Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Mei 2009

Aku dan kedai Brothers


Brothers ialah kedai aksesori kereta kegemaran aku. Layanannya bagus, servis dia bagus dan harganya berpatutan. Apa2 barang yang aku nak, mesti ada di Brothers. Sejak aku beli Estima aku kira2 3 tahun lepas, dah banyak kali aku cari barang2 untuk upgrade kereta aku kat sana. Aku dah cuba beberapa kedai sekitar bandar Kulai. Tapi bila tengok aku datang dengan Wira buruk aku, mereka layan nak tak nak je. Tapi kat Brothers lain. Aku baru bukak pintu kereta je, mamat2 salesman tu dah datang kat aku. Mereka tak kira, aku naik Wira ke, Estima ke, every customer is a priority! Prinsip ini jugaklah yang aku cuba praktikkan di klinik aku.

Kat Brothers cawangan Taman Universitilah, aku mula berkenalan dengan Ah How. Budak cina dari Sarawak kalau tak silap aku. Dia yang ajar aku macam2 pasal kereta ni. Tak macam Joe, salesman kereta Estima aku. Masa aku nak beli Estima dia, semuanya boleh. Radio original tu boleh tengok tvlah, boleh direct ke reverse kameralah, boleh main DVDlah. Tapi bila dah beli, lain pulak ceritanya. Channel radio cuma sampai frekuensi 90mHz sahaja. Tv cuma ada suara sahaja, player hanya boleh main CD dan VCD dan aku kena setting kalau nak nampak reverse kamera. Sebab tu sampai sekarang, car salesmanlah orang yang paling aku tak percaya sekali.

Berbalik ke Brothers, mula2 aku pasang alarm Black Mamba kat Estima aku. Siap ada suara perempuan beri warning kalau aku lupa nak lock kereta. Yang sakit telinga kalau nak reversekan kereta. Perempuan tu siap beri warning lagi "Reversing! Watch out! Reversing!Watch out!", anak2 siap boleh ajukkan lagi. Features tu aku dah buang, segan kat orang sekeliling masa nak keluar parking.

Bila dah makin tension sebab tak boleh nak dengar siaran radio ERAfm, aku upgrade radio aku kepada double DIN JVC multiplayer. Ah How yang cadangkan brand ini. "Lu ambik dan pasang ini, lain2 tak payah tambah punya. Gua gerenti macam panggung wayang bunyi dia". "Nak lagi cantik, lu tambah 2 headrest monitor. Jalan2 lu punya anak tak kacau punya". Bagus betul dia racun aku. Tapi betul cakap Ah How. Tanpa tambah booster ke, speaker ke, Estima aku dah jadi panggung wayang bergerak. Koleksi VCD kartun Shin Chan dan Pink Panther yang selalu menemani anak2 sepanjang perjalanan. Kalau aku bawak kereta sorang2, aku pasang CD WINGS atau SEARCH kuat2. Fuh! tahu2 dah sampai rumah dah. Yang aku suka dengan Brothers ialah koleksi aksesori yang mereka ada. Lagi satu, mereka sangat cermat buat kerja. Mereka anggap kereta aku tu macam kereta mereka. Ala!macam doktor melayan pesakit jugaklah. Mana boleh kasar2 sangat.

2 minggu lepas, aku ke cawangan baru Brothers kat Car City, Indahpura. Tak sangka aku jumpa Ah How kat situ. Dia macam ingat2 lupa kat aku. Aku nak tanya pasal skirting Estima. Dia kata ada satu set. Bukan original tapi ada kualiti. Fiber campur getah. Cat dia sama macam warna Estima aku. Kalau aku nak, dia boleh orderkan. Seminggu baru sampai. Sebenarnya aku memang dah lama mencari. Macam2 kedai aku tanya. Mereka semua suggest pergi kedai kereta potong. Nanti nak kena upah pasang, upah cat lagi. Leceh betul. Estima aku tu asalnya memang togel. Sebelum Joe jual kat aku, dia pasang skirting fiber. Bukan original. Lepas 2 bulan, cat mula tanggal. Disebabkan guna fiber, bila terlanggar divider, mulalah retak sana sini. Itu yang sakit mata tu. Bagi orang2 yang biasa tengok Estima, kita boleh beza antara skirting original ke tidak. Masa aku join kelab Estima dulu, aku jealous betul tengok Estima2 yang datang dari KL. Skirting mereka macam2 jenis. Ada yang boleh sapu jalan lagi...

