Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 April 2009

Aku dan Sembang Politik

Semalam, akauntan aku hantar statement pendapatan aku untuk tahun lepas. Atas kertas, nombor2nya besar-besar. Nampak memang banyak tetapi macam aku cakap tadi, itu sekadar nombor di atas kertas. Akaun dalam bank cukup2 makan aje. Income tax aku selepas tolak rebat itu ini pun beribu2 jugak. Aku kerja siang malam, pagi petang, hujung minggu dan hasilnya 26% aku terpaksa beri kat kerajaan. Aku tak kisah kalau kerajaan gunakan wang aku itu untuk kepentingan rakyat, untuk membangunkan negara, untuk aku hidup aman, selesa, bahagia dan tenteram. Polis sepatutnya bekerja menangkap penjahat, perompak, peragut dan pencuri. Ini tidak, mereka semua dikerah berkampung di sesuatu tempat untuk mengelakkan parti2 politik daripada bergaduh sesama sendiri. Di tempat2 lain, penjenayah berleluasa.

Berita di muka depan The Star pagi ini cukup menjengkel dan memualkanku. Kerajaan terpaksa membelanjakan duit rakyat (termasuk duit hasil titik peluh aku tu!) sebanyak RM33.4 juta ringgit semata2 untuk mengadakan semula 5 pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum yang lalu. Kalau berlaku kematian, itu aku terimalah tetapi kalau pilihanraya semata2 untuk melaksanakan cita-cita giler atau angan2 nak menjadi Perdana Menteri yang baru apa kejadahnya?

Pada 26 Ogos 2008, Wan Azizah melepaskan jawatan ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya untuk aktif semula dalam politik Malaysia. Selepas kemenangannya, beliau mula bermain wayang politik yang tak habis2 sampai sekarang. Ketika dunia sibuk dilanda krisis ekonomi, beliau menyuruh ADUN Bukit Selambau meletak jawatan kerana krisis rumahtangga. Baru2 ini beliau menyuruh pula ADUN Penanti meletak jawatan kerana krisis dalaman. Konon nak sambung belajar dan bersama keluarga. Mereka hanya fikir tentang nasib politik mereka. Nasib rakyat jelata yang hidup makin susah mana mereka pernah fikir. Duit juta2 tu sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat dan bukannya untuk mencetak kertas2 undi. Ada bijak pandai kata, ini semua adalah patut untuk kesuburan demokrasi negara. Demokrasi kepala hotak kau! Nasib baik ADUN Bukit Lanjan tak jadi letak jawatan. Begitu juga kegagalan PKR untuk membubarkan DUN Perak ada bagusnya walaupun keadaan masih huru-hara.

Anwar terlalu banyak berpolitik. Bermain wayang, berdrama, bersandiwara. Apa2 yang berlaku kepadanya adalah konspirasi jahat pihak pemerintah untuk menghalang beliau untuk menjadi perdana menteri baru Malaysia. Itu kata beliau. Nak percaya atau tidak, aku dah malas nak fikir. Dulu masa dia kena pecat dengan Tun Mahathir, aku cukup marah betul. Apatahlagi bila cerita2 tentang kehidupan peribadinya dijaja setiap masa untuk mengaibkannya. Saat dia dibawa ke mahkamah dengan mata lebam sebelah adalah saat di mana aku mula menyokong reformasi. Itu sudah lama sangat dah. Aku pun dah naik jemu dan fed up dengan rancangan beliau yang masih belum berjaya sampai sekarang. Banyak dah buku2 pasal Anwar aku baca, tapi sampai sekarang aku masih tak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Malaslah nak sakitkan kepala memerah otak memikirkan siapa yang betul.

Kepada BN aku cadangkan, tak payahlah korang hantar calon untuk pilihanraya nanti. Biarlah PKR menang tanpa bertanding. Biar mereka seronok2 dulu. Jangan bazirkan duit rakyat hanya untuk satu kerusi yang sememangnya kerusi dia. Biar mereka kata BN penakut takpa. Tapi bila difikir secara rasional, BN menjimatkan duit rakyat dan tidak membazirkan masa, tenaga dan segala2nya hanya untuk menjaga ego dan mengikut rentak permainan Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan