Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Februari 2009

Aku dan Cerita Politik Semasa






Ketika dunia sedang sibuk mencari jalan untuk mengurangkan kesan kelembapan ekonomi, kita di Malaysia pula sibuk dengan sandiwara politik yang tidak berpenghujung. Bulan depan ada 2 pilihanraya kecil iaitu di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Mungkin ada satu lagi iaitu di Bukit Lanjan. 3 bukit menjadi pertaruhan siapa yang akan menang. Khabarnya pihak polis telah membelanjakan 15 juta ringggit duit rakyat untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan lepas. Itu baru polis, yang lain2 macamana pulak? Ternyata Sultan Perak memang bijak sebab tak benarkan DUN Perak dibubarkan. Dia tak nak bazirkan duit rakyat. Kalau buat pilihanraya baru, entah berapa bilion duit rakyat akan dibazirkan begitu sahaja. Masa yang patut digunakan untuk membangunkan negeri, habis dipersiakan untuk berkempen memenangkan diri.

Politik Malaysia kebelakangan ini memang gawat. Anwar Ibrahim dan Najib Razak yang berperang nak jadi PM baru,ekonomi negara jadi tunggang langgang. Rakyat jelata sibuk dengan kes2 takda kerja, diberhentikan kerja, takda OT, kena cuti tanpa gaji, barang2 makanan kekal tinggi, jenayah makin berleluasa, suhu dunia makin panas; tapi orang2 politik mana kisahkan benda2 camtu. Mereka kan makan gaji. Cukup bulan gaji dan elaun tetap masuk walaupun negara dah kekeringan sumber pendapatan. Mereka berpolitik ajelah kerjanya. Bila tersiar aje gambar tak senonoh dalam internet, masing2 cepat2 menyalahkan satu sama lain. BN kata letak jawatan. PKR kata itu konspirasi. Belum apa2 Khir Toyo dah suruh letak jawatan. Belum apa2 lagi, Anwar Ibrahim kata itu konspirasi jahat Umno untuk menjatuhkan PKR. Itu semua cakap2politik dan bukannya cakap2 orang yang berakal waras.

Di Perak lagi pening. Speaker Dewan Undangan Negeri ada ke kuasa bila di luar dewan? Senang2 aje nak gantung MB dan ahli exco dari hadir ke persidangan dewan. 18 bulan pulak tu. Habis tu, makan gaji buta aje ke? Pelik aku tengok perangai speaker ni. Macam tak tahu undang2. Dia ingat jawatan speaker tu lebih besar dari jawatan MB dan Sultan gaknya. Kalaupun berlainan parti, mereka juga rakyat Malaysia. Mereka juga ada hak untuk membantu membangunkan negara. Jangan ingat diri sendiri tu betul sangat. Parti lawan tu semuanya salah. Inilah budaya politik Malaysia. Saling dengki mendengki, saling mengkhianati, saling bercakaran dan langsung tak pernah bersependapat.

Kes gambar tak senonoh DUN Bukit Lanjan tu memang mengaibkan. Tapi belum apa2 lagi,d ah kena hukum. Belum apa2 lagi dah didapati bersalah. Yang mengambik gambar, yang menyebarkannya dalam internet tu tak salah ke? Memanglah bila dah jadi wakil rakyat, dah dianggap hak rakyat untuk tahu segala2nya tapi takkanlah apa berlaku waktu tidur pun rakyat nak tahu?

Kepada ahli2 politik samada pembangkang atau kerajaan, cukup2lah berpolitik tu. Sudah2lah tu. Rakyat dah muak dengan karenah korang. Gunakanlah tempoh masa 5 tahun sebagai wakil rakyat tu sebaik2nya. Jangan hanya pandai berjanji dan bercakap2 kosong sahaja. Buktikanlah dengan perlaksanaan projek2 yang dapat membantu rakyat untuk lebih maju dan berdaya saing. Bukannya projek2 atas angin dan untungnya masuk poket sendiri. Kalau dalam tempoh setahun dua ni masih tang tu jugak, nampaknya aku takkan keluar mengundi lagi masa PRU ke 13 nanti. Mogok...

2 ulasan:

  1. Tabik pada dr yg rajin menulis , teruskan saya akan terus membaca

    BalasPadam
  2. Sabar Doc.. apa yg kita boleh buat.. melainkan Pangkah yg kita rasa betul.. jangan mogok Doc..

    BalasPadam