Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 April 2009

Aku dan Penjenayah Zaman Sekarang

Update@16.4.2009: Sahabat lama aku daripada KL inform aku, staf sekolah tiusyen dia kena samun dengan 2 orang skinhead semalam. Habis barang2 kemas, handphone dan duit kena kebas. Masa turun tangga mamat2 tu siap boleh senyum2 kat student2 yang baru datang. Daring betul. Takda tunjuk pun rasa bersalah.

Malam Jumaat lepas, nyonya jiran belakang rumah aku tiba2 call aku. Ini kali kedua dia call aku. Kali pertama ialah masa dia ternampak kucing kesayangan aku datang ke rumah dia. Apahal pulak kali ini? Rupa2nya dia nak cerita pasal satu lelaki India telah datang ke rumahnya sebentar tadi. Masa itu suami dia baru je keluar rumah. Sekitar jam 8 malam kejadian berlaku. Lelaki bermotosikal tu datang masa dia sedang tutup pintu gate. " Nyonya, ada nampak lori tong gas datang sini ka?". Nyonya ni pernah cerita dia kena ragut dulu jadi dia memang jadi fobia dan waspada sikit. Apa kejadahnya malam2 tanya lori tong gas?. Dia cakap takda dan terus tutup gate. Lelaki tu siap marah2 kat dia bila dia cakap takda. Nyonya tu kata masa tu anjing dia ada sama. Jadi mungkin lelaki tu takut kat anjing dia gaknya. Dia pesan suruh aku jaga2 bila balik dari kerja nanti. Wah! Bagus betullah nyonya ni.

Sebentar tadi, agen insurans aku call aku pulak. Dia tanya aku ada baca paper pagi tadi tak tentang satu kes rompak di Kulai. Memang ada satu kes. Satu lelaki Singapura kena belasah dan ditetak dengan sekumpulan lelaki semasa dia dalam perjalanan dari taman tempat aku tinggal menuju ke taman tempat aku bekerja. Lelaki ini kena rompak dan mati dalam perjalanan ke hospital. Dia pun ingatkan aku supaya hati2 masa balik ikut jalan belakang. Wah! ramai yang prihatin dengan keselamatan aku nampaknya.

Kedua2nya membuatkan aku berfikir, selamatkah hidup aku sekarang? Berapa tinggi risiko yang aku hadapi setiap hari atau setiap waktu akan berhadapan dengan penjenayah2 seperti ini? Apa akan aku buat jika berhadapan dengan penjenayah2 ini? Lari? Menyerah? Mati? Cedera parah? Koma? Bagaimana dengan anak2? Bagaimana dengan isteri?

Aku memang benci dengan penyamun2 yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Aku paling tak suka jika hak aku dirampas oleh orang lain. Aku rasa aku rela mati dari menyerahkan hasil titik peluh dan tungkus lumus aku kepada orang lain yang tak berhak. Aku juga rela mati dari melihat ahli keluargaku diapa2kan oleh penjenayah2 ini.

Keadaan ekonomi negara sekarang menyebabkan ramai orang kehilangan kerja. Takda kerja takda gaji. Takda gaji, perut lapar. Bila perut dah lapar, orang sanggup berbuat apa sahaja untuk terus hidup. Dan perkara paling bangsat ialah menyamun dan merompak. Setiap kali aku baca kisah2 kejadian jenayah yang menyebabkan kematian atau kecederaan, aku turut sama marah. Aku turut sama merasai penderitaan yang dialami mereka. Aku suka dengar kisah2 peragut kena belasah, kena tangkap atau pun yang bagus kena tembak mati. Mereka2 ini dah tak layak hidup kerana mereka hidup atas penderitaan atau menyebabkan penderitaan ke atas orang lain. Untuk hidup kita kena berusaha, kena belajar bersungguh2, kena bekerja siang malam dan bukannya sentiasa menyerah kepada takdir semata2.

Aku pun pernah hidup susah. Aku pernah makan nasi lauk kicap sahaja. Aku pernah setahun tak beli baju baru. Tapi aku berusaha untuk memajukan diri, untuk meraih segala peluang yang ada. Bukannya duduk melepak, tepi simpang, siang malam, sambil main gitar dan mengacau awek2 yang lalu lalang. Aku belajar siang malam. Jadi, kini aku mengecap kebahagiaan hidup setelah berhempas pulas berusaha. Harta benda yang aku miliki adalah atas daya usaha aku. Aku tak menipu orang. Aku tak mencuri hak orang. Jadi, kalau ada bangsat2 yang cuba mengambil hak2 aku sama ada secara paksa atau menipu, memang aku takkan maafkan.

Aku bayar cukai. Bermacam2 cukai yang kerajaan kenakan, aku bayar tanpa bertanya mana wang aku dibelanjakan. Kalau KJ dan keturunan Pak Lah nak songlap banyak mana pun, lantaklah. Itu kita cerita di akhirat nanti. Tapi semasa kat dunia ni, aku harap hidup aku selamat. Harta benda aku selamat. Keselamatan negara tanggungjawab Pak2 Menteri, polis dan tentera. Aku dah bayar gaji korang untuk menjaga keselamatanku. Andai aku mati di tangan perompak2 ini, sesungguhnya matiku kerana pak2 menteri dan polis ini gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Aku juga akan tuntut di akhirat nanti.

Tapi sementara itu aku pun kena berhati2 jugak. Aku tak nak mati katak di tangan penjenayah2 keparat ini. Selain setiap hari berdoa semoga Tuhan menjauhkanku dan ahli keluargaku daripada bala bencana, aku juga sentiasa berwaspada. Aku jarang balik kerja ikut jalan yang sama. Aku ada 5 jalan pilihan untuk balik dari ofis ke rumah. Aku juga tiada rutin masa yang sama untuk ke bank. Aku jarang bawak cash banyak2. Aku takda kad ATM. Aku juga takda no pin untuk keluarkan duit ikut kad kredit. Aku tak pakai jam Rolex atau Tag Huer. Seluar, baju dan kasut aku dah lebih setahun pakai dah. Kereta Wira aku pun dah lebih 2 bulan tak basuh. Kalau sekali tengok, takda sapa perasan aku ni seorang doktor. Orang jahat tengok pun takda selera.

Aku cuma takut waktu aku di klinik. Kalau ada perompak datang, memang habis aku. Klinik aku tak banyak duit cash. Semua transaction, atas kertas aje. Perompak mesti marah punya sebab dapat sikit sangat. Tapi nak banyak pergi rompak banklah kan? Buat apa rompak klinik? Kalau nak ubat demam ke, ubat batuk ke banyaklah. Rasanya hanya orang bangang je yang nak rompak klinik. Baik pergi ke 7 eleven ke, kedai mamak ke.

Rasanya aku pernah cerita pasal satu famili India datang klinik aku, lepas tu mencuri dompet dan PDA aku. Itu cerita lama tapi aku masih teringat2 sampai sekarang. Aku sakit hati betul dengan taktik mereka. Aku memang tak pandang bangsa. Melayu, Cina, India semua manusia. Bagi aku sama sahaja. Semua aku layan sebaik mungkin. Tapi dalam baik itulah aku terkena. Memang celaka betul hari itu. Baca posting aku tentang "aku dan penjenayah keparat lagi bangsat" pada September 2008 untuk cerita selanjutnya.

Sesungguhnya, hidup dan mati ditangan Tuhan. Aku pasrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan