Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2009

Aku dan Politik Masakini

Apa nak jadi kat Perak ni? Semua orang nak tunjuk kuasa. Padahal kuasa tu tiada ditangan mereka. Semua orang macam tak tahu undang2. Mereka ingat dengan sedikit kuasa yang mereka ada tu, mereka boleh buat apa sahaja. Suka2 aje nak lompat parti, suka2 aje nak kata orang dah letak jawatan, suka2 aje nak bubar dewan undangan negeri. Mereka ingat itu hak mereka. Padahal mereka dipilih oleh rakyat. Kuasa yang mereka ada adalah kuasa dan hak rakyat. Gaji mereka rakyat yang bayar. Kereta Camry yang mereka baru belipun guna duit rakyat. Nak buat pilihanraya baru pun, guna duit rakyat. Duit rakyat bererti duit aku jugak. Saban hari aku kerja siang malam pagi petang untuk bayar income tax. Akhirnya duit hasil susah payah aku dibazirkan untuk benda2 tak berfaedah. Berpolitik biarlah berpada2. Tak guna bersengketa kerana ideologi berbeza. Yang merana rakyat jelata. Walaupun mereka lompat sana, lompat sini, gaji tetap masuk, projek tetap ada. Yang melopong sapa?

Sakit mata dan hati aku melihat telatah ahli2 politik yang lebih pentingkan diri sendiri ni. Baik UMNO, PKR , malahan PAS semuanya sama sahaja. Berpolitik untuk kepentingan diri dan kaum keluarga. Berpolitik untuk mengkayakan diri sendiri dan kaum keluarga. Tak dikisahnya masalah rakyat jelata. Kalaulah aku ada kuasa, aku tubuhkan satu parti baru. Parti politik yang tiada kaitan dengan perbezaan kaum, ugama, bahasa atau negeri. Kalau ada ic biru aje boleh join. Yang penting berjuang bersama2 untuk memakmurkan negara Malaysia yang dicintai. Ada bagusnya kalau Sultan Selangor atau Raja Nazrin boleh dilantik jadi perdana menteri. Mereka berdua berilmu dan memandang jauh kehadapan. Mereka tak gilakan duit atau harta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan