Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2009

Aku dan Hari Ini

1. Akhirnya aku dapat cari pengganti stylus pen untuk handphone aku. Setelah keluar masuk kedai-kedai di Kulai Hypermarket, TJ Mart, Jaya Jusco Taman U dan akhirnya di IOI Mall, baru petang tadi aku jumpa. Itupun bukan spesific untuk Sony W950i. Ini universal punya. Tak boleh masukkan dalam lubangnya tapi boleh digantung. Oklah. Janji senang nak tulis SMS. Lagipun harga cuma 10 ringgit. Kalau nak yang original kena order. Harga 55 ringgit. Mahal tu...

2. Hari ini kat rumah aku ada 3 komputer yang boleh digunakan serentak. Tengahari tadi, aku install BELKIN Wireless G+Mimo ADSL 2+ Modem Router kat rumah aku. Sekarang rumah aku dah ada wireless internet connection. Aku boleh guna desktop HP dengan skrin 20" kat bilik bawah, aku boleh guna Notebook ACER kat bilik atas atau aku boleh guna Netbook HP aku kat pangkin di luar rumah. Pilih sahaja. Wife aku yang excited sekali. Kalau boring je dia boleh tengok baju2 batik kat internet. Lepas tu sembang2 guna Yahoo Messenger dengan kawan2 sekolah lama dia.

3.Semalam ada berita tentang kajian yang dibuat oleh orang putih mengenai perempuan yang nak period. Perubahan hormon dan mood yang berlaku seminggu sebelum period mempengaruhi tabiat mereka shopping. Dikatakan pada tempoh ini, perempuan lebih mudah untuk berbelanja dan menghabiskan lebih duit untuk mengatasi kemurungannya mereka. Shopping bagi perempuan ialah satu terapi. Terapi minda. Macam lelaki jugaklah. Aku kalau tension, pun pergi shopping complex. Tengok electronic gadgets terutamanya aksesori kereta, kamera dan handphone. Kadang2 tengok gelagat orang pun dah jadi satu terapi jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan