Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Aku dan Tinted Kereta ( Siri 2)

Rupa2nya kat Kulai ada satu kedai yang panel kepada Honda. Kat kedai ni, semua barang2 untuk aksesori Honda ada. Tak jauh. Kat Kulai Besar je. Salesman Honda tak cakap kat aku pun. Dia ada cakap pasal ada kedai kawan dia, tapi tak cakap pun kedai ni panel Honda. Kat situ memang khas untuk tinted kereta. V Kool ada. 3M ada. M Kool pun ada. Ikut budget aku. Nak yang bawah seribu, yang lebih seribu, yang lebih 2 ribu pun ada. Tauke kedai ni tak lokek ilmu. Semua soalan aku dijawab. Aku ada 4 pilihan sekarang:

1. Pasang M Kool seluruh kereta termasuk cermin depan: RM1300.00
M Kool ni buatan USA tapi kira second gradelah. Sebab tu murah sikit dan IRR cuma 60% sahaja.

2. Pasang M Kool untuk cermin sisi dan belakang dan 3M untuk cermin depan: RM 1650.00

3. Pasang 3M Elite 70 untuk seluruh kereta termasuk cermin depan: RM 2350.00
3M ni buatan USA dan dikatakan lebih bagus daripada V Kool. IRR lebih 90%.

4. Pasang V Kool seluruh kereta: RM 2500.00 (belum mintak diskaun lagi)
Dalam forum2 di in…

Aku dan Jaya Supermarket

Jaya Supermarket adalah satu mercu tanda untuk kawasan Seksyen 14, Petaling Jaya yang famous sekitar tahun 80-an dulu. Ia dibina pada tahun 1974 dan merupakan supermarket yang pertama di Petaling Jaya. Pada awal tahun 90-an, pemilik bangunan ini telah membuat renovation besar2an yang gagal mendapat kelulusan MPPJ. Kalau ikut pelan cuma 4 tingkat, tapi dia tambah jadi 10 tingkat. Bangunan ini akhirnya terpaksa dirobohkan dan kejadian semalam, mengembalikan nostalgia masa aku jadi medical student dulu.

Kedudukan Jaya yang berhampiran dengan UM menyebabkan aku sering datang ke sana untuk membeli barang keperluan ataupun sekadar melepak melepaskan tension. Biasanya aku pergi dengan motosikal Jemie atau Ezanee. Lepas exam aje, aku ramai2 pergi celebrate kat sana. Masa tu Jaya kira famous sebab dalam tu ada Cold Storage untuk barang2 dapur, ada kedai alat2 tulis, majalah dan cenderamata di tingkat atas, ada Delifrance untuk Pak Dan belanja aku makan croissant, ada kedai jual CD, ada kedai DI…

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Masalah Rumahtangga

Dulu aku memang peminat Radio SinarFM. Terutamanya Sinar Pagi bersama Abang Jem, SY, Wak Jawa, Kak Engku, Madam Muah Muah, Pakcik Motor dan Krill. Tapi semenjak kebelakangan ini aku dah mula meluat dengan topik2 yang diketengahkan setiap pagi. Pusing sana, pusing sini semuanya berakhir dengan mendengar masalah rumahtangga orang. Suami curang, suami kahwin lain, suami ada simpan perempuan, suami masih mengaku bujang, suami tak bertanggungjawab, suami gila memancing, dan sebagainya. Yang perempuan pun sama. Kacau laki orang, kacau rumahtangga orang, bercinta dengan suami orang, ada affair dengan boss, perkahwinan tak direstui dan sebagainya.
Director General LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman ada mengeluarkan satu statement semasa membentangkan kertas kerjanya di IKIM semalam. Berdasarkan kajian Malaysia Community and Family Study 2004 oleh LPPKN, 3 penyebab utama keruntuhan rumahtangga ialah campurtangan mertua, ketidakserasian dan kecurangan. Aku tak nak komen pasal mertua atau ketidak…

Aku dan Cerita Musim Gawat

Perkara: Manfaatkan 1000 Ciuman Suami

Zaman ini zaman susah. Harga barang naik terus. Gaji jadi semakin kecil. Akibatnya terjadi pemberhentian di pelbagai syarikat. Salah satunya yang terkena pemberhentian ialah Suparja dari Semarang, Indonesia. Bulan ini dia tak dapat kirim wang untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yang isinya demikian:
Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang. bulan ini kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

Paling cinta,
Kanda Suparjo Yii

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yang lain jadi Dinda terpaksa…

Aku dan Tamron Photography Workshop

Dah lama aku tak pergi outing. Peluang sekali seumur hidup ini aku ambil untuk mendalami lagi ilmu fotografi yang aku minati. Mula2 Cikgu Ezanee tak jadi nak ikut tapi last minute dia ubah fikiran lak. "Kalau naik Wira aku tak nak, tapi kalau Accord baru bolehlah." Ya lah tu.. Aku bertolak dari rumah jam 12 tengahari dan tiba sekitar sejam kemudian. Perjalanan dengan kereta baru takda komen apa2lah cuma rasa dekat sangat. Kalau boleh nak terus memandu ke tempat lebih jauh. Kalau kursus tu kat Melaka pun aku rela memandu sampai sana.

Pendaftaran bermula jam 2 petang. Pukul 2.15 masa aku sampai, tempat tu dah penuh dah dengan peserta2. Rasanya hampir 70 orang termasuk organizing staf memenuhi Bevy Cafe, restoran yang telah diubah jadi tempat seminar. Semasa registration, setiap peserta diberi banyak goodies seperti t-shirt, tuala muka, majalah, katalog dan voucher RM50 untuk produk Tamron. Kalau masa tu aku cabut balik pun dah untung dah.

Daripada kira2 60 peserta yang hadir,…

Aku dan Minggu Ini

Minggu ini aku memang sibuk sangat. Kalah Pak Menteri kalau nak bandingkan kesibukannya. Macam2 perkara nak kena selesaikan. Ditambah lagi dengan kerja2 rutin di klinik yang tak habis2.

1. Anak2 aku tengah exam pertengahan tahun sepanjang minggu ini. Kat rumah, buku2 latihan, buku2 lampiran, buku2 teks bersepah sana sini. Wife aku pening kepala jugak nak melayan anak2 buat ulangkaji. Terutamanya Syameel. Langsung tak kisah pasal exam. Suruh buat ulangkaji, ada aje alasannya. Rasanya pelajarannya merosot kali ini. Main aje lebih. Yang abang dan kakaknya rasanya takda masalah. Belajar tak payah disuruh selalu itu bermakna mereka tahu tanggungjawab mereka.

2. Kawan aku ada beritahu aku pasal penurunan interest rate untuk pinjaman perumahan. Dia suruh aku call bank untuk mohon penurunan interest rate itu. Kalau kita diam, bank pun turut diam jugak. Yang ruginya kitalah. Asyik bayar interest aje tak habis2. Mula2 aku call RHB. Yang angkat telefon tu professional. Semua soalan aku ada jawap…

Aku dan Cerita Sedih

Kes pembunuhan seorang ibu, seorang anak dan pembantu rumahnya pagi ini cukup menyedihkan. Seorang yang disyaki penagih dadah yang cuba meragut beg berisi komputer laptop sanggup membunuh 3 nyawa sekaligus hanya kerana ingin mendapatkan apa yang bukan miliknya. Cukup sadis dan tragis cerita ini. Aku harap manusia ini akan mati dalam tahanan sahaja. Tak payah nak buang duit rakyat dan kerajaan untuk mangkuk ayun ni dibicarakan dan dipenjarakan. Bunuh sahaja manusia durjana ini. Tak guna dia hidup dengan menyusahkan hidup orang lain.
Selain ahli politik, manusia yang paling aku benci ialah para2 peragut dan penjenayah kecil2an seperti ini. Kalau nak merompak ke, meragut ke, pergilah ke bank2 atau kedai2 emas sana. Boleh dapat banyak dan yang penting, itu semua dah diinsurankan. Tak perlu nak bunuh2 orang2 kebanyakan yang juga tak sekaya mana. Kalau kena tangkap ke, mati kena tembak ke, kira berbaloi jugaklah dengan hasil yang bakal didapatkan.
Pada aku, para peragut seperti ini tidak l…

Aku dan Hari Guru

Ini hadiah anak murid kepada cikgu.
Ini pula hadiah anak2 aku kepada cikgu2 mereka...

Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah ambik kisah pasal hari guru ni. Aku takda susah2 pening kepala nak bungkus hadiah untuk beri cikgu pada 16 Mei setiap tahun. Masa tu pun tradisi beri hadiah tak diamalkan lagi. Seingat aku, pada pagi 16 Mei, kami ramai2 kena berkumpul di dewan untuk dengar amanat daripada Menteri Pelajaran yang biasanya dirakamkan melalui tape ataupun dibaca oleh guru besar. Lepas tu, ada acara2 sukan persahabatan antara guru dan murid. Takda pun sessi beri hadiah ke, persembahan pentas ke. Bagi murid2 low profile yang tak pandai bersukan macam aku, melepak ajelah kat tepi pandang sambil tunggu loceng balik berbunyi.

Sepanjang zaman persekolahanku, hanya beberapa nama cikgu yang masih aku kenang sampai sekarang. Aku pun takda cikgu kesayangan atau cikgu favorite. Masa sekolah rendah dulu, cikgu yang aku ingat sampai sekarang ialah cikgu kelas masa aku darjah enam dulu. Cikgu Azima…

Aku dan Peristiwa Hari Ini

Bengang betul aku kat satu company bumiputera nih. Perniagaan bukan setakat jual beli barang. Ianya adalah satu perhubungan yang sepatutnya berpanjangan. Jagalah hati budi sikit. Jangan main lanyak dan fikir untung sahaja. Walaupun pada aku cuma beberapa ringgit aje, tetapi cara mereka nak ketuk duit aku yang buat aku marah sangat.
Kat klinik aku ada 4 tong gas untuk cegah kebakaran. Aku tak beli pun. Pemaju yang beri. Sepatutnya aku perlu dua aje. Lagi dua, tingkat atas punya. Tapi sebab mereka tak ambik2, aku letak je kat stor belakang. Klinik aku rasanya tiada risiko berlaku kebakaran tetapi sapa tahu kan? Kenalah sediakan payung sebelum hujan. 2 tahun lepas, company ni ada datang untuk servis fire extinguisher aku. Sebelum company ni buat, ada company lain. Dia charged aku RM20.00 satu tong. Tapi company tu dah bungkus gamaknya. Bila company ni datang, dia nak charged aku RM30.00 satu tong tapi aku dapat bargain ikut harga lama. Tahun berikutnya dia datang lagi 2 bulan lebih awal…

Aku dan Anorexia Nervosa

Anorexia nervosa adalah sejenis penyakit jiwa yang kronik. 95% pesakit adalah wanita dan kebanyakkannya bermula pada usia belasan tahun dan berterusan sehingga mereka tua. Ciri utama pesakit ini ialah kekurangan berat badan yang melampau, perasaan melampau untuk menjadi cantik dengan kelihatan kurus dan tiada langsung kitaran haid bagi perempuan. Mereka merasakan diri mereka gemuk walaupun pada hakikatnya mereka kelihatan sangat kurus dah. Ianya bermula dengan perasaan biasa untuk kurus dan mereka mula berdiet, makan macam2 pil dan bersenam untuk mencapai semua itu yang akhirnya membawa kepada perasaan taksub dan extreme kepada bentuk badan mereka.
Mereka biasanya sangat2 prihatin dengan saiz dan bentuk tubuh badan mereka. Bila mereka merasakan diri mereka gemuk, mereka mula berdiet, mengelak makanan karbohidrat, makan sayur dan buah sahaja, bersenam secara berlebihan, makan pil2 diet dan cuba muntah selepas makan. Mereka2 ini kelihatan sugul, lesu, moody dan tidak berminat dengan per…

Aku dan Musim Demam

Untung aku berniaga jual ubat nih. Walau teruk camnapun ekonomi, orang tetap sakit jugak. Anak2 2-3 bulan sekali mesti kena demam punya. Sakit kepala, sakit pinggang dan demam batuk tetap ada selagi manusia itu tidak kebal. Lagipun, kalau dah sakit pening nak kena cari MC jugak. Awal tahun ini, income aku ada turun sikit. Cash patient ramai yang lari ke klinik kerajaan atau beli ubat kat farmasi jer. Nak jimat. Tapi sapa tahan kalau tunggu sekerat hari kat klinik kerajaan, lepas tu hanya dapat jumpa pembantu perubatan sahaja. Dia cuma tanya sakit apa dan lepas tu beri pil KK. Pegang pun tidak. Apatahlagi check suhu atau tekanan darah. Baik pergi jumpa Dr Zul. Walaupun kena keluar duit sikit, dia check betul2. Klinik dia banyak mainan. Staf dia pun takdalah asyik merungut aje. Ahak! Ahak!
Patient panel aku walaupun semakin bertambah, payment yang masuk ketara sangat kurangnya. Dalam tempoh 3 bulan lepas, income panel aku merosot hampir 5 ribu ringgit sebulan. Termenung jugak aku nak r…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Jumaat kelmarin, Ainaa demam kuat. Wife tak dapat nak cuti sebab kat sekolah ada majlis Maulidur Rasul. Jadi nak tak nak, aku yang kena jaga Ainaa. Pukul 9 Ainaa masih tidur lagi. Dikejutkan cuma bukak mata, lepas tu tidur balik. Biasanya aku bawak ke klinik. Suruh dia sambung tidur kat bilik belakang sementara aku merawat pesakit. Aku kejutkan beberapa kali pun masih tak bangun jugak. At last, aku call klinik. Aku cakap aku ambik cuti kecemasan. Macam kerja kerajaanlah pulak. Ada E.L ( emergency leave ).
Kat rumah aku tak tahu nak buat apa. Ainaa tidur sahaja. Makan tak nak. Minum pun tak nak. Aku kalau duduk rumah memang tak boleh duduk diam2. Ada aje projek aku nak buat. Kalau sapa2 tengok gambar terbaru aku di flickr, nampaklah sikit hasil kerja aku pagi Jumaat lepas. Aku susun balik perabot rumah aku. Mengemas rumah merupakan satu terapi minda untuk aku. Semua aku buat sendiri. Wife pun hairan. Camna aku boleh alihkan perabot2 yang besar2 seorang diri. Dulu masa aku duduk a…

Aku Sayang Ibuku

9hb Mei ini adalah harijadi ibuku yang ke 56 tahun. Hujung minggu ini juga adalah Hari Ibu. Jadi sempena Hari Ibu ni aku nak cerita pasal ibuku. Ibuku adalah manusia paling istimewa dalam hidupku kerana dialah yang telah melahirkan, membesarkan, memberi didikan dan seterusnya menjadikan aku seorang manusia seperti sekarang. Walaupun aku telah 38 tahun mengenali ibuku, banyak hal2 peribadi dan sejarah silam ibuku yang aku tak ketahui sampai sekarang. Ianya mungkin akan kekal menjadi rahsia yang akan tetap disimpan hingga ke akhir hayat beliau.
Yang aku tahu, ibuku tidak dilahirkan di atas tikar emas. Ibuku hidup serba daif semasa kecilnya. Beliau selalu bercerita bagaimana susahnya beliau ingin bersekolah seperti kanak2 lain. Arwah atuk tidak membenarkannya bersekolah kerana pada pendapatnya perempuan tak perlu belajar tinggi2. Duduk rumah beranak aje katanya. Ibuku hanya sempat belajar sehingga darjah 5 kalau tak silap aku sebelum terpaksa bekerja membantu arwah nenek di kebun. Banya…

Aku dan Hari Ini

Cuaca kat Kulai dah tak menentu sekarang ini. Sekejap panas terik, sekejap hujan ribut, sekejap mendung, sekejap panas balik. Itu yang ramai demam selsema tu. Semalam hari isnin. Patient aku tak putus dari pagi sampai ke malam. Lebih separuh demam selsema. Pagi semalam air cond kat bilik aku tiba2 padam. Bila aku reset balik, terus bergelap satu klinik. 2-3 kali aku ulang, 2-3 kali juga suis besar tripped. Aku suruh staf aku panggilkan air cond man datang check. Masa tu klinik full house. Nak tak nak aku teruskan jugak tengok patient2 aku tapi aku guna bilik rawatan kat bilik belakang. Nasib baik patient2 aku tak kisah.
Bila diperiksa, kompressor yang kat luar dah rosak dah. Kena tukar baru. Maklumlah sejak aku mula bukak kedai sampai sekarang air cond itulah yang paling berjasa kat aku. Dah tujuh tahun dah. Memang nak mintak tukar baru gamaknya. Tengahari itu jugak aku pasang air cond baru. Fuh! letak suhu 30 C rasanya macam 23 C kat bilik tu. Bila bilik dah sejuk, hati pun sejuk. T…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan kedai Brothers

Brothers ialah kedai aksesori kereta kegemaran aku. Layanannya bagus, servis dia bagus dan harganya berpatutan. Apa2 barang yang aku nak, mesti ada di Brothers. Sejak aku beli Estima aku kira2 3 tahun lepas, dah banyak kali aku cari barang2 untuk upgrade kereta aku kat sana. Aku dah cuba beberapa kedai sekitar bandar Kulai. Tapi bila tengok aku datang dengan Wira buruk aku, mereka layan nak tak nak je. Tapi kat Brothers lain. Aku baru bukak pintu kereta je, mamat2 salesman tu dah datang kat aku. Mereka tak kira, aku naik Wira ke, Estima ke, every customer is a priority! Prinsip ini jugaklah yang aku cuba praktikkan di klinik aku.
Kat Brothers cawangan Taman Universitilah, aku mula berkenalan dengan Ah How. Budak cina dari Sarawak kalau tak silap aku. Dia yang ajar aku macam2 pasal kereta ni. Tak macam Joe, salesman kereta Estima aku. Masa aku nak beli Estima dia, semuanya boleh. Radio original tu boleh tengok tvlah, boleh direct ke reverse kameralah, boleh main DVDlah. Tapi bila dah …