Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

17 Mac 2009

Aku dan Bukit Merah LakeTown Resort

Hanya satu perkataan sudah cukup untuk menggambarkan percutianku di Bukit Merah. FUN. Semua orang seronok sakan disana. 3 hari 2 malam berlalu begitu cepat. Tahu2 dah nak balik dah. Sedih betul.

Bukit Merah jauh lebih baik berbanding A Famosa Melaka. Walaupun terpaksa memandu lebih 7 jam di lebuhraya, rasanya berbaloi dengan apa yang aku dapat masa disana. Bagusnya Bukit Merah ialah:
1. Aku dapat bilik besar. Apartment 2 bilik tidur, 2 bilik air, ada ruang tv dan kabinet dapur dan sinki. Jadi, macam duduk kat rumah pulak rasanya.
2. Depan apartment ada kolam mandi sepanjang hampir 100 meter. Cetek dan sangat sesuai untuk budak2.
3. Harga tiket dan makanan sangat berpatutan. Aku sekeluarga bayar 200 ringgit untuk complete package iaitu Waterpark, Ecopark, Pulau Orang Utan dan Chairlift/Skycycle.
4. Harga untuk main bumper car cuma 4 ringgit berbanding 8 ringgit di A Famosa Melaka. Kerusi urut cuma 3 ringgit untuk 15 minit.
5. Gerai2 makan berselerak di dalam dan diluar resort. Rasanya sedap dan layanan bagus.
6. Staf2 resort di hotel, di pulau, di kaunter2 dan di zoo sangat2 ramah. Mereka tahu kerja mereka dan setiap soalan ada jawapannya.
7. Suasana persekitaran yang bersih, nyaman dan tidak sibuk sangat sesuai untuk menenangkan fikiran.
8. Pengetahuan yang aku dapat semasa di Pulau Orang Utan memang sudah cukup untuk aku mengenali tabiat dan kehidupan orang2 utan.
9. Lawatan ke zoo terbuka di Ecopark sungguh menyeronokkan. Aku boleh memegang, memberi makan, mengambil gambar tanpa halangan. Haiwan2nya sudah jinak dan staf di sana tak lokek ilmu untuk melayan kita.
10. Permainan di Waterpark mengembalikan ingatan main air masa kecik2 dulu.

Yang tak bagusnya di Bukit Merah:
1. Anak2 asyik meragam dan nak bergaduh aje.
2. Cuaca hujan disebelah petang dan malam menganggu jadual aktivitiku.
3. Kat bilik apartment takda Astro. Jadi Man U kena belasah 4-1 dengan Liverpool pun aku tak tahu.
4. Barang2 souvenir takda yang murah. Jadi nak beli untuk sedara-mara tak dapat sebab budget takda.
5. Kamera DSLR aku jem pada hari terakhir aku di sana. Aku tak dapat nak ambik gambar haiwan2 jinak di Ecopark. Frust betul...

Perjalanan menaiki bot ke Pulau Orang Utan memakan masa sekitar 10 minit. Masa pergi, cuaca cerah dan bot cuma dinaiki 8 orang je. Sampai sana aje, cuaca tiba2 jadi mendung dan gelap. Satu staf dah tunggu kami. Dia tak henti2 beri penerangan kepada kami sepanjang perjalanan kami di pulau. Habis je melawat sedara, hujan turun dengan lebatnya. Sementara tunggu hujan teduh, aku tengok DVD perkembangan projek orang utan tu. Memang beruntung jadi orang utan ni. Ramai orang yang mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Perjalanan balik memakan masa 20 minit sebab bot penuh dengan pelancong daripada Jepun. Masa tu cuaca masih hujan renyai2. Jadi bot tak berani nak bawak laju2.

Pada malam hari ke 2 aku di sini, anak2ku masuk pertandingan mewarna. Masa register dekat 20 orang yang masuk. Tapi yang berjaya menyiapkan mewarna tak sampai 5 orang. Ramai yang dah balik awal sebab mungkin kepenatan bermain air pada siangnya. Kata wife aku, untuk menang pertandingan mewarna senang je. Semua area perlu diwarnakan dan gambar yang diwarna tak cacat seperti hilang kaki atau tangan. Ainaa dan Ameel bersungguh2 mewarna. Aku tengokkan aje. Tak sangka Ainaa dapat no satu dan Ameel dapat no tiga. Dapat hadiah kotak pensil, alat tulis dan kotak fail. Dapat juga voucher masuk ke Waterpark bernilai 60 ringgit. Malangnya aku dah nak balik dah. Kalau tidak boleh masuk balik ke Waterpark.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan