Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 April 2009

Aku dan Curi Tulang

Dalam beberapa akhbar utama isnin lepas, ada satu menteri telah membuat kenyataan sensasi menyatakan bahawa dia telah 'menangkap' dua doktor di Unit Kecemasan, HKL kerana curi tulang. Itulah dunia politik. Nak jadi popular, nak jadi berkuasa, masuklah politik. Sakit hati aku membacanya.

Akhbar Harian Metro melaporkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan menangkap dua doktor kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi dan bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan. Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika beliau ke hospital itu untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu pemandunya.

"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit yang dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca suratkhabar dan seorang lagi membuat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi. '' Aku malas nak baca lagi dah.

Pada masa dan ketika inipun, aku sedang curi tulang. Walaupun dah pukul 10.30 pagi aku masih di rumah lagi. Aku belum masuk klinik, aku belum mula merawat pesakit2ku. Nak tahu kenapa?

Bosan. Boring. Fed up. Tension. Sakit kepala. Semuanya gara2 melayan karenah pesakit yang pelbagai. Hari isnin aku tengok 86 pesakit dan semalam 76 pesakit. Aku tak kisah kalau mereka betul2 sakit. Aku tak kisah menjahit luka, membuat dressing, menyuntik punggung. Tapi aku kisah sangat kalau pagi2 buta lagi dah berderet2 depan klinik aku, tersengeh2 sebab nak ambik MC. Muntah sikit tak pergi kerja, sakit kepala sikit tak pergi kerja, anak demam dia yang nak MC. Aku lagi kisah kalau perempuan menjadikan keadaan mengandung mereka untuk meminta simpati tak nak pergi kerja. Emak aku mengandung pun masih boleh kerja kat kebun lagi. Bini aku mengandung dah cukup bulan masih boleh panjat kelas di tingkat 4. Kalau kata doktor tu curi tulang, orang ramai pun apa kurangnya?

Cuba anda bayangkan, pagi hari minggu waktu orang lain ramai yang belum bangun pagi, anda dah terhegeh2 nak mengadap pesakit yang bukan2 di hospital. Masa aku kerja di unit kecemasan HSAJB dulu, itulah keadaannya. Bila hari cuti aje, semua orang sakit walaupun bukannya emergency tertumpu di unit kecemasan. Kan unit kecemasan untuk penyakit yang serius dan emergency. Takkanlah pagi2 hari minggu nak kena tengok kes2 simple di unit kecemasan? Setakat demam batuk dah 2-3 hari, sakit perut dah seminggu, sakit pinggang dah berbulan2, pagi2 hari minggu baru nak ke hospital. Ke unit kecemasan lak tu. Itu semua penyalahgunaan dan bukannya doktor tu malas ke, curi tulang ke. Pesakit perlu diajar peraturan. Unit kecemasan hanya untuk merawat kes2 kecemasan. Kes2 yang tak serius tak sepatutnya datang ke unit kecemasan. Biasanya kes2 begini dah di tapis semasa pendaftaran oleh staf yang berpengalaman. Jadi kalau kena tunggu berjam2, itu nasiblah.

Masa aku di HSA dulu, setiap kes ada kod warna sendiri. Kes2 kecemasan guna kad warna merah. Itu memang kita tengok secepat yang mungkin. Kes2 semi-emergency, guna kad biru. Kes2 lain guna kad kuning. Bermakna kes2 mudah yang kurang serius. Yang ni kena tunggulah. Biasanya aku beri kat houseman yang tagging kat situ untuk settlekan. Hampir 100% adalah pesakit OPD atau pesakit luar yang tak tahu nak pergi mana bila OPD cuti pada hari minggu.
Dulu masa aku kat HSA, kalau hari Malaysia cuti am, Unit Kecemasan penuh dengan pesakit2 yang kerja di Singapura. Mereka datang sebab nak MC. Masa tu Singapura hanya iktiraf MC dari hospital kerajaan sahaja. Nak tak nak mereka terpaksalah berderet2 beratur nak jumpa doktor di Unit Kecemasan. Ada sekali tu aku panggil satu nama. Beberapa kali aku panggil, baru dia menyahut. Masa tu dia tengah borak sakan dekat public phone. Masuk bilik aku, terus berubah karakter. Muka bukan main sedih. Sakit gastrik dah seminggu. Makan ubat macam2 tapi tak baik2. Seperti dijangka dia kerja kat Singapore. Tak pergi kerja hari itu. Aku cakap gastrik dia mungkin dah teruk. Mungkin ada ulser dalam perut. Aku nak suruh dia masuk wad. Dia nak kena puasa. Nanti nurse akan masukkan tiub dari hidung untuk kurangkan asid dalam perut. Esok pakar nak buat OGDS dengan masukkan kamera melalui mulut untuk tengok luka dalam perut. Nak tahu apa dia cakap? Dia tak cakap apa2. Dia terus bangun dan cabut lari. Adakah pesakit2 seperti ini perlu dilayan ataupun doktor perlu berehat sementara menunggu kes2 yang betul2 emergency datang ke kecemasan?

Kalau nak kata doktor ni pemalas, suka curi tulang, pesakit pun apa kurangnya? Hari ini kalau pesakit nak kata aku pemalas ke, curi tulang ke, aku tak peduli dah. Walaupun gaji aku korang yang bayar, aku tak nak duit kau kerana aku tak ikhlas bagi MC kat kau. Aku nak pesakit2 yang jujur denganku dan aku ikhlas memberi rawatan kat kau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan