Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Mac 2009

Aku dan Perhimpunan Agung UMNO

Aku dah lama boikot beli dan baca Berita Harian. Walaupun setiap Isnin aku beli BH untuk anak aku, aku tak baca pun. Tetapi sejak perhimpunan Agung UMNO kali ini, aku dah start baca balik suratkhabar ini. Aku nak tahu cerita2 baru dan sensasi pasal perhimpunan ini yang takda dalam suratkhabar The Star. Berita kekecewaan Tun Mahathir akibat kekalahan anaknya dan kemenangan KJ hanya jadi berita kecik dalam BH. Tak ditulis pun pasal Tun tak hadir dalam perhimpunan kali ini.

Sebagaimana Tun kecewa, rakyat2 akar umbi kecewa, aku pun turut kecewa. KJ yang dah disahkan terlibat dalam politik wang, yang sama kesalahan dengan Ali Rustam masih dibenarkan bertanding seterusnya dimenangkan dalam pertandingan Ketua Pemuda. Walaupun cuma menang tipis dengan undi 35% sahaja, itu dah cukup untuk mengalahkan Mukriz. Mukriz, calon pilihan akar umbi dengan pencalonan terbanyak mendapat undi paling sikit semasa pemilihan. Kan tak adil kan? Khir Toyo pulak menyalahkan pembangkang akibat kekalahannya. Dia kata pembangkang di Selangor yang sibuk asyik mencari kesalahannya termasuk isu Balkis menyebabkan ahli UMNO tak nak mengundinya.

Aku sedikit lega bila Mat Taib kalah teruk. Kalaulah Mat Taib menang, memang confirmed UMNO bungkus dan perlu ditalkinkan. Aku tak dapat bayangkan bila Mat Taib jadi Timbalan Perdana Menteri nanti. Naib2 Presiden yang baru aku tak dapat nak komen sebab aku tak berapa kenal mereka. Hishamuddin menang mungkin kerana Pemuda. Shafie menang mungkin kerana dia calon Sabah dan Zahid Hamidi tu menyokong setia Najib kot? Tapi kira OKlah kalau nak banding dengan calon2 yang lain. Calon lain macam Hamid Albar, Isa Samad, Rahim Thamby Chik tu nak buat apa?

Kekalahan 4 menteri besar termasuk Ghani Othman dalam merebut jawatan Majlis Tertinggi memang tak dijangka. Khabarnya mereka tak dapat nak berkempen sebab sibuk dengan urusan kerja. Yelah tu. Shahrir Samad dan Rais Yatim kalah sebab mereka dah tua gamaknya. Kasi chan lah kat mereka2 yang muda dan bertenaga. Calon2 wanita pun ramai yang bungkus. Bekas Ketua Puteri, Azalina dan Noraini gagal dalam merebut jawatan MT. Calon yang paling aku tak suka iaitu ketua Mat Rempit Azeez Abdul Rahim boleh menang tempat ke-25 untuk jawatan MT. Satu lagi calon iaitu Noh Omar boleh dapat tempat ke-2 paling popular dalam senarai MT. Pelik Bin Ajaib.

Kesimpulannya, bacalah bait2 seloka perwakilan dari Kedah, Ismail Yaacob semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden semalam. Itulah juga pandangan dan hasratku terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Pulau Langkawi syurga membeli belah
Tapi sejak minyak naik turun barang-barang semakin murah
Datuk Pengerusi saya minta izin nak cakap dalam bahasa tua
Kalau bukan ikut frasa saya nak sedap suku kata
Saya nak hayun dalam seloka
Apa yang saya kata semuanya benar belaka

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri
Dalam sebuah kapal satu sahaja jurumudi
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan dan kiri
Kena banyak ambilkira kehendak akar umbi

Tahun 2008 dah jadi 2009
Dulu rambut hitam la ni dah beruban
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan
Tu pun tak mahu lepas jawatan Ketua Bahagian

Kita kalah pilihanraya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa
Teguran akar umbi kita tak ambil kira

Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah
Ada saja isu menteri dok cari helah
Menyebabkan rakyat tak tentu arah
Mai pilihanraya Baisan Nasional depa tak pangkah

Baru-baru ni kerajaan kuatkuasa satu peraturan
Tak dan dua hari dia boh gear gostan
Suruh tukar penggunaan palstik tong ikan
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan
Jangan mudah kita termakan umpan
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan
Buktinya kita kalah pilihanraya kecil di dua kawasan

Saya nak tanya kat Menteri Kerjaraya
Siap jalan baru bubuh tanda selekoh bahaya
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat buat apa
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga

Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati
Depa setuju pakat buang pangkah undi
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi
Mai keputusan pi lima negeri

YAB Datuk Najib ini pelajaran pertama
Sebelum tentu calon, risik-risik dan banyak bertanya
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima
Alamat 5 tahun lagilah kita akan merah telinga

Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang
Orang dok cakap UMNO dan politik wang
Kata depa gejala ini kalau depa tak halang
Alamat UMNO nak jatuh terkangkang

Di negeri Kedah kami jadi pembangkang
Timbul isu buruk depan dok tuduh kita yang rancang
Kita dah sah ikut depan, dia syok ikut belakang
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang

Mulai sekarang kita mesti berusaha
Sikit berpolitik banyak buat kerja
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga
Baru boleh dapat balik lebih dua pertiga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan