Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 April 2009

Aku dan Kamera 400Dku


Akhirnya, penderitaanku berakhir hari ini. Aku dah dapat balik kamera kesayangan aku semula. Bolehlah aku menyambung semula aktiviti2 melepaskan tensionku. Kamera ni aku hantar ke Canon Service Center di Taman Molek kira2 4 minggu yang lalu. Mereka janji nak call atau inform aku tentang perkembangannya tetapi jangan haraplah. Aku yang kena call selalu dan push mereka supaya cepat2 buat kerja. Technician di KL kata ada masalah dengan Main PC Board. Bila aku tahu dia dah jumpa problemnya, lega betul aku. Aku baca kat internet, macam2 masalah boleh jadi sebabnya. Tu yang cadang nak terus upgrade tu.

Aku kena tukar Main PCB tu dan campur dengan service charge, kosnya jejak 600 ringgit. Kira OKlah berbanding kalau nak beli yang baru. Lepas dapat kamera, aku singgah ke Angsana dalam perjalanan balik. Nasib baik cuaca baik jadi perjalanan lancar sepanjang pergi dan balik. Aku dah janji dengan diriku nak beli Battery Grip. Kira macam upgradelah gitu sebab bila dah pasang battery grip tu, nampak macam EOS Mark III yang bodynya aje dah mencecah 20K. Aku ke kedai MEE TOO yang biasa aku pergi selalu. Malangnya, battery grip yang original takda dalam simpanan. Dia beri aku yang China Made punya. Harga 300.00. Dapat jimat 225.00. Aku malas nak pikir panjang2. Aku terus bayar dan angkat.

Sebelum aku pergi tadi, aku ada cadang nak angkat Super Wide Angle lens sekali tapi malangnya features yang aku nak takda jugak. Di Johan Photo pun takda stok. Minggu depan katanya. Aku nak Tamron AF 17-35mm f/2.8-4 Di LD tapi yang ada cuma AF 17-55mm f/2.8. Harga lebih kurang sama iaitu sekitar 1.6K. Takpa, aku boleh tunggu sampai ada stok. Lagipun, duitnya belum cukup lagi daa...Berangan aje lebih.

Kalau cuaca baik, ahad ini aku nak outing ke Nusajaya. Nak shoot gambar2 pusat pentadbiran kerajaan Johor yang baru. Pakailah lens yang ada dulu ya? Semalam, Sultan Johor merasmikan pusat pentadbiran baru itu yang dinamakan Kota Iskandar. Khabarnya bangunannya secantik Putrajaya. Itu yang nak pi tengok tu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan