Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Aku dan Hari Ini

Hari ini hari sabtu. Hari terakhir dibulan Januari 2009. Terlalu cepat masa berlalu. Aku dah tak larat dah nak melayan pesakit lagi. Jadiini aku kerja sekerat hari aje. Lepas tutup klinik, aku pergi bawak anak2 makan tengahari di Pizza Hut. Ramai pulak orang hari ini. Bila dah ramai, pizza pun rasa lain. Lebih banyak tepung berbanding topping. Pukul 2.30 baru sampai rumah.
Pukul 3.30 aku bawak anak2 lelaki aku ke pertandingan motosikal lasak di Indahpura. Sampai sana orang dah ramai tapi motosikal satu pun tak nampak. Tiba2 aku terdengar siren polis diikuti dengan deruan bunyi motosikal besar polis trafik, motosikal kapcai dan diakhiri dengan deretan kereta2 kerajaan. Rupa2nya ada majlis politik. Menteri Sukan ada datang rasmi majlis daa. Ini yang aku boring ni. Aku nak nak tengok motocross dan bukannya nak jumpa ahli2 politik. Menunggu aturcara majlis yang aku malas ni. Mula2 ada kompang, lepas tu ada tarian singa, lepas tu ada ucapan. Lepas tu upacara perasmian, upacara makan2.. S…

Aku dan Pembantu Rumah

Sepanjang hidupku, aku tak pernah ada pembantu rumah. Kerja2 rumah dan urusan2 mengemas rumah, wife aku yang uruskan. Aku dah biasa seperti ini sejak kahwin dulu. Masa aku kecik2 dulu pun, aku dah selalu tolong emak aku mengemas rumah. Aku belajar memasak pun sejak kecil lagi, iaitu sejak guna dapur kayu masa duduk kampung dulu. Membasuh baju kat parit, gosok baju guna stereka arang, angkat air dari kolam pun aku dah biasa sejak kecik2 dulu. Bermakna aku dah biasa hidup susah. Wife aku pun sama. Dia dah dibiasakan buat kerja2 rumah sejak kecik2 lagi. Jadi, tanpa ada pembantu rumah pun kami boleh hidup. Wife aku bab kerja2 rumah memang perfect. Kadang2 kesian tengok dia. Pukul 5 pagi dah bangun. Pukul 12 malam kadang2 belum tidur lagi. Kerja2 rumah dan kerja2 dari sekolah tak habis2.

Kami memang tak berhasrat nak cari pembantu rumah atau maid. Walau banyak manapun kerja2 di rumah, kami akan buat sama2. Anak2 pun dah makin besar. Dah boleh diharap sikit. Ainaa pun dah pandai gosok baju…

Aku dan Tahun Baru Cina 2009

Tahun baru cina tahun ini jatuh pada hari isnin. Bermakna aku dapat cuti panjang. Anak2 pulak cuti sekolah seminggu. 2 hari cuti umum, satu hari cuti peristiwa dan dua hari lagi cuti berganti. Hari sabtu lepas, ingat terpaksa tutup klinik sebab TNB ada hantar notis nak servis penjana kuasa. Aku dan staf dah plan nak tutup kedai dah tapi hari Khamis mereka hantar surat kata tak jadi pulak. Ramai yang komplen gaknya sebab almaklumlah nak raya. Karan lak takda satu hari. Camna nak buat persiapan? Bila jadi camtu, aku batalkan cuti. Staf klinik dah tarik muka dah. Kalau tidak, cuti 4 hari straight dan gaji jalan. Mana boleh jadi camtu? Ini tidak adil kepada majikan seperti aku! Dahlah gaji takda, kena bayar gaji staf pulak.

Hari sabtu, klinik aku meriah. Banyak klinik lain yang dah tutup. Pesakit2 dari luar kawasan pun datang ke klinik aku. Selain nak simpan ubat untuk ke outstation, ramai yang dari outstation datang ke klinik. Biasalah musim makan buah limau. Ramai yang demam dan sakit t…

Aku Kena Buat Post Mortem

Minggu ini disuratkhabar kecoh pasal satu penjenayah mati dalam tahanan polis di Selangor. Mamat ini dikatakan ahli satu sendiket curi kereta. Selepas dua minggu direman, mamat ini akhirnya dapat menunjukkan kepada polis satu kontena berisi 13 biji kereta curi yang akan diseludup ke luar negara. Nak jadi cerita, beliau mati semasa masih dalam tahanan reman. Aku tak nak buat spekulasi apa2 kerana secara logiknya, seorang lelaki muda tidak boleh mati secara tiba2 walaupun pemeriksaan post mortem menunjukkan dia ada penyakit paru2 berair.

Aku juga akan bertindak sama seperti ahli keluarga mamat ini jika ada sedara-mara aku yang tiba2 mati dalam tahanan polis. Walau sejahat mana pun, biarlah Tuhan dan hakim yang menghukum dan bukannya pihak polis. Bila sebut post mortem ni, ramai ingat mayat tu akan dicincang dan dibelah sana sini. Sebab tu bila sebut nak kena buat post mortem je, ahli keluarga semua membantah. Mereka ingat doktor saja suka2 potong orang. Biasanya hanya kes2 kemalangan, m…

Aku dan Minggu Ini

Seminggu ini sana sini orang mengeluh. Bisnes kurang bagus, ekonomi semakin gawat. Harga barang masih tak turun2 walaupun harga minyak dah turun ke 38 dollar setong. Patient di klinik walaupun masih maintain tapi cash income nampak berkurangan. Hampir 90% patient2 panel. Bermakna duitnya tak nampak. Nampak nombor dalam akaun sahaja. Tunggu income masuk selepas 3 bulan. Itupun kalau kilang2 tu tak tutuplah.
Semalam perlantikan Barrack Obama sebagai Presiden ke 44 Amerika Syarikat. Buat sementara waktu Israel berhenti sekejap mengganas di Gaza. Itupun selepas merobohkan kira2 4000 buah rumah, membunuh 1200 rakyat Palestin, memusnahkan hospital, sekolah, masjid dan dijangkakan kerugian lebih 3.5 billion dollar. Kita tunggu bagaimana Obama memulihkan keadaan. Harap2 dasar luar Amerika termasuk layanan terhadap umat Islam akan berubah.
Semalam juga menyaksikan wang bukanlah segala2nya. Kaka menolak tawaran 243 juta pound untuk berpindah ke Manchester City. Merah muka billionaire2 Arab bi…

Aku dan Asam Garam Seorang Doktor

Jadi doktor ni aku jumpa ramai orang. Pelbagai2 ragam manusia aku jumpa. Macam2 hal. Kadang2 pening kepala memikirkannya. Yang menyebabkan sakit hati ramai. Yang menyebabkan gelihati pun ramai. Cerita2 berikut adalah sebahagian asam garam hidupku sebagai seorang doktor.
Patient 1 Seumur hidup aku, aku juga pernah dimaki hamun dengan patient. Nak kata tak berpelajaran, mengajar sekolah menengah. Nak kata tak tahu adat, bangsa melayu. Mungkin ada masalah jiwa kot. Begini ceritanya..
Pada satu malam, seperti biasa klinik aku penuh sesak. Tapi malam itu ramai yang bermasalah cari aku. Ramai yang menunggu aku waktu itu. Sekitar 10 orang rasanya. Pada aku masa menunggu sekitar 30 minit adatlah kan. Cuba pergi ke hospital kerajaan malam2 begini. Kalau tak 3 jam menunggu memang tak sahlah. Itupun jumpa Medical Assistant atau Staff Nurse je. Dalam aku sibuk2 melayan pesakit aku, famili aku termasuk emak dan adik-beradik aku 3 orang datang bawa bapak aku. Dia demam sampai menggigil2. Jadi mere…

Aku dan Kereta Baru?

Update: Petang Sabtu lepas, aku bawak kereta aku untuk alignment dan balancing. Absorber depan kena tukar satu set sebab dah leaking. Selepas 2 jam dan dua tiga kali naik turun, baru siap. Pagi Ahad, aku cuci kereta aku. Siap dengan vacum dan polish sekali. Petang Ahad aku bawak kat highway. Alhamdulilah, 120km/j pun steady. Stereng dah tak goyang dah. Nampaknya takda harapan nak tukar kereta baru dalam tempoh terdekat ini. Lagipun hutang bank banyak lagi. Kalau aku trade-in pun, kena bayar kat bank lagi. Kepada yang beri cadangan, diucapkan terima kasihlah. Aku dah tua pun. Mana layak pakai kereta orang2 muda..
2-3 hari ini, kereta aku asyik buat hal aje. Macam2 bunyi aku dengar sana-sini. Sakit telinga aku. Padahal kereta tu baru 3 tahun pakai. Cermin tingkat kiri depan dah tak boleh turun, central-locked pun dah tak boleh pakai. Performance jangan tanyalah. Minyak tekan habis pun, meter tak lebih 100km/j. Kalau kat highway, bawak seratus dah bergegar stereng. Bukannya nak kutuk bua…

Aku dan Minggu Ini

Sekejap aje dah hari Jumaat. Rasanya minggu ini aku sibuk betul. Tengah musim demam dan selsema. Menurut orang2 Cina, sebelum tahun baru ini ada perubahan angin moonsoon. Tapi memang betul. walaupun cuaca panas, tapi angin yang bertiup terasa sejuk betul.Tu yang ramai yang demam tu. Nasib baik aku sihat lagi. Wife aku dah mula kena demam dan selsema. Minggu ini dia busy sikit sebab nak distribute buku2 kat budak2 darjah satu. Lepas tu ada mesyuarat macam2. Pukul 11 malam pun kerja tak habis lagi. Kesian betul aku tengok. GPK biasalah. Cikgu2 yang senior dapat kerja banyak. Cikgu2 baru dapat kerja yang mudah2. Apatahlagi bila wife aku dah habis belajar. Konon dah ada degree. Lagi banyak kerja dibuatnya.
Anak sulung aku tahun ini ambik UPSR. Kelas tambahan dah mula dah setiap petang. Habis sekolah makan lebih kurang, pukul 1.15 kena ke kelas tambahan pulak sampai pukul 2.30. Nanti pukul 3.30 ke sekolah ugama pulak. Sampai rumah dah kepenatan. Tapi sempat lagi mengaji dan sembahyang ta…

Aku dan Kes-Kes Medikolegal

Aku paling benci handle kes2 medikolegal. Kes2 medikolegal adalah kes2 yang melibatkan polis, peguam, mahkamah, laporan perubatan dan paling utama banyak membuang masa aku. Masa aku kerja di unit kecemasan HSAJB dulu, saban minggu ada aje Star Case dirujuk kepada aku. Biasanya kes2 jenayah rogol melibatkan gadis2 bawah umur. Kalau usia bawah 18 tahun senang. Masukkan aje ke wad Gynae. Tapi kalau dah lebih 18 tahun, aku yang kena buat semua. Borang bukan main banyak nak isi. Part ambik history yang boring. Kena tanya soalan2 yang bodoh2. Lepas tu examine, lepas tu kena dokumenkan, lepas tu kena ambik sampel. Lepas 2 minggu kena siapkan pulak laporan perubatan. Lepas tu aku lupa kes itu. Selepas 4-5 tahun, barulah dapat sepina suruh beri keterangan di mahkamah.

Rasanya lebih 30 kes aku handle sepanjang 6 bulan di unit kecemasan tapi tak satu pun yang berjaya dibicarakan. Aku pernah beberapa kali ke mahkamah untuk bicara tapi setiap kali aku pergi, kes mesti kena tangguh punya. Hakim cu…

Aku dan hujung minggu

Hari sabtu kelmarin, aku kerja macam biasa. Cuaca mendung jadi patient pun kurang. Pukul 5 aku dah tutup kedai. Lepas maghrib, aku bawak famili shopping barang2 dapur kat Econsave yang baru bukak di Senai. Jalan tak jem. Tempat parking pun banyak. Rasanya semua ada. Dari barang2 kering ke barang2 basah. Harga barang2 kering ada nampak sikit penurunannya. Sos Tiram biasanya 4.70, dah turun ke 4.40. Makanan kucing Whiskas 34.90 dah turun ke 31.90. Tapi harga ikan memang mahal. Musim tengkujuh gaknya. Sotong sekilo 15.90. Ikan takda yang bawah 5.00 sekilo. Seronoknya beli kat Econsave, semua barang kita pilih sendiri, lepas tu pergi timbang. Harga boleh tahan cuma tak boleh tawar harga lagi dah. Pilih punya pilih, penuh jugak satu troli. Kaunter nak bayar lebih dari sepuluh. Semuanya bukak. Jadi tak payah nak beratur panjang.

Pukul 9.30 baru nak balik. Singgah makan Nasi Goreng Cina kat Restoran Azlan di Saleng. Dah lama aku tak makan kat situ. Decorationnya dah cantik dah. Layanannya ce…

Aku di Unit Urologi

Selepas 6 bulan di Unit Kecemasan, aku telah diarahkan pindah ke Unit Urologi atau bahasa kasarnya sebagai tukang paip. Mana2 patient dalam hospital yang tak boleh kencing sama ada lelaki ke perempuan, kanak2 ke dewasa, mereka semua akan di rujuk ke unit ini. Aku ibarat jadi plumber bergerak. Ke sana sini dengan peralatanku untuk membetulkan paip2 yang tersumbat.

Unit ini kecik sahaja sebenarnya. Ia adalah subspecialised Unit Pembedahan. Di unit ini cuma ada 3 consultant termasuk 1 tengah training( Mr Saw, Mr Lee dan Mr Yoong ) dan 2 MO termasuk aku. Wad aku menumpang di unit pembedahan dan klinik aku juga menumpang di unit bedah juga. Yang tak bagusnya, aku takda HO bawah aku dan kerja2 pakar, banyak yang aku tak boleh nak buat. Maka kerja2 kuli aku kena buat segala2nya. Kalau ada unit lain refer kes, aku yang kena pergi tengok dulu. Kalau nurse kat wad ada masalah dengan patient, aku yang dicari dulu. Semuanya aku, aku dan aku.

Kalau kakitangan kerajaan lain, waktu kerja mula 8 pag…

Aku dan karenah hospital kerajaan

"Bureaucracy is an art of making the possible impossible"

Berurusan di pejabat2 kerajaan merupakan perkara yang paling aku benci sekali. Aku nak beri contoh tentang perihal susahnya nak buat medical check up di hospital2 kerajaan. Sepanjang hidup aku, dah lebih 3 kali aku buat medical check up. Mula2 masa nak masuk asrama Sains Johor. Lepas tu masuk Asasi Sains, lepas tu masuk Medik dan yang terakhir masa aku nak kerja kerajaan.
Masa nak masuk tingkatan 4, aku kena buat medical check up termasuk x-ray. Bapak aku bawak aku ke Hospital Kota Tinggi. Check biasalah. Berat, tinggi, urine, mata, x-ray dan akhir sekali baru jumpa doktor. Doktor bukan check apa pun. Letak stetoskop kat dada dan lepas tu dia sain. Tapi sekerat hari jugak menunggu dan kena ke sana sini untuk buat pemeriksaan. Check berat dan tinggi bilik lain, check mata bilik lain, check urine kena ke lab, x ray kena ke bilik x-ray dan akhir sekali barulah dapat jumpa doktor.
Masa nak masuk Asasi Sains, arwah pakcik…

Aku dan diari lama

Masa aku belajar dulu, aku rajin tulis diari. Aku memang kurang bercakap. Kadang2 benda2 yang aku patut cakap aku simpan je dalam hati. Kalau tension je, aku tulis dalam diari. Kalau aku bengang dengan seseorang aku tulis dalam diari. Kalau aku tak boleh study, aku tulis diari. Kalau girlfriend tak contact, aku tulis surat. Macam mat jiwang gitu..
Minggu lepas aku terjumpa diari aku masa aku study kat KL dulu. Bermula daripada Oktober 1995 ( masa tu aku 4th year ) sampailah masa aku buat HO di Hospital Muar. Bila baca balik kan, rasa kelakar pun ya; rasa sedih pun ya. Masa2 itu kalau boleh diulang kembali alangkah seronoknya terutama part melepak2 dengan kawan2. Walaupun duit takda, tapi hidup meriah dengan kawan2. Berikut aku salin balik part2 yang pada aku rasa aku nak simpan sebagai memori kenangan indah. Kita flashback ke tahun 1995 sekarang.
4 Januari 1996
Hari ini pagi2 lagi aku dah ke wad. Saja nak follow service round. Ha ha ha! MCHoh dah takda. Diganti dengan CCChua. Pagi2 la…

Aku dan Fatahul Laham

Fatahul Laham Tragedi bermula di suatu hari Kita ke parti untuk makan free Hadir bersama seorang bidadari Tiba-tiba kau dihanyutkan Badai cinta tak lagi terlawan Engkau hanyut dalam godaan Malangnya kandas separuh jalan Fatahul Laham Kita bersama-sama menyertai TNG Bersama-sama Ku Pa janji dimenterai Tapi walaupun janji tinggal janji Namun TNG kekal teguh berdiri Walaupun ramai yang mengapi-api Fatahul Laham Kini engkau tak lagi lupa diri Kaki berpijak teguh di bumi Ada awek kelate comel sekali Tapi pelajaran dan kawan tidak dilupai Malah terus menabur bakti Presiden asrama paling terpuji Fatahul Laham Aku tahu kau anak kesayangan Bagai minyak penuh engkau ditatang Janganlah nanti lupa daratan Bila kekayaan mula mendatang Fatahul Laham Andainya satu hari nanti Jawatan Perdana Menteri engkau sandangi janganlah lupa aku di sini Saham dan tanah bahagi-bahagikan Untuk kawan-kawan yang mendorong dari belakang

Aku dan Ku Pa

Ku Pa Ampun tuanku beribu2 ampun Sembah patik harap diampun Adapun tujuan patik sekadar memohon Menghilangkan kebosanan dan kerunsingan Menunggu exam yang rasanya Seolah-olah menyebelahi kita Apalah nasib kita diberi nama Digolongkan dikalangan orang2 terkemudian Semoga itu ada hikmahnya Walaupun kita menjadi tidak bersedia Alpa dengan keseronokan orang lain Yang telah mendahului kita Ku Pa Aku hampir melupakan Akan motor buruk SUZUKI engkau Yang bunyinya seperti halilintar Tapi derasnya tidak seperti kilat Aku juga hampir melupakan Motor RXZ engkau Yang jarang berkilat Dan asap serombong kapal Dan kereta FORD engkau Yang dilanggar divider Langsung hilang entah kemana Tapi aku takkan melupakan Segala jasa baik engkau segala ilmu yang telah engkau curahkan Segala wang yang engkau telah belanjakan Dan usaha engkau menubuhkan TNG Untuk selama-lamanya Ku Pa Persahabatan bukan diukur dengan paras rupa Atau betapa muscular tubuh badan kita Atau lebatnya bulu kaki kita Tidak juga dengan betapa lebat rambut dikepala
p.s Teng…

Aku dan Azman

Azman Persahabatan kita bermula Selepas first MBBS Selepas engkau dan Jemie Terlibat dalam satu kemalangan jalan raya Untuk kali yang keduanya Di Bukit Angkasa, Blok C, Blok A, Malah di B100 Kita kekal berjiran Engkaulah jiran paling generous Memberi pinjam apa yang ada Meminjam apa yang tiada Tapi kadang2 aku terover Sampai engkau enggan bertegur sapa Menghukum aku dalam dilemma Bilakah persahabatan akan pulih seperti biasa Azman Sarawak dan Johor tidaklah jauh mana Hanya Laut China Selatan memisahkannya Apa salahnya mengirim berita Bila engkau telah bersedia Untuk menimang cahaya mata Atau untuk kahwin kali yang kedua Atau sekadar suka-suka Bertanya khabar bertukar cerita Azman Terima kasih atas segalanya Pizza Hut, McD, A&W, Satay Ria Bukanlah jadi pengukur Mahal atau bernilainya Harga sebuah persahabatan

Aku dan Ezanee

Ezanee Lapan kosong enam belas Di Taman Bukit Angkasa Pasti akan menjadi tugu peringatan Detik permulaan persahabatan kita Ezanee Walaupun kurusmu mengalahkan Neil Amri Tapi kepalamu penuh berisi Hal2 komputer dan elektronik dihujung jari Seperti robot engkau beroperasi Ezanee Antara ramai-ramai ahli TNG Engkaulah paling sukar difahami Duduk bilik mengurung diri Mengenang Shima atau study Hanya Tuhan Maha Mengetahui Ezanee Aku mengkagumimu Kegigihanmu meyakinkanku Bahawa bangsa melayu juga boleh maju Andai terus mencuba Dan terus berusaha Ezanee Genius dan Generousmu menawan hati MS Student Nurse juga kerani Malah patient pun menaruh hati Hatimu cuba-cuba dimiliki Tapi Shima sudah melekat dihati Ezanee Andai engkau telah berkahwin nanti Mungkin di Muar menghambakan diri Janganlah lupa segala diari Sewaktu engkau bersama TNG.

Aku dan Jemie

Jemie, Ingatkah engkau pada kasut JAZZ kelabu engkau, Bersama tali kuning floresentnya, Yang hilang dicuri orang, Di masjid UKM pada 1993? Itulah yang mengingatkan aku, Detik permulaan mengenali engkau. Jemie, Tujuh tahun kita bersama, Sampai ada yang mula curiga, Adakah kita berkelakuan luarbiasa. Lima tahun kita berusaha, Bersusah payah untuk title doktor, Yang kononnya boleh memberi kekayaan Dalam sekelip mata, Rupa-rupanya dusta fitnah belaka. Apakan daya, Mungkin inilah nasib hidup kita, Menjadi kuli pembela bangsa. Jemie, Ingatkah engkau pada kasut DIADORA putih engkau, Yang hilang sebelah masa kita berasak-asak, Untuk mendapat tiket percuma, Bagi Konsert malam tahun baru 1991? Itulah yang mengingatkan aku, Dan betapa bangganya aku, Mempunyai seorang sahabat, Sehati sejiwa, Setulus kata, Seperti engkau. Jemie, Janganlah kejayaan Memperolehi title MBBS Memisahkan kita, Kerana detik persahabatan kita, Kekal selama-lamanya.
Sajak ini aku tulis sekitar Mei 1996 untuk dimuatkan dalam buku autograph kelas UMMedic 1991…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Semalam aku dapat satu kes paling pelik. Ada satu perempuan dia register untuk adik dia. Dia cakap adik dia sakit chicken pox sejak semalam. Emak dia tak kasi adik dia tu keluar rumah sebab sakit chicken pox. Emak dia dah ubatkan dia cara tradisional. Tapi masih demam, gatal2 dan tak lalu makan. Aku cakap apa pasal tak bawa ke klinik? Emak dia tak kasi katanya. Ubat2 moden pun dia tak nak. Dia cuma nak ambik MC untuk adik dia. Mula semalam dan sampai baik katanya.
Menurut undang2 ini negeri, aku tak boleh beri MC tanpa melihat pesakit. Aku juga tak boleh tulis MC untuk hari2 yang dah lepas. Aku juga tak pernah kenal pesakit ini sebab inilah pertama kali dia datang ke klinik aku. Aku risaukan sebab adik dia dah 25 tahun. Mengikut pengalaman doktor cabuk macam aku ni, kalau kena chicken pox waktu usia sebegini memang teruk. Dia kena makan antibiotik. Tapi perempuan ni tak nak dengar cakap aku. Dia nak MC sahaja. Kalaulah adik dia mati ke, kritikal ke, sapa nak jawap nanti? Dalam zaman …

Aku dan Zaman Persekolahanku

Esok 5hb. Hari pertama sessi persekolahan untuk tahun 2009. Tahun ini ketiga2 anak aku masih di sekolah rendah. Erin naik darjah 6, Ainaa naik darjah 3 dan Ameel naik darjah 2. 3 anak bermakna semuanya kena kali 3. Beli beg kena 3 ( kali 2 untuk sekolah ugama), kasut sekolah kena 6 pasang, baju dan seluar kena 3 pasang seorang. Rasanya jumlah perbelanjaan semuanya dekat seribu ringgit. Kasut sepasang dah 30.00, baju sekolah 30.00 sepasang, seluar kira lain harga. Beg sekolah pun paling kurang 50.00. Memang segala2nya mahal. Pencil color Stabilo pun dah 17.90. Beli yang murah boleh tapi warnanya tak terang dan mudah patah.

Erin kabarnya naik pangkat jadi ketua murid/pengawas. Ainaa dilantik jadi pengawas dan Ameel rasanya dapat jadi ketua kelas. Itu aku tak kisah. Yang penting pelajaran tak dilupakan. Alhamdulilah, tahun lepas anak2ku semua dapat nombor satu. Harap2 tahun ini kekal. Lagipun hujung tahun Erin akan ambik UPSR. Lagilah mengharap untuk dapat 5A. Zaman sekarang kalau tak d…

Aku dan penyewa rumahku

Aku ada sebuah rumah. Aku beli kira2 8 tahun dulu masa masih kerja dengan kerajaan. Rumah tu aku dah siap renovate. Memang cadang nak duduk lama kat situ. Aku dah pasang awning depan, tukar pagar kayu, tukar gate ke wrought iron, mosekkan lantai depan, pasang kornis. Cat pun warna-warni mengikut taste sendiri. Dapur pun aku dah besarkan. Kabinet dapur kayu nyatoh lagi. Langsung takda niat nak beli rumah lain. Entah kenapa, selepas 2 tahun aku dan wife dah mula rasa tak seronok duduk kat situ. Satu, jiran2 yang kurang menyenangkan. Dua, suasana yang riuh rendah dan tiga, aku nak kawasan untuk bercucuk tanam.
Maka, bila dapat rezeki lebih sedikit, aku pun berpindahlah ke rumah sekarang. Tak sampai 2 bulan rumah tu aku kosongkan, dah ada yang bertanya untuk menyewa. First come first serve. Penyewa aku seorang yang berkeluarga. Kerja kilang. Supervisor. Anak dua dan isteri tak bekerja. Tahun yang pertama segala-galanya perfect. Setiap satu hb mesti dah hantar duit sewa. Masuk bulan ke 16…

Aku dan Afamosa Melaka (part 2)

Hari kedua di Melaka bermula jam 9.30 pagi. Masing-masing bangun lewat. Sepatutnya ada breakfast free kat Chinese Restaurant sebelah Cowboy Town tapi wife was-was tentang halal haramnya. Jadi breakfast kat bilik aje. Makan roti dengan kaya sahaja. Pukul 11.00, aku check out dan terus ke padang permainan. Aku perhatikan banyak betul kereta berpusu-pusu nak ke Waterpark. Di padang permainan ada tempat main paintball, main go-kart, memanah dan menunggang kuda. Nak naik kapal terbang pun ada disediakan. Cuma sediakan wang sahaja. Naik mini go kart RM50.00 untuk 10 pusingan kecil, memanah RM15.00 untuk 15 anak panah, menunggang kuda RM10.00 untuk 2 pusingan. Aku beri peluang anak2 untuk main semua itu. Duit tak jadi hal. Masa kat situ, aku jumpa satu famili. Dia patah balik dari Waterpark sebab ramai sangat orang. Tak boleh nak masuk katanya.
Kira-kira jam 1.00 tengahari, aku meninggalkan Afamosa. Sampai di satu kampung sebelum masuk ke Highway, aku berhenti sekejap kat kedai jual cender…