Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 April 2009

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini cerita betul. Padanlah dunia makin panas. Manusia dah tak tahu hukum hakam. Semua main sondol aje. Dosa, pahala, malu, bangga, syurga, neraka. Semuanya dah tak dihiraukan. Tengoklah berita panas hari ini. Ada wabak baru sedang melanda. Sampai sekarang kes Selsema Burung masih belum selesai. Setiap hari ada aje yang mati akibat Selesema Burung di Mesir. Sekarang Selsema Babi @ Swine Flu sedang merebak di Mexico. Kalau dah kat Mexico, lepas ni sure Amerika pun kena. Ini virus baru campuran virus burung, babi dan manusia. Kalau Selsema Burung tak merebak dari manusia ke manusia, Selsema babi boleh. Tak semestinya kena terdedah kepada babi dulu. Ini sudah bahaya Kita tunggu apa kata Kementerian Kesihatan esok. Dalam 2 minggu ini, kat klinik memang musim demam panas, batuk dan selsema. Budak2 yang datang, semuanya demam lebih 39 darjah. Tapi alhamdulilah, lepas 2-3 hari demam hilang. Aku anggap perubahan cuaca menyebabkan wabak demam ini. Harap2 anggapan aku betul. Jangan virus yang bukan2 sudah.

Berbalik kepada cerita asal aku tadi. Aku kenal satu pesakit. Dah lebih 5 tahun aku kenal dia. Dia seorang perempuan 30-an. Dia mengaku masa muda2 dulu dia memang liar. Semua benda2 tak baik dia dah buat. Keluarga dia semua pulaukan dia kerana kenakalan dia. Jodoh dia dapat berkahwin dengan seorang cina mualaf. Dia dikurniakan 3 anak. Suaminya bekerja di luar negara. Memang jarang balik kecuali kalau ada cuti sekali sekala. Hidup dia sekarang ini ialah membesarkan 3 anaknya. Yang sulung dah darjah 6, yang ke 2 darjah 4 dan yang bungsu di tadika. Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, dia berusaha untuk mendapat zuriat yang ke 4. Bermacam2 cara dia dah buat tapi masih tak berjaya. Menurut doktor pakar yang dia jumpa, dia perlu tambah berat badan, kurangkan merokok dan amalkan cara hidup sihat.

Bulan lepas, dia datang klinik aku untuk beli alat ujian mengandung (UPT Kit). Aku tak syak apa2 masa tu. Keesokannya dia call klinik. Dia kata dia dah mengandung. Aku kata baguslah. Tapi dia kata ada masalah. Anak tu bukan suami dia yang punya. Dia ada hubungan terlarang dengan orang lain. Semasa suami dia takda, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Dah kahwin. Ada anak dua. Isterinya sedang dalam rawatan untuk penyakit Batuk Kering. Maka bermulalah hubungan terlarang antara keduanya. Aku tak nak komen atau menjadi hakim. Macam kata Nabil, lu pikirlah sendiri.

Dua minggu kemudian, dia datang klinik dengan lelaki itu. Mereka kata mereka nak simpan baby itu. Mereka nak rahsiakan daripada suaminya. Bila aku scan, memang confirmed dah dua bulan. Aku malas nak campur hal rumah tangga orang.

Semalam, perempuan tu datang lagi. kali ini dia nampak sedih. Baru tanya apa khabar, dah menangis dah. Dia kata suami dia dah tahu hal sebenar. Lelaki tu dah beritahu. Punyanya bila perempuan tu mintak putus dengan lelaki itu. Lelaki tu macam orang putus cinta, jadi tak keruan. Dia call suami perempuan tu yang sedang bekerja di Afrika. Memang giler. Perempuan tu kata lelaki tu siap ugut nak sebarkan video hubungan mereka.

Aku malas nak cerita lagi dah. Apa2pun, lu pikirlah sendiri! Siapa yang salah? Siapa yang bodoh?


1 ulasan: