Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Mac 2009

Aku dan Minggu Ini

1. Musim orang sibuk dengan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru, aku pun terikut2 jugak. Pagi petang tak habis2 baca suratkhabar dan baca blog politik. Klinik pun agak sejuk minggu ini. Ramai yang ke perhimpunan kot?

2. Kilang Qimonda, salah satu panel klinik aku confirmed tutup Isnin lepas. Hilang pendapatan aku kira2 700-1000 ringgit sebulan. Itu belum kira kilang yang kurangkan staf, yang mula limitkan charge, yang tangguh2 bayaran dan sebagainya. Hancur harapan nak beli Accord baru.

3. Dah seminggu DSLR Canon 400D aku hantar servis. Takda khabar berita pun. Aku dah nekad. Kalau boleh baiki sekitar 500 ringgit, aku nak angkat battery grip. Kalau tak boleh baiki atau kena lebih seribu, aku nak upgrade ke 40D terus.

4. Hari Rabu lepas, sahabat lama aku masa belajar kat UM dulu datang ke tempat aku. Dia dah jadi manager besar kat satu company di KL. Dia kena beri ceramah tentang mesin syarikat dia kat staf pergigian di sini. Jadi dia singgahlah kat klinik aku. Sepanjang petang aku entertain dia. Mula2 lepak2 kat Coffeebean di Airport Senai. Aku beri hand on tutorial tentang penggunaan kamera DSLR. Dia baru je beli Canon 450D. Kalau dulu ilmu yang aku dapat aku belajar dari Jemie, la ni aku turunkan pulak kat dia. Sejam lebih duduk kat Coffeebean tak terasa sangat. Satu Coffee Capucino Ais Regular harga dekat 10 ringgit. Takpa, ada orang belanja. Kat situ WiFi banyak. Senang nak layan internet. Lain kali aku nak bawak laptop ke sana. Layan tulis blog sambil2 tengok orang sekeliling.

5. Lepas tu, dia singgah kat rumah aku sebab dia nak tengok camera equipment aku. Menceburi dunia photography memang makan duit aku kata. Terutama bila ramai kawan yang meracun. Semua gadget nak dibelinya..

6. Aku ada satu patient. Umur dalam 30an. Suami dia Cina Mualaf. Selalu kerja kat luar negara dan jarang balik. Anak dia dah 3. Dah lama dia merancang nak tambah anak satu lagi tapi tak dapat2. Dia pernah jumpa pakar sakit puan. Masalah dia ialah dia kurus sangat. Dia juga kuat merokok. Jadi kurang subur gamaknya. Kelmarin dia datang beli Urine Pregnancy Test. Keesokan harinya dia call aku. Dia confirmed mengandung. Tapi masalahnya ialah anak itu bukan husband dia yang punya. Ada lelaki lain katanya. Dia nak suruh aku tolong gugurkan. Aku cakap, aku tak nak campur tangan.

7. Esok ada mesyuarat Agung PIBG sekolah anak2 aku. Ada juga majlis penyampaian hadiah. Awal2 lagi aku tak dibenarkan pergi. Takut kena jadi AJK. Anak2 aku semua nak ambik hadiah. Masing2 dapat 4-5 hadiah seorang. Erin dapat No satu, terbaik dalam 3 subjek. Ainaa dapat no satu jugak dan terbaik dalam 3 subjek manakala Ameel dapat no satu dan terbaik dalam 4 subjek. Ala, baru sekolah rendah. Aku tak excited sangat. Cuma, rasa berbaloilah bersusah payah membesarkan mereka. Cadangnya nak ambik gambar diaorang. Tapi kamera takda. Nak pakai Olympus tu, tak syioklah.

8. Semalam Ainaa masuk pertandingan mewarna antara sekolah2 di IOI Mart sempena Karnival Buku anjuran Pejabat pelajaran daerah. Semua tempat teratas dibolot oleh budak2 cina. Ainaa dapat saguhati tempat ke tujuh. Hari ini Erin ke UTM untuk program motivasi Tahun Enam anjuran pejabat pelajaran daerah juga. Kat sekolah anak aku ni, kalau ada apa2 acara ke, pertandingan ke, kursus ke, semuanya anak2 aku yang dipilih dulu. Aku tanyalah, takda orang lain lagi ke? Cikgu dia boleh cakap takda. 2 minggu lepas Erin masuk pertandingan mengarang di Batu Pahat. Seperti bapaknya yang rajin menulis entah hapa2 kat blog ini, Erin dapat no 2 dalam negeri Johor. Bangga jugaklah. Tak sia2 aku belikan beg sandang harga 70 ringgit sebagai hadiah dia jadi Ketua Pengawas sekolah..Selasa ini Ameel dan Ainaa masuk pertandingan menyanyi berkumpulan di IOI Mall. Lagi sekali aku tanya, takda anak orang lain ke?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan