Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Februari 2010

Aku dan Neil Amri

Neil
Kali pertama melihat engkau
Di makmal Sains Tiga
Membuat ujikaji kimia bersama
Dengan jeans carik
Dan t-shirt rugby
Engkau tak nak pun menyapa
Ataupun memandang muka
Konon consentrate dengan kerja
Ataupun sengaja tak nak pandang
Maklumlah aku hanya group C3
Neil
Di Pantai Dalam kita dipertemukan
Dalam konflik cinta tiga segi
Dan kawan makan kawan
Aku sekadar menjadi pemerhati
Demi mengharap sepinggan nasi
Bersama-sama Jemie
Neil
Second year mempertemukan kita
Bila engkau kehilangan punca
Kosongkan rumah tuanrumah meminta
Kawan-kawan lari ke Ibnu Sina
Tapi kau lari kerumah kami
Dan dengan free kau ditemani
Sebelum kita sama-sama lari
Neil
Rupa-rupanya kau budak KIK
Tak padan kurus macam cicak kobin
Ingin menakluki dunia artis
Namun begitu aku mengkagumimu
Ibubapa dan adik-beradikmu
Kerana semuanya berjaya seperti kamu
Neil
Bila lagi dapat minum air lychee
Bila lagi dapat makan KFC
Bila lagi nak dapat hadiah babi
Kerana selepas ini
Aku di selatan dan kau di sini
Pasti jumpa sekali sekali
Neil
Terima kasih daun keladi
Umur panjang jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan