Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Aku dan Alahai Drama Melayu

Aku bukan anti dengan drama2 melayu kat tv. Tapi setiap kali aku tertengok drama2 melayu ni, ceritanya lebih kurang sama sahaja. Pelakon2nya pun lebih kurang sama sahaja. Baik tengok Discovery Channel, lagi baik. Tapi kadang2 terpaksalah tengok bila wife yang pegang remote control. La ni setiap malam, wife aku tengah syiok tengok cerita Rozanna lakonan Rosyam Noor, Datuk Rahim Razali dan perempuannya; aku tak ingat namanya. Ala yang kahwin lari dengan footballer tu.
Drama melayu tak lari daripada 3 topik utama. Satu, berebut harta. Dua, berebut perempuan dan tiga, berebut tender. Pusing2 macamanapun mesti berbalik kepada 3 isu ini. Kadang2 aku dah boleh agak ending cerita dia. Dah boleh jadi pengarah kata wife aku. Satu lagi, iklan punyalah banyak. Slot cuma setengah jam, iklannya setiap 5 minit. Sekarang ni, tengah wabak cerita2 seram. Balik2 hantu, pontianak, toyol, saka, santau, jin dan benda2 tahyul diperbesar2kan. Naik muak aku tengok. Bangsa lain sibuk maju ke depan,kita masih…

Aku dan Nasib Ikan Peliharaanku

Hari ini hari yang sedih bagiku. 7 daripada 28 ekor ikan koi yang aku bela semenjak 5 tahun yang lalu mati hari ini. Semuanya salahku. Minggu ini hujan turun hampir setiap hari. Biasanya aku check air kat kolam tu. Setiap kali hujan aku buang air yang berlebihan. Tapi minggu ini aku sibuk sikit. Tak sempat nak ambik kisah pasal air kolam tu. Pagi tadi aku tengok 4 ekor ikan yang besar2 dah terapung2 dah.

Bila hari hujan, air dari bumbung terus masuk ke kolam. Bila air penuh, filter dah tak berfungsi jadi kotoran semua masuk balik ke dalam kolam. Tu yang jadi jangkitan kat ikan2 aku tu. Pagi tadi aku masuk klinik hampir pukul 10. Termenung tepi kolam tengok ikan2 aku dah tak cergas dah. Kat klinik pun takda mood nak cakap banyak2 dengan patient. Tengahari tadi aku belikan ubat untuk ikan2 aku. Tauke ikan suruh ikut sukatan tapi aku bubuh double dose.

Petang tadi 3 ekor lagi mati. Tapi yang lain2 nampak lebih cergas dah. Arowana, Kaloi, patin hitam dan ikan emas aku tengok biasa sahaja…

Aku dan Festival Layang Layang Pasir Gudang 2009

Diam tak diam dah 14 tahun festival layang layang ini berlangsung. Tapi baru dua kali aku pergi. Kali pertama kira2 10 tahun yang lalu. Lepas tu aku dah malas nak pergi sebab aku tak suka tempat2 orang ramai sangat dan cuacanya pun panas terik. Tahun ini aku memang tunggu2 kedatangannya sebab nak test kamera DSLR aku. Aku dah janji dengan Ezanee nak pergi sama2 tapi dia ada hal lain disaat-saat akhir. Terpaksalah aku pergi sendiri nampaknya.

Kali pertama aku pergi dulu, layang-layang yang besar2 dan pelik2 semua ada diangkasa. Berjenis2 dan berwarna-warni. Angin memang sangat sesuai untuk menerbangkan layang2 masa tu. Tak kira apa jenis pun. Tapi pengalaman kali ke dua ini mungkin membuatkan aku serik untuk kembali lagi tahun depan. Tak tahulah kalau ada beli lensa baru, mungkin aku akan datang balik.

Aku tiba ditapak festival kira2 jam 12 tengahari. Orang memanglah ramai tapi segala2nya kelihatan teratur. Mereka bagi kita parking kereta ditepi padang atau dibawah pokok. Wife aku siap…

Aku dan Tanda-Tanda Gawat

Antara tanda2 ekonomi negara makin gawat:

1. Ramai orang mula berniaga kecil2an di tepi2 jalan. Aku perhatikan, disetiap simpang ada aje orang mula berniaga; jual kuih, jual air, jual burger,jual jajan...
2. Klinik dan hospital kerajaan makin sesak manakala klinik aku agak lengang.
3. Kalau nak pegi shopping kat kompleks membeli-belah, jangan risau pasal parking. Banyak ruang kosong walaupun waktu peak-hour.
4. Hampir setiap batang pokok sepanjang perjalanan aku ke klinik, dah dipenuhi dengan iklan2 pinjaman peribadi. Poster2 dan bunting pinjaman along makin besar dan warna warni, mereka makin berani dan daring nampaknya.
5. Saban hari ada aje penjenayah yang ditembak mati disana sini. Kes2 jenayah ragut, rompak, pecah rumah makin meningkat.
6. Patient datang klinik mintak ubat2 yang biasa sahaja. Dah takda yang mintak antibiotik power2, mintak ubat nak cepat baik, mintak vitamin. Setakat ubat demam dan sakit kepala cukup dah.
7. Jualan ubat2 kurus dan multivitamin berkurangan manaka…

Aku dan Cerita Politik Semasa

Ketika dunia sedang sibuk mencari jalan untuk mengurangkan kesan kelembapan ekonomi, kita di Malaysia pula sibuk dengan sandiwara politik yang tidak berpenghujung. Bulan depan ada 2 pilihanraya kecil iaitu di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Mungkin ada satu lagi iaitu di Bukit Lanjan. 3 bukit menjadi pertaruhan siapa yang akan menang. Khabarnya pihak polis telah membelanjakan 15 juta ringggit duit rakyat untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan lepas. Itu baru polis, yang lain2 macamana pulak? Ternyata Sultan Perak memang bijak sebab tak benarkan DUN Perak dibubarkan. Dia tak nak bazirkan duit rakyat. Kalau buat pilihanraya baru, entah berapa bilion duit rakyat akan dibazirkan begitu sahaja. Masa yang patut digunakan untuk membangunkan negeri, habis dipersiakan untuk berkempen memenangkan diri.
Politik Malaysia kebelakangan ini memang gawat. Anwar Ibrahim dan Najib Razak yang berperang nak jadi PM baru,ekonomi negara jadi tunggang langgang. Rakyat jelata sibuk dengan kes2 tak…

Aku dan posting ke 100

1. Diam tak diam, ini dah masuk posting aku yang ke 100 dalam blog ini dalam tempoh 5 bulan. Rajin jugak aku menulis rupanya.
2. Aku tulis apa sahaja yang terlintas difikiranku dan apa yang aku alami ketika itu. Menulis pengalaman lalu lebih mudah daripada mengarang cerita.
3. Aku menulis untuk diriku sahaja. Ada yang membacanya atau tidak itu tak kisah. Mungkin satu hari nanti ada orang yang akan membukukan atau memfilemkan kisah hidupku ini, siapa tahu..
4. Selain menulis, kadang2 kalau boring, aku baca balik apa yang aku tulis. Hilang sikit keboringan. Asyik baca blog orang boring jugak.
5. Semalam kunci pintu klinik aku jammed. Pukul 10, tukang kunci baru sampai. 15 minit baru boleh bukak. Upah buka 60 ringgit. Tukar kunci baru 150.00. Senang betul orang ada kepakaran buat duit ya?
6. Semalam aku kena uruskan anak2. Wife kena mesyuarat pengurusan buku teks di Bandar Tenggara. Tengahari kena uruskan anak2 ke sekolah ugama. Petang kena ambik balik sekolah ugama. Lepas tu ambik Erin balik…

Aku dan Hari Keluarga Kelab Sukan TSMTI

Keratan akhbar menjadi saksi kejayaan terbesar aku semasa menjawat jawatan kerajaan di hospital. Sepanjang 5 tahun lebih aku bekerja di hospital ini, aku aktif dalam kerja2 luar waktu pejabat terutamanya selepas dilantik secara automatik menjadi pengerusi kelab sukan kakitangan hospital. Walaupun banyak sangat halangan dan karenah birokrasi yang aku hadapi, aku tabahkan hati dan redah sahaja. Halangan-halangan seperti kekurangan dana, halangan untuk mengumpul dana, kesibukan menjalankan tugas2 rutin hospital dan kurangnya kerjasama daripada staf yang lebih berpangkat dan senior; gagal mematahkan semangatku. Sokongan beberapa staf yang jadi AJK kuatku yang memberiku semangat untuk meneruskan setiap projek. Kak Huda, Azmi, Razip, Aziz dan beberapa orang yang lain teguh berdiri dibelakangku walaupun ramai yang memandang sinis usaha2 kami.
Bukan nak berbangga, tapi dengan kehadiran aku di hospital ini, aku berjaya membuat Family Day hampir setiap tahun, Pertandingan karaoke tertutup dan …

Aku dan Minggu Ini

Entah kenapa minggu ini aku sibuk sangat. Klinik penuh pagi, petang dan malam. Patient2 baru pun ramai. Mungkin cuaca yang panas sekarang menyebabkan ramai demam dan sakit tekak. Sebelah pagi 30 orang, petang 20 orang dan malam 20 orang. Kalau tiap2 hari camni, boleh pengsan aku dibuatnya. Rasanya banyak lagi klinik lain dekat area aku tapi klinik aku yang mereka cari. Tunggu satu jam pun takpa. Aku datang lambat pun mereka tunggu. Kadang2 bila dah penat sangat aku mohon supaya patient tak datang klinik aku. Kadang2 bila bangun pagi, terasa malas sangat nak pergi kerja. Malam pun sama. Rasa nak sambung tidur seterusnya tapi mengenangkan aku perlu memberi perkhidmatan kepada patient2 aku, aku gagahkan jugak. Bukan duit yang aku kejarkan tapi kepuasan diri yang lebih penting. Kan dulu niat dihati jadi doktor sebab nak berbakti kepada masyarakat kan? Itu yang kena tunaikan. Kalau niat hati jadi doktor nak cepat kaya, macam2 perkara aku boleh buat. Jual MC, jual ubat tidur, pasang locum …

Kalau Aku Tension

10 cara untuk membebaskan diri daripada tekanan. Ini fakta yang aku ambil daripada majalah SDK keluaran Mac 2009. 1. Ketawa. Ketawa boleh memperbaiki aliran darah dalam hati meskipun hanya 15 minit dilakukan. Berjalan juga boleh membantu. Sebelum tidur, kurangkan tekanan dengan minum susu yang dicampur dengan serbuk kayu manis dan madu (?) 2. Menderma darah menjadikan tubuh lebih sihat. 3. Kehidupan ceria. Luangkan masa bersama keluarga dan teman-teman serta lakukan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan. 4. Posisi tidur. Tidur dengan memeluk bantal dan baring secara mengiring. 5. Menjaga kesihatan kaki seperti tidur dan baring dengan meluruskan kaki dapat melancarkan perjalanan darah. Urutan untuk melonggarkan otot-otot kaki juga membantu. Kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi. 6. Rendam kaki dalam air panas. 7. Selain ketawa, senyum juga dapat menghilangkan tekanan. 8. Jangan terlalu fokus atau serius tentang sesuatu tugasan. Selang selikan dengan perkara yang muda…

Aku dan Hari Ini

Hari ini aku tension betul. Macam2 hal dan peristiwa yang menyebabkan aku rasa nak mengamuk je. Semalam hari minggu merangkap hari Thaipusam. Jadi hari ini sepatutnya cuti berganti. Tapi aku paksakan diri jugak untuk bukak klinik. Tu dah jadi sebab jugak tu. Biasalah hari isnin. Ramai yang nak cari reason tak nak kerja. Sakit itu dan sakit ini. Aku dah lali dah. Kau nak MC ambiklah. Aku malas nak gaduh2 dan bertekak dengan kau. Tapi satu pakcik ni buat aku sakit hati. Sakit sangat. Nasib baik dah tua, kalau muda memang aku tak nak layan punya.
Pakcik ni aku dah kenal lama. Aku kena dia sebab masa aku kerja hospital dulu aku selalu merawat arwah isteri dia. Sakit paru2 kembang atau istilah sains nya Bronchiectasis. Selepas aku berhenti kerja kerajaan, sesekali dia datang cari aku. Dia kerja guard di IOI. Kira panellah. Kira2 3 tahun lepas, isterinya meninggal dunia. Selepas setahun, dia kahwin baru. Isteri barunya berniaga kedai makan di Rengit. Jadi, dia selalu berulang-alik dari Ren…

Aku dan Surat Kepada Pengarah Hospital

Kepada Puan Pengarah Hospital Daerah.
Assalamualaikum Puan, PERMASALAHAN YANG BERLAKU DI UNIT KECEMASAN HOSPITAL PUAN
Perkara diatas adalah dirujuk. Bukan menjadi niat saya untuk mencampuri urusan dan carakerja pihak hospital tetapi dua insiden yang saya alami sendiri menyebabkan saya menulis surat ini. Insiden itu adalah:
Insiden Satu: Pada 3/9/2008 jam 12.30 tengahari, saya merujuk satu pesakit dengan keadaan demam 39.9 darjah dan tekanan darah 90/50. Saya mengesyaki beliau menghidap demam denggi setelah saya melakukan pemeriksaan. Setibanya di kaunter unit kecemasan, staf dikaunter terus mengarahkannya ke Pusat kesihatan bersebelahan. Di sana, beliau diminta hadir pada sebelah petang kerana nombor giliran telah habis. Beliau datang kembali ke klinik saya dengan keadaan marah.
Insiden Dua: Pada 5/2/2009 jam 9 pagi, saya merujuk satu lagi pesakit dengan demam 38.6 darjah dan petechial rashes dikakinya. Saya juga mengesyaki demam denggi dan setibanya di kaunter kecemasan, beliau di…

Aku dan Adikku

Ini gambar tahun 1988. Masa tu aku baru habis tingkatan lima. Disebelahku adalah adik lelakiku. Beliau adalah kawan untuk diajak bergurau dan juga diajak gaduh. Emak selalu marah aku sebab aku suka sangat mengusik adikku. Selagi tak menangis, aku tak akan berhenti. Namun pemergianku selama 2 tahun di asrama Kluang dan lagi 7 tahun ke Kuala Lumpur menyebabkan aku tidak dapat melihat adikku ini membesar. Tahu2 dah naik tingkatan 5 dah.

Kini selepas 20 tahun, adikku lebih besar daripadaku. Kalau nak lawan gaduh, rasanya aku kalah dah. Alhamdulilah, kalau 20 tahun dulu, kami sama2 merasai kesusahan hidup kini segala2nya telah berubah. Aku dan adikku sama-sama berjaya menjadi manusia. Terima kasih atas didikan dan berkat doa emak ayah. Adikku akan melangsungkan ikatan pertunangan dengan gadis pilihannya hari ahad ini. Aku ingatkan dia ikut jejakku, mencari gadis sekampung atau setidak2nya kampung sebelah. Rupa2nya jodohnya nun di Kuala Kangsar sana. Ikutkan hati, aku nak juga ikut melamar…

Aku dan Handbag Wife

Dah lama aku perhatikan, kenapalah handbag orang2 pompuan ni besar2, banyak ruang, banyak zip dan berat2 belaka? Wife aku ada lebih 10 handbag yang pelbagai warna. Semuanya masih boleh digunakan bergantung kepada warna baju, tudung dan kasut. Semuanya besar2 dan berat2 bila dibawa berjalan. Petang tadi aku buat spot check. Nak tahu sangat apa isinya. Berikut aku senaraikan isi kandungan handbag wife aku:

1. Vicks vaporub 50gm
2. Pin tudung 7 set
3. Anting2 Ainaa satu pasang
4. Gunting kecil 1
5. Pen merah 1
6. Pen biru 1
7. Kunci kereta satu gugus
8. Kunci stor/bilik SPBT satu gugus
9. Jam tangan 1
10. handphone 1
11. getah gelang 8
12. Pisau lipat 1
13. Resit beli barang 4 helai
14. Rantai leher 1
15. Gincu pelbagai warna 3
16. Blusher Ainaa 1
17. Ubat titik telinga 1 (dah expired dah)
18. Ubat titik mata 1 (dah expired jugak)
19. Krim kulit Econazine 1/2 oz
20. Facial wash Herbaline 1
21. Thumbdrive 1
22. Duit syiling berjumlah RM2.15
23. Duit kertas berjumlah RM7.00
24. Ti…

Aku Kaki Bangku

Terus terang aku katakan, aku tak reti bersukan. Walau seteruk manapun aku berlatih, aku pasti takkan menang punya. Baik bolasepak, olahraga mahupun acara2 lain, aku menyerah sebelum bertanding. Masa sekolah rendah dulu, aku pernah training untuk wakil sekolah dalam bola sepak. Cikgu suruh aku main goalkeeper tapi aku suka main fullback. Masa training aku jarang dapat bola. Takut dengan bola. Bola datang, aku lari arah lain. So, jangan haraplah nak terpilih. Kalau acara olahraga pun lebih kurang jugak. Acara lari mesti nombor corot punya. Mungkin masa tu badan aku paling besar, acara lontar peluru sahaja yang aku layak. Itupun setakat wakil rumah aje. Nombor corot lak tu.

Masuk sekolah menengah pun sama. Aku dapat wakil rumah untuk acara lontar peluru dan lempar cakera. Pun nombor corot jugak. Rasanya memang dah tertulis sejak zaman azali lagi gaknya. Bila kawan2 sebaya yang lain sibuk main bola sepaklah, hokilah, softballlah, olahragalah, aku sekadar menjadi penonton. Kawan2 yang akt…

Aku dan Politik Masakini

Apa nak jadi kat Perak ni? Semua orang nak tunjuk kuasa. Padahal kuasa tu tiada ditangan mereka. Semua orang macam tak tahu undang2. Mereka ingat dengan sedikit kuasa yang mereka ada tu, mereka boleh buat apa sahaja. Suka2 aje nak lompat parti, suka2 aje nak kata orang dah letak jawatan, suka2 aje nak bubar dewan undangan negeri. Mereka ingat itu hak mereka. Padahal mereka dipilih oleh rakyat. Kuasa yang mereka ada adalah kuasa dan hak rakyat. Gaji mereka rakyat yang bayar. Kereta Camry yang mereka baru belipun guna duit rakyat. Nak buat pilihanraya baru pun, guna duit rakyat. Duit rakyat bererti duit aku jugak. Saban hari aku kerja siang malam pagi petang untuk bayar income tax. Akhirnya duit hasil susah payah aku dibazirkan untuk benda2 tak berfaedah. Berpolitik biarlah berpada2. Tak guna bersengketa kerana ideologi berbeza. Yang merana rakyat jelata. Walaupun mereka lompat sana, lompat sini, gaji tetap masuk, projek tetap ada. Yang melopong sapa?

Sakit mata dan hati aku melihat tel…