Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Aku dan Hari Ini

1. Akhirnya aku dapat cari pengganti stylus pen untuk handphone aku. Setelah keluar masuk kedai-kedai di Kulai Hypermarket, TJ Mart, Jaya Jusco Taman U dan akhirnya di IOI Mall, baru petang tadi aku jumpa. Itupun bukan spesific untuk Sony W950i. Ini universal punya. Tak boleh masukkan dalam lubangnya tapi boleh digantung. Oklah. Janji senang nak tulis SMS. Lagipun harga cuma 10 ringgit. Kalau nak yang original kena order. Harga 55 ringgit. Mahal tu...
2. Hari ini kat rumah aku ada 3 komputer yang boleh digunakan serentak. Tengahari tadi, aku install BELKIN Wireless G+Mimo ADSL 2+ Modem Router kat rumah aku. Sekarang rumah aku dah ada wireless internet connection. Aku boleh guna desktop HP dengan skrin 20" kat bilik bawah, aku boleh guna Notebook ACER kat bilik atas atau aku boleh guna Netbook HP aku kat pangkin di luar rumah. Pilih sahaja. Wife aku yang excited sekali. Kalau boring je dia boleh tengok baju2 batik kat internet. Lepas tu sembang2 guna Yahoo Messenger denga…

Aku dan Hari Ini

1. Walaupun ekonomi makin gawat, aku masih dapat capai target bulanan aku. Tapi sekadar angka2 di atas kertas sahajalah. Lebih separuh dari income aku datang daripada panel. Hampir 70% daripadanya adalah kilang2 elektronik sekitar Senai dan Kulai. Kalau mereka tutup operasi, payment aku pasti sangkut punya. Macam kilang Qimonda yang aku cerita dulu. Sebelum dia tutup kilang secara mengejut, ofis KL ada hantar cek payment kat aku. Bila aku dapat statement bank semalam, cek dia dikira reject. Banyak beb. 3 ribu setengah tu. Nak dapat balik payment tu entah camna kalau dia isytihar bangkrap. Lembaga Hasil/Akauntan bukannya kira semua tu. Selagi dalam akaun ada income masuk, kena declare jugak. Kena tax jugak.
2. Hari minggu lepas aku beli Netbook HP Mini 1100 untuk kegunaan wife aku. Aku pun tumpang sekalilah. Simple giler. Ringan dan murah. Kalau ke kedai mamak yang ada WiFi boleh bawak sekali. Boleh tulis blog kat mana2 sekarang. Notebook ACER yang kat rumah mungkin kena petir…

Aku dan Minggu Ini

1. Musim orang sibuk dengan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru, aku pun terikut2 jugak. Pagi petang tak habis2 baca suratkhabar dan baca blog politik. Klinik pun agak sejuk minggu ini. Ramai yang ke perhimpunan kot?
2. Kilang Qimonda, salah satu panel klinik aku confirmed tutup Isnin lepas. Hilang pendapatan aku kira2 700-1000 ringgit sebulan. Itu belum kira kilang yang kurangkan staf, yang mula limitkan charge, yang tangguh2 bayaran dan sebagainya. Hancur harapan nak beli Accord baru.
3. Dah seminggu DSLR Canon 400D aku hantar servis. Takda khabar berita pun. Aku dah nekad. Kalau boleh baiki sekitar 500 ringgit, aku nak angkat battery grip. Kalau tak boleh baiki atau kena lebih seribu, aku nak upgrade ke 40D terus.
4. Hari Rabu lepas, sahabat lama aku masa belajar kat UM dulu datang ke tempat aku. Dia dah jadi manager besar kat satu company di KL. Dia kena beri ceramah tentang mesin syarikat dia kat staf pergigian di sini. Jadi dia singgahlah kat klinik aku. Sepanjang petang ak…

Aku dan Perhimpunan Agung UMNO

Aku dah lama boikot beli dan baca Berita Harian. Walaupun setiap Isnin aku beli BH untuk anak aku, aku tak baca pun. Tetapi sejak perhimpunan Agung UMNO kali ini, aku dah start baca balik suratkhabar ini. Aku nak tahu cerita2 baru dan sensasi pasal perhimpunan ini yang takda dalam suratkhabar The Star. Berita kekecewaan Tun Mahathir akibat kekalahan anaknya dan kemenangan KJ hanya jadi berita kecik dalam BH. Tak ditulis pun pasal Tun tak hadir dalam perhimpunan kali ini.

Sebagaimana Tun kecewa, rakyat2 akar umbi kecewa, aku pun turut kecewa. KJ yang dah disahkan terlibat dalam politik wang, yang sama kesalahan dengan Ali Rustam masih dibenarkan bertanding seterusnya dimenangkan dalam pertandingan Ketua Pemuda. Walaupun cuma menang tipis dengan undi 35% sahaja, itu dah cukup untuk mengalahkan Mukriz. Mukriz, calon pilihan akar umbi dengan pencalonan terbanyak mendapat undi paling sikit semasa pemilihan. Kan tak adil kan? Khir Toyo pulak menyalahkan pembangkang akibat kekalahannya. Dia k…

Aku dan UMNO

Aku ahli UMNO yang berdaftar. Aku bukan ahli PAS atau KEADILAN. Jauh sekali DAP. Tapi, hanya sebagai ahli yang pasif. Jiran lama aku dulu jadi ketua cawangan. Jadi nak tak nak aku dipilih salah seorang AJK penaja masa penubuhan UMNO cawangan tempat aku. Hanya sekali aku hadir mesyuarat. Itupun sebab masa mesyuarat penubuhan cawangan, majlis dibuat didepan rumah aku. Kalau tidak, jangan haraplah. Walaupun aku AJK, aku tak pernah hadir mesyuarat2 berikutnya. Masa mesyuarat agong pun aku tak datang. Alasan kesibukan kerja dan ketiadaan masa adalah jawapan standard aku. Aku bukan tak nak hadir mesyuarat. Tapi aku tak suka bermesyuarat. Apatahlagi kalau membincangkan perkara2 remeh.
Aku pernah sekali ikut hadir mesyuarat UMNO untuk larian malam merdeka di pejabat UMNO bahagian. Dalam surat kata pukul 9 malam. Pukul 9.30, pejabat pun tak bukak lagi. Pukul 10, baru bukak pejabat. Pukul 10.30 baru start. Takda kata maaf ke apa, buat selamba aje walaupun lewat 1 1/2 jam. Lepas tu mesyuarat ta…

Aku dan Hari Ini

Sebelah pagi klinik sibuk sikit. Pesakit tak putus sampai tengahari. Macam2 hal. Tapi semua kes mudah2. Tak pening kepala. Pukul satu, aku bertolak ke Tmn Molek. Guna GPS. Estimated pukul 1.30 boleh sampai. Yelah tu. Tapi, sejak beli aku tak pernah update map aku. Bila sampai kat simpang bertingkat sebelah Carrefour, jalan dalam map dengan atas jalan dah lain sangat. GPS pening, aku pun pening. Pusing sana pusing sini, pukul 2 baru sampai. Dahlah sarapan tak sempat, lunch pun belum. Nak pengsan aku. Seperti dijangka, mereka cuma ambik kamera aku dan akan hantar servis kat KL. Tunggu 2 minggu baru tahu apa masalahnya.
Masa balik, aku main redah aje. Cari kedai makan tak jumpa2. At last, aku nekad pergi makan tempat favorite aku iaitu di sebelah hospital besar. Jauh pun jauhlah. Dah lama tak makan ikan bakar cecah air asam. Padanlah jam aku tunjuk pukul 2 aje, rupa2nya walaupun dah tukar bateri, jarum dah tak jalan dah. Aku sampai sana dah pukul 2.40 petang. Lauk tinggal saki baki je. …

Aku dan Hujung Minggu

Seminggu yang lalu, diwaktu dan ketika ini aku dan famili tengah syok2 bercuti di Bukit Merah. Kalaulah masa itu boleh diundurkan, aku nak kembali ke masa itu. Duduk melepak2 tanpa perlu memikirkan hal2 kehidupan, hal2 klinik, hal2 anak2, hal2 hutang piutang dan sebagainya.

Semalam hari Sabtu. Hujung minggu pun, macam2 hal berlaku kat klinik. Ada banyak berita terkini aku dapat mengenai ekonomi semasa. Kilang Qimonda yang belum sampai setahun berpindah ke Senai akan memberhentikan operasinya esok. Mula2 cadang nak beri VSS kepada pekerja2 seniornya, tetapi khabarnya semua nak diberhentikan. Qimonda adalah salah satu kilang yang menjadikan aku sebagai panel mereka. Bermakna kuranglah income bulanan aku. Kilang Flextronics yang baru je berpindah ke PTP pun khabarnya bermasalah jugak. Bila kilang2 mula mengurangkan operasi, bermakna kuranglah pendapatan panel aku. Pendapatan tunai jangan ceritalah. Walaupun pesakit tetap sakit dan datang ke klinik, kuasa membeli mereka mula berkurangan.…

Aku dan SayangKu

"SAYANGKU
KAULAH SATU
AWAL DAN AKHIR
ISTERIKU
SATU DAN SELAMANYA
SAYANGKU
TIADA DUA ATAU TIGA
HANYA SATU
KINI DAN SELAMANYA
SAYANGKU
CINTAKU HANYA SATU
KEPADAMU
UNTUKKU
HANYA KAMU
SAYANGKU
HIDUPKU KERANAMU
MATIKU BERSAMAMU"

nukilan cinta pada 21 mei 2003

Aku dan Bukit Merah LakeTown Resort

Hanya satu perkataan sudah cukup untuk menggambarkan percutianku di Bukit Merah. FUN. Semua orang seronok sakan disana. 3 hari 2 malam berlalu begitu cepat. Tahu2 dah nak balik dah. Sedih betul.

Bukit Merah jauh lebih baik berbanding A Famosa Melaka. Walaupun terpaksa memandu lebih 7 jam di lebuhraya, rasanya berbaloi dengan apa yang aku dapat masa disana. Bagusnya Bukit Merah ialah:
1. Aku dapat bilik besar. Apartment 2 bilik tidur, 2 bilik air, ada ruang tv dan kabinet dapur dan sinki. Jadi, macam duduk kat rumah pulak rasanya.
2. Depan apartment ada kolam mandi sepanjang hampir 100 meter. Cetek dan sangat sesuai untuk budak2.
3. Harga tiket dan makanan sangat berpatutan. Aku sekeluarga bayar 200 ringgit untuk complete package iaitu Waterpark, Ecopark, Pulau Orang Utan dan Chairlift/Skycycle.
4. Harga untuk main bumper car cuma 4 ringgit berbanding 8 ringgit di A Famosa Melaka. Kerusi urut cuma 3 ringgit untuk 15 minit.
5. Gerai2 makan berselerak di dalam dan diluar resort. Rasanya…

Karangan Aku Seekor Ikan

Aku tak ingat bila dan dimana aku dilahirkan. Tahu2 aku dah ada dalam akuarium di dalam Kedai Ikan Dan Burung Fuh Yin. Dalam akuarium tu, aku duduk bersendirian. Kat sebelah2 aku pun ada spesis seperti aku tapi aku diasingkan dengan mereka. Jadi aku tak boleh nak bertegur sapa dengan dia. Aku tengok dia pun blurr semacam aje. Jadi semua buat hal masing2. Aku perhatikan kat dalam kedai tu, banyak lagi spesis2 lain tapi mereka duduk ramai2 dalam satu akuarium. Mengapa aku kena duduk sorang2 agaknya ye?

Hidup aku mudah sahaja. Takda benda apa nak buat selain berenang2 dalam rumah aku. Rumah aku kosong. Takda perabot atau pokok2. Cukup masa, tuan aku datang bawak makanan. Kalau ada orang datang, aku buat2lah aksi2 sikit supaya mereka tertarik dengan aku. Tuan aku ada pesan dulu. Kalau aku dapat keluar dari rumah aku sekarang, aku akan dapat rumah lebih besar dan makanan lebih sedap. Tuan aku pulak dapat untung sikit. Tapi dah 3 bulan aku masih di sini. Badan dah makin besar sebab asyik ma…

Aku dah Bosan

Dear Tech Support,
Last year I upgraded from Girlfriend 7.0 to Wife 1.0. I soon noticed that the new program began unexpected child processing that took up a lot of space and valuable resources. In addition, wife 1.0 installed itself into other programs and now monitors all other system activity. applications such as Poker Night 10.3, football 5.0, Hunting and Fishing 7.5 and racing 3.6 I can't seem to keep wife 1.0 in the background while attempting to run my favorite applications. I'm thinking about going back to Girlfriend 7.0 but the uninstall doesn't work on Wife 1.0. Please help!

Thanks.
A Troubled User

Reply:
Dear Troubled User,

This is a very common problem that men complain about.

Many people upgrade from Girlfriend to Wife 1.0 thinking that it is just a Utilities and Entertainment program. Wife 1.0 is an operating system and is designed by its creator to run everything!!!It is also impossible to delete Wife 1.0 and to return to Girlfriend 7.0.It is impossible to…

Aku dan Ghajini

Dulu masa wife aku mengandung anak ke dua, dia memang hantu dengan cerita2 Bollywood ni. Habis semua VCD Datuk Shah Rukh Khan dibelinya. Setiap kali babak sedih, dia mesti menangis punya. Walau 10 kali tengok cerita yang sama, masuk bab sedih dia dah ready nak menangis dah. Kalau part nyanyi2 dia ulang beberapa kali. Nasib baik lepas bersalin, dia dah tak kemaruk nak tengok VCD Bollywood lagi dah.

Aku pun dah lama tak tengok cerita2 dari India ni. Tapi sejak tengok Slumdog, aku mula berminat balik dengan cerita2 Bollywood ni. DVD GHAJINI ni aku cari lepas baca preview dalam The Star. Dikatakan antara cerita Bollywood paling ganas pernah dihasilkan. Aku bukannya peminat cerita2 ganas ni. Apatahlagi ganas yang tak bertempat. Kejap2 nak pukul orang. Kejap2 nak bunuh orang. Contohnya The Dark Knight dan paling baru The Punisher 2. Tak sampai suku jalan, aku dah malas nak tengok dah. Satu lagi DVD SIVAJI THE BOSS. Walaupun cerita Tamil, tapi hero dia ni ibarat Tuhan di India. Nak masuk pa…

Aku dan Minggu Ini

Masuk bulan tiga ni, klinik aku agak sibuk siang dan malam. Kegawatan ekonomi global belum memberi kesan negatif kepada klinik aku. Macam2 masalah aku kena selesaikan. Bulan ni pun ramai patient aku yang nak ambik ujian darah. Takut ada penyakit kata mereka. Biasanya yang nak buat blood screening aku tapis dulu. Bawah umur 35 tahun aku tak galakkan sangat. Tapi kalau badan besar, sejarah keluarga ramai yang berpenyakit aku buatlah. Setakat umur 20-an, tak pernah sakit apa2 datang nak buat screening aku kata kau datang balik lepas cukup umur.
Manusia memang pelbagai ragam. Yang takut dengan penyakit ramai. Yang tak takut langsung pun ada. Aku paling tension melayan mereka2 yang hypochondriac. Jenis manusia sebegini, biasanya banyak membaca. Lepas tu dia rasa semua penyakit dalam dunia ni, dia ada/kena. Aku kena 3 kali pening. Nak menjawab soalan2 satu, nak berlawan teori satu, nak menyakinkan dia lagi satu. 10 minit pun tak habis2 lagi bertanya. Manusia jenis camni aku tak beri info …

Aku dan Hari Ini

2 hari lepas, En Ismail Chik, kontraktor yang buat rumah aku hantar SMS kat aku.

