Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Februari 2009

Aku dan Hari Ini


Hari ini aku tension betul. Macam2 hal dan peristiwa yang menyebabkan aku rasa nak mengamuk je. Semalam hari minggu merangkap hari Thaipusam. Jadi hari ini sepatutnya cuti berganti. Tapi aku paksakan diri jugak untuk bukak klinik. Tu dah jadi sebab jugak tu. Biasalah hari isnin. Ramai yang nak cari reason tak nak kerja. Sakit itu dan sakit ini. Aku dah lali dah. Kau nak MC ambiklah. Aku malas nak gaduh2 dan bertekak dengan kau. Tapi satu pakcik ni buat aku sakit hati. Sakit sangat. Nasib baik dah tua, kalau muda memang aku tak nak layan punya.

Pakcik ni aku dah kenal lama. Aku kena dia sebab masa aku kerja hospital dulu aku selalu merawat arwah isteri dia. Sakit paru2 kembang atau istilah sains nya Bronchiectasis. Selepas aku berhenti kerja kerajaan, sesekali dia datang cari aku. Dia kerja guard di IOI. Kira panellah. Kira2 3 tahun lepas, isterinya meninggal dunia. Selepas setahun, dia kahwin baru. Isteri barunya berniaga kedai makan di Rengit. Jadi, dia selalu berulang-alik dari Rengit ke tempat kerja. Kalau dah tak larat nak drive, dia datang cari aku. Nak MC sehari dua katanya. Kadang2 hampir setiap bulan mintak MC.

Hari ini dia datang lagi. Doktor Hospital Batu Pahat kata dia ada sakit lemah jantung. Itupun dah sebulan lebih diagnosed. Berdasarkan kad hospital, aku kurang yakin dia ada sakit jantung. Doktor baru grad kat hospital beri dia ubat Lasix. Rawatan textbook kata aku dalam hati. Restrict fluid 1 liter per day dan beri Lasix. Mati keringlah jawapnya kalau diikutkan nasihat doktor tu. Bila dah kena Lasix, kencing ajelah jawapannya. Macam2 dia tanya aku. Lebih 10 minit aku bersoal jawap dengan dia. Apasal tak tanya doktor kat hospital tu? Keputusannya, tunggu ujian Echo kat JB nanti. Tapi itu bukan sebab dia cari aku. Dia mintak tolong tuliskan MC untuk hari semalam punya. Dia rewang kat rumah jiran sebelah katanya. Bila dah keluar bilik aku dan aku dah siapkan MC untuk dia, dia mintak tambah satu hari lagi. Serba salah aku jadinya. Kalaulah muda daripada aku, aku dah lempar MC kat muka dia. nasib baik tua. Selepas kejadian tu, sampai petang aku moody aje.

Semalam ada satu hal lagi. Anak2 aku mana boleh duduk rumah satu hari. Dia tak boleh nampak bapak dia tak kerja. Asyik mengajak jalan aje. Hari minggu semua menghadap tv Astro Ceria aje. Balik2 TOM TOM BAK, ADI DAN AYAH, GENG BAS SEKOLAH, HIKAYAT PUTRA SAZLAN dan KAPTEN BOLEH. Suruh bukak buku ada aje alasannya. Aku cari rotan, mereka senyum aje. Tak takut langsung dengan aku. Selain tu, kejap2 nak makan. Pukul 9 sarapan, pukul 11 dah lapar balik. Susah jadi bapak ni.

Kebetulan wife nak ke Tmn U untuk buat binding hard cover tesis dia. Sekalilah ke Jaya Jusco. Dah sampai sana biasalah; kedai buku MPH, kedai CD Speedy Video dan rak mainan. Semalam hari istimewa pemegang kad. Dapat diskaun 15%. Aku beli barang dapur sikit. Selepas bayar, aku duduk kat kerusi sambil tunggu wife yang hilang. Ameel sibuk dengan mainan B-daman baru dia dan Erin sibuk baca komik dia. Aku terserempak dengan patient aku. Bual punya bual, sampai satu beg barang aku tercicir pun tak sedar. Kat rumah baru perasan sos tomato dan sos ikan 'hilang'. Nak dimarah tak tahu sapa yang patut kena marah. 3 barang dah lebih 10 ringgit. Tak berbaloi dapat diskaun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan