Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Mac 2009

Aku dan Hari Ini

2 hari lepas, En Ismail Chik, kontraktor yang buat rumah aku hantar SMS kat aku.

Aslmkm dgn hormatnya Tuan/Puan dijemput datang ke
Pameran Landskap sempena Sambutan Hari Landskap Negara
di Hutan Bandar Taman Mutiara Rini, Skudai.
Pameran diadakan dari 1 hb- 8hb Mac
Pkl 8.0 pg - 10 mlm.
Tkasih Ismail Chik

Kepada sesiapa yang tak kenal Ismail Chik, belilah majalah Laman Impiana. Hampir setiap keluaran ada aje muka dia di dalam majalah tu. Untuk keluaran terbaru, projeknya di rumah En Mahyuddin ada dimuatkan. Dulu dia pernah kata nak masukkan sekali rumah aku dalam majalah, tetapi sampai sekarang dia takda contact aku. Aku pun tak mengharap sangatlah sebab rasanya laman rumah aku belum layak masuk majalah lagi. Pokok-pokok belum cukup besar dan rumput masih belum penuh lagi. Masih banyak lagi kawasan yang nak kena touch up lagi.

Sebut pasal laman, baru aku teringat. Pokok nangka yang aku tanam depan rumah dah mula berbuah. Jambu air madu tepi rumah pun nampaknya dah mula berbunga. Rambutan, Jambu air, Mata kucing dan mempelam pun aku dah rasa buahnya. Belum 3 tahun tanam dah berbuah. Pokok ceri untuk berteduh dah jadi sebesar2 pokok. Kalau musim dia berbuah, berebut2 burung datang makan buahnya.

Kesibukan bekerja menyebabkan aku jarang meluangkan masa membelek2 pokok2ku. Apatahlagi sejak musim hujan ni. Dah tak tengok langsung tanamanku. Dulu aku pernah panggil tukang kebun tolong bersihkan pokok2 aku. Tapi dia rajin sangat. Memang habis 'dibersihkannya'. Sekarang semuanya aku buat sendiri dengan wife aku. Hujung minggu kalau tak kemana2 aku berkebun dari pagi sampai petang. Tapi anak2 aku mana boleh tahan duduk rumah. Ada aje aktiviti2 ko-korikulum dicadangkannya. Nak beli bukulah, beli beglah, beli Milolah, beli B-damanlah. Nak tak nak kenalah start kereta jugak.

Rasanya hujung minggu ni aku nak ke pameran landskap tu. Kalau tak hujan bolehlah aku bawak kamera sekali. Kalau dapat jumpa Ismail Chik lagi bagus. Boleh tanya macamana nak masukkan rumah aku dalam majalah. Sebenarnya aku ada satu cita2. Masa aku kat duduk asrama dulu, aku selalu menang pertandingan bilik kreatif dengan Ezanee. Aku ada satu kawan. Dia pun kreatif jugak menghias bilik tapi selalunya kalah dengan aku. Kira2 5 tahun lepas, rumah dia masuk dalam majalah Anjung Seri. Terkejut beruk aku. Jadi, aku pun pasang cita2 untuk memasukkan rumah aku dan hasil kreativiti aku dalam majalah jugak. Mungkin bukan sekarang tapi satu hari nantilah. Kalaulah rumah aku masuk majalah, aku akan framekan majalah tu dan letakkan kat klinik. Alangkah seronoknya...

Rumah aku walaupun tak masuk majalah, tapi dah masuk tv you! Walaupun rancangan Landskap di TV2 tu tak seglamour mana, ada jugak patient2 yang bertanya tentangnya kat aku. Itupun macam segan2 nak tanya. Takut salah orang katanya. Yang datang menjengah masa aku takda kat rumah pun ada.



1 ulasan:

  1. Mula dengan berMIMPI.. lepas dah NAMPAK hala-tujunya & YAKIN kita boleh DEFEND kalau orang GELAK .. kita PASANG CITA_CITA..

    itulah IMPIAN.. semoga BERJAYA Doc

    -abdooss orang Kg Pandan, skrg Kg Laksamana

    BalasPadam