Aslmkm dgn hormatnya Tuan/Puan dijemput datang ke
Pameran Landskap sempena Sambutan Hari Landskap Negara
di Hutan Bandar Taman Mutiara Rini, Skudai.
Pameran diadakan dari 1 hb- 8hb Mac
Pkl 8.0 pg - 10 mlm.
Tkasih Ismail Chik
Kepada sesiapa yang tak kenal Ismail Chik, belilah majalah Laman Impiana. Hampir setiap keluaran ada aje muka dia di dalam majalah tu. Untuk keluaran terbaru, projeknya di rumah En Mahyuddin ada dimuatkan. Dulu dia pernah kata nak masukkan sekali rumah aku dalam majalah, tetapi sampai sekarang dia takda contact aku. Aku pun tak mengharap sangatlah sebab rasanya laman rumah aku belum layak masuk majalah lagi. Pokok-pokok belum cukup besar dan rumput masih belum penuh lagi. Masih banyak lagi kawasan yang nak kena touch up lagi.
Sebut pasal laman, baru aku teringat. Pokok nangka yang aku tanam depan rumah dah mula berbuah. Jambu air madu tepi rumah pun nampaknya dah mula berbunga. Rambutan,…

Aku dan Hari Ini

Cuba anda bayangkan. Anda ada 5 orang anak. Semuanya anda sayang. Satu malam, salah seorang anak anda buat hal dan anda pun memukulnya. Keesokan paginya anda pergi kerja seperti biasa. Anda langsung tak sempat menatap wajah anak2 anda. Tiba2 anda mendapat perkhabaran anak anda yang anda pukul malam tadi telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Anak anda koma dan berada dalam keadaan kritikal. Apa perasaan anda?
Ini kisah benar. Kisah sahabatku. Anak perempuan beliau baru tingkatan satu. Selalunya beliau ke sekolah naik bas. Tapi pada hari yang malang tu, beliau ke sekolah awal kerana ada aktiviti lain di sekolah. Beliau berjalan kaki ke sekolah dengan kawan2nya. Walaupun tahu jalan tu sentiasa sibuk, mereka masih nak menyeberang jalan tu jugak. Padahal jejantas ada disediakan tapi mereka tak nak gunakan. Lebuhraya Senai-Skudai memang sentiasa sibuk. Setiap kali aku lalu jalan tu, aku tak pernah nampak orang melintas jalan. Tapi disitulah, beliau dilanggar kereta semasa cuba menyebe…

Aku Sayang Abah

Dulu masa aku belum menjadi seorang ayah, aku selalu membenci abahku. Aku anggap abah seorang yang terlalu mudah menyerah kepada takdir, mudah putus asa dan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Bila aku kecewa dalam hidup, aku sering menyalahkan abah. Masa kecil, hidupku susah. Banyak benda yang aku hajatkan, aku jarang mendapatkannya. Mungkin itu menjadi sebab aku sukar untuk menyayangi abah.
Masa aku lahir dan hidup dikampung dulu, abah dan ibuku sentiasa bersusah payah untuk mencari keperluan hidup. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tanpa ilmu pengetahuan atau sijil2 akademik kerja apa yang boleh mereka lakukan? Aku tinggal di sebuah rumah kampung tanpa keperluan asas. Masa tu api takda, air paip pun takda. Abah ada mengusahakan tanaman nanas seluas 3 ekar. Dengan hasil jualan nanas yang tak seberapa, abah menyara kami sekeluarga. Sesekali abah ada menjual kelapa kering dari kebun ibunya di Sg Resik, Muar. Hasil jualan pula dibahagi dua denga…