Petang semalam, Ah How call aku. Dia kata barang yang aku order dah sampai dah. Aku janji pukul 4 nak datang, tapi pukul 5.30 baru sampai. Klinik sibuk daa. Petang semalam, lebih 4 orang bertungkus-lumus nak menggantikan skirting Estima aku. Start pukul 5.30, pukul 9 malam baru siap. Banyak masalah sebab skirting lama dia lekatkan guna silikon. Melekat habis. Bumper depan lagi problem. Silikon banyak sangat digunakan. Jadi nak tanggalkannya bukan main susah. Upah pasang kena double kata Ah How. Tapi budak2 Brothers ni memang aku respect. Walaupun susah, mereka langsung tak mengeluh. Senyap2 aje dia buat kerja. Aku respect kat mereka. Walaupun masih muda2 belia, tapi kerja mereka cermat dan nampak professional. Mungkin sebab masa tu big boss dia ada sama agaknya.

Sekarang ni, Estima aku dah secantik yang aku impi2kan. Wife aku tak kata apa2. Dalam dunia aku, ada dua benda yang aku sayang. Satu, kamera aku dan dua, kereta Estima aku. Aku sanggup berhabis untuk mereka. Dalam perjalanan balik, aku dah merancang projek seterusnya. Antaranya:

1. Tambah tv receiver. Harga sekitar 1K untuk brand JVC.
2. Tukar lampu belakang. Biar setaraf dengan Aeras grade.
3. Tukar sport rim ke 17". Itupun kalau Menteri Kewangan Kedua luluskan.
4. Tukar lampu depan kepada HID lamp. JPJ luluskan ke?


p.s Takda harapan nak beli lens wide angle dalam tempoh terdekat ini. Budget sudah lari....

6 ulasan:

  1. bumper depan kasi tukar facelift punya doc..baru ngancam..

    BalasPadam
  2. Doc, on the way nak balik Taman Anjaria saya datang Kedai Abang jam 8 malam semalam nak beli setin polish. Ada mcm terperasan Estima putih. Mungkin Doc punya la bawah kemah tu tengah di-operate.

    HID... rasanya ok sebb ada Estima yg originalnya fitted with HID. Cuma kena check - tukar housing sekali atau just pasang HID kit sahaja, sebab ada orang kata housing HID dgn non-HID tak sama. MEOG boleh tolong kot?

    Boleh juga tanya Ah Yong (Yong Heng Spray Painting Shop) di Taman Gembira. Ramai gak pelanggan Estima dia. 0127832028 / 073352028

    BalasPadam
  3. Mobile Blogger,
    Thank you for the info.
    I dah quit MEOG lama dah...
    JB ni kecik aje. One day mesti jumpa punya...

    BalasPadam
  4. I don't have much luck with Brothers. Masa nak beli polish tu, saje je tanya assistant brother... ini apa? Jawapan - itu wax. Alamak, wax dengan polish tak sama. Lepas tu, assistant tu suggest another wax. Alamak, orang carik polish! Cakap sikit je... ini polish dik... wax tu benda lain.

    BalasPadam
  5. Ah how dah ada kedai sendiri di asiatic indahpura .. Terbaik ah how

    BalasPadam
  6. Kedai ni xde cawangan kt KL / Selangor ke?

    BalasPadam