Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

05 Mei 2009

Aku dan Toyota Estima

source
Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.


Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.


Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.

Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis sebelum pergi buat bancian di kedai2 kereta. Nak tengok sejauh mana salesman tu nak kelentong aku. Secara amnya, Estima ada 4 grade. Estima Aeras untuk sporty, Estima G untuk luxury, Estima X untuk basic dan Estima J untuk commercial. Grade inilah yangmembezakan ciri2 luaran dan dalamannya. Tapi teknologi enjin tetap sama iaitu 4 cyclinder, 2.4L fuel injection with 4-speed automatic drive.

Yang paling mahal tentulah yang G package tetapi yang biasa dicari ialah Aeras package kerana bodykitnya lebih cantik, ada special bumper dan foglamps. Ciri2 tambahan lain ialah sun roof, moon roof, vacuum door, reverse sensor, reverse camera, original 17" rim, walnut steering, navigator, DVD player, monitor dan sebagainya. Semakin banyak ciri2 ini maka semakin mahallah kereta ini.

Ada orang tanya, kenapa ada logo Estima T dan kenapa ada Estima L? T dan L itu macam dealer untuk kereta2 protonlah. T untuk EON dan L untuk Proton Edar. Contohnyalah. Jadi tak banyak bezanya antara T dan L. Toyota Estima dibawa masuk ke Malaysia menggunakan sistem AP. Semuanya kereta2 recond yang bermaksud kereta2 second hand. Orang2 Jepun ni mana boleh beli kereta dan simpan lama2? Kadang2 belum setahun pakai dia dah jual. Banyak sangat model baru agaknya kat sana. Jadi kereta2 ini yang kadang2 mileage belum pun sampai puluh ribu dah dijualnya. Jadi syarikat2 Malaysia yang ada lesen AP ni, akan beli kereta2 ini dan bawa balik ke Malaysia. Jual kat orang2 Malaysia dengan harga cekik darah. Untung beb bisnes ni. Cuba tengok Naza Motors dan Mutiara Motors. Kaya-raya dengan jual kereta2 import ini. Rasanya Estima tu mereka beli tak lebih 40 ribu sebijik tapi mereka jual 140-170 ribu mengikut permintaan. Mana tak untung? Ada jugak yang untung atas angin dengan jual lesen AP je. Showroom takda, apa pun takda...

Untuk beli kereta2 import atau recond seperti ini, kita kena ada ilmu sebelum membelinya. Kalau tidak asyik kena kelentong je dengan salesman2 yang hidup makan komisen tu. Pertama, nak kena pastikan AP tu AP betul ke AP klon. Kalau beli kat kedai2 kereta kecik2 tepi jalan tu, yang kejap bukak kejap tutup tu, kena waspada sikit. Masa beli memang takda masalah tapi bila nak jual nanti mesti ada yang tak kena punya. Sekarang ni ada pulak AP Semenanjung dan AP Sabah/Sarawak. Kalau AP Sabah/Sarawak nak jual susah sikit kabarnya. Tapi itu aku tak pastilah. Dua, soal enjin aku tak pandai nak komenlah. Tiga, ciri2 tambahan yang aku cakap tadilah. Ada kereta asal cuma X grade, tapi telah dimodify sikit dan jual sebagai Aeras. Itu nak kena teliti betul2lah. Tiga, usia kereta itu boleh dilihat di seat belt dia. Kalau salesman tu kata tahun 2001, kita boleh pastikan dengan tengok label kat seatbeltnya.

Pengalaman aku nak beli kereta recond ini ialah kena rajin buat survey. Rasanya hampir setiap hujung minggu aku bawak wife aku pergi ke kedai2 kereta. Buat perbandingan harga, rajin bertanya, tebalkan muka tanya soalan2 bodoh, tengok ciri2 yang ada dan kemudiannya ukurlah dengan budget yang ada. Juga tengok harga kereta kita yang nak di trade-in. Kalau salesman tu sombong semacam dan layan macam nak tak nak aje, lupakan ajelah. Carilah salesman yang betul2 jujur dan ikhlas. Dan bukannya yang sibuk kira komisen dia aje.

Selepas 2 bulan ke sana-sini, aku kembali semula ke tempat yang mula2 aku buat survey. Kat situlah aku berkenalan dengan Joe dan dialah yang berjaya menyakinkan aku dan wife untuk beli kereta dia. Walaupun cuma dapat yang X package, aku berkenan sangat dengan fabric pada tempat duduknya. Aku dapat floor mat yang original, ada moon roof, ada sun roof (untuk nampak mewah kata wife). Skirting depan dan belakang dia dah upgrade. Ada foglamp tapi buat pameran aje. Dia beri aku reverse camera (bukan original) dan yang paling bagus, mileage baru 25 000 km. Urusan jual beli dan pindah milik tak susah dan selepas 3 hari hantar dokumen, aku dah dapat kereta itu. Masa tu kalau aku nak Aeras, aku kena tambah hampir 15 ribu lagi. Memang tak mampu masa tu. Nak tunggu lagi lama dah tak boleh sebab CRV aku dah banyak problem masa tu termasuk road tax hampir expired. So, tawakal ajelah.

20 ulasan:

  1. aku tak sabar nak tengok kereta tu pakai rim 17" or 18". bila agaknya tu? dah buat mesyuarat kabinet?

    BalasPadam
  2. nice write up about the estima, are you in "my estima.com" group? anyway the tips help me with my choices of estima....kudos.

    cheers
    ap

    BalasPadam
  3. Ulasan yang sangat bagus. Saya amat menghargainya.

    BalasPadam
  4. Salam ziarah.
    Dah dapat ke belum Estima pilihan hati?

    BalasPadam
  5. Salam,
    Yang berbahgia Tuan zoul, saya baru nak mencuba pakai estima 2.4 th 2000, mohon nasihat tuan, terima kasih.

    BalasPadam
  6. tanpa nama,
    tak perlu nasihat apa2.
    kau start enjin dan jalan.
    selesa, gagah, jimat dan selamat.

    BalasPadam
  7. Bagus bagus... penulisan yang bagus sebab aku pun tengah survey Estima nak ganti CITY aku. Banyak membantu artikel ni. Rasanya besok nak call bank tanya berapa settlement balance untuk CITY. BTW, boleh pass contact Joe tu kot2 aku nak visit kedai dia ke.

    BalasPadam
  8. Dah setahun lebih aku pikir nak amek estima tapi confuse pasal type2 estima ni. Lepas jumpa articel ni baru paham. Dah tanya salesman pasal type nampak gaya nye banyak yg tak berterus terang dan asyik suruh letak downpaymt je.
    So kedai mana yg author ni beli? Gua berminat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ToyolKecik,

      Awak nak yang Recond ke 2nd hand?
      Kalau recond carilah kedai yg besar2.
      Mutiara Motors atau Naza.
      Boleh bargain accessories mcm2.
      Juga AP tak mungkin yg palsu.

      Kalau nak 2nd hand,
      tengok bajetlah.
      Kena cari spec apa yg awak nak.
      Nak yang tahun berapa punya
      dan yg penting tengok keadaan kereta.

      All the best!

      p.s Saya beli Estima tahun 2003.
      6 tahun yang lalu.
      Kedai tepi jalan depan Angsana.
      Tak ingat nama kedainya.

      Padam
  9. Bagus artikel ni. Nasib baik tak kena kelentong semalam dgn dealer smlm.
    Gua pun dah setahun setengah survey estima. Bila baca artikel ni baru sedar rupa sebenar estima. Sah, banyak yg diupgradekan. Kat mana kedai author beli? Nak sambar satu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan ToyolKecik..
      kalau tuan belom beli lagi Estima yang tuan nak tu boleh lah datang kt showroom saya tengok kereta dulu..
      atau boleh hubungi saya SAIFUL 013-679 1700

      Padam
  10. Yg sepet tu code dia ape yea...ACR... Lepas tu ade yg gearbox cvt camne nk tau yea. Kalu skng dlm range brpe rega.. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ACR 30.

      Tentang harga saya kurang pasti.
      Dah lama tak survey market.

      Padam
  11. Acr 30 ne ada masalah enjin tk

    BalasPadam
  12. As salam. Sy pun tgh ushar estima model lampu sepet ni hampir setahun. Berbaloi ka jika model tahun 2005, rege dalam RM75k? Areas 2.4 fully bodykit.

    BalasPadam
  13. Salam En. Hidzir Walid,
    Boleh saya tau kat mane / alamat kedai dgn rege RM 75k utk model thn 2005 tu?

    BalasPadam
  14. Sape tau kat mana nak cari lampu baru utk Estima sepet sbb biasala Estima sepet recond dtg malaysia lampu semua dah malap.Hilang seri,.pernah nampak ada estima sepet tukar lampu baru, mm superb.

    BalasPadam
  15. apa beza diantara estima dan previa.kalau beli kat uk... yg mana bersesuaian dan senang nk cari spare part di malaysia

    terima kasih

    Nas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tak estima made in 2008 register dlm AP dan geran 2009, kalau AP dari TJM motor Jalan Tun Razak agak2 ok tak?dah letak deposit tp masih confius ttg tahun buat dan tahun register, katanya sbb year end 2008 sbb itu register tahun 2009.

      Padam
  16. Terima kasih atas post ini saudara. Saya baru nak survey estima yang sepet tu sebab ahli keluarga yang banyak menggantikan proton wira saya. Cuma mampu beli 2nd hand jer.. yang saya jumpa paling murah berharga RM36000 tapi tahun 2002 reg year.. kerana takut salah beli saya buat research dulu.. bacaan saya mendapati saudara dah menukar kereta baru rupanya.. jadi saya baca dulu setiap post saudara terutama jika estima itu pernah mengalami kerosakan yang besar supaya saya senang check sendiri nanti.. jika saudara tidak pernah post tentang kerosakan yang estima selalu alami mohon email saya kembali..terima kasih.

    BalasPadam