku beli iaitu sekitar RM1600. Aku beli Samsung SGH500 ini kira2 dua tahun lepas sebagai hadiah harijadi wife aku. Macam2 features ada termasuk 3G tapi wife aku tak pandai nak pakai. 6 bulan lepas, hp ini terjatuh dan rosak skrinnya. Baru bulan lepas aku sempat baikinya dan sekarang aku yang pakailah. Wife aku pakai SonyEricson aku. Aku suka pakai yang ini kerana ianya nipis dan skrinnya besar. Kalau rabun dekat, memang sesuai sangat. Tapi nak SMS leceh sikit sebab banyak sangat butang nak kena tekan.

Hp pertama aku ialah Motorola jenis lipat yang aku beli kira2 6 bulan selepas aku menjadi doktor. Masa tu aku di Muar sekitar tahun 1996. Nak beli hp bukan main susah lagi masa tu. Macam nak buat pinjaman bank. Kena photostat IC, bil air dan api, penyata gaji dan nama waris. Masa tu semua line kena register. Takda prepaid lagi. Lepas register kena tunggu 1 minggu sebelum line approved. Aku register dengan CELCOM masa tu. Dapat no cantik 019 777XXXX. Tapi nak dapat line tu, kena deposit, registration fee , stem duti dan macam2 bayaran lagi. Hp harga 700, line kena 300. Memang leceh betul. Lepas tu dia punya bateri tebal nak mampus. Rasanya hampir 1 inci tebalnya. Berat jangan ceritalah. Masa tu hp kira barang2 luxury. Tak semua orang mampu memilikinya. Jadi, bila ada hp berlagaklah sikit. Asyik pegang aje kalau jalan2 sebab nak bagi orang nampak. Sebenarnya, tebal sangat sebab tu tak boleh masuk poket. Lepas tu kejap2 telefon. Sebulan bil telefon mencecah 300 ringgit. Awek punya pasal..

Bila kawan2 mula tukar hp yang lebih ringan dan nipis, aku pun terikut2 jugak. Aku mula bertukar ke Nokia selepas setahun dengan Motorola dan setia bersama2 Nokia untuk tempoh yang panjang. Seingat aku 5 jenis Nokia aku dan famili aku dah pakai. Memang reliable. Yang penting jangan jatuh atau masukkan dalam air sebagaimana anak perempuan aku pernah buat kat hp baru aku. Namun semenjak 2 tahun ini, aku mula beralih ke SonyEricson pulak terutama yang boleh jadi walkman dan download lagu.

Kalau ikut turutan perkembangan hp, ianya bermula dengan untuk buat panggilan sahaja. Lepas tu upgrade ke SMS, MMS, Video call, teleconference dan sebagainya. Kalau dulu cuma nada dering tut tut je, lepas tu naik taraf ke polifonik seterusnya boleh bunyi lagu cam sekarang. Kalau dulu cuma satu color je, sekarang gambar warna-warni. Kalau dulu tak boleh surf internet sekarang dah ada 3G, 3.5G dan Wifi pun boleh. Sekarang hp dah jadi segala2nya. GPS, radio, tv, internet, movie, phone banking dan etc..

Semenjak aku pakai SonyEricson W900i yang macam PDA ni, aku dah takda niat nak tukar yang lain. Dah malas nak upgrade selalu. Nak GPS, aku dah ada Garmin. Nak internet, aku dah ada streamyx kat klinik dan kat rumah. Nak ambik gambar, aku dah ada Canon DSLR. Yang penting dapat buat call dan hantar SMS sudah. Tak payah nak yang canggih2. Buang duit aje.

Anak aku yang kecik sekali umur 7 tahun dah ada hp sendiri. Dia ambik hp Motorola Basic abang dia. Kejap2 suruh aku belikan top up. Rupa2nya dia main SMS aje kat rumah dengan kakak dia. Siap boleh hantar gambar lagi..Itu pun dah sibuk nak upgrade yang ada kamera pulak. Zaman sekarang semuanya dah mudah. Dengan RM8.80 aku dah dapat satu line. Tak payah nak bayar deposit macam2.



05 Disember 2008

Aku dan hari ini

Hari ini aku bengang sangat2. Patient nak balik kampung beraya pun singgah ke klinik sebab nak ambik MC dulu. Dulu masa raya puasa pun sama. Alasan tiket kereta api dah beli. Cuti tak lulus disaat2 akhir. Merayu2 sebab tiket untuk satu famili dah beli. Dia mintak 2 hari MC lak tu. Campur cuti raya 10 hari cuti free. Tapi atas dasar kesian, aku beri jugak. 'Bukan kerana kau tetapi kerana anak2 kau'. Tadi pagi2 lagi dah datang lagi. Mintak MC lagi. Petang ni nak drive balik kampung. Tang tu jugak aku naik angin. Pegi mampus!!

