Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Februari 2009

Aku dan posting ke 100

1. Diam tak diam, ini dah masuk posting aku yang ke 100 dalam blog ini dalam tempoh 5 bulan. Rajin jugak aku menulis rupanya.
2. Aku tulis apa sahaja yang terlintas difikiranku dan apa yang aku alami ketika itu. Menulis pengalaman lalu lebih mudah daripada mengarang cerita.
3. Aku menulis untuk diriku sahaja. Ada yang membacanya atau tidak itu tak kisah. Mungkin satu hari nanti ada orang yang akan membukukan atau memfilemkan kisah hidupku ini, siapa tahu..
4. Selain menulis, kadang2 kalau boring, aku baca balik apa yang aku tulis. Hilang sikit keboringan. Asyik baca blog orang boring jugak.
5. Semalam kunci pintu klinik aku jammed. Pukul 10, tukang kunci baru sampai. 15 minit baru boleh bukak. Upah buka 60 ringgit. Tukar kunci baru 150.00. Senang betul orang ada kepakaran buat duit ya?
6. Semalam aku kena uruskan anak2. Wife kena mesyuarat pengurusan buku teks di Bandar Tenggara. Tengahari kena uruskan anak2 ke sekolah ugama. Petang kena ambik balik sekolah ugama. Lepas tu ambik Erin balik latihan sukan. Letih satu badan.
7. Semalam cuaca tersangatlah panas. Petang sampai ke malam. Mendung bukan main gelap tapi tak jugak hujan. Khabarnya hujan kat BBesar dan SSayong sahaja.
8. Menulis blog guna kaedah nombor2 ni ikut gaya Tun Mahathir. Saje nak buat tribute untuk dia.
9. Aku angin je dengan mamat yang sewa rumah aku. Dahlah 2 bulan tak bayar sewa, semalam bagi aku post dated cheque. Minggu depan baru boleh bank in. Dah beberapa kali suruh keluar pun masih nak memberi alasan. Antara kasihan sesama muslim dan janji2 sesama insan. Mana perlu diturutkan?
10. Aku juga angin dengan staf klinik aku. Masih buat kesilapan dan kesalahan yang sama walaupun dah beberapa kali ditegur dan dimarah. Dasar kerja asyik bersembang aje. Asyik silap je sana sini. Petang ni nak kena buat meeting balik ni..

1 ulasan: