Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Aku dan Curi Tulang?

Aku dah cakap dah. Itu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sengaja nak mempolitik dan mensensasikan keadaan. Biasalah orang politik. Sengaja melebih2kan cerita. Yang satu jadi dua, yang dua jadi empat. 10 minit jadi satu jam. Aku dah kata dah. Orang politik punya cakap sama dengan cakap2 kat kedai kopi. Langsung tak boleh pakai.
Menurut The Star hari ini, dakwaan menteri itu langsung takda kebenarannya. Kalau aku jadi houseman tu, aku tulis surat atau aku cari menteri tu. Sikit2 nak complaint kat suratkhabar. Lepas tu buat cerita bukan2. Sebab tu aku masih tak menyokong BN. Pemimpin2nya lebih pandai bercakap daripada membuat kerja.
The doctor at the Kuala Lumpur Hospital emergency department, who allegedly did his own thing instead of attending to patients as claimed by Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan, has not done anything wrong. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said investigations into saravanan's claim found the complaint to be inaccurate. Inves…

Aku dan Curi Tulang

Dalam beberapa akhbar utama isnin lepas, ada satu menteri telah membuat kenyataan sensasi menyatakan bahawa dia telah 'menangkap' dua doktor di Unit Kecemasan, HKL kerana curi tulang. Itulah dunia politik. Nak jadi popular, nak jadi berkuasa, masuklah politik. Sakit hati aku membacanya.
Akhbar Harian Metro melaporkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan menangkap dua doktor kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi dan bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan. Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika beliau ke hospital itu untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu pemandunya.
"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit yang dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor…

Aku dan Hari Ini

Petang tadi aku tengok DVD cetak rompak X-men Origins: Wolverine. Aku dengar cerita wayang ni belum siap, dvd cetak rompak dah keluar dah. Memang betul. DVD yang aku tengok ni memang ceritanya belum siap sepenuhnya. Kesan2 CGI filem ini masih belum perfect. Ada adegan depan skrin hijau. Ada nampak tali bila mereka melompat atau terbang. Advance betul lanun2 cetak rompak nih. Walaubagaimanapun, aku boleh faham jalan ceritanya. Seperti filem2 X-men terdahulu, aku cuma beri 2 bintang je. Jalan ceritanya merapu sangat. Acting kaku. Aku lebih suka tengok special effect dia aje. Lagipun, aku memang bukan peminat cerita2 superheroes. Kalau cerita superheroes, mereka aje yang kuat. Orang2 biasa macam kita ni ibarat semut. Mudah bebeno mati katak. Biasanya mati tanpa sebab. Boring aku!
Selepas menonton cerita bohong ni, baru aku tahu bagaimana Wolverine boleh keluar senjata tajam di celah jarinya bila dia marah. Baru aku tahu kenapa tulang2 dia semua bertukar jadi logam. Part ending dia membo…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini cerita betul. Padanlah dunia makin panas. Manusia dah tak tahu hukum hakam. Semua main sondol aje. Dosa, pahala, malu, bangga, syurga, neraka. Semuanya dah tak dihiraukan. Tengoklah berita panas hari ini. Ada wabak baru sedang melanda. Sampai sekarang kes Selsema Burung masih belum selesai. Setiap hari ada aje yang mati akibat Selesema Burung di Mesir. Sekarang Selsema Babi @ Swine Flu sedang merebak di Mexico. Kalau dah kat Mexico, lepas ni sure Amerika pun kena. Ini virus baru campuran virus burung, babi dan manusia. Kalau Selsema Burung tak merebak dari manusia ke manusia, Selsema babi boleh. Tak semestinya kena terdedah kepada babi dulu. Ini sudah bahaya Kita tunggu apa kata Kementerian Kesihatan esok. Dalam 2 minggu ini, kat klinik memang musim demam panas, batuk dan selsema. Budak2 yang datang, semuanya demam lebih 39 darjah. Tapi alhamdulilah, lepas 2-3 hari demam hilang. Aku anggap perubahan cuaca menyebabkan wabak demam ini. Harap2 anggapan aku betul. Jangan virus yang b…

Aku dan Cerita MC Lagi?

Don't demand for MCs
(reproduced from The Star Friday 24th April 2009)

I read with amusement the news report on the sale of medical leave certificates. Having practiced medicine for the last 25 years, nothing surprises me.What a doctor knows is that when a person is feeling unwell, he consults a doctor to get a diagnosis and treatment to relieve his pain or discomfort.If he is too sick to work, he is issued an MC. However, to many people these days, the whole purpose of going to the clinic is to get the MC. Regardless of whether they are sick or not.

Some patients demand an MC because their bosses told them to go to the clinic to get an MC and some even come at 4 pm and demand an MC because they did not go to work in the morning which was eight hours earlier. Some patient demand MC for two days for a slight runny nose that can be cured with one tablet and some do not want an MC on the day they see the doctor because they are already in the office but want an MC for the following day.

Aku dan Photography Workshop

I had registered myself to participate in this workshop. Anybody else want to join?

Aku dan Sembang Politik

Semalam, akauntan aku hantar statement pendapatan aku untuk tahun lepas. Atas kertas, nombor2nya besar-besar. Nampak memang banyak tetapi macam aku cakap tadi, itu sekadar nombor di atas kertas. Akaun dalam bank cukup2 makan aje. Income tax aku selepas tolak rebat itu ini pun beribu2 jugak. Aku kerja siang malam, pagi petang, hujung minggu dan hasilnya 26% aku terpaksa beri kat kerajaan. Aku tak kisah kalau kerajaan gunakan wang aku itu untuk kepentingan rakyat, untuk membangunkan negara, untuk aku hidup aman, selesa, bahagia dan tenteram. Polis sepatutnya bekerja menangkap penjahat, perompak, peragut dan pencuri. Ini tidak, mereka semua dikerah berkampung di sesuatu tempat untuk mengelakkan parti2 politik daripada bergaduh sesama sendiri. Di tempat2 lain, penjenayah berleluasa.
Berita di muka depan The Star pagi ini cukup menjengkel dan memualkanku. Kerajaan terpaksa membelanjakan duit rakyat (termasuk duit hasil titik peluh aku tu!) sebanyak RM33.4 juta ringgit semata2 untuk mengad…

Aku dan Kamera 400Dku

Akhirnya, penderitaanku berakhir hari ini. Aku dah dapat balik kamera kesayangan aku semula. Bolehlah aku menyambung semula aktiviti2 melepaskan tensionku. Kamera ni aku hantar ke Canon Service Center di Taman Molek kira2 4 minggu yang lalu. Mereka janji nak call atau inform aku tentang perkembangannya tetapi jangan haraplah. Aku yang kena call selalu dan push mereka supaya cepat2 buat kerja. Technician di KL kata ada masalah dengan Main PC Board. Bila aku tahu dia dah jumpa problemnya, lega betul aku. Aku baca kat internet, macam2 masalah boleh jadi sebabnya. Tu yang cadang nak terus upgrade tu.
Aku kena tukar Main PCB tu dan campur dengan service charge, kosnya jejak 600 ringgit. Kira OKlah berbanding kalau nak beli yang baru. Lepas dapat kamera, aku singgah ke Angsana dalam perjalanan balik. Nasib baik cuaca baik jadi perjalanan lancar sepanjang pergi dan balik. Aku dah janji dengan diriku nak beli Battery Grip. Kira macam upgradelah gitu sebab bila dah pasang battery grip tu, nam…

Aku sebagai Pegawai Perubatan U3

Selepas setahun menjadi houseman (doktor pelatih) dan setahun lagi menjadi junior MO di Hospital Johor Bahru, akhirnya aku dapat berpindah ke hospital pilihanku iaitu hospital daerah di kampungku. Cita2 untuk berbakti kepada masyarakat setempat akhirnya tercapai. Aku ingat lagi masa interview nak masuk medik dulu, lecturer ada tanya sebab apa aku nak jadi doktor? Dengan bangganya aku jawab sebab nak berbakti kepada masyarakat sekeliling. Lecturer tu senyum sinis sebab itulah jawapan standard medical student masa tu. Macam soalan untuk Miss Universe jugaklah; kenapa nak jadi ratu cantik? Jawapannya untuk membantu keamanan dunia atau World Peace! Patutnya masa tu aku jawap sebab aku nak glamour, nak cepat kaya, nak pikat anak2 orang kaya yang cantik2. Biar termenung sekejap lecturer tu.
Hospital Daerah tempat aku bekerja ni adalah hospital baru. Rasanya baru 5 tahun beroperasi masa aku mula2 datang dulu. Masa tu tahun 1998. Kat hospital cuma ada 4 orang doktor termasuk aku. Hospital ni…

Aku dan Malaysian Mentality

This poem I found it in internet few years back.
I can't remembered who wrote it.
Anyway, its a good reminder for us as Malaysian.
I love this country!

You are a 3rd World Country

"Progress is not solely about prosperity
Nor buildings that look pretty
You may have the KLCC
But some places like Penang are still dirty
So you are still a 3rd world country because of your mentality

You try to beat the queue to get taxi
And don't even bother about road courtesy
Not to mention parking indiscriminately
Without signaling you overtake randomly
And abusing lanes for emergency
Rising deaths on the road is how you celebrate festivity

You created the MSC
To emulate Silicon Valley
You talk about high technology
To preach about the PC
But yet broadband is denied to many

You also can't supply stable electricity
Your roads have potholes and are bumpy
And tires fall off your LRT
So this is Malaysian quality

Let's create the best schools, roads and toilets in the country
Are what Malaysia Boleh should strive…

Aku dan Penjenayah Zaman Sekarang

Update@16.4.2009: Sahabat lama aku daripada KL inform aku, staf sekolah tiusyen dia kena samun dengan 2 orang skinhead semalam. Habis barang2 kemas, handphone dan duit kena kebas. Masa turun tangga mamat2 tu siap boleh senyum2 kat student2 yang baru datang. Daring betul. Takda tunjuk pun rasa bersalah.
Malam Jumaat lepas, nyonya jiran belakang rumah aku tiba2 call aku. Ini kali kedua dia call aku. Kali pertama ialah masa dia ternampak kucing kesayangan aku datang ke rumah dia. Apahal pulak kali ini? Rupa2nya dia nak cerita pasal satu lelaki India telah datang ke rumahnya sebentar tadi. Masa itu suami dia baru je keluar rumah. Sekitar jam 8 malam kejadian berlaku. Lelaki bermotosikal tu datang masa dia sedang tutup pintu gate. " Nyonya, ada nampak lori tong gas datang sini ka?". Nyonya ni pernah cerita dia kena ragut dulu jadi dia memang jadi fobia dan waspada sikit. Apa kejadahnya malam2 tanya lori tong gas?. Dia cakap takda dan terus tutup gate. Lelaki tu siap marah2 kat d…

Aku dan Pesakit Hari Ini

3 minggu lepas aku ada jumpa satu pesakit. Pesakit ini datang nun jauh dari Kluang untuk mintak nasihatku tentang penyakit dia. Sebenarnya sedara dia yang beriya2 suruh jumpa aku sebab kalau ikutkan dia dan isterinya, dia lebih selesa berubat cara tradisional.
Dia seorang lelaki berumur sekitar 50-an. Dia ada 2 anak perempuan dan bekerja menyapu sampah dengan Southern Waste Management. Sebulan sebelum tu dia ada terpijak paku. Lama kelamaan lukanya melarat dan kakinya bengkak. Dia ada ke klinik dekat rumah dia. Masa tu baru dia tahu dia kena Kencing Manis. Doktor ada beri ubat kencing manis kat dia tapi aku tak yakin dia makan dengan betul. Masa tu dia ada berubat dengan wakil CNI kat tempat dia. Ubat makan ada, ubat sapu ada dan wakil CNI ada tolong cucikan luka dia. Masa aku tanya makan ubat klinik ke tidak, wife dia sibuk cerita pasal CNI. Sah, tak makan ubat.
Masa aku check paras gula dia, memang tinggi iaitu 23.4 mmol/L ( normal < 7.0 ). Luka dikaki memang dah teruk sangat. S…

Aku dan Minggu Ini

Banyak perkara berlaku sepanjang minggu lepas. Kesibukan kerja menghalangku untuk mencatat dalam blog ini. Apatahlagi bila perkara2 yang berlaku membengangkanku. Lagilah malas nak mencatat. Aku dah cuba mencatat beberapa kali tapi mood yang tak bagus menyebabkan catatanku menjadi terlalu emosional dan tak sesuai dibaca oleh anak2ku. Too many cursing words..

Walaupun Pak Lah dah turun, Tun Mahathir dah kembali ke UMNO dan Najib pun dah melantik barisan kabinet yang baru, kesannya kepada negara belum dapat dirasakan sangat. Rakyat masih belum lagi percaya kepada janji2 manis Najib dan pemimpin2 UMNO selagi tiada bukti2 yang nyata. Kekalahan 2-1 masa pilihanraya kecil tempohari adalah bukti bahawa rakyat sekarang dah tak hairan dengan gula2 pilihanraya.
Barisan kabinet barunya yang seramai 58 orang iaitu 28 menteri dan 40 timbalan menteri, masih terlalu ramai kata kebanyakkan orang. Sepatutnya 20 menteri dan 30 timbalan dah cukup dah. Dalam zaman gawat2 ni, yang penting ialah cutting co…

Aku dan error 99

Update@14.4.2009: Baru kejap tadi aku call Canon Service Center. Kamera aku dah siap tetapi masih di KL lagi. Hujung minggu ini mungkin aku dapat balik kamera aku balik. Yahooo!!!
Kamera DSLR Canon EOS400D kesayanganku aku beli pada bulan 8 tahun 2007. Bermakna dah setahun setengah aku pakai tanpa sebarang masalah. Aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Setiap kali aku pergi jalan, aku mesti bawak dia. Kalau aku tak gunakan, aku simpan dalam Dry Box. Macam2 jenis lens aku dah masukkan. Banyak tempat aku dah bawak dia. Johor, KL, Melaka, Seremban dan terakhir sekali sampai ke Perak. Kamera aku tak pernah jatuh dan anak2ku dan wife tak berani kacau alat mainan aku ini. Namun, satu hari dia akan meragam jugak.
Pada hari terakhir percutian aku di Bukit Merah, Perak sesuatu yang tragis berlaku. Kamera aku tiba-tiba jem dan error 99 keluar kat skrin. Panik giler aku masa tu. Bawah tulisan error 99 tu, dia suruh aku off kan kamera dan kemudian on kan balik. Macam re boot komputerl…

Aku dan SMS pelik

Salam..KA DHUNG!. amu sdto nktwg aku kyna kan Lyn,,
andoh ka DHUNg mg ma'f bytai tood h ka'PARING bayaran ku xa,,
hangkan na man sa isb h n tymanghurun k bya kan Ka Mukim..
sn dunhan pa tga SEN aku kyadtoAn ku xa.na d xa tod mg gyan..
sa'na y prblema bng mg gadji kamu bulan 2 ini.
muih daku mton pa Johor mgkawa'ha ankAsawaku,,
byaran ku Sila d aku mbya'lumaggoh n manahot..
bng aku ini tao mangi asal mg dapat na sja kmi ibn h ka'MUkim
pasal na pus2 n buga'nya ha Asawa nya..
amu sja ka' addum n panipog sipog nya yan kmu,,
bo pilak d nya aku kbayaran..ng pasabAr na sja kmi..
ng awn gumuwa'bssara mangi n iyan hnang2 nya atawa petna sn tao..
na pangayon ku h tymanghud ku bya kn KA Mukim.
suby nya langOn n asawa nya..
bt bng awn mg Hapen ha ankAsawa ku sn yri aku ng totoyoh ng UUsaha..
na mryh d aku mkpikil mara SUY2 pa hula..
ibn sa'ku dulan n kbya'n nila.
hangkan mangayo tod aku tbAng kym ka'ADDUM.
andoh bytai sila bayaran

Diterima pada 23/8/2008 @ 9.30pm
Darip…

Aku dan Demam Denggi

Hari ini aku nak cerita perkara ilmiah sikit. Malas nak cerita pasal Najib nak naik jadi PM esok ataupun cerita2 pasal kempen pilihanraya. Kononnya calon tu disogok 150 ribu, calon ini 50 ribu, calon tu 1 juta supaya menarik diri. Itu nak promosi diri tu sebab takda isu2 lain yang nak dibawa. Tapi denggi lebih penting sebab menurut kata Timbalan Menteri Kesihatan di Dewan Negara semalam, terdapat peningkatan kes2 denggi sebanyak 49% jika dibandingkan dengan 3 bulan pertama tahun lepas. Sehingga 21 Mac, 12 933 kes dengan 35 kematian dicatat berbanding 8 666 kes dengan 16 kematian tahun lepas.
Menurut kata bekas pengarah kesihatan negeri Johor yang dulu, penyakit Demam Denggi tak sepatutnya membawa maut. Kalau berlaku kematian di hospital akibat Denggi, satu pasukan doktor dan nurse yang merawat pesakit tersebut akan 'dibicarakan' untuk mengenalpasti kenapa pesakit boleh mati. Habis satu hospital digeledah. Pukul berapa pesakit datang, pukul berapa doktor datang, pukul berapa m…

Aku dan Accord Baru

Hari ini dalam sejarah.
Hari ini 1 April 2009.
Akhirnya tercapai juga impianku untuk memiliki kereta baru.
Kereta idaman sejak zaman berzaman.
Honda Accord 2.0 VTi dengan enjin 4 selinder, 16 valve dan SOHC i-VTEC.
Cadangan asal nak angkat cc besar sikit tapi down payment nak kena besar jugak.
Walaupun warna dan no plet kurang berkenan, kira OKlah jugak.
Kalau ada rezeki lebih, bolehlah tukar sport rim 17", pasang tinted V-cool dan skirting MODULO. Leather seat pun boleh bubuh kemudian.
Ah! Cerita banyak pun takda guna...



April Fool!