Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mei 2009

Aku dan Cerita Sedih

Kes pembunuhan seorang ibu, seorang anak dan pembantu rumahnya pagi ini cukup menyedihkan. Seorang yang disyaki penagih dadah yang cuba meragut beg berisi komputer laptop sanggup membunuh 3 nyawa sekaligus hanya kerana ingin mendapatkan apa yang bukan miliknya. Cukup sadis dan tragis cerita ini. Aku harap manusia ini akan mati dalam tahanan sahaja. Tak payah nak buang duit rakyat dan kerajaan untuk mangkuk ayun ni dibicarakan dan dipenjarakan. Bunuh sahaja manusia durjana ini. Tak guna dia hidup dengan menyusahkan hidup orang lain.

Selain ahli politik, manusia yang paling aku benci ialah para2 peragut dan penjenayah kecil2an seperti ini. Kalau nak merompak ke, meragut ke, pergilah ke bank2 atau kedai2 emas sana. Boleh dapat banyak dan yang penting, itu semua dah diinsurankan. Tak perlu nak bunuh2 orang2 kebanyakan yang juga tak sekaya mana. Kalau kena tangkap ke, mati kena tembak ke, kira berbaloi jugaklah dengan hasil yang bakal didapatkan.

Pada aku, para peragut seperti ini tidak layak hidup di dunia. Disebut tidak layak kerana tujuan manusia dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini ialah untuk beribadat dan berbuat baik sesama manusia. Jika hidup mereka takda tujuan, hanya sekadar memenuhkan muka bumi ini dengan kejahatan dan memberi kesengsaraan kepada orang lain apa faedahnya kan? Jika tahunya cuma nak mendapat kesenangan dan kemewahan hidup tanpa perlu bersusah payah, baik mati lagi bagus.

Jenayah kecil2an ini bermula daripada emak bapak mereka jugak. Kalau anak tak diberikan pelajaran, tak diberikan didikan ugama yang cukup, mereka mula terjebak dengan benda2 tak berfaedah. Mula2 rokok, lepas tu dadahlah apa lagi. Bila dah ketagih dadah, pertimbangan dah takda. Semua benda nak dijualnya untuk hilangkan ketagihan. Tak kiralah benda2 tu hak dia ke hak orang lain. Semua ditibainya. Itu yang jadi huru-hara satu kampung tu. Emak bapak kena main peranan. Kena tahu mana anak2 mereka berada. Bila emak bapak sentiasa sibuk 24 jam mengejar harta dunia, anak2 jadi terabai. Pelajaran mereka, pergaulan mereka, sembahyang mereka takda siapa nak pedulikan.

Alamak! dah jadi ustazlah pulak aku ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan