Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Mac 2009

Aku dan UMNO


Aku ahli UMNO yang berdaftar. Aku bukan ahli PAS atau KEADILAN. Jauh sekali DAP. Tapi, hanya sebagai ahli yang pasif. Jiran lama aku dulu jadi ketua cawangan. Jadi nak tak nak aku dipilih salah seorang AJK penaja masa penubuhan UMNO cawangan tempat aku. Hanya sekali aku hadir mesyuarat. Itupun sebab masa mesyuarat penubuhan cawangan, majlis dibuat didepan rumah aku. Kalau tidak, jangan haraplah. Walaupun aku AJK, aku tak pernah hadir mesyuarat2 berikutnya. Masa mesyuarat agong pun aku tak datang. Alasan kesibukan kerja dan ketiadaan masa adalah jawapan standard aku. Aku bukan tak nak hadir mesyuarat. Tapi aku tak suka bermesyuarat. Apatahlagi kalau membincangkan perkara2 remeh.

Aku pernah sekali ikut hadir mesyuarat UMNO untuk larian malam merdeka di pejabat UMNO bahagian. Dalam surat kata pukul 9 malam. Pukul 9.30, pejabat pun tak bukak lagi. Pukul 10, baru bukak pejabat. Pukul 10.30 baru start. Takda kata maaf ke apa, buat selamba aje walaupun lewat 1 1/2 jam. Lepas tu mesyuarat tak sampai 10 minit. Dia aje bercakap seorang.

Satu soalan bermain dikepalaku sekarang? Masih relevankah UMNO dalam keadaan dunia sekarang? Sekarang UMNO dipenuhi dengan ahli2 perniagaan, kontraktor2 dan warga2 korporat. Mereka masuk UMNO kerana nakkan kontrak dan habuan. Tak pernah aku jumpa orang masuk UMNO sebab nak berbakti kepada bangsa, ugama dan negara. Mereka masuk UMNO sebab nak jadi kroni. Senang nak mintak tolong anak masuk sekolah asrama, anak nak dapat biasiswa, anak nak masuk U dan sebagainya. Kalau kontraktor, nak mintak tolong dapatkan tender kerajaan.

Aku kenal ramai ahli dan AJK UMNO sekitar bandar. Ramai yang tak berpelajaran tinggi. Lepas tu bila dapat jadi AJK UMNO, dapat pulak jadi ahli majlis daerah, mulalah buka langkah. Habis projek2 majlis daerah semua dikautnya. Beli rumah kos rendah guna kuota UMNO, lepas tu renovate jadi banglo. Mula2 pakai kapcai, lepas tu tukar ke Mercedes, BMW atau Harrier. Jumpa orang bukan kroni, menyombong nak mampus. Kalau duduk kedai mamak, berjam2. Cerita pasal projek, pasal tender, pasal main golf dan mengatur strategi untuk naik pangkat.

Untuk naik heiraki dalam UMNO bukannya mudah. Untuk dapatkan pengaruh, kita kena taja ramai orang. Politik dan wang tidak boleh dipisahkan. Semua AJK bawahan nak kena jaga. Bukan setakat dengan air liur sahaja. Betullah, ada duit adalah kuasa. Takda duit, duduklah diam2 kat cawangan. Seorang sahabat aku masuk politik taklah lama. Tapi sekejap je dah boleh dapat jadi exco Pemuda Malaysia. Tak sampai 5 tahun. Dapat pulak jadi ahli parlimen seterusnya jadi setiausaha politik kementerian. Sebagaimana pantasnya dia naik, sepantas itu jugalah dia turun. Budaya politik cantas mencantas tidak asing lagi dalam UMNO. Ada aje orang iri hati dengan kejayaan orang lain. Satu lagi masalah orang politik ni. Bila dah ada kuasa dan kedudukan, peribadi tidak dijaga. Maka senang2lah musuh2 politik hendak mencantas dengan menjaja masalah peribadi orang lain.

Masa zaman Mahathir dulu, aku tertunggu2 ucapan dasar beliau dalam perhimpunan agung UMNO. Beliau membuka mata dan hatiku untuk sama2 berfikir tentang agenda melayu akan datang. Tapi sampai zaman Pak Lah, semuanya suram. Ucapannya membuatkan aku mengantuk dan kurang faham isi kandungannya. Balik2 benda yang sama aje. Tapi semalam aku ada dengar ucapan dasar Najib masa pembukaan mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Dia cakap bahasa yang mudah, ringkas dan tepat. UMNO PERLU BERUBAH. KALAU TAK REBAH. Ahli2 Umno kalau tak paham jugak, aku tak tahulah.

Isu2 politik wang dah lama sangat dibincangkan. Kalau dulu, memilih ketua senang. Macam pilih ketua darjah zaman sekolah menengah dulu. Calonkan 2-3 nama, lepas tu undi dengan angkat tangan. Sapa ramai sokong dia kena jadi ketua. Masa tu, sapa paling glamour dapatlah jadi ketua. Jadi ketua darjah bukannya best pun. Kena jadi kuli angkat buku, buat jadual, tulis nama budak bising, jaga kebersihan kelas dan kerja2 kuli yang lain. Yang bestnya cuma dua. Satu, glamour dan dikenali ramai dan dua, dapat penolong yang biasanya pelajar perempuan yang cun lagi glamour. Tak perlu lobi-melobi atau kempen sana sini. Tapi sekarang dah lain. Semua orang nak jadi 'ketua darjah'. Selain glamour, dapat banyak 'projek' dan 'elaun'. Tu yang ramai guna taktik kotor semata2 nakkan jawatan tu.

Adik aku ahli Puteri UMNO. Walaupun SRP pun tak lepas, dia dapat jadi Bendahari Bahagian. Aku tak tahu apa kerjanya. Tapi mesyuarat tak pernahnya habis. Hampir setiap hujung minggu ada aje aktiviti. Rasanya setiap kali ada pilihanraya kecil, ada orang bawak dia ke sana sini untuk tolong berkempen. Kalau aku tanya apa matlamat perjuangannya, apa agaknya jawapan diberikan ya? Memajukan bangsa? Memartabatkan negara? Entahlah..

Tun Mahathir kata melayu sepatutnya makin cemas sekarang. Melayu semakin hilang hak di bumi sendiri. Agenda2 memartabatkan melayu dilabel sebagai perkauman. Melayu dah tak boleh membincangkan isu2 memperjuangkan hak2 bangsa Melayu. Aku tak tahu nak cakap apa. Pada aku bangsa itu tak penting. Kita sama sahaja. Aku tak pernah membezakan bangsa dalam merawat pesakit2 aku. Cina tak semestinya kaya, India tak semestinya miskin dan melayu tak sepatutnya merasakan dirinya raja. Itu pendapat aku. Sebagaimana orang tak pernah mempersoalkan hak aku sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia, aku pun takkan mempersoalkan hak2 orang lain.

Semoga akan berlaku perubahan drastik dan ketara dalam perhimpunan UMNO kali ini. UMNO perlu kuat untuk melawan PKR dan Anwar Ibrahim yang mula menunjukkan tembelangnya. Kalau UMNO masih lemah dan masih tang tu jugak, bye bye lah jawapannya.

bersambung...

4 ulasan:

  1. KJ dah menang, adakah perubahan?

    BalasPadam
  2. ITULAH..SEMALAM MASA DENGAR UCAPAN DASAR NAJIB, SIKIT PUNYA SYIOK. RASANYA, PERMULAAN YG BAIK. MALAM TADI BILA NAMPAK KJ SENYUM SEMACAM MASA ISYTIHAR KEPEUTUSAN EXCO, AKU DAH RASA LAIN DAH. BILA TAHU DIA MENANG, AKU TERUS TUTUP TV...FRUST SANGAT2. DAH CONFIRM GUNA POLITIK WANG MCM ALI RUSTAM PUN, TAPI MASIH BOLEH BERTANDING LAGI. MENANG LAK TU...CALON FAVORITE AKAR UMBI KALAH TERUK. SUNGGUH2 AKU TERKILAN.

    BalasPadam
  3. adakah mukhriz yg di maksudkan? mungkin tepat sangkaan semua orang yg politik wang masih tidak boleh di banteras dlm umno. aku pun pelik kenapa ali rustam masih ada kat pentas tu. tak malu ke?

    BalasPadam
  4. HISHAMUDDIN MEMANG NAK KJ MENANG KABARNYA. CALON2 EXCO PEMUDA YG MENANG SEMUA KENA SOKONG KJ DULU. SEBAB TU KJ BERIYA2 SURUH PEMUDA UNDI HISHAMUDDIN MASA UCAPAN KEMENANGANNYA. SEMUA DAH DIRANCANGKAN.

    P.S LEGA SIKIT SEBAB MAT TAIB TAK MENANG.

    BalasPadam