Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Mac 2009

Aku dan Hujung Minggu

Seminggu yang lalu, diwaktu dan ketika ini aku dan famili tengah syok2 bercuti di Bukit Merah. Kalaulah masa itu boleh diundurkan, aku nak kembali ke masa itu. Duduk melepak2 tanpa perlu memikirkan hal2 kehidupan, hal2 klinik, hal2 anak2, hal2 hutang piutang dan sebagainya.

Semalam hari Sabtu. Hujung minggu pun, macam2 hal berlaku kat klinik. Ada banyak berita terkini aku dapat mengenai ekonomi semasa. Kilang Qimonda yang belum sampai setahun berpindah ke Senai akan memberhentikan operasinya esok. Mula2 cadang nak beri VSS kepada pekerja2 seniornya, tetapi khabarnya semua nak diberhentikan. Qimonda adalah salah satu kilang yang menjadikan aku sebagai panel mereka. Bermakna kuranglah income bulanan aku. Kilang Flextronics yang baru je berpindah ke PTP pun khabarnya bermasalah jugak. Bila kilang2 mula mengurangkan operasi, bermakna kuranglah pendapatan panel aku. Pendapatan tunai jangan ceritalah. Walaupun pesakit tetap sakit dan datang ke klinik, kuasa membeli mereka mula berkurangan. Aku tak sampai hati nak charge mahal2 bila mereka cakap kat aku kerja cuma 5 hari seminggu, kena jual burger setiap malam untuk menampung kehidupan..

Malam minggu aku bawak famili ke TJ Mart. Aku nak tukar bateri jam tangan aku. Anak2 biasalah, mengetuk aku sahaja. Erin dan Ameel dapat download game PSP yang baru manakala Ainaa dapat beli baju baru lagi. Malam tadi juga aku makan pizza di Pizza Hut. Aku dapat kupon diskaun 25% daripada Abang Shafiq. Walaupun dah diskaun pun, kena 50 ringgit lebih jugak. Bila ada kupon tak boleh order set combo ke apa. Semua kena beli ala carte. Milo Ais 3.20, Garlic bread 3.00, kepak ayam 5.50 untuk dua ketul. Cuma pizza yang dapat 25% diskaun. Aku cakap kat anak2, sesekali bolehlah. Kalau selalu, bangkrap aku...Sebelum balik aku beli DVD baru. Cerita LOS DAN FAUN arahan Afdlin Shauki. Filem paling sewel tahun 2009. Mamat yang cetak rompak cerita ni copy dari ASTRO BOX OFFICE. Bila aku tanya, mamat tu senyum je..

Pagi Ahad aku pergi dengar taklimat DENGUE di Pusat Kesihatan Kulai Baru. Kulai dah ada pejabat kesihatan sendiri. Dah ada pengarah kesihatan daerah sendiri. Dah berpisah dengan Pejabat Kesihatan Johor Bahru. Pukul 9.15 aku sampai, doktor yang hadir tak sampai 5 orang. Pukul 10, kira2 10 orang yang hadir berbanding target 30 orang. Takda apa2 informasi baru kecuali nak refresh memory aku je.

Dengue adalah penyakit bawaan nyamuk aedes aegypti dan albopictus yang hanya hidup di sekitar manusia dan hanya memilih air yang bertakung dan jernih sahaja. Jentik2 nyamuk ni boleh tahan ditempat kering selama 6 bulan. Dalam memerangi dengue, yang penting ialah pencegahan dan bukannya rawatan. Merawat dengue adalah sukar kerana virus denggi tidak mati dengan antibiotik.

Selepas taklimat, aku bersembang2 dengan Dr Edwin dan Dr Syamsul sampai pukul 1. Memang dah lama sangat tak jumpa dan borak2 dengan kawan2. Macam2 cerita baru aku dengar. Yang paling hot ialah Man U kalah 2-0 dengan Fulham dan anak staf hospital mati bunuh diri akibat tekanan perasaan.

Petang ahad, aku bermalas2 depan tv sambil bergolek2 dan berbaring2. Seronok tengok cerita lama Groundhog Day di HBO. Lepas tu sambung tengok Los Dan Faun. Bila wife mula bebel2, aku pergi potong rumput kat laman. Maghrib baru siap. Esok anak2 dan wife dah mula naik sekolah. Aku pun balik ke rutin asal akulah. Bangun pagi, kemas rumah, pergi kerja, pergi sekolah, pergi kerja, ambik anak balik sekolah, pergi kerja, balik kerja. Boring2.

Mungkin esok tengahari aku nak ke Taman Molek. Nak ke Pusat Servis Canon. Aku dah tak sabar nak betulkan kamera aku tu. Dijangkakan 2 minggu baru boleh siap. Mungkin lebih lama sebab nak kena hantar KL katanya. Uhuk! Uhuk! Bila takda kamera ni, macam tak sempurna hidup aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan