Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2009

Aku dan Handbag Wife

Dah lama aku perhatikan, kenapalah handbag orang2 pompuan ni besar2, banyak ruang, banyak zip dan berat2 belaka? Wife aku ada lebih 10 handbag yang pelbagai warna. Semuanya masih boleh digunakan bergantung kepada warna baju, tudung dan kasut. Semuanya besar2 dan berat2 bila dibawa berjalan. Petang tadi aku buat spot check. Nak tahu sangat apa isinya. Berikut aku senaraikan isi kandungan handbag wife aku:

1. Vicks vaporub 50gm
2. Pin tudung 7 set
3. Anting2 Ainaa satu pasang
4. Gunting kecil 1
5. Pen merah 1
6. Pen biru 1
7. Kunci kereta satu gugus
8. Kunci stor/bilik SPBT satu gugus
9. Jam tangan 1
10. handphone 1
11. getah gelang 8
12. Pisau lipat 1
13. Resit beli barang 4 helai
14. Rantai leher 1
15. Gincu pelbagai warna 3
16. Blusher Ainaa 1
17. Ubat titik telinga 1 (dah expired dah)
18. Ubat titik mata 1 (dah expired jugak)
19. Krim kulit Econazine 1/2 oz
20. Facial wash Herbaline 1
21. Thumbdrive 1
22. Duit syiling berjumlah RM2.15
23. Duit kertas berjumlah RM7.00
24. Tisu muka 1 bungkus
25. Tag nama OUM 1
26. Wisel 1
27. Slip gaji 1
28. Gumpalan tisu 3
29. Dompet duit 1
30. Gam UHU 1

Patutlah berat bebeno. Rupa2nya dah jadi almari bergerak. Semua ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan