Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2009

Aku Kaki Bangku

Terus terang aku katakan, aku tak reti bersukan. Walau seteruk manapun aku berlatih, aku pasti takkan menang punya. Baik bolasepak, olahraga mahupun acara2 lain, aku menyerah sebelum bertanding. Masa sekolah rendah dulu, aku pernah training untuk wakil sekolah dalam bola sepak. Cikgu suruh aku main goalkeeper tapi aku suka main fullback. Masa training aku jarang dapat bola. Takut dengan bola. Bola datang, aku lari arah lain. So, jangan haraplah nak terpilih. Kalau acara olahraga pun lebih kurang jugak. Acara lari mesti nombor corot punya. Mungkin masa tu badan aku paling besar, acara lontar peluru sahaja yang aku layak. Itupun setakat wakil rumah aje. Nombor corot lak tu.

Masuk sekolah menengah pun sama. Aku dapat wakil rumah untuk acara lontar peluru dan lempar cakera. Pun nombor corot jugak. Rasanya memang dah tertulis sejak zaman azali lagi gaknya. Bila kawan2 sebaya yang lain sibuk main bola sepaklah, hokilah, softballlah, olahragalah, aku sekadar menjadi penonton. Kawan2 yang aktif sukan semua glamour2, ramai peminat dan ramai orang kenal. Aku ramai jugak yang kenal. Tapi dalam bidang lainlah. Kalau ada pertandingan melukis ke, syarahan ke, kuiz ke, bahas ke, itu memang kemahiran akulah. Tapi tak glamourlah...Aku kenal wife aku pun masa masuk pertandingan Kuiz Matematik semasa tingkatan 3.

Masa aku kat asrama pun sama. Kat SMSJ dulu, budak2 paling glamour biasanya main hoki atau ragbi. Jadi jambu Raja Ideris. Main hoki, main ragbi , pengawas sekolah kira pakej lengkap untuk glamour. Semua orang kenal. Berlagak aje jalan sana sini dengan jersi atau sweater pasukan mereka. Tapi memang terrer beb. Ada yang wakil negara main hoki sampai ke Jepun. Masa kawan2 sibuk bersukan, aku duduk kat kelas baca buku. Bersukan pun setakat wakil rumah aje. Acara favorite, lontar peluru dan lempar cakera. Kali ini dapatlah nombor 5 daripada 8 peserta.

Masa di UM, entah camna aku disuruhnya main ragbi untuk wakil kolej masa orentasi masuk Medik. Jadi juara lak tu. Lepas orentasi siap dapat offer untuk main dalam liga UM. Aku tolak awal2 sebab rasanya aku jadi juara kerana nasib. Bukannya pandai sangat pun main. Pada masa lapang, adalah jugak main tenis, main ping pong dan main bola tampar. Tapi setakat main dan keluar peluh ajelah.

Bila anak2 aku membesar dan sibuk nak bersukan, aku turutkanlah. Si Erin pernah juga aku hantar main bola sepak untuk program JKid di Saleng. Berlatih setiap pagi ahad. Bermakna aku kena korbankan masa tambahan tidur aku. Pukul 8 pagi aku hantar, pukul 10 kena ambik. 2 jam tu aku duduk minum teh tarik dan baca suratkhabar kat kedai mamak. Masa mula2 berlatih punyalah excited. Pakaian lengkap dengan jersi dan seluar, kasut boot Nike 90 lebih, stokin, shin pad. Lepas 2 bulan berlatih, aku tengok takda perubahan pun. Yang jadi coach tu sekadar volunteer aje. Satu orang nak jaga lebih 40 orang pelajar. Mungkin anak aku tu ikut aku jugak, takda skil dan lebih angan2 aje. Sebab tu takda peningkatan. Kawan2 yang main dengan dia pun lebih kurang sama aje. Masing2 takda skil. Masa mereka lawan antara zon di Kompleks Sukan Tmn Mutiara, aku ikut sama. Dalam hampir 100 pemain yang ada, cuma seorang aje yang ada skil paling menonjol. Yang lain sekadar reti kejar bola dan sepak bola.

Lepas perlawanan itu, aku dah tawar hati nak hantar anak aku lagi. Bila orang lain sibuk main badminton, aku pun main badminton jugak dengan anak2. Beli raket sorang satu dan main dekat kompleks sukan Indahpura. Satu jam 12 ringgit untuk satu gelanggang. Memang mahal tapi apa nak buat. Anak2 zaman sekarang tak macam zaman dulu. Masa aku kecik2 dulu, nak kemana2 tak takut kena culik atau kena kacau dengan orang. Petang2 pegi main bolasepak ke, badminton ke, basikal ke. Orang tua tak perlu risau. Yang penting sebelum maghrib kena balik rumah. Zaman ini dah lain dah. Anak2 nak kemana2 kena teman, kena hantar dan kena jemput. Nak main kat luar rumah pun kena tengok2kan. Budak2 zaman sekarang, kalau tak dihalau keluar rumah memang duduk mengadap tv ajelah. Tak tengok kartun, main games PS2. Langsung tak berpeluh. Lepas makan baring. Lepas lari2 kat luar sikit, lari masuk rumah bukak peti ais. Mana tak gemuk.

Budak2 zaman sekarang semacam dilarang dari aktif bersukan. Kelas PJ diganti dengan kelas subjek teras untuk peperiksaan. Pemilihan acara sukan main tangkap muat aje. Takda masa untuk berlatih atau memilih peserta yang bagus2. Petang nak lawan, pagi baru buat pemilihan. Budak2 cina sekolah lain datang siap dengan coach dan lengkap berpakaian. Budak2 sekolah anak aku pakai raket pinjam. Berlatih pun tidak. Takda pun belajar taktik untuk bermain. Janji dapat pukul bola sudah. Sakit betul hati aku.

Cuba kita tengok apa dah jadi kat pasukan dan liga bola sepak kita? Selepas 25 tahun Sultan Pahang pegang FAM, hancur lebur jadinya. Wang tajaan 300 juta mengalir ke longkang. Bila orang2 politik termasuk kaki2 bangku macam aku dipilih mengetuai kelab dan pasukan bola, semuanya dah jadi seperti parti politik. Porak peranda. Gaji tak dibayar, EPF tak dipotong, pemilihan pemain ikut konsep pilih bulu. Bila pasukan negara tewas 5-0 kepada UAE tempohari, semua pihak menuding jari menyalahkan orang lain, FAM menyalahkan FA negeri2, Coach menyalahkan pengurusan, pengurusan menyalahkan pemain, pemain menyalahkan FAM. Rakyat seperti aku menyalahkan ahli2 politik yang sibuk menyampuk urusan2 pentadbiran bolasepak. Dalam ramai2 rakyat kat Malaysia ni, kenapalah si KJ jugak yang dipilih jadi pengurus pasukan?

Pada aku selagi orang2 politik dan orang2 istana masih memegang tampuk pemerintahan FAM dan FA negeri2, selagi itulah mutu bola sepak kita akan terus menuju ke longkang. Cuba kita tengok pasukan squash, pasukan lumba basikal, pasukan renang dan bowling negara. Berkat usaha dan kesungguhan serta pengurusan yang betul, kita juga boleh maju dibidang sukan. Kita ada banyak talent. Bola sepak pun sama. Cuma usaha untuk mengembangkan dan mencungkil bakat2 yang ada, tidak dijalankan dengan sewajarnya. Program berterusan dan berpanjangan diperlukan dan bukannya setakat setahun dua sahaja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan