Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 April 2009

Aku dan Hari Ini

Petang tadi aku tengok DVD cetak rompak X-men Origins: Wolverine. Aku dengar cerita wayang ni belum siap, dvd cetak rompak dah keluar dah. Memang betul. DVD yang aku tengok ni memang ceritanya belum siap sepenuhnya. Kesan2 CGI filem ini masih belum perfect. Ada adegan depan skrin hijau. Ada nampak tali bila mereka melompat atau terbang. Advance betul lanun2 cetak rompak nih. Walaubagaimanapun, aku boleh faham jalan ceritanya. Seperti filem2 X-men terdahulu, aku cuma beri 2 bintang je. Jalan ceritanya merapu sangat. Acting kaku. Aku lebih suka tengok special effect dia aje. Lagipun, aku memang bukan peminat cerita2 superheroes. Kalau cerita superheroes, mereka aje yang kuat. Orang2 biasa macam kita ni ibarat semut. Mudah bebeno mati katak. Biasanya mati tanpa sebab. Boring aku!

Selepas menonton cerita bohong ni, baru aku tahu bagaimana Wolverine boleh keluar senjata tajam di celah jarinya bila dia marah. Baru aku tahu kenapa tulang2 dia semua bertukar jadi logam. Part ending dia membosankan terutama bila dia boleh jadi hilang ingatan. Banyak sangat kebetulan. Dalam stor buruk di hujung kampung boleh ada motorsikal berkuasa tinggi. Berkilat lagi lak tu.

Aku juga baru suku jalan tengok Fast and Furious 4. Jalan ceritanya macam boleh agak aje. Tak mencabar minda langsung. Daripada layan DVD ni, baik aku tengok ulangan CSI kat AXN. Walaupun dah banyak kali tengok pun, aku masih tak boleh agak siapa yang membunuh dan siapa yang berkonspirasi untuk membunuh. Malangnya, watak kesayangan aku Gill Grisom dah dimatikan. Dah digantikan dengan orang kanan Neo dalam Matrix. Kalaulah semua polis kat Malaysia ni secekap pasukan CSI ni, memang takda harapan nak selamatlah sekelian pembunuh di Malaysia...

1 ulasan:

  1. Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    BalasPadam