Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Februari 2009

Aku dan Adikku


Ini gambar tahun 1988. Masa tu aku baru habis tingkatan lima. Disebelahku adalah adik lelakiku. Beliau adalah kawan untuk diajak bergurau dan juga diajak gaduh. Emak selalu marah aku sebab aku suka sangat mengusik adikku. Selagi tak menangis, aku tak akan berhenti. Namun pemergianku selama 2 tahun di asrama Kluang dan lagi 7 tahun ke Kuala Lumpur menyebabkan aku tidak dapat melihat adikku ini membesar. Tahu2 dah naik tingkatan 5 dah.

Kini selepas 20 tahun, adikku lebih besar daripadaku. Kalau nak lawan gaduh, rasanya aku kalah dah. Alhamdulilah, kalau 20 tahun dulu, kami sama2 merasai kesusahan hidup kini segala2nya telah berubah. Aku dan adikku sama-sama berjaya menjadi manusia. Terima kasih atas didikan dan berkat doa emak ayah. Adikku akan melangsungkan ikatan pertunangan dengan gadis pilihannya hari ahad ini. Aku ingatkan dia ikut jejakku, mencari gadis sekampung atau setidak2nya kampung sebelah. Rupa2nya jodohnya nun di Kuala Kangsar sana. Ikutkan hati, aku nak juga ikut melamar gadis pilihan hatinya tapi apakan daya. Kerjaku di klinik tak boleh ditinggalkan begitu sahaja.

InsyaAllah, masa kau kahwin nanti aku ambik cuti panjang. Aku boleh jadi cameraman masa kau bersanding nanti. Aku doakan semoga jodoh kau kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu. Boleh kita sama2 bergilir2 menjaga abah yang dah mula nyanyuk tu.

Shaiful dan Wawa; Selamat Bertunang pada Ahad 8 Februari 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan