Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Februari 2009

Aku dan Nasib Ikan Peliharaanku


Hari ini hari yang sedih bagiku. 7 daripada 28 ekor ikan koi yang aku bela semenjak 5 tahun yang lalu mati hari ini. Semuanya salahku. Minggu ini hujan turun hampir setiap hari. Biasanya aku check air kat kolam tu. Setiap kali hujan aku buang air yang berlebihan. Tapi minggu ini aku sibuk sikit. Tak sempat nak ambik kisah pasal air kolam tu. Pagi tadi aku tengok 4 ekor ikan yang besar2 dah terapung2 dah.

Bila hari hujan, air dari bumbung terus masuk ke kolam. Bila air penuh, filter dah tak berfungsi jadi kotoran semua masuk balik ke dalam kolam. Tu yang jadi jangkitan kat ikan2 aku tu. Pagi tadi aku masuk klinik hampir pukul 10. Termenung tepi kolam tengok ikan2 aku dah tak cergas dah. Kat klinik pun takda mood nak cakap banyak2 dengan patient. Tengahari tadi aku belikan ubat untuk ikan2 aku. Tauke ikan suruh ikut sukatan tapi aku bubuh double dose.

Petang tadi 3 ekor lagi mati. Tapi yang lain2 nampak lebih cergas dah. Arowana, Kaloi, patin hitam dan ikan emas aku tengok biasa sahaja. Ada harapan sembuh nampaknya. Tapi 1/3 ikan koi aku dah takda. Nasib baiklah ikan koi tu aku beli yang 3 ekor sepuluh ringgit. Jadi bila mati taklah rasa sedih sangat. Esok2 boleh ganti yang baru. Tapi aku bela dari sebesar tapak tangan, la ni dah 2 kali ganda besarnya. Terkilanlah jugak. Aku memang ada cita2 nak beli koi imported dari Jepun. Seekor harga dekat 200-300 ringgit. Yang tu khabarnya manja sikit. Kalau tuan dia datang dia timbul. Yang aku beli ini makan aje lebih. Aku datang semua lari.

Ikan Arowana yang aku bela tu aku beli 80 ringgit je. Mula2 masuk akuarium. Tapi bila dah besar, aku pindah dalam akuarium besar sikit. Satu hari tu, aku try masuk dalam kolam ikan koi aku. Aku tengok happy aje dia duduk dalam tu. Cuma waktu makan kena berebut dengan ikan2 yang lainlah. Kesianlah pulak. Jadi aku masukkan balik dalam akuarium. Bila dalam akuarium, dia macam merajuklah pulak. Ulat2 hidup aku beri dia langsung tak nak makan. Anak2 ikan aku masukkan pun dia tak nak makan. Last2 aku masukkan balik dalam kolam.

Ikan Kaloi pun sama. Masa aku beli baru 5 ringgit, saiz sebesar tapak tangan baby baru lahir. Takku sangka, kuat makanlah jugak. Segala apa yang aku masukkan habis dibedalnya. Ikan2 kecik2 lain habis dimakannya jugak. La ni dah 5 kali ganda besarnya. Kalau nak masak gulai dah boleh dah. Dia pun sama, mula2 masuk akuarium lepas tu campak dalam kolam sebab saiz dah makin besar. Bila aku masukkan balik dalam akuarium yang besar, dia mogok jugak. Macam sedih je duduk sorang2 dalam akuarium. So, sekarang semua duduk dalam kolam. Akuarium ada 2 kat bilik atas. Dua2 kosong. Tak tahu nak isi ikan apa. Dulu aku pernah letak akuarium kat klinik. Habis daun2 pokok, kertas dan segala benda budak2 campak dalam akuarium. Nak beri ikan makan katanya. Sampai la ni aku dah tak letak apa2 kat klinik aku...Aku letak buku dan majalah untuk bacaan pun habis dibawak balik.

1 ulasan:

  1. doc, yg pergi tetap pergi. tabahkan hati, kuatkan iman. lain kali bela ikan bilis aaa....

    BalasPadam