Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Februari 2009

Aku dan Tanda-Tanda Gawat

Antara tanda2 ekonomi negara makin gawat:

1. Ramai orang mula berniaga kecil2an di tepi2 jalan. Aku perhatikan, disetiap simpang ada aje orang mula berniaga; jual kuih, jual air, jual burger,jual jajan...
2. Klinik dan hospital kerajaan makin sesak manakala klinik aku agak lengang.
3. Kalau nak pegi shopping kat kompleks membeli-belah, jangan risau pasal parking. Banyak ruang kosong walaupun waktu peak-hour.
4. Hampir setiap batang pokok sepanjang perjalanan aku ke klinik, dah dipenuhi dengan iklan2 pinjaman peribadi. Poster2 dan bunting pinjaman along makin besar dan warna warni, mereka makin berani dan daring nampaknya.
5. Saban hari ada aje penjenayah yang ditembak mati disana sini. Kes2 jenayah ragut, rompak, pecah rumah makin meningkat.
6. Patient datang klinik mintak ubat2 yang biasa sahaja. Dah takda yang mintak antibiotik power2, mintak ubat nak cepat baik, mintak vitamin. Setakat ubat demam dan sakit kepala cukup dah.
7. Jualan ubat2 kurus dan multivitamin berkurangan manakala ubat sakit kepala dan migraine meningkat.
8. Patient datang mintak MC agak kurang sebab kilang dah asyik shut down aje.
9. Ramai patient mengeluh bila disahkan mengandung, terutama yang anak dah ramai.
10.Kalau makan di warong2, order yang penting2 aje. Nasi kosong, kari kosong, roti kosong, air kosong.

1 ulasan:

  1. saya setuju sangat tu...saya pun asyik sakit kepala je..stress

    BalasPadam