Lepas tu ada seorang lagi. Bini dia pernah kerja dengan aku dulu. Katanya tengah bengang sebab kawan dia guna nama dia untuk pinjam along. Konon sakit kepala dan nak balik rumah tidur. Mamat ni aku dah kenal lama dah. Ada problem tak settle aje; cari aku untuk MC.

Sekejap lagi ada satu lagi perempuan. Kerja jual kereta kat Perodua. Sebelum ni tiap2 bulan datang asyik sakit macam2. Hari ini senggugut pulak. Tak boleh pergi kerja katanya. Ada satu lagi perempuan. Dia clinic hopping. Bulan ni kat Penawar, bulan depan kat Simpang Renggam, bulan berikutnya kat klinik aku pulak. Konon sakit gigi dan kepala. Dah seminggu lebih tahan tapi hujung minggu tak boleh tahan. Nak MC jugak. Ada anak attenden hospital yang aku kenal lama dah. Dia ada semput tapi kat rumah ada mesin nebulizer. Kalau semput, dia sedut gas dan tak pergi kerja. Datang klinik untuk ambik MC untuk tarikh yang lepas2. Banyak cantik muka dia! Tapi kalau cantik pun, peranagi camtu, aku pun tak nak..

Tengah bengang2, LHDN hantar satu notis nak kenakan aku penalti. Begini ceritanya. Pada tahun 2004 iaitu tahun kedua aku bukak klinik. Aku ada hire satu akauntan untuk buat akaun tahunan klinik. Manager kat ofis besar yang kenalkan. Kawan satu kampung katanya. Masa tu aku memang tak tahu apa2 pasal benda2 ni. Aku ikut ajelah. Mamat ni rupanya freelancer. So, dia buat kerja parttime rupanya. Dia takda ofis. Semua kerja buat kat klinik aku. Sehari datang klinik, dua hari hilang. Lepas sebulan, tak siap2 jugak. Asyik nak kena call aje baru nampak muka. Tapi belum apa2 dah mintak duit gaji advanced.Kereta rosak katanya. Kawan punya pasal aku ikut aje. Bulan 5, baru settle. Itupun separuh aje. Rupa2nya dia tak register dengan LHDN rupanyasebagai tax consultant. Jadi aku kena cari satu lagi akauntan yang berdaftar dengan LHDN. Aku dapat satu akauntan perempuan, personal akauntan untuk ofis besar. Bila dia semak, banyak yang salah. Kejap2 call aku suruh mamat tu betulkan itu ini. Aku call mamat tu , tak nak jawap. Duit dah dapat beb. Kira lepas tanganlah. Akhirnya, aku suruh akauntan baru buat semula. Bermakna aku kena charged dua kali. Pertengahan bulan sembilan, baru fail aku sampai ke LHDN. Kiranya terlewat 2 bulan setengah dari tarikh akhir bulan Jun. Bermakna aku kena penalti 10% sebab overdue 30 hari dan another 5% sebab terlebih 60 hari. Mungkin seribu lebih.

Kepada mamat akauntan tu, aku memang dah lama tak halalkan rezeki yang kau ambik dari aku. Konon nak tolong bangsa sendiri, tapi ini yang aku dapat. Surat yang aku dapat aku fakskan ke akauntan aku. Dia kata akan tolong tengokkan. Kemungkinan aku boleh buat rayuan dekat pengarah LHDN atas masalah2 aku itu. Kalau lepas, kena buat kenduri nih.

Hari ini klinik agak sibuk jugak. Ada satu budak patut bersunat petang tadi tak jadi datang. Call langsung tak jawab. Tok mudim satu jam tunggu. Bodoh punya bapak. Informlah kita kalau nak postpone ke, tak nak buat ke, dah buat tempat lain ke.. Duit 20 ringgit deposit aku beri kat tok mudim. Kalau dia datang nak sunat jugak, dia kena bayar penuh.

Patient2 yang lain pun ramai yang bermasalah hari ini. Sakit kepala aku memikirkannya. Ada satu perempuan. Umur dah 41 tahun. Anak dah 4. Maaf, janda anak empat. Kerja kilang. Apa punya nasib dia dapat kahwin baru dengan lelaki bujang umur 35 tahun. Ditakdirkan perempuan ini mengandung. Masa mengandung, dia ada kencing manis dan darah tinggi. Hampir tiap minggu kena pergi hospital untuk check up. 6 bulan lepas, dia selamat bersalin anak perempuan. Itupun menderita sebab sakit 11 jam, tapi doktor tak nak operate. Mungkin doktor bengang sebab suami dia tak izinkan dia nak ikat peranakan isterinya. Lepas bersalin dia cuba pakai IUCD. Lepas sebulan dia bukak sebab period tak habis2. Doktor cuba Marvelon kat dia semenjak 10 hari yang lepas. Apa punya laki gaknya..

Dia datang klinik mengadu sakit kepala, loya dan pening. Dia takut termengandung tapi urine negatif. Tekanan darah naik ke 200/110. Aku marah laki dia kat situ jugak. Dia masih kata nak anak lagi. Tapi bini dia tak sanggup dah. Umur dah 41, ada darah tinggi, ada kencing manis, kau gila ke apa? Aku suruh pakai sarung dia senyum aje. Bodoh punya laki. Tahu nak sedap aje..Aku suruh kakak tu berhenti makan pil. Aku cakap kalau termengandung, aku salahkan laki dia.

Dunia oh dunia.



Aku dan ubatan DDA

DDA bermakna ubat2 list A yang dikira berbahaya atau istilah saintifiknya ubat2 psikotropik. Antara contohnya ialah ubat2 tidur seperti Dormicum, Valium, Xanax dan ubat kurus seperti Duromine. Ubat2 ini dikira berbahaya kerana kalau makan sembarangan kita boleh jadi ketagih. Maka pihak kerajaan hanya membenarkan ubat2 ini dijual atas preskripsi doktor dan bukannya dibeli difarmasi. Undang2 juga mewajibkan ubat2 ini disimpan dalam almari yang berkunci dan setiap ubat yang dijual harus direkodkan dalam buku rekod khas. Ubat juga mestilah diserah kepada pesakit oleh doktor dan bukannya melalui kaunter.

Selama 6 tahun aku bukak klinik, aku memang saban hari tunggu pegawai2 dari Unit Farmasi datang buat spot check kat klinik. Pagi Isnin minggu lepas, dua pegawai lelaki muda(baru grad gamaknya) dari unit itu datang ke klinik. Masa tu patient tengah ramai lak tu. Mereka tak sabar2 nak masuk. Mula2 sekali dia nak tengok APC aku. Lepas tu peti DDA aku, buku rekod DDA aku dan buku preskripsi aku. Semua salah katanya. Aku senyum aje. Aku jawab,' selama 6 tahun saya memang tunggu tuan2 datang.'

Banyak kesilapan aku. Mula2 aku patut pasang padlock untuk almari tempat aku simpan ubat2 tu. Lepas tu aku kena buat buku DDA yang baru. Lebih detail dan yang penting, aku kena tulis sendiri dan simpan buku tu. Tak boleh harapkan staf klinik katanya. Ubat2 yang masuk dan keluar kena tally dan sentiasa up-to-date. Sebelum ini semua aku rekod dalam komputer aku. Yang dalam buku, staf aku yang buat. Dia kata kalau aku nak guna komputer aku kena mintak kebenaran bertulis dari pengarah dulu..Itu macam ka?

Sebelum balik dia cakap, dalam tempoh 2 minggu dia akan hantar surat peringatan dan aku kena jawab. Takda kompoun apa2 katanya.

Sebut pasal ubat2 DDA ni, kalau nak untung banyak kan, doktor macam aku memang boleh jual benda2 ni. Ubat2 khayal seperti Dormicum memang mat2 gian suka punya. Jual 10 ringgit sebiji pun mereka sanggup beli. Ubat ini kalau dicairkan lepas tu inject fuh! tak sampai seminit mesti high punya. Memang untung besar tapi salah disisi undang2. Dan sekali orang dah mark klinik kau jual benda2 camni, kejap aje klinik kau akan jadi tumpuan. Selain mat2 gian, enforcer pun sama. Aku memang tak buat itu semua. Duit banyak pun bukannya berkat. Kalau 100 biji aku beli, boleh tahan 3-4 bulan. Ada beberapa klinik yang aku kenal, sekali beli 1000 biji. Jual macam jual ais krim aje..Sapa nak beri. Tak payah jumpa doktor.

Dulu aku pernah jual ubat Methadone. Ubat untuk buang gian. Ubat ni bukan nak bagi baik sebenarnya. Ia hanya pengganti heroin atau morfin. Dia hanya untuk harm reduction. Dia hanya untuk hilangkan tanda2 ketagihan. Ada baik dan ada buruknya. Aku susah nak cakaplah. Baiknya ialah bila dah ambik ubat ini, dah takda tanda2 gian. Jadi, mereka boleh hidup seperti biasa. Ubat ini pulak kena makan hari2. Macam orang berpenyakit darah tinggi dan kencing manis. Ketagih dadah juga dilabel sebagai penyakit kronik jugak. Mereka boleh berhenti atau bertahan tanpa ubat ini tapi selepas beberapa lama. Asalnya ubat ini sangat mahal. Setiap hari mat2 gian kena belanja 30-60 ringgit untuk ubat ini bergantung kepada dosnya. Makin kuat giannya, makin besarlah dosnya.

Bila harga ubat dah mahal, macam2 perkara boleh berlaku. Kalau dah gian, habis semua benda nak dijualnya. Mencuri juga satu alternatif. Tu yang malas nak jual benda jadah ni. Duit2 tu mungkin dia dapat dengan mencuri kasut di masjid, mencuri tong gas didapur rumah jiran, merentap rantai emas nenek atau menjual besi tutup lubang najis ditepi jalan. Itukan duit haram. Ubat ini biasanya datang dalam bentuk sirap dan kita bancuh sendiri sebelum beri kat patient. Ikut aturan, ubat ini kena diminum dihadapan doktor diklinik. Jadi mereka kenalah datang klinik tiap2 hari. Kalau satu dua hari bolehlah. Tapi kalau setiap hari, setiap bulan, sepanjang tahun macamana nak pergi kerja? Tambang ke klinik lagi?

Pesakit pertama aku ialah sahabat satu kelas aku masa sekolah menengah dulu. Masa sekolah menengah dulu, dia kaki bola. Striker untuk sekolah walaupun pendek aje orangnya. Dah lama aku tahu dia gian. Aku pernah rawat dia masa dia masuk hospital sebab kudis dikaki. Dia confirm kena HIV. Satu hari dia datang klinik aku mintak tolong buang gian dia. Aku kenalkan dia dengan Methadone. Alhamdulilah, ubat tu berkesan untuk dia. Lepas tu sorang2 mat gian aku cuba rawat. Tapi dalam 30 orang, hanya 5 yang kekal dan sihat. Selebihnya sekadar mencuba dan lepas tu hilang. Mungkin sebab ubat ini tak boleh stim dan harga mahal. Lagi satu ubat ni susah nak disalahgunakan. Mat gian merupakan umat yang paling kreatif didunia. Cakap2 mereka memang superb. Kelentong no satu. Entah camna metadone bentuk sirap pekat tu mereka boleh inject dalam badan. Tambah dengan Dormicum, stim giler beb! Ini semua aku belajar dari merekalah.

Bila sahabat aku meninggal dunia kerana AIDS 3 tahun sudah, aku mula tawar hati nak sambung jual ubat ini. Untuk dapat harga murah aku kena beli banyak2 ubat ini. Paling kurang 5 ribu setiap kali beli. Sekali aje aku beli, lepas tu aku habiskan stok dan terus berhenti. Buat pening kepala aje. Mat2 gian tu aku hantar ke klinik sahabat aku di Kelapa Sawit.

Menjaga mat2 gian ini merupakan satu industri sebenarnya. Pihak kerajaan telah berbelanja berjuta2 ringgit setahun menyelia pusat2 serenti seluruh negara. KOntrak2 membekal makanan, pakaian, gaji2 warden semuanya jatuh kepada kroni2 mereka. Walaupun banyak kajian menunjukkan kegagalan sistem ini, takda pun ura2 untuk menutup pusat2 serenti ini. Selagi bekalan dadah tidak putus, selagi itulah masalah2 gian ni akan berterusan. Dadah membawa kepada gejala2 sosial seperti jenayah dan penyebaran penyakit2 berbahaya terutama HIV. Memang pening kalau difikirkan masalah ini.

Nasib baik aku bukannya orang kerajaan..



04 Disember 2008

Aku dan Datuk-datuk

Akhirnya Sultan Selangor dapat menggembirakan sedikit kegusaran hatiku. Rupa2nya di Malaysia ada lagi umat yang boleh berfikir secara waras dan memberi idea2 bernas. Sebelum ini hari2 aku dijamu dengan cakap2 putar alam ahli2 politik Malaysia yang kebanyakannya langsung tak boleh pakai. Orang2 seperti Sultan Selangor dan Raja Muda Perak yang boleh berfikir secara rasional patut dilantik menjadi Perdana Menteri (kalaulah boleh, alangkah bagusnya) dan bukannya Pak Lah yang kuat tidur tu atau Anwar yang kaki temberang tu.. Hasrat Sultan Selangor untuk tidak mahu memberi gelaran datuk kepada ahli2 politik dan orang2 kerajaan sempena harijadinya tahun ini sangat2 dialu2kan. Sejak beliau memerintah Selangor, anugerah datuk hanya diberi kepada kurang 30 orang setiap tahun iaitu kurang 10 dari limit asal iaitu 40 orang. Johor lagi bagus. Setahun nak cari sorang pun susah..

Menganugerahkan gelaran datuk sewenang2nya kepada 70-100 orang saban tahun kepada ahli2 politik dan tokeh2 perniagaan bukanlah satu tindakan yang wajar. Sekarang ini, hampir setiap MB atau CM, EXCO negeri, menteri2 malahan ahli parlimen semua ada datuk atau tan sri. Taiko2 dan ahli2 korporat semua ada gelaran ini. Malah umur 26 tahun pun, boleh dapat gelaran datuk. Melaka, Pahang dan N9 adalah antara negeri yang mudah memberi anugerah2 ini manakala Johor dan Perak sebaliknya.

Sekarang kita ada 'Datuk Angkasawan negara', Datuk lelaki pertama belayar solo mengelilingi dunia', 'Datuk lelaki Malaysia pertama menyeberangi Selat Inggeris'. Lelaki mamak ni bukanlah yang pertama berbuat demikian kerana satu nenek tua berumur 57 tahun pernah berenang menyeberang selat itu seawal tahun 1951. Rasanya 2 tahun lepas, ada satu doktor muda dari Sarawak pun berjaya berenang dalam tempoh masa yang lebih pendek. Memberi anugerah datuk kepada ahli2 sukan seperti Chong Wei dan Nicol David ketika mereka masih dikemuncak pun bukanlah wajar. tak boleh tunggu ke sampai mereka bersara nanti? Artis2 muda seperti Siti Nurhaliza pun pada aku tak layak jadi datuk. Suara bagus pun tapi kalau merampas suami orang dan menyebabkan orang bercerai-berai itu teladan yang baik ke?

Yang terbaru ialah kisah Datuk Shah Rukh Khan. CM Melaka beriya2 nak beri darjat datuk kepada beliau kerana beliau dikatakan telah mempromosikan Melaka dengan membuat videoklip lagu untuk filem dia disana. Khabarnya berjuta2 warga asing berduyun2 mengunjungi Melaka kerana SRK dah tolong buat promosi free melalui filem dia. Ala, setakat lagu 5 minit , apa kejadahnya. Itupun SRK asyik menunda tarikh nak ambik bintang tu disebabkan jadual yang ketat. Kalau camtu, semua pembuat filem yang datang shooting kat Malaysia patut dapat gelaran jugak nampaknya. Barulah adil..

Kalau Sultan Johor, Selangor atau Perak nak beri datuk kat aku, aku terima. Tapi kalau setakat Khalil Yaakub dari Melaka tu, aku cakap terima kasih ajelah. Malu kalau orang kata datuk dari Melaka. Datuk boleh beli..



03 Disember 2008

Aku dan telemarketer


Aku paling benci bila orang tak kenal call aku. Lepas tu sibuk jual barang. Ketika kita tengah sibuk, ketika itulah handphone berbunyi. ''Maaf Encik. Boleh bercakap dengan En Zul.'' Saya call dari bank.'' Saya nak jual insuran kemalangan.'' Saya nak ucap tahniah sebab no telefon encik telah terpilih untuk memenangi percutian seminggu.'' Boleh encik datang ke pejabat saya? ''Saya nak jual peluang kepada encik mengenai ternakan kambing dan lintah. '' Dah ramai orang yang untung encik. "Saya Hj Ibrahim dari persatuan bekas perajurit, nak kutip sumbangan encik". Sakit hati betul aku dengan orang2 camni..

Malam semalam kat program 360 di TV3 ada cerita tentang ramai orang yang tertipu dengan pelaburan2 putar alam sebegini. Melabur untuk menternak lintah, menternak kambing, pondok kiosk dan sebagainya. Ini kes berniaga jual air liur sahaja. Dengan bermodalkan telefon dan pujuk rayu serta kebolehan menipu, mereka call nombor secara rambang. Mana yang dah digelapkan dengan untung besar tanpa perlu kerja keras, itu yang paling mudah ditipu. Celaka punya bangsat. Bangsa sendiri pun nak ditipunya. Halalkah rezeki mereka dapat?

Aku jarang angkat telefon kalau no pelik2 yang call aku. Buang masa aje. Aku pernah marah satu perempuan nak jual kad kredit kat aku. Dia siap kata aku bodoh. Aku cakap senang aje. Biar kita bodoh tapi hidup tak menipu orang lain. Kau memang pandai; pandai menipu orang..

Aku sebagai Medical Student

Minggu lepas, DG KKM iaitu Ismail Merican ada buat statement menyatakan bahawa setiap satu bulan, ada 5 orang doktor mendapat sakit mental. Lepas tu saban hari ada aje yang beri pendapat tentang kehidupan sebagai pelajar perubatan, doktor, houseman, pakar dan semestinya sebagai manusia yang dibebani dengan tekanan berpanjangan.

Masa aku belajar dulu, Prof Deva dari Unit Sakit Jiwa ada cakap setiap seratus orang, mesti ada seorang yang akan mengalami masalah mental. Bermakna kalau kelas aku ada 200 orang, 2 orang pasti akan jadi orang giler punya. Itu realitinya. Dalam kelas aku, lebih 2 orang yang tak dapat sambung belajar. Tension, stress, depression lepas tu jadi psikotik. Malam2 bercakap dengan bulan..

Aku masuk medik atas kerelaan sendiri. Emak dan abah cuma cakap, kau nak ambik apa2 bidang pun itu terpulang kat kau. Yang penting kau belajar betul2 dan keluar nanti ada kerja yang menunggu. Lepas aku dapat keputusan SPM, aku memang nekad nak masuk UM. Dah dapat masuk UM, aku study sungguh2 sebab nak masuk medik. Nak rasa glamour jadi budak medik kononnya. Persaingan memang hebat sebab daripada kira2 450 student, hanya 100 sahaja yang terpilih untuk ke Fakulti Perubatan. Masa tu kawan2 rapat aku semua pulun habis. Ni jenis budak2 yang low profile dan tak hirau sangat dengan aktiviti2 sosial di asrama dan universiti. Dari 10 orang jiran2 satu tingkat, 6 orang dapat masuk Medik. Kalaulah masa tu aku aktif dalam sosial atau politik universiti, belajar memang bungkus punya.

Bila dah masuk medik, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Dua minggu pertama, kena orentasi dengan senior. Kena raging dan bully setiap hari. Budak2 melayu tak teruk sangat kena raging berbanding budak2 cina dan india. Kena jerit dan maki tanpa apa2 sebab dah lali sangat dah. Jalan tunduk bawah, tak boleh dongak, kemeja kancing sampai atas, bawak payung sana sini, kena beri salam setiap kali jumpa senior, dah jadi budaya sepanjang orentasi. Kalau dua minggu tu kita lepas, 5 tahun akan datang dan seterusnya rasanya tak jadi masalah. Tahun berikutnya, bila kes2 raging ni kecoh kat suratkhabar, benda2 ni semua diharamkan. Senior langsung tak dibenar kacau junior. Pergi kelas, pak guard tunggu didepan dan belakang kelas. Bila camtu, senior pun boikot. Nak tahu apa jadi? Exam first semester, 75% budak melayu gagal exam. Tahun berikutnya, universiti dah tak kisah. Jangan sampai ada yang mati sudah..

Semasa di tahun satu, hampir 24 jam dengan buku aje. Masuk bilik air bawak buku. Tidur pun bersama2 buku. Nanti ilmu boleh meresap kata Samril. Kita kelas tiap2 hari. 8 pagi- 5 petang. Cuti semester pun paling lama 2 minggu. Masa tahun satu, ada 3 subjek utama. Anatomi, Fisiologi dan Biokimia. Anatomi yang paling susah sekali sebab nak kena hafal dan ingat segala jenis otot, urat darah, urat saraf, tulang2 dan hampir semuanya dalam bahasa latin. Buku2 kalau yang dalam bahasa melayu memang janggal bunyinya. Kesana sini bawak buku atlas sambil mengingat nama2 pelik. Masa dissection, setiap 10 pelajar diberi satu mayat India yang telah direndam dalam formalin. Hari2 kena potong mayat tu ikut bahagian dan jadual. Kalau minggu tu bahagian dada, kita potong otot2 dada sambil melihat dan mengingat segala jenis otot, urat2 dan saraf yang lalu kat bahagian itu. Yang seronok masa periksalah. Kadang2 atas dulang diletaknya tangan manusia. Dibubuh satu bendera kat salah satu ototnya. Dan kita kena namakan otot tu dan nyatakan kegunaannya. Kadang2 kat atas dulang dibubuh satu tengkorak dan kita kena namakan lubang yang ada dan nyatakan urat apa yang lalu kat situ. Kalau kita tak ingat memang tak boleh nak tembak. Tu yang tension tu..

Subjek Fisiologi mengajar kita tentang fungsi sistem2 badan. Yang ni kena faham konsep, baru senang nak ingat. Setakat hafal buta aje memang tak boleh. Nasib baik ada buku2 bahasa melayu jadi ada senang sikit nak faham. Masa di lab, kena bedah katak, ikan, kucing dan selalunya tikus. Exam bahagian MCQ aka multiple choice question yang giler punya susah. Setiap satu soalan ada 5 pilihan jawapan. Setiap pilihan jawapan, kita kena jawab betul atau salah. Setiap jawapan betul dapat satu markah dan jawapan salah tolak satu markah. Maksudnya kalau ada 60 soalan, kita kena ada 300 jawapan. Kalau betul 150 tapi salah 150 maka kita dapat markah kosong. Masa tu kalau tiba2 jadi blank, memang menjerit sorang2 kat asrama. Rokok jangan ceritalah. Ezanee yang nerd tu pun pernah hisap rokok bila tension sangat.

Subjek ketiga Biokimia. Aku tak tahu kenapa aku boleh score subjek ini. Ianya lebih kepada apa yang berlaku dalam badan kita diperingkat sel seperti tindakbalas kimia semasa lapar atau kenyang, semasa naik gunung, semasa berlari dan sebagainya. Buku semua dalam bahasa Inggeris. Kawan2 yang bukan melayu pun asyik bercakap bahasa inggeris. Aku yang teruk inggeris, jadi seperti orang bisu. Nasib baik ada Samril dan Rusdi satu lab dengan aku. Sama2 bangang. Tapi alhamdulilah, berkat doa emak abah, aku lulus tahun satu tanpa masalah.

Masuk tahun 2, aku belajar perkara2 yang abnormal pulak. Subjek Pathology, Pharmacology, Medical Microbiology dan Parasitology semuanya kena ingat dan hafal benda2 baru yang lain sungguh dari tahun satu. Pathology merujuk kepada perubahan sistem badan bila kita sakit. Perubahan sel2 badan kita kaji dibawah mikroskop. Penyakit2 seperti kanser, serangan jantung, stroke kena faham dan ingat. Pharmacology pula berkaitan dengan ubat2an yang digunakan untuk merawat pesakit. Setiap satu ubat, kena ingat bagaimana ia bertindak, kesan2nya, kesan2 sampingan dan dosnya sekali. Medical microbiology pula belajar tentang kuman2 bacteria dan virus manakala parasitology belajar tentang parasit, cacing dan kuman2 yang lebih besar. Seronoknya subjek ini ialah hari2 main dengan taik. Letak taik bawah microskop dan cari telur cacing. Kalau darah, kena cari 'cincin' untuk confirm sakit malaria jenis apa. Semua subjek aku lulus tetapi part virus/bacteria aku kena VIVA. Viva maksudnya lepas exam kena drill ujian lisan depan lecturer. Macam temudugalah. Biasanya markah cukup2 makan aje iaitu sekitar 45-49/100. Kalau dapat impress lecturer tu, luluslah. Kalau tak, kena ambik exam balik masa kawan2 bercuti 2 minggu.. Itu namanya REFER. Kalau fail jugak, kena REPEAT satu tahun. Uhuk! uhuk!

Tahun 2 juga, kita mula diperkenalkan dengan pesakit dan ward. 2 minggu sekali, kita kena pakai white coat dan bawak stetoskop untuk melawat wad2. Masa tu kita diajar cara2 memeriksa pesakit atau istilah inggerisnya bedside manner. Lecturer yang bawak aku masa tu Prof Kannan namanya, consultant cardiologist tersohor di UM masa tu. La ni dia dah meninggal sebab sakit jantung. Dialah yang memperkenalkan aku dengan dunia perubatan yang sebenar bila dia asyik kutuk aku sebab aku tak pandai berbahasa Inggeris. Aku hampir give up sebab dia asyik cari kelemahan aku dan kalau calang2 orang, memang boleh dapat sakit mental. Demi emak abah, aku tabahkan hati dan cekalkan semangat. Kekuatan aku ialah semangat tapi kelemahan aku ialah bahasa inggeris aku. Lidah jawa hari2 makan kicap, memang susah nak cakap inggeris.

Tahun 3, kita lebih banyak habiskan masa di wad. Kuliah seminggu sekali aje iaitu setiap rabu. Hari2 lain ada tutorial, ward round, ward works, ada case presentation, ada case write up dan sebagainya. Maksudnya belajar bukan setakat baca buku di library aje. Kena belajar buat kerja2 kotor seperti ambik darah, buat ECG, buat septic workout, interview patient dan yang penting belajar serba sedikit untuk menjadi doktor yang baik. Doktor yang baik ialah yang prihatin terhadap pesakit, yang mengingati patient berdasarkan nama dan bukannya nombor katil.

Exam third year 30% adalah praktikal di wad manakala selebihnya teori di kelas. Yang susah bahagian praktikal iaitu ada long case dan short cases. Bahagian long case, kita diberi satu pesakit dan diberi tempoh satu jam untuk mengambil cerita dan memeriksa pesakit. Pesakit ini macam2. Kalau yang senang dapatlah kes senang seperti TB atau sakit jantung. Yang susah kalau jenis sakit jiwa. Memang pening nak merangka cerita. Lepas satu jam, 3 lecturer termasuk satu lecturer dari luarnegara akan mendengar cerita atau case presentation kita. Lepas tu dia soal teori untuk 20 minit sebelum mereka suruh kita demo kat mereka bagaimana kita memeriksa pesakit tu. Sebelum pergi exam, biasanya kita berdoa setiap hari supaya dapat kes2 yang mudah dan lecturer yang benign. Kalau kena lecturer yang susah seperti AlJafri memang confirmed kena refer punya. Biasanya, mereka nak tengok kita ini seorang yang boleh berfikir secara rasional, seorang doktor yang selamat dan prihatin kepada pesakit. Kalau kita punya teori dahsyat giler tapi takda bedside manner memang failed. Tapi kalau kita punya bedside manner bagus, teori 50-50 tapi selamat untuk jadi doktor, boleh lepas punya. Itulah aku..

Short cases ada 5 lecturer assess kita. Dalam satu jam, kita kena periksa 3 pesakit yang berlainan. Contohnya, 20 min pertama, kita kena check sistem jantung. 20 min kedua, kita dibawa untuk periksa pesakit yang lain , check perut dan 20 min yang akhir, disuruhnya observe satu kudis dikaki dan beri diagnosis. Itulah 1 jam yang paling singkat dalam hidup anda..Alhamdulilah, aku lulus tahun tiga tanpa masalah. Inggeris aku pun semakin baik dengan membaca suratkhabar the Star setiap hari..

Di tahun 3 juga aku kena hantar ke Balik Pulau, Pulau Pinang selama sebulan untuk Rural Health Service . Duduk diasrama Sek Vokasional Balik Pulau secara percuma . Bukannya belajar sangat pun. Kita lebih kepada health prevention seperti melawat loji sampah, loji air, klinik2 kesihatan, pencegahan malaria dan sebagainya.

Naik tahun empat, aku dah mula seronok nak jadi doktor. Hari2 kena ke wad, pakai white cot, dan jalan sana sini bawak stetoskop kat tangan. Masa inilah student2 nurse mula pandang kat kita. Pada tahun empat, kita kena buat minor posting seperti bedah mayat, dewan bedah, klinik mata, klinik telinga dan juga x-ray. Pada tahun ini juga ada district posting dimana aku kena hantar ke Hospital Banting selama sebulan untuk buat praktikal. Ada juga District Health Service dimana aku kena hantar ke Hospital Kulim selama 2 minggu untuk buat kajian. Segala2nya membosankan kecuali kita pandai membahagikan masa antara kerja dan bercuti. Tahun empat takda exam besar. Tahun berpoya2 dan enjoy sebelum naik final year.

Masuk tahun akhir, kita dah bersedia untuk jadi doktor. Dah kena on call, tidur kat wad, kerja hujung minggu dan sebagainya. Nurses kat wad jadikan kita kuli mereka. Ambik darah, pasang IVD, Pasang CBD, beri injection antibiotic, buat dressing, buat ECG, trace result, follow ward round. Bezanya gaji aje yang takda. Final exam mengandungi 30% teori dan 70% praktikal. Macam masa tahun 3 dulu, exam praktikallah yang paling mencabar sekali. Dalam 120 orang kelas aku, 10 orang sahabat aku kena extend 6 bulan sebab fail praktikal. Yang lainnya lulus MBBS (Malaya) termasuk aku. Selepas dapat tahu aku lulus, aku memang nekad tak nak sambung belajar lagi. Jadi doktor cabuk pun takpa. Aku dah tak sanggup bersengkang mata siang malam baca buku aje.

Dalam sibuk2 belajar, aku ada masa juga untuk enjoy and release tension. Aku dan geng aku seramai 7 orang( Jemie, Neil, Fatah, Muz, Ezanee, Jeri dan Man Cina= TNGs) sering jugak tengok wayang setiap hujung minggu, ronda2 shopping complex, lepak2 kat KFC, McD, Pizza Hut, Delifrance, dating kat tepi tasik atau Central Market dan yang seronoknya duduk bilik ramai2 main daun terup sambil jerit2 dan gelak2kan sapa yang kalah. Setahun sekali bila ada student2 baru sampai, kita raging dan bully mereka. Ingat bagus sangat ke jadi medical student ni? Sukan2 tak mainlah. Masa aku final year, aku ada bela kucing kat bilik. Carlos namanya. Itupun pengubat ketensionan aku kalau asyik kena marah dengan lecturer aje..apatahlagi bila gaduh dengan girlfriend. Lagilah tension.

Yang penting, sentiasa ingat Tuhan dan sembahyang. InsyaAllah, susah macamanapun belajar, segala2nya akan dipermudahkan..