Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Februari 2009

Aku dan Surat Kepada Pengarah Hospital

Kepada
Puan Pengarah Hospital Daerah.

Assalamualaikum Puan,
PERMASALAHAN YANG BERLAKU DI UNIT KECEMASAN HOSPITAL PUAN

Perkara diatas adalah dirujuk. Bukan menjadi niat saya untuk mencampuri urusan dan carakerja pihak hospital tetapi dua insiden yang saya alami sendiri menyebabkan saya menulis surat ini. Insiden itu adalah:

Insiden Satu:
Pada 3/9/2008 jam 12.30 tengahari, saya merujuk satu pesakit dengan keadaan demam 39.9 darjah dan tekanan darah 90/50. Saya mengesyaki beliau menghidap demam denggi setelah saya melakukan pemeriksaan. Setibanya di kaunter unit kecemasan, staf dikaunter terus mengarahkannya ke Pusat kesihatan bersebelahan. Di sana, beliau diminta hadir pada sebelah petang kerana nombor giliran telah habis. Beliau datang kembali ke klinik saya dengan keadaan marah.

Insiden Dua:
Pada 5/2/2009 jam 9 pagi, saya merujuk satu lagi pesakit dengan demam 38.6 darjah dan petechial rashes dikakinya. Saya juga mengesyaki demam denggi dan setibanya di kaunter kecemasan, beliau diarahkan ke pusat kesihatan. Di sana, beliau perlu mengambil nombor giliran dan menunggu seperti biasa untuk berjumpa dengan doktor. Beliau menghubungi klinik saya beberapa kali kerana kecewa dengan layanan pihak hospital.

Masalah saya ialah:
1. Kedua2 pesakit langsung tidak diperiksa dan selepas staf kaunter membaca surat rujukan saya, mereka terus disuruh pergi ke pusat kesihatan di sebelah hospital.
2. Kedua2 pesakit berada dalam keadaan demam yang tinggi dan disyaki menghidap demam denggi. Tidakkah mereka perlu mendapatkan rawatan segera di hospital? Kenapa perlu dihantar ke pusat kesihatan terlebih dahulu?
3. Saya bukannya suka2 membuang masa menasihatkan pesakit saya supaya mendapatkan rawatan di hospital. Saya juga bukannya suka2 menulis surat rujukan merujuk pesakit ke hospital. Biasanya saya memberi mereka pilihan untuk dirujuk kemana. Hospital kerajaan atau swasta adalah pilihan pesakit sendiri.
4. Saya boleh mengambil sendiri ujian darah keatas pesakit2 saya. tapi untuk kes2 demam denggi masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan adalah agak lama dan biasanya lebih 24 jam. Saya tidak sanggup mengambil risiko.
5. Saya seboleh2nya tidak mahu membebankan pihak hospital dengan kes2 atau pesakit2 saya. Saya tahu hospital sentiasa sibuk dan sudah dibebani dengan kerja2 yang banyak tapi apakah pilihan saya?
6. Saya sering mendengar rungutan dan rasa ketidakpuasan hati masyarakat sekeliling dengan layanan dan rawatan yang diterima semasa di unit kecemasan. Saya kenal ramai staf unit kecemasan dan pernah bekerja bersama2 dengan mereka. Saya sedaya upaya cuba meyakinkan mereka bahawa pihak hospital telah cuba memberi perkhidmatan yang terbaik tapi benarkah itu realitinya sekarang?

Cadangan saya ialah:
1. Tempatkan staf yang paling berpengalaman di kaunter untuk melakukan triage. Jangan hanya menerima kes2 yang dah separuh mati sahaja. Bacalah dulu betul2 surat rujukan yang diterima.
2. Pihak hospital mengeluarkan garis panduan kepada klinik2 swasta tentang jenis2 kes yang boleh dan tak boleh dirujuk ke unit kecemasan. Adakalanya kes2 bukan kecemasan perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan diwad.
3. Pihak hospital sentiasa mengambil tahu tentang keadaan di pusat kesihatan yang bersebelahan. Masalah ketiadaan doktor, ketiadaan juru x-ray dan juruteknik makmal pada hari2 tertentu menyebabkan pesakit lebih mudah dirujuk ke hospital.
4. Pihak hospital mengambil doktor2 swasta yang berminat untuk membuat locum di unit kecemasan hospital pada waktu2 puncak atau waktu malam.
5. Pihak hospital mencadangkan kepada pihak kementerian atau majlis tempatan supaya melantik doktor2 swasta yang bukannya ahli politik sebagai sebahagian ahli lembaga pelawat hospital.

Sekian, aduan saya.

s.k
1. Pengarah Kesihatan Negeri Johor
2. Pegawai Perubatan Y/M Pusat Kesihatan
3. Pegawai Perubatan Y/M Unit Kecemasan

p.s
surat di atas akan dihantar kepada penama2 di atas selepas saya mendapat keputusan ujian darah bagi pesakit insiden dua. Ketika dihubungi malam ini, beliau masih demam tetapi tiada tanda2 pendarahan. Andaikata beliau disahkan menghidap denggi, akanku serang unit kecemasan hospital. Sakit hati aku bila aku dengar jawapan doktor yang bertugas di unit kecemasan pagi tadi.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Doc,
    apa perkembangan kes ni ye?

    BalasPadam
  2. ya, sepatutnya pemantauan terhadap cara dan etika staff front desk perlu dilakukan. Satu mekanisma aduan yang proaktif perlu dibuat, seringkali berhadapan dengan perkara begini di hospital kerajaan. Polemik sindrom perangai orang kerajaan,lebih-lebih lagi yang berpangkat PAR atau gred rendah. Saya juga bekas pegawai kerajaan, jadi teguran dan amaran oleh pegawai atasan bagi staf yang begini adalah perlu. Sekiranya masih berterusan begini perlu ditukarkan. boleh menjejaskan mutu perkhidmatan awam.

    However the best so far is staff at IJN.

    BalasPadam